Kini, mesin pencetak atau printer boleh dikatakan alat elektronik yang penting pada setiap rumah.
Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak pekerjaan dan kelas dilakukan hanya dari rumah jadi memang wajib untuk kita memiliki printer.
Cuma ramai yang beranggapan harga printer bagus cecah ribuan ringgit tapi sebenarnya boleh dapat bawah RM300!
Bagi memudahkan pencarian anda, kami bantu anda senaraikan beberapa jenama printer murah terbaik untuk anda pilih.
Mari kita lihat senarai printer murah dan mempunyai kualiti bagus yang sesuai untuk kegunaan harian anda.
Senarai 6 Printer Murah & Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Printer All-in-One ini mempunyai beberapa fungsi seperti mengimbas, mencetak serta menyalin dokumen.
Ciri-ciri:
Printer multifungsi ini biasanya sesuai untuk guru kerana harganya murah dan fungsi yang pelbagai.
Printer ini juga boleh digunakan untuk mencetak daripada telefon dan komputer secara wireless dengan menggunakan aplikasi muat turun daripada smartphone anda.
Rekaan pencetak ini yang sleek dan trendy, menjadikannya antara pencetak kegemaran pengguna.
Walaupun tidak bersaiz portable, pencetak ini sebenarnya ringan bagi memudahkan anda untuk mengubah posisi mengikut sudut bersesuaian.
Ciri lain lagi, bahagian stack up kertas mampu menampung 60 helai dalam masa yang sama dan tidak mudah tersangkut pada tray pencetak tersebut.
Review:
"Memang sangat puas hati, warna pun cantik dan memudahkan kerja saya,"

Peniaga online wajib mempunyai printer sticker untuk memudahkan urusan percetakan detail pengeposan barang.
Model printer ini menggunakan saiz kertas A6 dan boleh diisi dengan panjang kertas 75mm x 130mm.
Jangan risau, penggunaanya mudah dan paling penting cetakan thermal lebih menjimatkan kos anda kerana tidak memerlukan dakwat cetakan.
Walaupun tidak mempunyai Wifi, printer ini tetap boleh menggunakan sistem operasi komputer dari Windows 95 sehingga Windows 10.
Manakala untuk pengguna iMac Apple memerlukan penyambungan kabel USB.

Kalau mahu printer yang pantas mencetak dan cetakan tidak mudah rosak, printer Pantum P2506 Pro Monochrome adalah pilihan terbaik dan murah.
Printer ini mampu mencetak kertas tebal dan nipis bersaiz A4, ISO B5, sampul surat dan pelbagai lagi.
Malah, boleh mencetak sehingga 150 helai kertas dalam satu masa.
Maksimum 700 helai kertas boleh dicetak pada setiap bulan mengikut penggunaan dakwat toner yang disediakan.
Bagaimanapun, model laser printer ini untuk cetakan hitam dan putih saja dan tidak dapat menyambung dengan Wifi.

Printer HP DeskJet 2336 sangat berbaloi untuk dibeli kerana mempunyai fungsi scan dan copy.
Malah printer ini boleh disambungkan melalui Wifi dan kelajuan cetakan pula pada tahap 6 cpm (hitam) dan 3 cpm (berwarna).
Manakala resolusi cetakan memuaskan dengan 600 x 300 dpi tidak kira cetakan bertulis, gambar dan berwarna.
Purata bulanan cetakan kertas mampu dicapai sehingga 1000 helai kertas bersaiz A4 dan boleh membuat sambungan dengan laptop yang mempunyai sistem Windows 10 ke atas saja.

Printer Canon PIXMA E510 mempunyai isipadu dakwat cartridge yang mampu melengkapkan cetakan sehingga 800 helai kertas yang berwarna dan hitam putih.
Walaupun lengkap dengan fungsi scan dan copy, Canon PIXMA E510 merupakan printer model lama yang belum ada sambungan internet atau Wifi. Jadin perlu menggunakan penyambungan wayar kabel USB.
Sistem operasi komputer pula hanya dari Windows XP hingga Windows 8. Manakala untuk pengguna Mac Os X Leopard atau sebelumnya.
Buat pengguna telefon pintar android anda boleh membuat sambungan menggunakan Bluetooth.

Dengan harga bawah RM300, printer Deskjet Ink Advantage 2330 boleh print, copy dan juga scan dengan kelajuan 5.5 ppm sehingga 7.5ppm.
Model printer ini mampu mencetak 1000 helaian kertas A4 tidak kira berwarna atau pun hitam putih.
Mudah saja cara penggunaannya, hanya menyambungkan wayar USB HP printer ke laptop dan boleh digunakan.
Tips Memilih Printer
- Printer dan dakwat
Kos printer bergantung kepada penggunaan dakwat cartridge atau toner. Printer inkjet atau deskjet, mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar. Ketahui penggunaan.
Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak. Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).
- Kertas dan jumlah penggunaan
Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000. Bergantung kepada penggunaan masing-masing.
Manakala untuk cetakan gambar pula anda harus lihat dari segi resolusi, isipadu dakwat dan jenis kertas gambar yang boleh digunakan pada mesin printer.