Teknologi

11 Action Kamera Terbaik di Malaysia 2026 - Review & Jenama

Bagi merakam pengalaman atau aktiviti lasak pastinya menggunakan action camera terbaik dan berkualiti. Jadi jom ikut senarai action camera dari kami.


Editor · Updated 26 May 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Action Kamera Terbaik di Malaysia 2026 - Review & Jenama

Pada mulanya, kamera aksi hanya digunakan untuk merakam sukan lasak seperti berkayak, sukan luncur laut dan lain-lain. 

Tapi sekarang, kamera aksi digunakan untuk bermacam jenis aktiviti seperti mendaki gunung dan sukan permotoran. 

Kandungan

Apa yang penting, dapat merakam video ketika melakukan aktiviti lasak dan menangkap gambar yang epik dengan kualiti yang bagus.

Dengan adanya beratus jenis kamera aksi dipasaran, sudah tentu proses memilih kamera yang terbaik menjadi rumit.

Ikuti senarai dibawah bagi membantu anda membuat pembelian action camera terbaik dan berkualiti.


Senarai 11 Kamera Aksi Terbaik

Terbaik sesuai untuk segala bentuk situasi
Action camera untuk aktiviti lasak 1 daripada 10
SJCAM Original SJ4000 WiFi Full HD Action Camera
Partnership with
Dari RM234
Kalis air
Mudah dibawa kemana saja
Terdapat dua pilihan warna sahaja

Sebab menjadi pilihan utama;

Bukan sahaja sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak, action camera ini juga boleh disambung dengan WiFi untuk pemantauan dari jauh dengan menggunakan aplikasi SJCAM HD.

Ciri-ciri;

Sesuai untuk apa jua jenis aktiviti termasuk boleh dilekatkan pada topi keledar dan papan luncur. 

Jangan risau, kamera ini bersifat kalis air jadi sesuai untuk semua aktiviti yang melibatkan air. 

Jenis skrin LCD bersaiz 1.5" pada bahagian belakang kamera membolehkan anda melihat kembali gambar setelah di capture. 

Review;

"Pembelian berbaloi, boleh bawak pergi hiking."

GOQ F60R 4K 30fps 16M Action Sports Camera
Action camera terbaik murah (di bawah RM 200) 2 daripada 10
GOQ F60R 4K 30fps 16M Action Sports Camera
Partnership with
Dari RM115
Ringan (senang dibawa)
Terdapat banyak aksesori percuma
Tidak mempunyai filtur anti gegar

Bagi yang ingin memiliki action camera namun tidak mempunyai budget yang besar, boleh dapatkan kamera ini!

Walaupun harga yang berpatutan tapi tetap mempunyai ciri yang jauh lebih mahal harganya.

Anda boleh menggunakan mod slow-mo dan timelapse kerana dilengkapi dengan resolusi kamera 4K dengan menggunakan High Resolution (HD) SONY 179 CMOS Sensor.

Bukan itu sahaja, lensanya juga luas dengan skrin berukuran 2 inci untuk memberi keselesaan kepada mata anda.

Turut dilengkapi dengan kemudahan WiFi, jadi mudah jika anda ingin berkongsi gambar dan video ke peranti lain pada satu masa. 

Jika anda guna waterproof casing, boleh digunakan sehingga kedalaman air 30 meter. Hebat bukan?

Action camera untuk video 3 daripada 10
GOPRO Hero7
Partnership with
Dari RM699
Berkualiti tinggi
Tahan lasak
Mahal

Kamera keluaran jenama GoPro sudah tidak asing lagi dalam dunia peminat action camera.

Ini kerana kualiti video dan gambarnya yang cukup memuaskan.

Mempunyai ciri ‘scene/face detection’ menjadikan sangat sesuai untuk rakaman video.

Malah boleh mengenal pasti wajah dan persekitaran dan fokus kepada objek tersebut. 

Tarikan lain GoPro Hero7 ini adalah skrin touch-screen yang serba moden dan boleh dibawa semasa melakukan aktiviti sukan air. 

Kamera GoPro inijuga lengkap dengan kelebihan voice control dimana anda boleh beri arahan kepada kamera ini jika anda tidak boleh mengendalikannya sendiri.

eken h9r camera malaysia
Action camera untuk pemula 4 daripada 10
Eken H9R 4K Action Camera
Partnership with Eken
Dari RM399
Ringan dan kecil (sesuai dibawa kemana sahaja)
Mesra pengguna
Tidak sesuai untuk aktiviti lasak
1 lagi
Percuma 64GB memory card

Action camera model H9R adalah antara keluaran 2021 daripada Eken yang laris dipasaran.

Merupakan sebuah mini kamera yang cukup sesuai untuk mereka yang baju berjinak jinak dengan action camera.  

Sesuai dibawa bersama untuk aktiviti santai, vlogging dan untuk mereka yang gemar ber selfie. 

Turut mempunyai alat kawalan jauh untuk mudahkan anda mengambil gambar atau video dari sudut atau jarak yang jauh. 

Malah terdapat sambungan WiFi bagi mereka yang ingin melihat gambar yang sudah diambil secara langsung di telefon pintar anda. 

Saiz resolusi video 4K dengan fungsi wide angle sehingga 17 darjah menjamin video dan gambar yang berkualiti tinggi. 

Harga yang murah dengan saiz kecil sesuai untuk pengguna baru action camera yang ingin merasai pengalaman menggunakannya. 

Terbaik dengan perlindungan tahan debu, air dan kejutan
Action camera helmet 5 daripada 10
ThiEYE i60e ULTRA HD ACTION CAMERA
Partnership with ThiEYE
Dari RM314
Terdapat fungsi 4X zoom
Sesuai diletakkan pada pelbagai alatan
Model lama

ThiEYE i60e boleh dilekatkan pada helmet mahupun bag anda. 

Action camera ini juga mampu membantu anda untuk merakan video dengan pandangan luas 170° darjah beserta tetapan maksimum sehingga 4K berdefinisi tinggi.

Kamera ini dapat disambungkan dengan WiFi supaya anda boleh kawal dalam jarak jauh.

Malah anda juga boleh terus berkongsi momen indah anda secara terus di media sosial 

Tidak lupa, kamera ini juga kalis air, tahan debu dan tahan kejutan. 

Action cam china terbaik 6 daripada 10
SJCAM SJ7000 Action Camera
Partnership with
Dari RM400
Saiz kecil dan ringan
Boleh disambung dengan WiFi
Produk keluaran China (skeptikal)

Kelebihan kamera ini yang boleh digunakan sehingga kedalam air sedalam 30 meter.

Dilengkapi dengan lensa 6G dan menyokong sudut seluas 170 darjah.

Pasti anda boleh rakam gambar dan video dengan keluasan yang memuaskan. 

Saiz dan berat yang kecil dan ringan sudah tentu akan memudahkan anda bereksperimentasi dengan action camera  ketika melakukan aktiviti. 

Kamera keluaran China ini semakin menjadi pilihan oleh kerana kualiti dan prestasinya yang baik. 

Action cam foto terbaik 7 daripada 10
YI 4K+ Action Camera
Partnership with
Dari RM200
Frame rate lebih tinggi berbanding model sebelumnya
Mempunyai Electronic Image Stabilization (EIS)
Harga mahal

Action camera keluaran YI 4K+ merupakan yang pertama di dunia dengan ciri 4K/60fps. 

Mampu merakam video pada kadar 60 frame sesaat dengan menggunakan tenaga yang rendah tetapi masih mengekalkan kualiti tinggi. 

Ciri lain seperti Electronic Image Stabilization (EIS), arahan suara, skrin sentuh dan lain-lain.

Selain mampu digunakan pada suhu serendah -22 darjah celcius dan kalis air, kamera aksi ini juga dilengkapi dengan peranti debu, anti-kejutan, kabus dan anti calar.

Ditambah pula dengan terdapat pelbagai mod lain yang membezakan camera ini dengan action camera lain di pasaran.

apeman a80 malaysia
Kamera action wifi terbaik 8 daripada 10
APEMAN A80 Action Camera 4K Ultra HD
Partnership with APEMAN
Dari RM399
Terdapat fungsi 'night scene'
Mempunyai lens wide angle 170°
Hanya terdapat 6 lapisan kanta

Duduk sebaris dengan action camera jenama mewah, Apeman A80 boleh memberi kepuasan maksima dengan hasil video yang memuaskan.

Ini kerana bahagian kamera mempunya ciri yang stabil, kurang gegaran dan paling penting dapat dirakam pada saiz 4K dengan sambungan WiFi. 

Kelebihan lain action camera ini lagi adalah mempunyai ISO yang tinggi.

Maksudnya dapat mengambil gambar atau video meskipun dalam cahaya malap atau pada waktu malam. 

f60r action camera malaysia
Action cam 4k terbaik 9 daripada 10
F60R Sport Action Camera
Partnership with F60R
Dari RM80.47
Terdapat video slow-mo
Mempunyai sambungan wifi
kualiti rendah

Action camera dengan resolusi video hingga 4K (30fps) adalah antara yang terbaik untuk mereka yang minat dengan aktiviti lasak kerana ia kalis air.

Selain itu juga ia dilengkapi dengan WiFi untuk mengawal kamera sepenuhnya dan untuk preview gambar pada masa yang sama. 

Ciri unik seperti lensa 6G HD dengan 170° darjah sudut luas beserta skrin LCD 960x240 setebal 2 inci menjadi daya penarik tambahan bagi action camera ini. 

Selain itu, ia juga menyokong video slow-mo.


sjcam c100 thum camera malaysia
Action camera untuk motor 10 daripada 10
SJCAM C100 Mini Thumb Camera
Partnership with SJCAM
Dari RM325
Tahan lasak
Kalis air
Tidak mempunyai skrin
1 lagi
Kualiti kamera 4K

Meskipun bersaiz sekecil ibu jari, model keluaran SJCAM sesuai untuk apa jua aktiviti kasual, sukan lasak atau video hiburan TikTok!

Malah boleh merakam dengan kualiti video 4K boleh berpusing pada mana-mana sudut sekalipun hanya dengan menggunakan dua jari anda. 

Paling penting, mempunyai ciri kalis air yang boleh dibawa sedalam 30 meter dan terdapat mod tangkapan gambar tanpa henti yang dijamin stabil.

Kamera ini mempunyai ciri body magnet jadi anda tak perlu risau jika lekat pada besi.


Cara Memilih Action Camera

Ini pertama kali membeli action camera? 

Jom baca serba sedikit cara memilih action camera seperti berikut:

     1. Periksa spesifikasi kamera untuk mendapatkan kualiti gambar/video yang diinginkan.

Ingat, semakin tinggi kualiti gambar/video yang dihasilkan, harga kameranya pun makin tinggi.

Oleh itu, sangat penting memilih kamera dengan resolusi yang sesuai dengan keperluan dan budget anda.

     2. Pastikan kamera memiliki frame rate yang tinggi untuk kegiatan lasak.

Jika anda mencari action camera untuk kegiatan lasak, beri perhatian lebih kepada frame rate sesebuah kamera itu.

     3. Semak sama ada kamera ada fitur image stabilizer untuk gambar dan video yang lebih stabil.

Bagi mereka yang sering menggunakan action camera untuk dibawa ketika melakukan aktiviti lasak, anda perlu memastikan kamera tersebut memiliki image stabilizer yang baik.

     4. Bagi penggemar aktiviti dalam air, pastikan kameranya waterproof.

Sebelum membuat pembelian, periksa kedalaman yang mampu camera anda tangani.

Ada juga kamera yang didatangkan dengan waterproof casing ataupun anda boleh beli casing secara berasingan.

Tapi, pastikan casing tersebut muat dengan kamera anda.

Apa pun, buat mereka yang ingin pasang action camera dekat helmet, jom lihat video berikut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation