Jawapan ringkas: tablet Windows terbaik keseluruhan di Malaysia buat masa ini ialah Microsoft Surface Pro 9, RM3,388 di Shopee Malaysia (harga disemak 20 September 2026), sesuai untuk kerja dan hiburan harian berkat skrin OLED 13 inci dan pemproses Intel Core i5 generasi ke-12. Jika bajet lebih ketat, Microsoft Surface Pro 8 pada RM1,799 memberikan pengalaman kerja pejabat yang hampir sama dengan penjimatan lebih separuh harga.
Windows merupakan satu sistem yang membolehkan anda mengakses segala aplikasi dan URL dalam alat peranti.
Kandungan
- Bagaimana Kami Pilih
- Perbandingan Ringkas Tablet Windows
- Senarai 6 Tablet Windows Terbaik
- Pilihan Terbaik Keseluruhan: Microsoft Surface Pro 9
- Terbaik untuk Kerja Harian: Microsoft Surface Pro 8
- Terbaik untuk Melukis: ASUS Vivobook 13 Slate OLED
- Terbaik untuk Tablet Kecil: Microsoft Surface Go 3
- Terbaik dengan Slot SIM: Dell Latitude 7320 Detachable
- Terbaik untuk Bisnes: Lenovo ThinkPad X1 Fold
- Cara Memilih Tablet Windows
- Beza Tablet Android dan Tablet Windows
- Apa Yang Berubah
- Panduan berkaitan
Antara ciri tambahan yang sering diutamakan oleh pengguna ialah mencari tablet yang ada Microsoft Office dan tablet Windows 10 antara yang popular.
Jadi, bagi mereka yang sedang mencari tablet Windows terbaik, jom kami bantu anda.
Microsoft Surface Pro 8RM1,799Lazada
ASUS Vivobook 13 Slate OLED (T3300K)RM3,499Shopee
Microsoft Surface Go 3RM2,699Shopee
Dell Latitude 7320 DetachableRM2,662Shopee
Lenovo ThinkPad X1 FoldRM6,699Lazada
Microsoft Surface Pro 9RM3,388Shopee
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak harga terkini enam tablet Windows ini secara langsung di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 20 September 2026, membandingkan spesifikasi rasmi jenama (pemproses, RAM, storan, saiz skrin dan berat), dan menyingkirkan penyenaraian yang pautannya sudah tidak sah atau model yang tiada lagi dijual di Malaysia. Pilihan disusun mengikut kegunaan sebenar seperti kerja pejabat, melukis dan mudah alih, bukan sekadar harga terendah.
Perbandingan Ringkas Tablet Windows
| Produk | Terbaik untuk | RAM / Storan | Skrin | Harga (disemak 20 Sep 2026) |
|---|---|---|---|---|
| Microsoft Surface Pro 9 | Keseluruhan | 16GB / 1TB | 13" OLED | RM3,388 |
| Microsoft Surface Pro 8 | Kerja harian | 16GB / 512GB | 13" | RM1,799 |
| ASUS Vivobook 13 Slate OLED | Melukis | 4GB / 128GB | 13.3" OLED | RM3,499 |
| Microsoft Surface Go 3 | Tablet kecil | 8GB / 128GB | 10.5" | RM2,699 |
| Dell Latitude 7320 Detachable | Ada slot SIM | 16GB / 256GB | 13" | RM2,662 |
| Lenovo ThinkPad X1 Fold | Bisnes | 8GB / 512GB | 13.3" OLED, boleh lipat | RM6,699 |
Senarai 6 Tablet Windows Terbaik
Pilihan Terbaik Keseluruhan: Microsoft Surface Pro 9
Surface Pro 9 menang pada keseimbangan: skrin OLED 13 inci yang tajam, prestasi Core i5 generasi ke-12 yang lancar untuk kerja harian, dan reka bentuk yang kemas untuk dibawa bekerja. Ia kalah pada bateri berbanding tablet yang lebih ringan seperti Surface Go 3, dan papan kekunci Type Cover perlu dibeli berasingan.
Langkau jika anda hanya perlukan tablet ringan untuk menonton video dan melayari media sosial sahaja, kerana harganya jauh lebih tinggi berbanding keperluan asas itu.
