Boleh dikatakan printer merupakan mesin penting apabila menjadi seorang pendidik.
Bukan apa, mudah untuk mencetak dokumen, membuat salinan dan bermacam lagi.
Lebih-lebih lagi apabila bila memerlukan pengajaran dari rumah.
Tidak hairanlah jika ramai guru yang menari jenama printer yang mempunyai kepelbagaian penggunaan.
Jadi, kami senaraikan beberapa jenama printer yang terbaik untuk guru.
Bagaimana Cara Pilih Printer?
Printer merupakan alat peranti yang penting bagi mereka yang memerlukan pencetakan dokumen atau gambar secara berterusan.
Tapi terdapat pelbagai pilihan printer di pasaran, jadi macam mana nak memilih printer yang sesuai untuk keperluan anda?
Jangan risau, berikut merupakan tips memilih printer yang baik untuk anda.
Spesifikasi dan kualiti
Selain dari memilih printer jenama terkemuka, spesifikasi printer juga perlu diambil kira bagi memastikan jenis printer yang dipilih bersesuaian dengan keperluan.
Kualiti juga perlu diambil kira untuk memastikan printer tahan lasak dan tidak mudah jammed semasa anda menggunakannya.
Tambahan lagi, kualiti cetakan juga perlu diambil kira, resolusi yang tinggi akan memberi cetakan yang cantik.
Kos penggunaan dakwat
Printer dan dakwat mempengaruhi kos penggunaan cattridge atau toner.
Printer inkjet atau deskjet mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.
Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).
Walau demikian, zaman ini terdapat printer yang menggunakan ink tank dimana anda boleh refill semula dakwat sekaligus menjimatkan wang daripada membeli cartridge baru.
Kertas dan jumlah pencetakan
Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000.
Bergantung kepada penggunaan masing-masing.
Sambungan printer
Di pasaran terdapat jenis printer yang memerlukan sambungan wayar dan juga jenis sambungan wireless.
Printer jenis wireless akan lebih memudahkan anda untuk bawa kemana saja dan menyambung ke pelbagai peranti.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Printer?
Printer merupakan peranti yang sangat berguna terutama bagi seorang guru.
Di sini, kami akan membincangkan beberapa kelebihan dan kekurangan printer yang perlu anda fahami.
Kelebihan:
- Kemudahan penggunaan
Printer sangat mudah untuk digunakan, terutama dengan kemajuan teknologi dalam masa yang terkini.
Anda hanya perlu menghubungkan printer ke komputer atau peranti lain dan mencetak dokumen atau gambar yang anda perlukan.
- Keselamatan dokumen
Printer membolehkan anda mencetak dokumen anda sendiri dan memastikan keselamatan dokumen anda.
Anda tidak perlu risau tentang dokumen anda jatuh ke tangan yang salah, atau dokumen anda dicetak dengan keadaan yang tidak memuaskan.
- Kecepatan
Printer moden mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, membolehkan anda mencetak banyak dokumen dalam waktu yang singkat.
Sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana anda tidak perlu lagi menghantar dokumen ke kedai fotostat untuk dicetak.
Kekurangan:
- Harga
Printer moden boleh menjadi agak mahal, terutama jika anda mencari printer yang mempunyai banyak fungsi atau boleh mencetak dalam kuantiti yang besar.
- Kualiti cetakan
Tapi, printer moden mungkin tidak memberikan kualiti cetakan yang sama dengan pencetakan profesional.
Anda mungkin perlu mencari pencetak profesional jika anda memerlukan kualiti cetakan yang sangat tinggi.
- Penggunaan toner atau ink cartridge
Printer memerlukan penggunaan toner atau ink cartridge, yang boleh menjadi agak mahal jika anda mencetak dalam kuantiti yang besar.
Senarai 9 Printer Terbaik Untuk Guru
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama
Printer ini merupakan printer yang mempunyai fungsi all in one dengan harga yang berpatutan dan sangat mudah digunakan serta cetakannya juga cepat.
Ciri-ciri;
Jenama Printer PIXMA E470 daripada Canon direka khas untuk membolehkan anda print secara wireless.
Printer ini berupaya memberikan semua fungsi kepada pengguna iaitu scan, copy dan printing dalam satu mesin printer .
Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4): 4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).
Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi.
Ink printer pula menggunakan jenis catridge dimana mampu memberikan hasil percetakan yang berkualiti tinggi.
Selain dari itu, dengan fungsi wifi, anda juga boleh monitor level ink melalui aplikasi Selphy dan boleh menggunakan printer ini tanpa perlu menyambungkan kabel USB pada PC.
Canon juga turut memberi warranty selama 3 tahun kepada pengguna.
Review
“Penghantaran cepat, berfungsi dengan baik, mudah digunakan, pembelian yang bagus”

Printer jenama HP ini sangat sesuai digunakan di pejabat atau rumah anda.
Bukan sahaja dapat membuat cetakan warna, malah printer HP Deskjet 2777 ini juga boleh menyalin dan mengimbas dokumen dengan mudah.
Anda juga boleh menggunakan sambungan tanpa wayar untuk menghantar dokumen untuk dicetak.
Dengan kelajuan mencetak secepat 15 saat, kini anda tidak perlu menunggu lama untuk mencetak dokumen untuk aktiviti pengajaran atau pembelajaran.
Printer ini boleh mencetak sehingga 1000 halaman sebulan dengan resolusi 300 x 300 dpi.
Pilihan printer yang tepat untuk mencetak dokumen dengan teks atau grafik. Sekaligus, menjadikan tugas harian anda sebagai guru lebih efisien.

Printer HP Deskjet mampu memberikan fungsi all in one pada satu printer.
Dengan penggunaan ink HP thermal inkjet, printer ini boleh dikategorikan printer yang jimat.
Untuk kualiti printing, mampu memberi resolusi maksimum sehingga 1200X1200 untuk hitam.
Manakala 4800 X 1200 untuk warna. Scanning pula resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi.
Paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas.
HP juga turut memberi warranty selama 3 tahun kepada pengguna.

Jenama printer Epson merupakan salah satu jenama printer terbaik untuk printer jenis Dot Matrix.
Ini kerana Printer Dot Matrix mampu memberikan salinan karbon berganda dengan impak yang tinggi.
Lagipun model LQ310 ini mempunyai 128kb input data buffer memory yang membolehkan percetakan pada kelajuan tinggi sehingga 416 karakter per saat pada 12 CPI.
Maknanya hampir 40 peratus lebih laju berbanding model sebelumnya iaitu LQ300.
Printer ini juga mampu menghasilkan cetakan salinan sehingga 4 bahagian (1 original, 4 salian).
Dengan built in USB dan Parallel Interface Option, printer ini boleh disambungkan kepada hampir semua peranti output yang anda perlukan.

Printer jenama Brother ini dapat memberi penjimatan kepada anda dimana dakwatnya boleh di isi semula.
Printer ini mampu memberi fungsi print, scan dan copy pada satu printer.
Kualiti resolusi printer pula mampu mencecah sehingga 1200 X 6000 dpi pada platform Windows.
Manakala untuk Mac mampu mencecah sehingga 1200 X 3600 dpi.
Printer ini mampu mencetak pada kelajuan 16 ipm untuk cetakan hitam putih dan 9 ipm untuk cetakan berwarna.
Brother turut memberi warranty selama 3 tahun atau 30 000 halaman cetakan (mana yang sampai dulu) kepada pengguna.

Anda inginkan printer bajet rendah tetapi bagus, printer jenama Canon ini merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk anda.
Walaupun murah tapi mampu memberi resolusi cetakan maksimum sehingga 4800 dpi (horizontal) dan 1X600 dpi (vertical).
Kelajuan printing masih menepati ISO standard print speed (A4) iaitu 8.0 ipm untuk hitam putih manakala 4.0 ipm untuk cetakan berwarna.
Saiz printer ini juga kompak, ringan, mudah dibawa kemana-mana dan mudah disimpan.
Canon turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Printer jenama HP ini mempunyai fungsi all in one dengan termasuk sambungan wifi dan bluetooth.
Sistem ini membolehkan anda menyambung pada pelbagai peranti baik smartphone ataupun komputer.
Selain itu, printer ini mampu memberi kualiti cetakan dengan resolusi maksimum sehingga 1200 X 1200 dpi untuk hitam putih.
Manakala untuk cetakan berwarna boleh memberi resolusi maksimum sehingga 4800 X 1200 dpi.
Kelajuan cetakan pula, printer ini mampu mencetak pada kelajuan 15 ppm untuk hitam putih dan 9 ppm untuk cetakan berwarna.
Dakwatnya pula mampu mencetak sehingga 6000 halaman untuk cetakan hitam dan 8000 halaman untuk cetakan berwarna.
Kapasiti paper tray, mampu memuatkan sehingga 100 keping kertas A4.
Bagi fungsi mengimbas pula, mampu mencecah resolusi maksimum sehingga 1200 dpi dengan kelajuan sehingga 3.5 ipm untuk warna manakala untuk hitam putih pula sebanyak 8 ipm.
Kemudian, fungsi salinan, resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi dengan kelajuan sehingga 13 cpm untuk hitam putih, 6 cpm untuk berwarna
HP turut menyediakan warranty selama 2 tahun dengan 1 kali penggantian untuk unit yang bermasalah.

Printer ini merupakan printer laser monochrome kompak dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.
Printer ini mampu mencetak pada kelajuan sehingga 20 ppm untuk menjimatkan masa cetakan.
Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.
Malah, printer ini boleh mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller untuk mengurangkan mendap habuk.
Bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.
Printer ini juga agak ringkas dan mudah, sesuai untuk guru fotostat nota untuk anak murid.
Brother turut menyediakan warranty selama 3 tahun kepada pengguna.

Walaupun harga tidak terlalu murah tapi dengan printer jenama Epson ini anda mampu menjimatkan kos printing kerana bekas dakwat jenis boleh diisi semula.
Kapasiti bekas dakwat mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih, 7500 halaman cetakan berwarna
Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan wifi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti.
Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer pada smartphone anda.
Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi.
Manakala untuk scanner, resolusi maksimumnya mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.
Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.
Epson turut menyediakan warranty selama 2 tahun atau 30,000 halaman cetakan.
Apa Fungsi Printer?
Dalam perkembangan teknologi zaman sekarang, printer bukan sahaja berfungsi untuk mencetak dokumen tapi berfungsi untuk menyalin dan mengimbas juga.
Erti kata lain, all in one malah terdapat juga printer yang mempunyai sambungan wifi dan bluetooth bagi memudahkan sambungan terus ke telefon bimbit.
Dengan teknologi mesin printer, kerja-kerja mencetak untuk keperluan tertentu seperti dokumen pejabat, sekolah, dan lainnya menjadi lebih senang.
Lebih-lebih lagi jika ada sebiji printer di rumah, tak perlu susah-susah ke kedai untuk mencetak.
Jadi, fungsi printer adalah memudahkan kerja-kerja percetakan dan mengimbas.