Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
monitor ultrawide malaysia

6 Monitor Ultrawide Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Beralih kepada monitor ultrawide untuk pengalaman editing yang memuaskan!

Saiz monitor yang lebih panjang dan lebar ratio 21:9 telah menjadi game changer

Konsep monitor ultrawide memberi alternatif baharu untuk penggiat pereka grafik, peminat permainan video dan editor gambar. Kini kerja-kerja dari monitor lebih mudah, menjimatkan masa dan kos.

Lupakan sahaja dua monitor yang lama, mari lihat 5 pilihan monitor ultrawide yang terbaik.


Penyunting

Izzah Ab Aziz chevron_right

hobby: @menu.inf

Isi Kandungan


6 Monitor Ultrawide Terbaik & Terbaru di Malaysia

Monitor Ultrawide terbaik
ROG XG438Q 43”
ROG XG438Q 43”
mulai
RM1,199.00
Semak ROG XG438Q 43” harga dibawah:
add_circle Skrin 43” yang menyokong 4K
add_circle Refresh Rates setinggi 120Hz
remove_circle HDMI ports 2.0, bukan 2.1

Bagi sebuah jenama yang sudah berada lama dalam kategori gaming, monitor ini tidak mengecewakan pengguna kerana mempunyai sokongan refresh rates sehingga 120Hz membuatkan ramai pengguna mengidamkan monitor ini.

Walaupun performance monitor ini dalam kadar sederhana, ia mempunyai kelebihan dari segi saiz yang lebar seakan sebuah televisyen.

Pengguna digalakkan mempunyai GPU yang tinggi sebelum membeli monitor ini untuk merasai sendiri pengalaman di tahap maksimum dan memuaskan.

Monitor ultrawide untuk kerja
Acer NITRO XV340CK P 34”
Acer
Acer NITRO XV340CK P 34”
mulai
RM1,699.00
Semak Acer NITRO XV340CK P 34” harga dibawah:
add_circle Harga yang berbaloi
add_circle Refresh Rates sehingga 144Hz
remove_circle Warna pada skrin mungkin boleh ditambah baik

Monitor keluaran Acer ini mempunyai refresh rates yang agak tinggi sehingga 144Hz mengalahkan beberapa model monitor gaming yang lain. 

Harga yang ditawarkan juga berbaloi untuk performance yang tinggi. 

Walaupun begitu, paparan monitor ini tidak menyokong sehingga 4K dan hanya mampu sehingga 2k sahaja. 

Oleh itu, monitor ini  lebih sesuai untuk kegunaan kerja berbanding gaming..

Pengguna tidak memerlukan GPU yang tinggi untuk menikmati monitor ini pada kadar maksimum.

Monitor Ultrawide untuk edit gambar
Samsung Odyssey G5 27”
Samsung
Samsung Odyssey G5 27”
mulai
RM1,399.00
Semak Samsung Odyssey G5 27” harga dibawah:
add_circle Refresh Rates yang tinggi
add_circle Masa tindak balas yang laju
remove_circle Ergonomic yang tidak baik

Monitor keluaran Samsung ini mempunyai kadar refresh rates yang agak tinggi sehingga mencapai 144Hz. 

Tidak hairan kenapa monitor ini sering menjadi pilihan selain bentuk fizikalnya yang menarik (Curved). 

Tindak balas pada monitor ini juga cekap dan membuatkan seolah pengguna sendiri berada di dalam monitor ini. 

Saiznya yang ideal iaitu 27” juga menjadi punca kenapa monitor ini sering menjadi pilihan.

Monitor Ultrawide terbaik
Acer EI491CR 49"
Acer EI491CR 49
mulai
RM3,499.00
Semak Acer EI491CR 49" harga dibawah:
add_circle Refresh Rates yang memuaskan
add_circle Berkualiti tinggi
remove_circle Harga mahal

Monitor ultrawide terbaik ini semestinya datang dari jenama yang terbaik juga iaitu Acer. 

