Jawapan ringkas: printer gambar terbaik di Malaysia ialah HP Color LaserJet Pro M155nw, RM1,599.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 23 September 2026). Ia sesuai untuk cetak dokumen dan gambar bervolum tinggi di rumah atau pejabat kecil; jika anda hanya mahu cetak gambar segera dari telefon tanpa komputer, printer poket seperti Fujifilm Instax Share SP-2 atau HP Sprocket lebih sesuai.
Mungkin dulu kita terpaksa mencuci gambar di kedai dan perlu menunggu sehingga dua, tiga hari. Tapi kini dengan seiring kemajuan teknologi, sudah terdapat pelbagai model printer dengan kemampuan cetakan gambar.
Kandungan
- Isi Kandungan
- 7 Printer Gambar Terbaik & Berkualiti
- Terbaik Untuk Cetak Bervolum: HP Color LaserJet Pro M155nw
- HP Color LaserJet Pro M155nw
- Termurah: Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer
- Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer
- Terbaik All-In-One: Epson L3110
- Epson L3110
- Terbaik Cetak Dari Telefon: Canon Selphy CP1300
- Canon Selphy CP1300
- Terbaik Jimat Kos Dakwat: Epson EcoTank L3150
- Epson EcoTank L3150
- Terbaik Mini & Mudah Alih: Fujifilm Instax Share SP-2
- Fujifilm Instax Share SP-2
- Terbaik Poket Selfie: HP Sprocket 2 in 1 Printer
- HP Sprocket 2 in 1 Printer
- Bagaimana Kami Pilih Printer Gambar Ini
- Perbandingan Printer Gambar
- Perbezaan Printer Gambar vs Printer Biasa
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
Menariknya, setiap cetakan menghasilkan gambar yang baik, jelas dan cantik. Malah saiz gambar boleh diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
Terdapat banyak jenis printer gambar sekarang, sebagai contoh jenis cetakan laser, wireless dan portable.
Team Productnation memberikan anda 7 pilihan printer gambar dengan kualiti cetakan yang terbaik.
Canon Selphy CP1300RM1,099Lazada
Epson EcoTank L3150RM714.30Lazada
Fujifilm Instax Share SP-2RM893.82Lazada
HP Sprocket 2 in 1 PrinterRM399Lazada
Epson L3110RM539Shopee
Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet PrinterRM299Shopee
HP Color LaserJet Pro M155nwRM1,599Lazada
Isi Kandungan
7 Printer Gambar Terbaik & Berkualiti
- HP Color LaserJet Pro M155nw
- Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer
- Epson L3110
- Canon Selphy CP1300
- Epson EcoTank L3150
- Fujifilm Instax Share SP-2
- HP Sprocket 2 in 1 Printer
Terbaik Untuk Cetak Bervolum: HP Color LaserJet Pro M155nw
2 lagi
Tercari-cari printer warna laser yang dapat memberi hasil cetakan yang menawan? Nah, model Color LaserJet Pro M155nw dari HP merupakan printer warna terbaik.
Semburan dakwat lasernya sangat baik dengan isian dakwat hitam, cyan, magenta dan kuning. Ini menjadikan setiap helaian gambar yang dicetak lebih menarik, terperinci dan jelas.
Kelajuan dan kuantiti cetakan tidak boleh disangkal lagi dengan 150 helaian kertas isian serta mencetak kurang dari 12 saat.
Jangan risau, printer juga boleh mencetak dokumen hitam putih dan mampu mencetak apa jua dari telefon pintar anda.
Termurah: Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer
Printer Canon PIXMA iP2770 merupakan mesin printer yang paling berbaloi untuk dibeli kerana dengan harga bawah RM300, mesin pencetakan ini mampu mencetak gambar seperti di kedai.
Jangan risau, mesin ini boleh mencetak gambar bersaiz A4 dan 4R dengan mengambil masa kurang dari seminit untuk siap.
Kualiti resolusi cetakan 4800 x 1200 dpi sekaligus dapat menjanjikan hasil gambar yang cantik, jelas dan warna tidak pudar.
Antara jenis kertas yang boleh digunakan untuk percetakan adalah jenis A4, glossy, matte atau photo sticker.
Terbaik All-In-One: Epson L3110
Printer jenama Epson Ecotank L3150 ini mampu mencetak gambar berbentuk saiz 4R (glossy paper) selain dari kertas A4 biasa. Jadi boleh jimat kos, tidak perlu hantar gambar ke kedai kodak untuk cuci gambar.
Resolusi cetakan gambar mengagumkan dengan 5760 dpi, kualiti setanding printer gambar professional!
Selain itu, design printer ini juga kemas kerana bekas dakwat terletak di bahagian hadapan printer bagi mengelakkan dakwat tertumpah semasa mengisi dakwat.
Paling penting, dakwat printer model Epson ini boleh bertahan lama kerana menggunakan high yield ink bottles, dimana mampu mencetak sebanyak 7,500 helaian kertas untuk percetakan berwarna dan 4,500 percetakan hitam putih.
Kelebihan lain tentang Epson Ecotank L3150 ini adalah mampunyai sambungan Wifi, jadi anda boleh mencetak apa-apa dokumen walaupun dari telefon pintar.
Terbaik Cetak Dari Telefon: Canon Selphy CP1300
2 lagi
Pengguna smartphone sering kali mempunyai masalah untuk mencetak gambar terus dari peranti kerana tidak mempunyai drive yang sesuai, jadi terpaksa memindahkan gambar mereka ke dalam komputer terlebih dahulu.
Tapi sekarang dengan printer kecil Canon Selphy CP1300, anda boleh terus mencetak gambar dari smartphone melalui teknologi wireless PictBridge.
Bateri printer ini boleh dicas semula dan mampu mencetak sehingga 54 gambar dalam satu masa.
