Teknologi

5 PC All-In-One (AIO) Terbaik Untuk Dibeli 2026


Editor · Updated 22 Apr 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

5 PC All-In-One (AIO) Terbaik Untuk Dibeli 2026

PC all-in-one merupakan monitor besar yang mempunyai semua komponen asas komputer, misalnya iMac.

Erti kata lain, semua komponen disatukan satu unit dan pemasangannya sangat senang cuma perlu cucuk mouse dan keyboard.

Kandungan

Jom lihat senarai 5 PC All-In-One terbaik korang boleh guna untuk kerja, editing dan macam-macam lagi.


Isi kandungan


5 Senarai PC All-In-One


Apple iMac M1 Chip 2021
PC-All-One untuk kerja 1 daripada 5
Apple iMac M1 Chip 2021
Partnership with Apple
Dari RM6,249
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Processor yang laju
Security yang ketat
Tidak menyokong multiple display
  • OS: macOS
  • Grafik: M1 7-Core
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 24 inch 
  • CPU: Apple M1 8 Core

Sebab utama menjadi pilihan:

PC All-In-One keluaran paling baru dari Apple ini menggunakan CPU daripada syarikat mereka sendiri iaitu Apple M1 8-Core. 

Ciri-Ciri:

Sedikit berbeza dengan Macbook kerana CPU ini adalah 8-core. CPU dari syarikat Apple ini dikenali dengan CPU paling lancar, stabil, dan tidak mudah panas.

RAM yang terdapat pada laptop ini pula sebanyak 8GB bagi Base Model namun pengguna boleh menambah RAM sehingga 16GB mengikut kehendak. 

Ruang simpanan yang ada pada laptop ini sebanyak 256GB, 512GB, dan 1TB.

Pengguna boleh memilih untuk mengambil ruang simpanan yang besar mengikut kegunaan. Apa yang menarik, ruang simpanan pada PC ini adalah SSD.

Skrin pada PC ini seluas 24’ disertakan dengan 4.5k Retina Display yang menunjukkan paparan yang lebih jelas dan terang.

Bagi model ini iMac menyediakan beberapa variasi pilihan warna yang terang.

Review:

“Memang puas hati la buat kerja editing atau main game. Skrin besar dan terang!”

Dell XPS 27 AIO
PC All-In-One 27 inch 2 daripada 5
Dell XPS 27 AIO
Partnership with Dell
Dari RM5,050
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk minimalist
Border-less Monitor
Tiada butang laras suara dan brightness
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel Iris Xe Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 27 inch 
  • CPU: Intel Core i7

PC dari Dell ini menggunakan CPU Intel Core i7 yang terbaru dan mampu memberikan performance yang lancar ketika digunakan. 

CPU yang digunakan pula adalah dari 11th Generation membuatkan lagi PC ini sangat moden di samping reka bentuknya yang minimalis.

Walaupun tidak sebesar PC yang lain, PC ini mampu memberikan performance yang sangat lancar kerana CPU yang digunakan turut memainkan peranan.

Selain itu, ruang simpanan sebesar 512GB yang ada pada PC ini adalah dari SSD. Ini membuatkan lagi PC ini tidak menunjukkan sebarang lagging ketika digunakan.

Skrin PC ini seluas 27’ dan menggunakan Intel Iris Xe Graphic sudah cukup terang dan jelas untuk pengguna.

Acer Aspire C24963
PC All-In-One terbaik dan termurah 3 daripada 5
Acer Aspire C24963
Partnership with Acer
Dari RM2,699
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk yang menarik
Material yang solid
Pembesar suara yang perlahan
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 23.8 inch 
  • CPU: Intel Core i3

PC All-In-One yang dikeluarkan dari Acer ini menggunakan CPU Intel Core i3 yang mana menumpukan kepada performance yang tidak terlalu berat.

RAM yang terdapat pada PC ini sebanyak 8GB tapi sedikit berbeza dengan kebanyakan PC All in One, kerana boleh ditambah baik sehingga 16GB.

Ruang simpanan sebesar 256GB pada PC ini menggunakan storage jenis SSD yang memberikan masa loading yang singkat kepada pengguna dan tidak menjejaskan performance PC untuk jangka masa yang lama.