Apa yang membuatkan monitor ini kegilaan ramai ialah reka bentuknya yang elegan disertakan dengan bentuk curve pada monitor ini membuatkan pengguna seolah menggunakan kapal angkasa.

Kadar penyegaran yang tinggi pada monitor ini mampu mencapai sehingga 144Hz menjadikan monitor ini kelihatan lebih terang dan menarik serta memukau. 

Saiz monitor ini 49” membolehkan pengguna melihat segala jenis aplikasi pada monitor tanpa menukar window.

Walaupun monitor ini agak mahal untuk dimiliki tapi ia menjamin kepuasan yang maksimum.

Monitor ultrawide gaming terbaik
LG Ultragear 34" 34GP950G
LG
LG Ultragear 34 34GP950G
mulai
RM4,388.00
Semak LG Ultragear 34" 34GP950G harga dibawah:
add_circle Imej yang sepadan pada paparan monitor
add_circle Sangat cerah dan terang
remove_circle Warna hitam menjadi kelabu ketika digunakan dalam bilik yang gelap

Monitor LG seluas 34” ini sesuai untuk digunakan untuk apa sahaja perkara yang pengguna inginkan. Misalnya untuk bekerja atau gaming, ia tidak akan memberi sebarang masalah.

Hal ini kerana kecerahan yang ada pada monitor ini membuatkan imej yang berada di dalam monitor kelihatan sangat nyata. Tidak menjadi gangguan bagi pereka grafik untuk menghasilkan masterpiece mereka dengan monitor ini.

Reka bentuknya yang curve dan saiz 34” ialah sangat ideal. Dimana ia tidak terlalu besar atau kecil. 

Namun, seperti lukisan Mona Lisa, monitor ini juga mempunyai kekurangannya dimana ia tidak sesuai untuk digunakan di dalam bilik yang gelap kerana warna hitam pada paparan skrin akan menjadi sedikit kelabu.

Monitor ultrawide murah
LG 29WN600 29”
LG
LG 29WN600 29”
mulai
RM899.00
Semak LG 29WN600 29” harga dibawah:
add_circle Bezel-less
add_circle Warna yang baik
remove_circle Tidak boleh selaras tinggi

Monitor dari LG ini dikhususkan untuk kerja yang tidak terlalu berat seperti belajar dan bekerja. 

Kelebihan ini menjadikan model monitor LG dikategori sebagai mampu dimiliki di samping reka bentuknya yang premium.

Frame bezel-less yang terdapat pada monitor bijak memanipulasi pengguna kelihatan tidak mempunyai frame padahal ia sangat nipis. 

Kadar penyegaran pada monitor ini pula berada pada tahap average iaitu 75Hz namun masih lebih baik berbanding monitor biasa.

Monitor ini juga mempunyai  2 port HDMI serta headphone jack 3.5mm.


Beza Monitor Ultrawide vs Monitor Dual Display

Umum kita tahu bahawa monitor ultrawide ialah saiz skrin yang lebih panjang.

Namun ia masih di dalam skrin yang sama berbanding Monitor Dual Display yang menggunakan dua monitor yang diletakkan secara bersebelahan untuk diselaraskan antara kedua-duanya.

Monitor Ultrawide juga menyatukan biasan warna yang sama kerana tidak semua monitor mempunyai biasan warna yang sama. 

Ini  menyukarkan pengguna untuk memilih monitor kedua mereka jika menggunakan Monitor Dual Display.

Yang paling ketara kita lihat ialah Ratio Cinematic pada Monitor Ultrawide kelihatan lebih nyata. Lebih-lebih lagi jika kita menonton movie dimana letterbox pada monitor tidak akan kelihatan sama sekali kerana ratio 21:9 yang ada pada Monitor Ultrawide.

Bagi Monitor Dual-Display pula masih menggunakan ratio 16:9 pada skrin mengakibatkan letterbox itu wujud ketika menonton movie.


Artikel Berkaitan

End of Article