2 lagi
- OS: Windows 11
- Processor: 12th gen Intel Core
- RAM: 8GB - 16GB
- Storage: 128GB - 1TB SSD
- Saiz Skrin: 13 inci skrin OLED, 2880 X 1920 piksel
- Bateri: 10 jam penggunaan penuh
- Kamera: 10MP
- Berat: 879g
Microsoft Surface Pro 9 menawarkan prestasi dan produktiviti yang luar biasa, dengan reka bentuknya yang ramping dan ringan, sempurna untuk kerja dan hiburan.
Tablet ini hadir dengan paparan sentuh 13 inci yang mampu berikan pengalaman visual menakjubkan dengan resolusi tinggi 2880 x 1920 dan kadar segar 120Hz.
Tablet ini menawarkan 8GB atau 16GB memori LPDDR5 dan pemproses Intel Core i7 atau i5 yang mampu menjalankan multitask dengan lancar dan tanpa gangguan.
Anda boleh memilih 256GB atau 512GB SSD mengikut keperluan ruang simpanan untuk fail dan dokumen anda.
Dengan bateri 47.7 Wh, Surface Pro 9 menawarkan daya tahan bateri yang panjang untuk penggunaan sepanjang hari dan dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam bagi penggunaan penuh.
Tablet ini juga dilengkapi dengan kamera berkualiti tinggi, termasuk kamera hadapan Windows Hello dengan video HD penuh 1080p dan kamera autofokus belakang 10MP dengan video HD 1080p dan 4K.
Terbaik untuk Kerja Harian: Microsoft Surface Pro 8
Surface Pro 8 menang pada nilai: prestasi hampir sama dengan Pro 9 untuk kerja pejabat harian tetapi pada harga kurang separuh selepas promosi semasa. Ia kalah pada skrin (bukan OLED) dan generasi pemproses yang lebih lama berbanding model terbaru.
Sesuai untuk yang mahu tablet Windows berfungsi penuh tanpa bajet besar; langkau jika kerja anda melibatkan penyuntingan video atau reka bentuk berat.
2 lagi
- OS: Windows 11
- Processor: Intel Core i5 11th Gen 1135G7 (10 nm)
- RAM: 16GB
- Storage: SSD 512GB
- Saiz Skrin: 13 inci, 2880 x 1920 piksel
- Bateri: 6200 mAh
- Kamera: 10MP (belakang) 5MP (depan)
- Berat: 891g
Tablet Windows terbaik ini mempunyai reka bentuk yang moden dan juga premium yang akan berikan anda kepuasan penggunaan yang luar biasa.
Bahan luaran menggunakan aloi tentu membuatkannya kelihatan seperti tablet yang mahal.
Bagaimanapun, warna tablet ini terhad kepada dua warna sahaja iaitu Platinum (silver) dan juga Graphite (hitam).
Unit yang kami rujuk pada Shopee Malaysia dijual pada varian 16GB RAM dan 512GB SSD, lebih besar daripada spesifikasi asas jenama.
Harga: RM1,799, disemak 20 September 2026.
Terbaik untuk Melukis: ASUS Vivobook 13 Slate OLED
Model ini menang pada gabungan skrin OLED dan pen stylus yang disertakan, jadi lebih sesuai untuk melukis atau membuat nota tangan berbanding tablet Surface yang keyboard dan pennya dijual berasingan. Ia kalah pada kelajuan pemproses Pentium Silver yang lebih perlahan untuk tugasan berat.
Langkau jika keutamaan anda ialah prestasi kerja pejabat, bukan lukisan atau catatan.
- OS: Windows 11
- Processor: Intel® Pentium® Silver N6000 Processor 1.1 GHz
- RAM: 4GB
- Storage: eMMC 128GB, SSD 256GB
- Saiz Skrin: 13.3 inci, 1920 x 1080 piksel
- Bateri: 50 Wh Li-Po battery
- Kamera: 13MP (belakang) 5MP (depan)
- Berat: 785g
ASUS Vivobook 13 Slte OLED ini beroperasi menggunakan Windows 11 dengan paparan 13 inci, resolusi 1920x1080 piksel dan dikuasakan pemprosesan Intel Pentium Silver N6000.
Dari segi harga, model ASUS Vivobook ini agak mahal berbanding model yang lain.
Bagaimanapun, tablet ini tetap merupakan salah satu tablet Windows terbaik untuk anda mencurahkan idea-idea kreatif secara on-the-go.
Dengan spek yang terbaik, tablet ASUS Vivobook model ini merupakan pilihan alternatif buat pelajar jurusan seni yang tidak mahu mengikuti trend memiliki Surface Pro.
Bahagian penyambungan pula, terdapat Wi-Fi 6(802.11ax) (Dual Band) dan dilengkapi dengan 2 port USB Type-C, satu 3.5mm Combo Audio Jack dan satu slot kad Micro SD.
Terbaik untuk Tablet Kecil: Microsoft Surface Go 3
Surface Go 3 menang pada saiz dan berat, paling ringan dan mudah dibawa dalam senarai ini, sesuai untuk yang mahu tablet Windows sekadar untuk emel dan dokumen ringan. Ia kalah pada RAM dan storan yang terhad untuk kerja berat.
Langkau jika anda perlukan tablet sebagai pengganti laptop kerja utama.
2 lagi
- OS: Windows 11
- Processor: Intel Pentium Gold 6500Y Processor
- RAM: 4GB, 8GB
- Storage: eMMC 64GB, SSD 128GB
- Saiz Skrin: 10.5 inci, 1920 x 1280 piksel
- Bateri: 11 Jam penggunaan biasa
- Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
- Berat: 544g
Sama seperti Surface Pro 7, Surface Go 3 merupakan peranti tablet serba boleh dengan keyboard yang boleh dipisahkan.
Dengan menggunakan pemproses Core i3, menjadikan tablet Microsoft Surface Go 3 lebih power-efficient sehinggakan boleh beroperasi dalam masa yang panjang.
Selain itu, tablet Windows model ini menawarkan kualiti kamera yang baik semasa membuat panggilan video manakala binaan dalaman juga menggunakan bahan yang premium.
Paling penting, tablet ini menyokong penyambungan eSIM bagi model advance jadi boleh dijadikan medium komunikasi yang menyeluruh.
Terbaik dengan Slot SIM: Dell Latitude 7320 Detachable
Kelebihan utama model perniagaan Dell ini ialah sokongan slot kad SIM pada varian tablet ini, jadi boleh online tanpa WiFi semasa bertugas luar. Ia kalah pada reka bentuk yang kurang menarik berbanding Surface dan tiada jaminan rasmi Malaysia pada unit yang dijual di Shopee.
Langkau jika anda tidak memerlukan sambungan mudah alih terus pada tablet.
3 lagi
- OS: Windows 10 Pro
- Processor: Intel Core i5 11th Gen
- RAM: 16GB
- Storage: SSD 256GB
- Saiz Skrin: 13 inci, 1920 x 1280
- Bateri: 9 Jam penggunaan biasa
- Kamera: IR/RGB camera
- Berat: 789g
Dell Latitude 7320 Detachable ini merupakan sebuah tablet 2 dalam 1 di mana ia boleh berfungsi sebagai tablet dan juga laptop dengan baik.
Keyboard peranti ini mudah dipasang dan dipisahkan, dan mempunyai fungsi kickstand supaya ditukar menjadi komputer riba apabila anda pasang keyboard.
Unit yang kami rujuk di Shopee Malaysia menggunakan varian Core i5 generasi ke-11 dengan RAM 16GB, berbeza sedikit daripada spesifikasi asas jenama di atas.
Harga: RM2,662, disemak 20 September 2026.
Terbaik untuk Bisnes: Lenovo ThinkPad X1 Fold
ThinkPad X1 Fold menang pada faktor bentuk unik, skrin OLED boleh dilipat yang menjadikannya tablet dan mini-laptop dalam satu peranti, sesuai untuk profesional yang kerap berpindah tempat kerja. Ia kalah pada harga premium dan hayat bateri yang lebih pendek berbanding pilihan lain dalam senarai ini.
Langkau jika bajet anda terhad, kerana ini pilihan paling mahal dalam senarai. Shopee Malaysia tidak menjual model ini secara langsung; pautan beli di bawah membawa ke Lazada Malaysia, disahkan masih aktif pada 20 September 2026.
2 lagi
- OS: Windows 10 Home atau Pro
- Processor: Intel Core i5-L16G7
- RAM: 8GB
- Storage: 256, 512GB or 1TB SSD
- Saiz Skrin: 13.3 inci skrin boleh lipat OLED, 2048 x 1536 piksel
- Bateri: 5.5 jam penggunaan penuh
- Kamera: 5MP (depan)
- Berat: 999g
Dijual pada harga premium, Lenovo ThinkPad X1 Fold merupakan tablet mampu lipat yang pertama di pasaran.
Jadi anda mempunyai dua pilihan saiz skrin iaitu 13.3 inci jika dibuka penuh dan lebih kurang 9 inci jika dilipat.
Dengan kebolehan tablet ini untuk dilipat, ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan disimpan di dalam bag.
Dengan harga yang agak mahal, mungkin sesuai untuk anda yang berniaga dan mahukan tablet yang mudah dibawa serta dapat berfungsi dengan sangat baik.
Selain itu, processor Intel Core i5 memang cukup baik untuk menjana kuasa pemprosesan tablet ini dan dapat melakukan pelbagai tugasan dengan baik.
Cara Memilih Tablet Windows
Tentukan bajet anda dahulu
Tablet Windows di Malaysia bermula sekitar RM1,800 untuk model generasi lama seperti Surface Pro 8, dan boleh mencecah RM6,000 ke atas untuk model boleh lipat seperti ThinkPad X1 Fold. Tetapkan siling harga dahulu supaya pilihan tidak bertukar mengikut model terbaru yang sentiasa keluar.
Fikirkan kegunaan utama anda
Jika kegunaan utama ialah kerja pejabat dan mesyuarat video, prestasi pemproses dan bateri lebih penting daripada skrin. Jika untuk melukis atau membuat nota tangan, utamakan tablet yang disertakan pen stylus seperti ASUS Vivobook Slate.
Semak RAM dan storan yang mencukupi
8GB RAM sudah memadai untuk kerja pejabat asas dan pelayaran web, tetapi jika anda kerap membuka banyak tab atau perisian reka bentuk, pilih model dengan pilihan 16GB. Storan 128GB SSD adalah minimum praktikal; fail besar perlukan storan awan tambahan.
Pastikan papan kekunci atau pen disertakan dalam harga
Kebanyakan tablet Windows menjual papan kekunci dan pen berasingan daripada unit tablet, jadi semak dahulu sama ada harga yang dipaparkan sudah termasuk aksesori tersebut sebelum bandingkan harga antara model.
Beza Tablet Android dan Tablet Windows
Tidak ada sistem Windows, PC atau laptop akan gagal berfungsi dan erti kata lain, Windows sama seperti IOS, Android, Mac OS atau Linux.
Tablet Windows 8 dan ke atas dilihat lebih banyak digunakan oleh golongan profesional untuk memenuhi keperluan pejabat atau organisasi.
Manakala, tablet Android pula, lebih bebas dan menawarkan pelbagai pilihan yang sesuai dengan penggunaan individu.
Harga
Harga bagi kedua-dua tablet ini juga berbeza. Bagi tablet Android, harga yang ditawarkan lebih murah dan mampu milik.
Tablet Windows pula, harga sedikit mahal tetapi menawarkan spesifikasi yang terbaik.
Aplikasi dan perisian
Bagi mereka yang mahukan penggunaan laptop tetapi dalam bentuk tablet, maka mereka cenderung memilih tablet Windows kerana memiliki kebolehan integrasi mudah dengan desktop Windows.
Bagi Android pula, menggunakan platform sumber terbuka jadi banyak aplikasi yang baru dikembangkan menerusi platform ini.
Selain itu, tablet Android boleh akses Google Play Store, Amazon Apps Store dan segala aplikasi, jadi pengguna tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sebarang aplikasi.
Tablet Windows
- Memiliki reka bentuk fizikal yang baik dan kukuh.
- Spesifikasi sepadan dengan harga.
- Sistem keselamatan lebih terjamin.
- Mudah melakukan kerja menggunakan Microsoft Office.
- Tidak memiliki banyak pilihan seperti Android.
Tablet Android
- Banyak pilihan dan pelbagai model dengan variasi reka bentuk.
- Harga berpatutan dan mampu milik.
- Keselamatan yang kurang, terutama aplikasi yang sering menjadi sasaran virus.
Apa Yang Berubah
Disemak dan dikemaskini 20 September 2026: harga kesemua enam tablet disahkan semula di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia, pautan Microsoft Surface Pro 9 ditukar (pautan lama tersilap membawa ke penyenaraian Surface Pro 8 yang sama), nama produk ASUS Vivobook dibetulkan kepada model sebenar (T3300K), dan Surface Pro 9 dinaikkan menjadi pilihan teratas keseluruhan.