Skrin PC ini selebar 23.8’ dan menggunakan Intel UHD Graphic yang terang dan jelas sekaligus menjadikan mata anda kurang sakit melihat skrin tanpa jangka masa panjang.

Jadi, tidak hairan kenapa PC ini sering digunakan di pejabat kerana harganya mampu milik serta prestasinya yang baik.

HP 24-DF0017D
PC All-In-One untuk pelajar 4 daripada 5
HP 24-DF0017D
Partnership with HP
Dari RM2,149
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk mewah
Harga berpatutan
Tidak boleh melaras ketinggian
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Integrated Intel UHD Graphic
  • RAM: 4GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 24 inch 
  • CPU: Intel Pentium

PC model yang mempunyai reka bentuk elegan ini menggunakan CPU Intel Pentium yang dipercayai pengguna baharu dalam bidang komputer.

Berbekalkan RAM sebanyak 4GB DDR4 serta 256GB SSD membantu kelancaran PC ini dalam melakukan segala kerja. 

Bahagian skrin seluas 24’’ inci dan besar monitor PC ini tidak akan memakan banyak ruang.

Selain itu, GPU yang digunakan juga adalah selaras dengan PC ini kerana ia terdiri daripada Intel juga. 

Walaupun hanya Integrated, namun ia masih memberikan paparan yang jelas kepada pengguna.

Paling pening, tidak menyakitkan mata ketika melihat untuk jangka masa yang panjang.

Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan bagi sebuah PC yang sesuai digunakan hanya di rumah. 

Jadi, PC ini sangat sesuai bagi pelajar yang masih belajar di rumah di era pandemik ini.

ACER Aspire C271655-1135G7W11
PC All-In-One terbaik dan termurah 5 daripada 5
ACER Aspire C271655-1135G7W11
Partnership with ACER
Dari RM2,699
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Berfungsi dengan senyap
Material yang solid
Tiada port USB-C
  • OS: Window 11
  • Grafik: NVIDIA GeForce MX330 with 2GB of GDDR5
  • RAM: 8GB
  • Storage: 1TB SDD
  • Skrin: 27 inch 
  • CPU: Intel Core i5

PC AIO dari Acer kali ini datang dengan CPU yang sering kali kita dengar dan lihat terutama sekali jika kita bekerja di pejabat. 

CPU yang dimaksudkan ialah Intel Core i5 yang dipercayai bagus jika digunakan untuk tujuan bekerja.

RAM yang dibekalkan sebanyak 8GB juga DDR4 pada PC menunjukkan bahwa PC ini tidak ketinggalan arus seperti kebanyak PC AIO yang lain. 

Selain itu, storage yang dibekalkan juga sebesar 1TB. 

Dengan skrin seluas 27” pada PC AIO ini bukan sahaja bersaiz luas malah memberikan paparan yang sangat jelas serta tidak menyakitkan mata.

Hal ini kerana PC ini menggunakan GPU NVIDIA GeForce MX330. Salah satu GPU kegilaan pada masa dahulu.

Selain itu, reka bentuk PC AIO ini kelihatan sangat futuristik.


Apakah perbezaan PC AIO dengan PC Biasa?

PC All in One (AIO) lebih compact dan padat berbanding PC biasa. Malah, dibina dengan memampatkan komponen penting sebuah PC di belakang monitor tanpa menggunakan casing lain selain monitor. 

Ini dapat menjimatkan lagi ruang kerja pengguna sekiranya pengguna mempunyai workspace yang tidak terlalu luas.

Selain itu, kebanyakkan PC AIO tidak boleh menambah baik apa yang sedia ada padanya kecuali bahagian kecil seperti RAM. 

Manakala, bahagian kad grafik pula mungkin akan mempunyai masalah kerana ia tidak boleh ditambah baik kad grafik yang lebih besar dan pengguna harus menggunakan apa yang sedia ada di dalam PC AIO tersebut.

Namun, jangan risau kerana kebanyakkan PC AIO dibina khas untuk kerja yang menumpukan kepada penggunaan pengguna.

Misalnya pengguna merupakan seorang editor video dan PC AIO terbaik bagi mereka adalah iMac kerana kadar penyegaran rate yang tinggi. 

Jika pengguna seorang pereka grafik, PC AIO sesuai untuk mereka ialah Microsoft 28 Surface Studio kerana PC AIO mempunyai touchscreen yang terbaik serta menyokong stylus pen.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation