Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
thermal printer terbaik

7 Thermal Printer Terbaik di Malaysia 2024 (Bluetooth, Portable)

Anda bakal buka kedai? Jangan lupa beli printer thermal untuk resit.

Memiliki kemudahan cetakan resit yang pantas dan efisien amat penting bagi melancarkan operasi sebuah perniagaan. 

Lagi best kalau alat cetakan kita adalah jenis portable dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Ada pelbagai jenis printer di pasaran seperti laserjet printer, ink printer dan thermal printer.

Apa itu thermal printer? Mesin cetakan ini seakan printer biasa tetapi menggunakan teknologi thermal untuk mencetak. 

Thermal receipt printer selalunya digunakan untuk mencetak resit dan ada sesetengah thermal printer juga boleh mencetak kertas bersaiz A4 tau. 

Jom kita lihat senarai thermal printer terbaik atau thermal label printer yang sesuai dengan penggunaan atau keperluan anda. 



Senarai 7 Thermal Printer Terbaik

Thermal printer terbaik secara keseluruhan
Peripage A4 Portable Thermal Printer
Peripage A4 Portable Thermal Printer
From
RM549.00
Check Peripage A4 Portable Thermal Printer price below:
add_circle Boleh cetak pelbagai saiz kertas
add_circle Menyokong pelbagai format fail
add_circle Menyokong aplikasi cetakan berbeza
add_circle Ringan dan mudah dibawa
add_circle Bateri besar
remove_circle Tidak sesuai untuk cetakan jumlah besar
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Thermal printer ini dilengkapi dengan built-in clip yang membolehkan anda menyesuaikan saiz kertas untuk dicetak.

Ciri-ciri:

Pencetak termal ini mempunyai banyak pilihan saiz cetakan iaitu saiz 210mm, 107mm, 77mm, dan 56mm (A4, 4", 3", dan 2") dan boleh dijadikan sebagai thermal label printer juga tau.

Jadi anda boleh laras pencetak termal ini untuk cetak resit anda dengan mudah dah cepat!

Dengan menggunakan teknologi termal, ini akan memastikan kandungan cetakan yang jelas sekaligus dapat mengurangkan kos cetakan.

Thermal printer Peripage ini juga menyokong pelbagai format fail, termasuk Word, Excel, PPT, TXT, dan JPG. 

Selain itu, alat ini ringan, mudah alih dan sesuai dimasukkan ke dalam kotak kecil, jadi anda boleh bawa ke dalam kereta atau beg dengan mudah. 

Dengan bateri yang boleh dicas semula (5000mAh), pencetak ini boleh digunakan dalam masa yang lama jika dicas penuh dan ada mod standby

Review: 

‘Reka bentuk printer sangat cantik! Semua berfungsi dengan baik, kertas yang di print cantik. Sangat berpuas hati!’

Thermal printer dengan pemotong automatik
Xprinter XP-N160II
Xprinter XP-N160II
From
RM203.00
Check Xprinter XP-N160II price below:
add_circle Ada auto cut
add_circle Sesuai digunakan untuk print resit kedai
add_circle Boleh cetak dengan pantas
add_circle Cetakan jelas
remove_circle Bluetooth susah connect

Termal printer Xprinter XP-N160II ini merupakan pencetak resit termal terbaik jika anda mencari pencetak resit untuk kedai anda. 

Pencetak serba boleh ini sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan seperti pasar mini, kafe, kedai runcit, salun, bengkel kereta, dan banyak lagi. 

Dengan kaedah pencetakan direct thermal, anda tidak perlu risau tentang penggunaan dakwat jadi anda boleh jimat kos dan boleh digunakan lama.

Xprinter XP-N160II mampu mencetak pada kertas bersaiz 80mm dan lebar cetakannya sebanyak 72mm, saiz yang sesuai untuk pelbagai format bil dan resit. 

Menarik lagi, printer ini menyokong pemotongan kertas secara automatik menjadikan proses cetakan bil anda lebih cekap. 

Dari segi kejelasan cetakan, anda tidak perlu risau kerana teknologi thermal receipt printer boleh menghasilkan cetakan yang jelas. 

Thermal printer untuk waybill
Gprinter Thermal Printer Waybill GP-1324D
Gprinter Thermal Printer Waybill GP-1324D
From
RM268.00
Check Gprinter Thermal Printer Waybill GP-1324D price below:
add_circle Resolusi cetakan tinggi (203 DPI)
add_circle Cetakan laju (200mm/s)
add_circle Boleh cetak pada kertas pelekat termal
remove_circle Tidak menyokong sambungan ke telefon

Pencetak termal Gprinter ini merupakan sebuah thermal label printer yang sesuai untuk mereka yang banyak melakukan postage untuk bisnes secara online.

Dengan resolusi mengagumkan iaitu sebanyak 203 DPI, Gprinter GP-1324D ini memastikan cetakan yang jelas dan sharp untuk resit serta label.

Lebar cetakan sebanyak 108mm dan kelajuan cetakan yang pantas sebanyak 200mm/s membolehkan anda memproses order anda dengan cepat dan cekap. 

Secara tidak langsung, ini meningkatkan lagi produktiviti bisnes anda kerana ada lakukan penghantaran barang dengan cepat.

Selain dapat mengurangkan kos dakwat, kos penyelenggaraan printer ini juga adalah rendah.

Tambahan lagi, printer ini dapat mencetak pada kertas pelekat termal, jadi mudah untuk anda melekatkan label yang dicetak ke bungkusan yang ingin diposkan nanti.

Dengan cetakan termal, anda hanya memerlukan satu salinan waybill untuk memproses pesanan dan dapat mengurangkan pembaziran kertas serta menjimatkan masa.

Thermal printer Bluetooth
D520 Bluetooth Thermal Printer
D520 Bluetooth Thermal Printer
From
RM249.00
Check D520 Bluetooth Thermal Printer price below:
add_circle Cetakan pantas
add_circle Boleh sambung ke telefon menerusi Bluetooth
add_circle Resolusi tinggi sebanyak 203 DPI untuk cetakan yang jelas
remove_circle Tidak sesuai untuk perniagaan bersaiz besar

Pencetak Termal Bluetooth D520 ini amat mudah digunakan dan boleh disambungkan dengan mudah ke telefon anda. 

Selain itu, printer ini juga dilabelkan sebagai pencetak ultra-pantas pada kelajuan 150mm/s tau!

Jadi, anda boleh mencetak sehingga 60 helai kertas label bersaiz 4"x6" bagi setiap 1 minit.

Tambahan lagi, pencetak Termal Bluetooth D520 ini boleh menampung hingga 500 helai atau 1000 helai pelekat saiz lebih kecil. 

Ciri ini akan mengurangkan kekerapan anda menukar gulungan kertas dan meningkatkan kecekapan pencetakan.

Thermal label printer ini juga tidak memerlukan anda menunggu untuk mencetak cetakan seterusnya seperti thermal printer yang lain.

Untuk memudahkan anda, mesin cetakan ini membolehkan anda mengubahsuai label anda dengan mudah menggunakan aplikasi "Labelife".

Aplikasi ini menawarkan lebih daripada 500 template, jadi anda boleh pilih mengikut kesesuaian. 

Menarik lagi, thermal label printer ini juga menyokong cetakan bagi format Word, TXT, dan PDF. Mudah dan kemas!

Portable thermal printer
Brother PT-E300VP
Brother PT-E300VP
From
RM588.00
Check Brother PT-E300VP price below:
add_circle Mudah dipegang
add_circle Boleh print label dan lekat pada barang
add_circle Ada paparan LCD dan papan kekunci sendiri
remove_circle Harga mahal

Brother PT-E300VP merupakan sebuah thermal label printer yang cekap dan serbaguna yang direka untuk memudahkan kerja melekat label pada barang-barang anda. 

Menariknya, printer termal ini hadir dengan papan kekunci QWERTY yang mudah digunakan jadi anda boleh memasukkan teks dengan mudah dan pantas.

Manakala paparan LCD pula memaparkan 16 aksara di sepanjang 3 baris akan memberikan anda preview yang jelas dan sebenar sebelum anda mula mencetak. 

Selain itu, juga dilengkapi dengan pemotong manual dengan cut pause bagi memastikan pemotongan label yang tepat dan kemas.

Brother PT-E300VP juga menyokong TZe Tape (laminated) dalam pelbagai saiz, dari 3.5mm hingga 18mm, menawarkan fleksibiliti untuk menghasilkan label dengan lebar yang berbeza.

Dengan kelajuan cetakan 20mm/s dan resolusi cetakan 180 DPI, anda dapat menghasilkan label berkualiti tinggi dan profesional dengan pantas.

Pencetak label termal Brother PT-E300VP, menyediakan kecekapan, kepelbagaian dan label berkualiti profesional sesuai untuk pelbagai barangan.

Thermal printer 80mm
Goojprt MTP-3 Bluetooth
Goojprt MTP-3 Bluetooth
From
RM236.55
Check Goojprt MTP-3 Bluetooth price below:
add_circle Boleh sambung ke Bluetooth
add_circle Portable & ringan
add_circle Boleh digunakan tanpa wayar
add_circle Menyokong telefon pintar Android
remove_circle Jaminan hanya selama 3 bulan

Goojprt MTP-3 boleh digunakan bersama dengan pelbagai sistem dan peranti mudah alih.

Pencetak ini menyokong semua telefon mudah alih Android, termasuk jenama-jenama popular seperti Oppo, Vivo, Huawei, dan Samsung. 

Tambahan lagi, turut berfungsi dengan baik bersama telefon Nokia seperti model 3100, 3310, dan 6233 untuk pencetakan 4D. 

Selain itu, pencetak termal ini juga menyokong sistem operasi Windows 7, 8, dan 10 melalui sambungan kabel USB.

Goojprt MTP-3 adalah pencetak mudah alih yang boleh beroperasi tanpa kabel pengecasan kerana hadir bersama dengan bateri yang boleh dicas. 

Tahap penggunaan tenaga pada printer ini adalah rendah, jadi pencetak ini boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama. 

Selain itu, thermal receipt printer ini juga boleh melakukan cetakan pada kelajuan tinggi sebanyak 90mm/s. 

Ciri ini untuk memastikan anda tidak perlu menunggu lama untuk setiap cetakan yang anda ingin lakukan.

Menarik lagi, pencetak ini mempunyai penunjuk LED bagi menandakan sama ada bateri masih banyak atau pun hampir nak habis.

Selain bateri, penunjuk LED itu juga akan menunjukkan baki kertas yang ada.

Ciri penting seperti pemotong kertas bergerigi juga ada pada printer ini untuk memastikan pemotongan resit yang tepat, kemas dan mudah.

Thermal printer untuk bil
Bisofice Portable Wireless
Bisofice Portable Wireless
From
RM62.89
Check Bisofice Portable Wireless price below:
add_circle Kecil dan mudah dibawa
add_circle Boleh digunakan selama 4-5 jam secara berterusan
add_circle Tahan lasak
add_circle Kelajuan cetakan 50mm/s hingga 80mm/s
remove_circle Tidak sesuai untuk perniagaan besar

Jika anda seorang peniaga kecil-kecilan dan mahu mencari thermal receipt printer mudah alih, anda boleh pertimbangkan untuk dapatkan Bisofice Portable Wireless ini. 

Pencetak Termal Tanpa Wayar Bisofice ini menampilkan reka bentuk warna hitam yang menarik dan diperbuat daripada bahan plastik yang tahan lasak. 

Dengan menggunakan kaedah pencetakan line thermal, termal printer ini mampu berfungsi sebagai pencetak resit termal yang cekap. 

Lebar kertas pencetakan sebanyak 57mm ± 0.5mm dan lebar pencetakan sebanyak 48mm akan membantu anda adjust saiz resit yang anda mahu.

Dengan resolusi 203 DPI dan ketumpatan pencetakan sebanyak 384 titik/garis, pencetak ini mampu menghasilkan cetakan yang sharp dan jelas. 

Jadi resit yang anda cetak akan kelihatan berkualiti tinggi dan membuatkan kedai anda kelihatan lebih professional. 

Sementara itu, kelajuan pencetakan adalah antara 50mm/s hingga 80mm/s, memastikan pencetakan yang cekap dan pantas untuk keperluan perniagaan anda.

Dilengkapi dengan bateri lithium yang terbina di dalam (1500mAh), pencetak mudah alih ini membolehkan anda menggunakannya di mana sahaja. 

Pencetak termal ini sesuai untuk jenis perniagaan kedai pop-up, gerai-gerai atau kafe bergerak.


Apakah Perbezaan Thermal Printer Dan Label Printer?

1. Tujuan Pencetakan:

Thermal printer biasanya digunakan untuk mencetak resit, tiket, kod bar, label penghantaran, dan output monokromatik.

Label printer selalunya digunakan untuk mencetak label penghantaran, label produk, label alamat, kod bar, dan jenis label lain untuk tujuan penyusunan barang.

2. Media Pencetakan:

Thermal printer menggunakan kertas termal yang bertindak balas terhadap haba dengan berubah warna. 

Proses pencetakan tidak memerlukan sebarang dakwat atau toner, menjadikannya pilihan yang kos efektif dan mudah dijaga.

Label printer boleh menggunakan pelbagai jenis bahan label, termasuk label termal, direct label termal, dan label yang serasi dengan pencetak dakwat atau laser.

3. Kualiti dan Kelajuan Pencetakan:

Thermal printer dikenali dengan kelajuan pencetakan yang cepat dan kualiti output yang boleh dipercayai untuk pencetakan monokromatik.

Bagi sesetengah pencetak label, menawarkan pencetakan berwarna dengan resolusi tinggi untuk label yang rumit jadi cetakan sedikit perlahan. 

Manakala yang lain memberi keutamaan kepada pencetakan cepat untuk penghasilan label dalam jumlah besar.

4. Aplikasi:

Thermal printer biasanya digunakan dalam sistem point-of-sale (POS), perniagaan peruncitan, industri perhotelan, syarikat logistik dan penghantaran.

Bagi label printer, banyak digunakan dalam industri pembuatan, penyimpanan, penjagaan kesihatan, dan pejabat. 

Turut digunakan untuk mencipta label produk, label penghantaran, label surat-menyurat, tanda aset, label kod bar dan banyak lagi.

Jom lihat video di bawah, cara guna pencetak termal dengan mudah dan cepat!


Bolehkah Thermal Printer Mencetak Dalam Warna?

Thermal Printer tidak boleh mencetak dalam warna selain daripada warna hitam putih kerana menggunakan haba yang menghasilkan warna hitam sahaja.

Thermal Printer atau pencetak termal ini menggunakan jenis kertas termal khas yang berubah warna apabila haba dikenakan ke atasnya. 

Proses pencetakan melibatkan haba pada bahagian tertentu akan menghasilkan teks, imej, atau grafik yang diinginkan. 

Bagaimanapun, kertas termal yang digunakan dalam cetakan biasanya hanya datang dalam satu warna, iaitu hitam.

Jadi pencetak termal ini kebiasaannya digunakan untuk mencetak output monokromatik, seperti teks hitam dan putih, kod bar, atau grafik yang mudah. 

Selalunya mereka yang memerlukan pencetak termal ini adalah seperti peniaga kedai makan, atau yang ada online business dan kerap menghantar order melalui postage

Jadi mereka tidak memerlukan warna selain hitam dan putih untuk mencetak bil mereka.

Untuk mencetak dalam warna, jenis pencetak lain seperti inkjet printer atau colour laser printer boleh digunakan.


Artikel Berkaitan

End of Article