Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Wireless printer terbaik

9 Wireless Printer Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Nak print, copy dan scan lebih mudah dengan wireless printer!

Printer tanpa wayar telah menjadi peranti yang tidak boleh dipisahkan dalam era digital yang menawarkan keselesaan dan pencetakan yang lancar dari pelbagai peranti. 

Untuk tahun ini, market untuk beli printer yang bagus semakin tinggi dan ada banyak pilihan printer tanpa wayar yang bakal memenuhi keperluan pencetakan anda.

Dari printer compact untuk kegunaan di rumah hingga pejabat yang canggih, kami telah merangkumi model-model terbaik untuk anda membuat pilihan. 

Jom lihat senarai jenama printer wireless terbaik dengan printer harga yang berpatutan!


Senarai 9 Wireless Printer Terbaik

Wireless printer terbaik secara keseluruhan
Epson L3550
Epson L3550
mulai
RM379.00
Semak Epson L3550 harga dibawah:
add_circle Boleh cetak,salin & scan
add_circle Kelajuan cetakan memuaskan
add_circle Boleh connect Apple AirPrint
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Epson L3550 adalah antara wireless printer model baru yang boleh cetak, salin, scan dan boleh buat sambungan pada apa sahaja peranti termasuk Apple AirPrint.

Ciri-ciri:

Turut mempunyai ciri EcoTank yang boleh memaksimumkan efisiensi pencetakan di rumah atau di pejabat. 

Dalam erti kata lain, wireless printer EcoTank menghasilkan kecepatan dan daya tahan pencetakan yang lebih tinggi.

Dengan kecepatan cetak yang lebih tinggi, wireless printer ini boleh mencapai 15/8 ipm dari model EcoTank sebelumnya.

Oleh itu, printer EcoTank ini merupakan penggabungan Print Head PrecisionCore yang sudah di upgrade.

Printer L3550 juga memiliki daya tahan yang lebih baik dan produk boleh digunakan lebih lama secara keseluruhan. 

Paling penting, cara tukar ink cartridge juga amat mudah, anda tidak perlu bawanya ke kedai untuk tukar.  

Anda boleh download aplikasi Epson Smart Panel dan anda boleh gunakannya untuk kawal printer, set up, monitor printer dan boleh check level ink. 

Review:

“Mantap! Printer easy to set up. Ada manual guide step by step. Untuk setting WiFi boleh ikut step dia.. Kualiti printing sangat bagus!”

Printer wireless untuk office
Brother MFC-L8690CDW
Brother
Brother MFC-L8690CDW
mulai
RM2,974.00
Semak Brother MFC-L8690CDW harga dibawah:
add_circle Cetakan berkualiti tinggi
add_circle Resolusi sehingga 2,400dpi
add_circle Kelajuan cetakan 31 halaman:satu minit.
remove_circle Harga mahal

Brother MFC-L8690CDW adalah printer wireless yang bagus dari jenama printer yang terkenal. 

Dengan harga yang berpatutan, printer ini menawarkan kualiti cetakan yang tinggi dan kecekapan dalam operasi pencetakkannya.

Dengan teknologi laser elektrofotografi, printer ini menghasilkan cetakan yang tajam dan berkualiti dengan resolusi hingga 2,400dpi. 

Kecepatan cetakannya yang tinggi, fungsi pencetakan automatik 2-sisi dan kemampuan pencetakan tanpa wayar menjadikan printer ini pilihan yang baik untuk keperluan di pejabat.

Dengan sokongan untuk berbagai jenis media atau peranti, wireless printer Brother MFC-L8690CDW adalah pilihan yang terbaik untuk para profesional.

Printer wireless murah
Canon Pixma TS307
Canon
Canon Pixma TS307
mulai
RM179.00
Semak Canon Pixma TS307 harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Reka bentuk bergaya
add_circle Salinan mudah dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY
remove_circle Jumlah cetakan terhad
remove_circle Kelajuan cetakan perlahan

Canon Pixma TS307 merupakan sebuah printer wireless serba boleh dan merupakan pilihan yang bagus untuk pencetakan berkualiti tinggi. 

Dengan reka bentuk yang menarik, printer ini menawarkan kelajuan cetak ISO standard yang memuaskan.

Cetakannya boleh mencapai hingga 7.7ipm untuk warna hitam dan 4.0ipm untuk cetakan berwarna. 

Selain itu, anda dapat menghubungkan printer ini dengan mudah melalui pelbagai pilihan sambungan.

Ini termasuk peranti tambahan seperti Hi-speed USB 2.0, WiFi, wireless pictbridge, Mopria, AirPrint, BLE, dan Access Point Mode. 

Printer ini juga menggunakan ink cartridge yang murah, jadi anda akan jimat kos tanpa perlu mengabaikan kualiti cetakan. 

Dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY, anda juga akan dapat buat salinan dokumen atau foto secara langsung dari smartphone anda dengan mudah.

Canon Pixma TS307 adalah printer dari jenama yang terkenal dan juga merupakan antara salah satu jenama printer wireless yang murah.

Wireless printer untuk kegunaan rumah
HP DeskJet 2776
hp desk jet printer
mulai
RM199.00
Semak HP DeskJet 2776 harga dibawah:
add_circle Sambungan Bluetooth dan WiFI
add_circle Kelajuan tinggi
add_circle Waranti 3 tahun
remove_circle Ink cartridges cepat habis

Dengan teknologi HP Thermal Inkjet pada pencetak ini, anda dapat mencetak dokumen, menyalin dan mengimbas dengan hasil yang lebih tajam dan jelas. 

Selain itu, anda boleh mencetak dari mana-mana peranti yang disambungkan ke rangkaian WiFi anda dengan menggunakan aplikasi HP Smart atau Apple AirPrint™.

Pastikan anda download aplikasi tersebut supaya anda dapat mencetak dokumen terus dari telefon pintar atau tablet anda dengan mudah dan pantas. 

Anda juga boleh menyambungkan peranti Mac anda ke pencetak dan mula mencetak tanpa masalah.

Pencetak ini juga dilengkapi dengan kemampuan mencetak dwi-muka secara manual.

Dengan kapasiti input sehingga 60 helaian dan kapasiti output sehingga 25 helaian, anda tidak perlu kerap mengganti kertas semasa mencetak.

Sesuai untuk penggunaan cetakan sehingga 100 halaman sebulan dan ini merupakan penyelesaian cetakan yang ideal untuk keperluan cetak harian. 

Printer wireless laser
BROTHER HL 1210W
BROTHER
BROTHER HL 1210W
mulai
RM280.14
Semak BROTHER HL 1210W harga dibawah:
add_circle Dilengkapi aplikasi Brother iPrint&Scan
add_circle Boleh mencetak 1000 kali cetakan dengan satu ink cartridge
add_circle Cetakan pantas
remove_circle Hanya mencetak dalam mode monokrom (hitam putih)

BROTHER HL 1210W merupakan sebuah pencetak laser monokrom yang cekap, menjadikannya pilihan yang baik untuk pencetakan yang berkualiti.

Dengan harga yang berpatutan, printer ini mampu mencetak dengan kelajuan cetak hingga 20 halaman dalam satu minit.

Kehandalan jenama Brother dan ciri-ciri yang diperbarui, seperti antara muka tanpa wayar dan Ethernet, anda dapat menghubungkan pencetak dengan mudah ke pelbagai peranti. 

Printer ini juga menawarkan kombinasi antara printer yang bagus dengan harga yang berpatutan. 

Menariknya, ink cartridge yang disertakan mampu mencetak hingga 1,000 halaman.

Sekiranya anda mencari pencetak yang berkualiti, cekap dengan harga mesra poket, BROTHER HL 1210W adalah pilihan yang tepat.

Printer wireless untuk Chromebook
Canon Pixma E470
Canon
Canon Pixma E470
mulai
RM208.00
Semak Canon Pixma E470 harga dibawah:
add_circle Mempunyai WiFi
add_circle Boleh mencetak sehingga 400 helai
add_circle Boleh print, copy dan scan
add_circle Hasil cetakan berkualiti
add_circle Monitor ink level di aplikasi Selphy
remove_circle Saiz cartridge kecil

Jenama wireless printer ini menawarkan harga yang murah dan sesuai untuk digunakan bersama Chromebook. 

Canon Pixma E470 mampu melaksanakan tugasan scan and copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.

Dengan fungsi WiFi atau wireless, anda boleh monitor jumlah dakwat printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.

Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4):  4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).

Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi. 

Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.

Printer wireless untuk MacBook
Canon Pixma G3020
Canon
Canon Pixma G3020
mulai
RM399.99
Semak Canon Pixma G3020 harga dibawah:
add_circle Jumlah cetakan antara 150 hingga 1,500 halaman
add_circle Boleh disambung ke MacBook
add_circle Resolusi cetakan baik
remove_circle Harga mahal

Canon Pixma G3020 boleh mencetak dengan jumlah tinggi, iaitu antara 150 hingga 1,500 halaman. 

Pencetak ini juga menyediakan pencetakan berkualiti tinggi dengan kecepatan yang efisien, menjadikannya printer yang bagus untuk kegunaan peribadi atau untuk kerja. 

Pencetak ini menawarkan prestasi pencetakan yang cekap dan boleh dipercayai dengan kelajuan mencetak.

Ini menepati piawai ISO hingga 9.1 ipm untuk warna hitam dan 5.0 ipm untuk cetakan berwarna. 

Anda juga dapat menghubungkannya secara mudah dengan pilihan penyambungan tanpa wayar seperti Wireless PictBridge, Mopria, AirPrint, dan Direct Wireless. 

Printer ini juga mudah disambung ke peranti MacBook anda.

Canon Pixma G3020 adalah pencetak yang memberikan nilai yang baik dengan jenama printer yang terkenal. 

Turur direka untuk mengurangkan kos pencetakan dengan menggunakan catridge yang mudah diisi semula.

Printer wireless untuk phone
Brother MFC-J2340DW
Brother MFC-J2340DW
mulai
RM949.00
Semak Brother MFC-J2340DW harga dibawah:
add_circle Pencetakan kelajuan tinggi sehingga 22ipm (mono) dan 20ipm (warna)
add_circle Boleh mencetak dokumen saiz A3
add_circle Resolusi cetakan tinggi 1200 x 4800dpi
remove_circle Bunyi cetakan kuat

Brother MFC-J2340DW merupakan sebuah wireless printer serba guna yang boleh menjalankan tugasan pencetakan, pengimbasan, penyalinan, dan faks yang berkualiti tinggi. 

Ciri ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan peribadi atau di pejabat.

Dengan kelajuan cetak yang mengagumkan sehingga 22ipm untuk warna mono dan 20ipm untuk cetakan berwarna, MFC-J2340DW memastikan pencetakan yang cekap dan pantas. 

Salah satu ciri terbaik printer ini adalah kemampuan mencetak 2 muka automatik, yang tidak hanya menjimatkan kertas tetapi juga meningkatkan produktiviti. 

Dulang kertas yang besar dengan kapasiti sehingga 250 kertas juga mampu mengurangkan kekerapan mengisi semula kertas.

Lebih menarik, MFC-J2340DW menyokong pencetakan sehingga saiz A3, membolehkan anda menghasilkan dokumen pada saiz yang diperlukan. 

Dengan resolusi mencetak hingga 1200 x 4800dpi, menghasilkan cetakan yang tajam dan berwarna dengan butiran dan kejelasan terbaik.

Printer wireless portable
HP Officejet 250
HP
HP Officejet 250
mulai
RM1,399.00
Semak HP Officejet 250 harga dibawah:
add_circle Saiz kecil mudah dibawa
add_circle Kelajuan cetakan memuaskan
remove_circle Harga mahal

HP Officejet 250 menawarkan kemudahan mencetak, menyalin dan mengimbas yang efisien. 

Ini juga merupakan  i yang mudah untuk di bawa ke mana sahaja, menjadikannys sebuah printer wireless portable.

Dengan pelbagai pilihan penyambungan seperti USB 2.0, Wi-Fi Direct, dan BLE, Officejet 250 membolehkan pencetakan yang mudah dan fleksibel dari pelbagai sumber. 

Turut menyokong HP ePrint dan Chrome OS untuk sebarang pencetakan dari peranti mudah alih anda.

Kitaran tugas bagi printer ini adalah sehingga 500 halaman sebulan, jadi mampu menyokong keperluan pencetakan yang sederhana. 

Selain itu, juga turut dilengkapi dengan pengesan kertas automatik dan fungsi cetak dwibalik manual.

Paparan CGD 2.65" dengan sentuhan IR menjadikan navigasi dan operasi lebih mesra pengguna.


Cara Setup Printer Tanpa Wayar

Printer tanpa wayar atau wireless adalah pilihan yang popular dalam dunia pencetakan masa kini. 

Ini membolehkan pengguna mencetak dokumen dari pelbagai peranti seperti komputer, telefon pintar, dan tablet tanpa perlu menyambungkan kabel. 

Anda baru membeli printer tanpa wayar atau ingin mengubah tetapan sedia ada kepada penyambungan tanpa wayar, jom kami bantu!

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk setup wireless printer.

1. Pastikan Printer dan Router dihubungkan:

Pasang dahulu printer anda dan pastikan WiFi anda telah dihidupkan. 

Kemudian pastikan printer anda dan router WiFi dihubungkan dalam julat sambungan yang sama.

2. Sambungkan ke Jaringan Wi-Fi:

Pergi ke tetapan pada printer anda dan cari opsyen "Wireless Setup" atau "Wi-Fi Setup".

Pilih option ini dan cari jaringan WiFi yang ingin anda sambungkan dan masukkan kata laluan WiFi jika diperlukan. 

Printer anda sekarang akan menyambung ke jaringan WiFi yang dipilih.

3. Pasang Perisian Pencetak:

Untuk memastikan fungsi pencetakan yang optimum, muat turun dan pasang perisian pencetak yang disediakan oleh pengeluar printer

Anda boleh mendapatkannya dari laman web rasmi pengeluar atau dari CD yang disertakan bersama printer.

4. Semak Sambungan:

Setelah perisian dipasang, anda boleh melancarkan aplikasi pencetak pada peranti mudah alih atau komputer anda. 

Cari pencetak yang disambung dan pastikan printer ini mempunyai status "Online" atau "Connected".

5. Lakukan Ujian Cetakan:

Cuba lakukan cetakan untuk memastikan bahawa printer berfungsi dengan betul. 

Pilih fail ujian cetakan atau mana-mana dokumen, dan klik "Cetak". 

Pastikan cetakan berjaya dan keluar dari printer tanpa sebarang masalah.

Dengan langkah-langkah mudah ini, anda dapat memasang printer tanpa wayar dengan cepat dan mudah. 

Anda akan menikmati kebebasan mencetak dari jarak jauh dan memaksimakan penggunaan printer anda. 

Sekarang anda boleh memulakan pencetakan tanpa wayar dengan mudah dan pastinya akan memudahkan lagi tugas pencetakan anda.

Jika anda masih keliru, jom tonton video di bawah. Selamat berjaya!


Artikel Berkaitan

End of Article