Teknologi

Sekarang Bolehlah Cetak Gambar Segera Dengan 6 Kamera Instant Ini

Tidak kira instant camera dengan vintage effect, lomo, square atau mini, kami ada senarai instant camera terbaik untuk anda berserta harganya sekali.


Editor · Updated 16 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sekarang Bolehlah Cetak Gambar Segera Dengan 6 Kamera Instant Ini

Kamera instant adalah sejenis kamera yang mengambil gambar melalui lensa dan mencetak gambar tersebut pada kertas foto secara langsung tanpa perlu memindahkan ke peranti lain. Ia tidak memerlukan dakwat untuk mencetak tetapi menggunakan kehadiran cahaya untuk mencetak gambar pada kertas foto khas atau dikenali sebagai kertas filem.

Dengan suka hatinya kami mengesyorkan anda dengan beberapa pilihan kamera instant terbaik pada tahun 2018. Pilihan kami ini pasti akan menarik perhatian anda yang sedang mencari kamera instant yang sangat sesuai dengan cita rasa anda.

Kandungan
Kamera instant murah yang terbaik
Kamera instant murah yang terbaik 1 daripada 6
FujiFilm
Partnership with FujiFilm
Dari RM255

Mereka yang menginginkan kamera instant tetapi ingin menjaga budget? Anda boleh memiliki kamera instant ini dengan harga yang berpatutan. Ia menggunakan lensa Fujinon 60mm yang membolehkan pengguna menangkap gambar dengan zoom yang sangat dekat tanpa mengkaburkan gambar. Tahap kecerahan boleh diubah mengikut cita rasa pengguna untuk mendapatkan gambar yang menarik.

Terdapat lampu flash yang akan berfungsi secara automatik apabila mengambil gambar. Pengguna juga boleh mengambil gambar selfie kerana terdapat cermin kecil di tepi lensa bertujuan untuk memastikan muka anda berada di dalam gambar. Juga mode Hi-key yang menjadikan gambar protrait lebih cantik.

Camera instant wide terbaik
Camera instant wide terbaik 2 daripada 6
FujiFilm Instax wide 300
Partnership with
Dari RM559

Bosan dengan foto yang kecil? Kamera instant ini akan meluaskan gambar anda dengan lensa 95mm f/14 dan saiz foto yang sebesar 2.4 x 3.9 inci. Ia membolehkan pengguna untuk mengambil gambar secara luas sesuai untuk pengambilan gambar keluarga, kawan dan panorama yang indah. Salah satu kelebihannya iaitu mampu melakukan zoom sehingga 40 cm dekat tanpa menyebabkan gambar tersebut pecah atau kabur.

Juga terdapat lampu flash yang akan bertindak secara automatik apabila dalam keadaan kurang pencahayaan untuk menghasilkan gambar yang terang dan menarik.

Mini instant camera terbaik
Mini instant camera terbaik 3 daripada 6
fujiFilm Instax Mini 70
Partnership with
Dari RM539

Saiznya yang hanya sebesar tapak tangan sehingga boleh dipanggil mini serta pengguna boleh menyimpannya dengan mudah di dalam poket atau beg khasnya. Manakala saiz filem yang digunakan juga dalam bentuk kecil iaitu 86mm x 54mm sahaja. Terdapat cermin kecil ditepi lensanya membantu untuk mendapatkan gambar selfie yang cantik dan tepat.

Ia juga mempunyai pelbagai jenis mode seperti mode normal, mode macro yang digunakan untuk mengambil gambar yang sangat dekat dan mode landskap. Terdapat elektronik flash yang akan bertindak secara automatik apabila keadaan gelap untuk mendapatkan gambar yang cerah.

Instant camera lomo terbaik
Instant camera lomo terbaik 4 daripada 6
Lomography li800lux
Partnership with
Dari RM659

Salah satu kamera isntant keluaran Lomography yang sangat mengekalkan reka bentuk ala-ala klasik. Pengguna boleh menukar lensa kamera instant ini dengan mudah. Di samping itu, lensa yang dibekalkan mempunyai hasil gambar lomo yang berbeza dan menarik seperti fish eye, jarak dekat dan landskap. Lensanya yang selebar 27mm sesuai untuk mengambil gambar individual dan kelompok.

Menggunakan bateri AAA sebagai sumber tenaganya. Terdapat lampu flash yang boleh berfungsi secara automatik atau secara manual di mana pengguna boleh mengubah tetapannya.

Instant camera square terbaik
Instant camera square terbaik 5 daripada 6
FujiFilm Instax Square SQ10
Partnership with
Dari RM116

Salah satu kamera instant yang berbentuk petak yang mengambil gambar dan mencetaknya pada filem bersaiz 62 x62 mm. Kamera instant ini merupakan jenis hybrid kerana menggabungkan kamera digital dan kamera instant. Pengguna boleh melihat pada skrin paparannya hasil gambar yang diambil sebelum mencetaknya.

Antara kelebihannya iaitu pengguna boleh menyimpan gambar terlebih dahulu sebelum mencetaknya pada filem. Kedua, pengguna boleh mengedit gambar mereka dengan pelbagai jenis effect. Akhir sekali,  penggunaan lensa 28.5mm f/2.4 dengan resolusi 1920 menjadikan gambar lebih menarik dan terang.

Instant camera dengan vintage effect terbaik
Instant camera dengan vintage effect terbaik 6 daripada 6
Lomography Li100b
Partnership with
Dari RM469

Sudah menjadi pilihan ramai mengenai gambar seolah-olah sebelum wujudnya kamera bewarna di mana semua gambar dalam warna mono atau warm. Oleh itu, kamera ini sesuai bagi pilihan anda yang menginginkan gambar yang mempunyai vintage effect. Mudah sahaja, pengguna hanya perlu masukkan gel filtur warna dan mulakan pengambilan gambar. Kemudian, gambar akan dicetak pada filem yang mempunyai vintage effect pada gambarnya.

Ia menggunakan bateri AAA di mana pengguna tidak perlu tunggu untuk mengecasnya, apabila kehabisan bateri hanya perlu tukar dengan bateri baharu. Penggunaan lensa luas 27mm menghasilkan gambar yang menarik pada pencahayaan yang cantik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation