Kamera DSLR terbaik untuk beginner di Malaysia keseluruhannya ialah Nikon D3500, dari RM1,299 di Shopee Malaysia (harga disemak 18 September 2026). Ia ringan, senang digunakan dan bateri tahan sangat lama untuk sesi bergambar seharian. Jika bajet anda paling ketat, Canon 3000D bermula RM1,299 juga menjadi pilihan; jika anda mahu skrin sentuh boleh putar untuk vlog, Canon EOS 800D atau Nikon D5600 lebih sesuai.
Kandungan
- Cara Kami Memilih
- Senarai 7 DSLR Terbaik Untuk Beginner
- Terbaik untuk beginner mutlak: Nikon D3500
- Termurah: Canon 3000D
- Terbaik untuk vlog: Canon EOS 800D
- Paling ringan: Canon EOS 250D
- Terbaik skrin boleh putar penuh: Nikon D5600
- Terbaik untuk naik taraf: Canon EOS 850D
- Terbaik untuk beginner serius: Canon EOS 90D
- Aspek Penting Bagi Beginners Dalam Bidang Fotografi
- Tips Pemilihan Kamera DSLR Untuk Beginner
- Nikon Atau Canon Mana Lebih Mesra Beginner
- Berbaloi Atau Tidak Membeli DSLR Untuk Beginners?
- Komponen Utama Kamera DSLR
- Kelebihan Kamera DSLR
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
| Kamera | Harga | Megapiksel | Sensor | Skrin Boleh Putar |
|---|---|---|---|---|
| Nikon D3500 | RM1,299 | 24.2MP | APS-C | Tidak |
| Canon 3000D | RM1,299 | 18MP | APS-C | Tidak |
| Canon EOS 800D | RM1,339 | 24.2MP | APS-C | Ya |
| Canon EOS 250D | RM2,988 | 24MP | APS-C | Tidak |
| Nikon D5600 | RM1,950 | 24.2MP | APS-C | Ya (vari-angle) |
| Canon EOS 850D | RM1,339 | 24.1MP | APS-C | Ya |
| Canon EOS 90D | RM6,388 | 32.5MP | APS-C | Ya |
Nikon D3500RM1,298.90Lazada
Nikon D5600RM1,950Lazada
Canon EOS 250DRM2,988Lazada
Canon EOS 90DRM6,388Lazada
Canon EOS 800DRM1,338.90Shopee
Canon EOS 850DRM1,338.90Lazada
Canon 3000DRM1,299Lazada
Cara Kami Memilih
Kami menyemak harga terkini di Shopee dan Lazada Malaysia pada 18 September 2026, dan hanya kekalkan model DSLR sebenar (dua kamera mirrorless Sony yang tersalah label sebelum ini telah dibuang). Keutamaan diberi kepada kamera dengan kedai rasmi atau rekod jualan yang baik di Malaysia.
Senarai 7 DSLR Terbaik Untuk Beginner
Terbaik untuk beginner mutlak: Nikon D3500
Direka khas untuk mereka yang baru menceburi bidang ini kerana merupakan kamera DSLR yang mudah dikendalikan.
Mempunyai sensor DX 24.2 MP yang boleh memberikan hasil gambar menarik walau dalam keadaan gelap.
Bacaan shutter speed boleh mencapai sehingga 1/1400 dengan ISO 100-26500 dan turut dilengkapi dengan guide dan special effect.
Kamera in jugai berkemampuan merakam video 1080p serta mempunyai sambungan Bluetooth.
Termurah: Canon 3000D
Dengan harga mampu milik dan pengendalian yang mudah, kamera ini sesuai untuk pelajar yang baru menceburi dalam bidang fotografi.
Walaupun kamera ini mempunyai fungsi asas saja tapi dilengkapi dengan APS C Size CMOS sensor 18mp dengan ISO dalam lingkungan 100-6400.
Kamera ini juga turut mempunyai 9 point autofocus dan menyokong continuous shooting sehingga 3fps.
Malah lengkap dengan fungsi WiFi untuk pemindahan data dan control layout yang logical membuatkan lebih mudah dikendalikan oleh orang yang baru belajar.
Terbaik untuk vlog: Canon EOS 800D
Buat penggemar videografi atau yang ingin menjadi YouTuber, kamera ini merupakan pilihan terbaik.
Kamera ini dilengkapi dengan skrin sebesar 3 inci untuk anda melihat paparan video.
Bahagian sistem autofokus mempunyai dual piksel 45 point dimana membolehkan anda mengambil video dengan lebih tajam walaupun dalam keadaan bergerak.
Sebagai pelengkap kepada aktiviti videografi, kamera ini juga mempunyai auto-face detection dan built-in microphone.
Dua fungsi ini pastinya dapat membuatkan penggambaran anda menjadi awesome!
Paling ringan: Canon EOS 250D
DSLR ini merupakan antara yang mempunyai sensor terbaik iaitu APS-C 24.1MP.
Lengkap dengan sambungan WiFi yang pantas untuk memudahkan anda memindahkan gambar tanpa memerlukan cable.
Kamera ini digelar intuitive DSLR kerana badannya lebih kecil dan ringan berbanding DSLR lain dengan berat hanya 451 gram sahaja(tanpa lens).
Julat ISO kamera ini adalah 100 hingga 25600 dan kualiti rakaman video boleh mencecah sehingga 4K Full HD.
Kamera ini juga mempunyai fungsi touch screen.
Terbaik skrin boleh putar penuh: Nikon D5600
Dengan sensor CMOS sehingga 24.2 mp dan pemproses imej Expeed 4 dan julat kepekaan daripada ISO 100-25600.
Jadi sesuai untuk pelbagai keadaan pencahayaan.
Dengan gabungan sensor dan pemproses juga menyokong penangkapan berterusan sehingga 5 fps untuk menangkap imej aksi yang bergerak.
Kamera ini juga berupaya merakam video dengan kualiti sehingga 1080pdan bahagian skrin menggunakan sistem fungsi touchscreen.
Selain itu, mempunyai fungsi snapbridge yang membolehkan sambungan Bluetooth untuk pemindahan data tanpa wayar ke peranti mudah alih.
Ia juga turut mempunyai WiFi dan NFC untuk pemindahan fail yang besar.
Terbaik untuk naik taraf: Canon EOS 850D
Kamera DSLR ini menawarkan fungsi yang seakan kamera high end dengan harga yang berpatutan.
Bahagian autofocus kamera ini merupakan antara yang terbaik dan mampu memberi kualiti gambar dan video yang baik.
Denga CMOS sensor sehingga 24.1 mp, kamera ini mampu merakam video dengan kualiti mencecah 4k.
Selain itu kamera ini dilengkapi dengan fungsi touch screen dan paparan LCD vari-angle yang membuatkan mudah dikendalikan.
Terbaik untuk beginner serius: Canon EOS 90D
Dengan sensor CMOS dengan resolusi 32.5, pastinya memberi penghasilan imej yang berkualiti tinggi.
Sangat sesuai untuk digunakan ketika oleh wedding photographer atau event photographer.
Dengan sensor yang dikemas kini, mampu menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan ISO sehingga 25600.
Mempunyai ciri low noise jadi sesuai untuk bekerja dalam pelbagai situasi.
Tambahan lagi, mampu menghasilkan video yang sharp dan detail dengan kualiti 4k pada 30fps.
Kamera ini juga turut dilengkapi dengan WiFi dan Bluetooth untuk memudahkan photographer memindahkan data dengan pantas ke peranti mudah alih.
Aspek Penting Bagi Beginners Dalam Bidang Fotografi
Bagi anda yang sudah mula berminat untuk mendalami bidang fotografi, tentu anda tertanya-tanya aspek apa yang penting untuk anda tahu sebagai seorang pemula.
Jom lihat apa kata Expert kami mengenai ini:
Tips Pemilihan Kamera DSLR Untuk Beginner
Bagi anda yang baru nak dapatkan kamera DSLR, baca je tips dibawah:
- Bajet
Kamera DSLR terbaru boleh didapati pada harga bawah RM2000.
Kalau nak lagi jimat dan anda masih lagi baru dalam bidang fotografi beli je kamera secondhand dari laman Carousell.
- Sistem autofokus
Berikan keutamaan pada kualiti autofokus kerana sistem autofokus akan membantu anda mengesan subjek terutamanya dalam aktiviti sukan atau filem aksi.
- Sensor
Terdapat dua sensor utama dalam kamera iaitu full frame dan crop. Full frame akan merekod full frame dan view lebih luas.
Manakala, crop sensor akan crop gambar dan gambar lebih zoom in atau lebih kecil.
- Megapixel & ISO
Pilih kamera dengan resolusi megapixel tinggi untuk kualiti gambar yang bagus dan ISO yang lebih tinggi membantu dalam situasi cahaya rendah.
- Shutter
Kelajuan shutter yang cepat bagus untuk tindakan menangkap subjek bergerak laju atau aksi pantas.
- Kemampuan video
Bagaimanapun, kami juga turut mendapatkan sedikit input mengenai tips ini dari Expert kami:
Khairul Azfar
Tip saya untuk memilih DSLR yang sesuai untuk anda adalah seperti berikut:
- Kamera DSLR dibina dengan spesifikasi yang berbeza untuk memenuhi pelbagai kegunaan, seperti fotografi, videografi, atau kedua-duanya. Jika anda masih tidak pasti tentang bidang mana yang ingin diceburi, pilihlah kamera yang menawarkan kedua-dua kelebihan supaya anda boleh bereksperimen dan membina minat anda dari situ.
- Senaraikan beberapa kamera daripada jenama dan model yang berbeza yang sesuai dengan keperluan anda. Kajilah ulasan-ulasan kamera yang disenaraikan tersebut untuk membuat keputusan yang berinformasi.
- Menetapkan bajet sebelum buat pembelian akan membantu anda mengecilkan pilihan dan sehingga akhirnya jumpa pilihan berbaloi.
- Pilihlah jenama yang menawarkan pelbagai lensa dan aksesori untuk mempersiapkan kamera anda untuk kegunaan masa akan datang.
- Kecilkan lagi pilihan anda dengan menguji kamera-kamera di kedai untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan ciri-ciri dan kesesuaian ergonomiknya di tangan anda.
Sebelum membeli kamera, tanya diri anda apakah tujuan asal untuk mendapatkan kamera. Adakah untuk merakam video atau mengambil gambar sahaja?
Apa-apa pun, jom lihat video tips pilih kamera di bawah:
Nikon Atau Canon Mana Lebih Mesra Beginner
Secara kesimpulannya kedua-dua jenama yang mendominasi dunia kamera DSLR ini mempunyai kamera yang bagus dan sesuai untuk beginner.
Kedua-duanya mempunyai model kamera mesra beginner yang kompak dan mudah dikendalikan oleh mereka yang baru ingin berjinak dalam dunia fotografi.
Kedua-dua jenam memberi fungsi dan hasil yang hampir sama, cuma apa yang membezakan antara Nikon dan Canon hanyalah button layout dan internal menu setup.
Bagaimanapun, ini pula pendapat daripada Expert kami mengenai pertembungan dua jenama ini:
Khairul Azfar
Kedua-dua jenama menawarkan pelbagai kamera DSLR yang sesuai untuk beginner.
Pilihan antara keduanya akan bergantung terutamanya pada keperluan dan keutamaan anda.
Jenama-jenama besar ini menghasilkan kamera berkualiti tinggi dengan sokongan customer service yang kukuh dalam perniagaan pengeluaran kamera.
Tidak sukar untuk memilih antara kedua-dua jenama ini kerana mereka adalah perintis dalam pasaran fotografi.
Masing-masing mempunyai sistem kamera unik dengan banyak ciri yang memenuhi keperluan jurugambar pelbagai bidang di seluruh dunia.
Jadi, perlu mengikut pada keperluan dan bajet anda untuk memilih antara dua jenama kamera ini kerana kedua-duanya memang sesuai.
Maka sama ada Canon atau Nikon, terpulang pada pilihan sendiri.
Berbaloi Atau Tidak Membeli DSLR Untuk Beginners?
Bidang fotografi ini bukanlah bidang yang murah kerana anda memerlukan belanja yang tinggi untuk membeli kamera yang sesuai, tidak termasuk aksesori tambahan.
Jika sekali dengan aksesori tambahan, kosnya boleh mencecah belasan ribu, malah puluhan ribu pun ada bagi yang sudah mencapai tahap profesional.
Berbaloi atau tidak, ini kata Expert kami:
Khairul Azfar
Membeli kamera DSLR untuk beginner akan berbaloi jika anda benar-benar minat untuk mempelajari seni fotografi.
Walau bagaimanapun, ia juga bergantung pada komitmen anda untuk menguasai kemahiran fotografi dan mempraktikkannya.
Jika seseorang hanya ingin mengambil gambar secara santai, maka telefon pintar atau kamera kompak sudah memadai.
Jadi, pembelian DSLR ini akan jadi berbaloi jika anda benar-benar serious mahu mendalami seni fotografi dan menjadikan ia sebagai kerjaya anda.
Komponen Utama Kamera DSLR
Bagi mereka yang baru saja berjinak dalam dunia fotografi, anda perlu tahu komponen utama kamera DSLR.
Barulah tak lost bila guna kamera jenis ini. Jom lihat komponen utama yang ada di kamera DSLR.
- Kanta/lensa (Lens) – Berperanan membentuk imej ke filem.
- Aperture – Mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
- Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16.
- Shutter – Merupakan sebuah tingkap yang akan terbuka apabila setiap butang pengatup shutter ditekan untuk mengambil gambar. Pengatup berperanan untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera.
- Pelepas Shutter – Butang pelepas shutter untuk mengambil gambar
- Kawalan kelajuan Shutter – Kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan 1/1000 sesaat. 1/1000 merupakan kelajuan paling cepat berbanding 1/30.
- Viewfinder – Tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.
- LCD Screen - Untuk melihat paparan gambar dan tetapan kamera
- Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).
- FlashLight Plug - Komponen plug untuk meletakkan FlashLight.
- Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod
- Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.
- Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.
- Dial Mode - untuk menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto.
Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama.
Kelebihan Kamera DSLR
Antara kelebihan kamera DSLR ialah anda boleh menghasilkan gambar berkualiti dan beresolusi tinggi.
Sensor gambar yang besar menangkap lebih cahaya dan kawalan manual yang mudah dilaraskan memberikan hasil bergred profesional.
Pelbagai lensa boleh digunakan untuk pelbagai jenis pengambaran seperti landskap, potret dan makro.
Berbanding kamera miroless, kamera DSLR mempunyai optical viewfinder yang mengelakkan rakaman ralat apabila merakam subjek yang dekat atau dalam cahaya terang.
Selain itu, ciri autofokus dan kelajuan pendedahan yang cepat pada kamera DSLR membolehkan penangkapan momen dengan tepat dan sesuai untuk aksi pantas.
Badan kamera DSLR juga tahan lasak, ringan dan mudah dibawa dalam beg.
Jadi anda boleh merakam gambar atau video kenangan ketika majlis-majlis penting, vlog atau melancong.





Khairul Azfar
Selain daripada minat, memahami asas-asas fotografi adalah salah satu aspek penting dalam bidang ini.
Ini termasuk pengetahuan tentang komposisi, pencahayaan, dan teknikaliti kamera itu sendiri.
Secara asasnya, kalau kita nak perbaiki kualiti dan kebolehan kita, perlulah kembali kepada asas dan juga perlu mempunyai kesabaran serta konsisten berlatih.