DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex dan selalunya kamsera dslr digunakan oleh profesional dalam bidang foto dan video.
Bagaimanapun untuk memilih kamera DSLR terbaik dan sesuai bukanlah satu perkara yang mudah.
Ini kerana, memerlukan pengetahuan tentang spesifikasi kamera dan jenis kamera DSLR.
Tapi, jika anda seorang mahir, sebaiknya gunakan kamera DSLR terbaik untuk merakam momen indah atau digunakan untuk menjana pendapatan.
Jadi kami ambil kesempatan ini untuk menyenaraikan kamera DSLR terbaik untuk professional.
Senarai 7 Kamera DSLR Profesional Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Terdapat sambungan wifi dan Bluetooth untuk memudahkan pemindahan gambar ke alat peranti.
Ciri-ciri:
Harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana DSLR ini mempunyai sensor terbaik iaitu APS-C 24.1MP.
Malah, lengkap dengan sambungan Wifi yang pantas untuk memudahkan anda memindahkan gambar dengan cepat tanpa memerlukan wayar kabel atau laptop.
Kamera ini digelar intuitive DSLR kerana badannya yang lebih kecil dan ringan berbanding DSLR lain dengan berat hanya 451 gram sahaja (tanpa lens).
Julat ISO kamera ini adalah 100 hingga 25600, kualiti rakaman video boleh mencecah sehingga 4K Full HD.
Kamera ini juga mempunyai fungsi touch screen yang memudahkan anda untuk zoom in dan out atau melakukan slide gambar.
Review:
“Performance mantap, kualiti gambar memang power. Senang nak guna sebab ada sambungan wifi. Sangat berbaloi”

Kamera DSLR ini mampu menghasilkan kualiti gambar setanding dengan kamera mahal.
Malah, mudah dipelajari dan dikendalikan oleh photographer amatur atau entry level.
Spesifikasinya dilengkapi sensor APS-C 18MP dan mampu merekod video 1080p pada kelajuan 30fps.
Bahagian shutter speed pula boleh mencapai sehingga 1/4000 second dengan ISO diantara 100 hingga 6400.
Berat kamera termasuk bateri hanya 485gram dan mempunyai paparan LCD untuk tetapan dan melihat hasil gambar

Direka khas untuk mereka yang baru menceburi bidang ini kerana mudah untuk dikendali bagi mereka di tahap entry level.
Spesifikasi kamera DSLR ini mempunyai sensor DX 24.2 MP boleh memberikan hasil gambar menarik walau dalam keadaan gelap.
Shutter speed boleh mencapai sehingga 1/1400 dengan ISO 100-26500 dan turut dilengkapi dengan guide dan special effect.
Kamera in jugai berkemampuan merakam video 1080p serta mempunyai bluetooth.

Buat penggemar videografi atau yang ingin menjadi youtuber, kamera ini merupakan pilihan terbaik.
Ini kerana kamera ini dilengkapi dengan skrin sebesar 3 inci untuk anda melihat paparan video.
Tambahan lagi dengan auto fokus dual piksel 45 point, membolehkan anda mengambil video dengan lebih tajam walaupun dalam keadaan bergerak.
Sebagai pelengkap kepada aktiviti videografi, kamera ini juga mempunyai auto-face detection dan built-in microphone.
Kami yakin dengan speksifikasi ini pasti dapat membuat penggambaran anda menjadi awesome!

Jika anda menggemari shooting pada waktu malam atau dalam keadaan gelap, kamera ini pilihan yang baik.
DSLR Sony ini mempunyai 24.3MP Full-Frame Exmor CMOS Sensor untuk membantu memberi imej yang lebih terang walau dirakam dalam keadaan low light.
Kamera ini juga dilengkapi beberapa ciri menarik seperti BIONZ X Image Processor dan 5-Axis SteadyShot untuk video dan imej lebih stabil.