Antara kelebihan yang membuatkan ia menjadi printer gambar terbaik adalah sistem penyejuk dakwat. Teknik sebegini membantu gambar yang dicetak cepat kering.
Malah kertas gambar mempunyai lapisan khas untuk melindungi gambar dari kesan air, habuk dan anti-pudar. Tak sangka, servis yang diberi sama seperti di kedai-kedai gambar!
Terbaik Jimat Kos Dakwat: Epson EcoTank L3150
Kebiasaanya model printer gambar akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sekeping gambar. Tapi tidak pada model Epson EcoTank L3150.
Ia mempunyai kelebihan mencetak gambar dengan kelajuan 10ipm (hitam) dan 5.0ipm (warna). Kualiti cetakan juga sangat baik mengikut resolusi tinggi 5760dpi. Menjadikan setiap butiran dalam gambar terlihat jelas dan kemas.
Printer foto ini menggunakan dakwat UV khas menjadikan foto yang dicetak tidak mudah menjadi pudar walaupun terdedah pada cahaya matahari.
Ianya juga mesra pengguna buat semua sistem operasi Windows dan Mac OS.
Terbaik Mini & Mudah Alih: Fujifilm Instax Share SP-2
Saiz printer Fujifilm Instax Share SP-2 hanya sebesar tapak tangan! Pasti ia mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh digunakan bila-bila masa.
Tanpa perlu sambungan wayar USB atau kabel, pengguna hanya perlu memuaturun aplikasi Instax Share di App Store atau Google Play Store. Dengan langkah yang mudah, gambar-gambar dari smartphone terus boleh dicetak dari printer comel ini.
Walaupun ia bersaiz mini, ia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gambar yang baik dengan resolusi 320dpi dan piksel 800 x 600. Sudah memadai untuk saiz kertas gambar 2.4 x 1.8 inci.
Kalau anda hias bilik atau rumah dengan mini photo, wajib dapatkan Fujifilm Instax Share SP-2. Cukup berbaloi!
Terbaik Poket Selfie: HP Sprocket 2 in 1 Printer
Ringan, kecil dan boleh berkongsi pengguna itulah kelebihan HP Sprocket 2 in 1 Printer ini.
Printer gambar portable ini sesuai buat anak remaja yang gemar menyimpan gambar-gambar dari telefon pintar. Dengan saiz yang kecil, ia muat untuk diletakkan didalam poket!
Pengguna hanya perlu menggunakan sambungan Bluetooth untuk memberi arahan kepada printer foto ini untuk mula mencetak.
Melalui sambungan Bluetooth 3.0, kelajuan cetakan dari telefon pintar kepada printer jadi lebih pantas.
Bab dakwat tak perlu risau sebab printer ini tidak menggunakan dakwat biasa tapi berteraskan teknologi ZINK™. Dimana kertas gambar akan dipanaskan sehingga menghasilkan warna-warna gambar. Hebat bukan?
Resolusi gambar juga memadai dengan saiz ukuran gambar yang kecil iaitu 313 x 400dpi.
Kalau tak suka post gambar di Instagram, nah boleh simpan gambar dengan HP Sprocket 2 in 1 Printer!
Bagaimana Kami Pilih Printer Gambar Ini
Setiap printer gambar dalam senarai ini disemak berdasarkan harga sebenar dan ketersediaan di Shopee Malaysia pada 23 September 2026. Kami bezakan dengan jelas antara printer pejabat serba boleh yang boleh cetak gambar (seperti printer laser dan ink-tank) dengan printer gambar khusus poket/mudah alih (Instax, Sprocket) yang mencetak terus dari telefon tanpa memerlukan komputer. Kos dakwat jangka panjang turut diambil kira, bukan hanya harga beli awal.
Perbandingan Printer Gambar
| Printer | Harga | Jenis | Terbaik untuk |
|---|---|---|---|
| HP Color LaserJet Pro M155nw | RM1,599.00 | Laser warna | Cetak bervolum tinggi |
| Canon PIXMA iP2770 | RM299.00 | Inkjet | Bajet terhad |
| Epson L3110 | RM539.00 | Ink Tank All-in-One | Cetak, salin, imbas |
| Canon Selphy CP1300 | RM1,099.00 | Dye-sublimation, wireless | Cetak dari telefon |
| Epson EcoTank L3150 | RM714.30 | Ink Tank, Wi-Fi | Jimat kos dakwat jangka panjang |
| Fujifilm Instax Share SP-2 | RM893.82 | Mini, guna filem Instax | Cetak segera bergaya polaroid |
| HP Sprocket 2 in 1 | RM399.00 | Poket, ZINK tanpa dakwat | Cetak gambar saiz kecil segera |
Perbezaan Printer Gambar vs Printer Biasa
Secara ringkasnya, perbezaan antara dua printer ini bergantung kepada jenis dakwat. Iaitu samada menggunakan dakwat laser atau inkjet. Anda boleh rujuk dari artikel ini tentang perbezaan dakwat inkjet dan laserjet.
Kebiasaanya printer gambar akan menggunakan dakwat jenis inkjet iaitu dakwat cair disembur dari inkhead atau nozzle.
Terdapat 3 hingga 4 catridge dakwat berwarna hitam, cyan, magenta dan kuning supaya dapat menghasilkan cetakan gambar yang berkualiti. Tanpa warna-warna ini mana mungkin boleh hasilkan cetakan berwarna.
Ada juga printer laserjet boleh mencetak dokumen atau gambar bewarna tapi harga toner (dakwat) untuk printer laser lebih mahal berbanding printer inkjet.
Ingat ya printer laserjet untuk cetakan kapasiti yang besar dan pantas, manakala printer inkjet kecil, murah dan portable.