Nikon D780 merupakan kamera yang mempunyai speksifikasi agak tinggi dimana sesuai untuk kegunaan fotografi majlis perkahwinan.
Apabila merakam gambar detik indah untuk majlis keramaian seperti perkahwinan atau portrait sememangnya kita mengharapkan hasil kerja yang terbaik.
Berbanding model sebelumnya, kamera ini dilengkapi sensor Full Frame 24.5MP.
Sangat memberi perbezaan tona dan kontras pada gambar memberi hasil yang menakjubkan.
Disamping itu, kamera ini mempunyai ciri burst shooting 7pfs dan 12pfs untuk live view.
Dan kualiti rakaman videonya juga boleh mencecah sehingga 4K Full HD.
Kamera ini juga dilengkapi dengan wifi untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemindahan data.

Lihat saja pada harganya, kita sudah boleh meneka bahawa DSLR ini bukan calang-calang kamera.
Hanya pro saja boleh mengendalikannya kerana merupakan antara kamera DSLR profesional terbaik.
Dengan berat 1.4kg dan tahan lasak jadi boleh digunakan dalam apa jua aktiviti dan keadaan.
Sensor Full Frame 20.8MP dikuasai EXPEED serta boleh merakam secara berterusan dengan autofocus dan auto-expose yang penuh.
Walaupun harga berada dalam kategori bangsawan, kamera ini boleh menjadi pelaburan yang baik untuk photographer professional untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Komponen Utama Kamera DSLR
Bagi mereka yang baru saja berjinak dalam dunia fotografi, anda perlu tahu komponen utama kamera DSLR.
Barulah tak lost bila guna kamera jenis ini. Jom lihat komponen utama yang ada di kamera DSLR.
Kanta/lensa (Lens) – Berperanan membentuk imej ke filem
Aperture – Mengukur keluasan iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor besar seperti f/16.
Shutter – Merupakan sebuah tingkap yang akan terbuka apabila setiap butang pengatup shutter ditekan untuk mengambil gambar.
Pengatup berperanan untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera.
Pelepas Shutter – Butang pelepas shutter untuk mengambil gambar
Kawalan kelajuan Shutter – Kelajuan diukur dengan pecahan per saat seperti: 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500 dan 1/1000 sesaat.
1/1000 merupakan kelajuan paling cepat berbanding 1/30.
Viewfinder – Tingkap penilik pandangan sebagai frame gambar.
LCD Screen - Untuk melihat paparan gambar dan tetapan kamera
Shutter Release - Komponen tombol yang kebiasaannya bercirikan half-press (tekan separuh untuk fokus) dan full-press (tekan penuh untuk rakam).
FlashLight Plug - Komponen plug untuk meletakkan FlashLight.
Tripod Plug - Komponen plug untuk meletakkan tripod
Memory Slot - Komponen untuk memasukkan Memory Card.
Battery Slot - Komponen untuk memasukkan Battery.
Dial Mode - untuk menentukan kaedah melaraskan kawalan ke atas proses rakaman foto.
Walaupun simbol yang digunakan berbeza dari satu jenama ke jenama yang lain, fungsi yang disediakan hampir sama.
Gambar Kamera DSLR
Berbanding kamera biasa, kamera DSLR mampu menghasilkan gambar yang lebih tepat dan jelas kerana menghasilkan kualiti resolusi yang lebih tinggi.
Kamera DSLR juga boleh menghasilkan gambar mengikut kehendak pengguna bergantung pada skill pengguna.
Kamera jenis ini juga mempunyai sensor dan daya ketahanan yang tinggi berbanding kamera digital biasa.
Jadi jom lihat perbezaan kamera DSLR Canon dan Nikon menerusi video di bawah.
Fungsi Tripod DSLR
Tripod fotografi mempunyai kaki tiga dan diperbuat daripada aluminium, gentian karbon, keluli kayu atau plastik.
Tripod berfungsi untuk mengehadkan pergerakan kamera dan memberikan kestabilan kepada kamera dalam penghasilan gambar.
Malah untuk mengelakkan pergerakan secara sengaja atau tidak sengaja yang boleh mencacatkan kualiti imej atau video.
Kebiasaannya apabila menangkap gambar dalam kelajuan shutter yang rendah, bantuan tripod diperlukan untuk mengelakkan daripada imej menjadi kabur sekiranya berlaku pergerakan.
Dalam masa sama, tripod juga membantu untuk photographer mendapatkan rangka imej yang lebih tepat.