Teknologi

8 Gimbal Stabilizer Terbaik 2026 (Untuk Kamera & Phone)

Gimbal terbaik di Malaysia dari RM279: DJI Osmo Mobile 6 untuk telefon (RM689) atau DJI RSC 2 untuk DSLR profesional (RM1,161). Harga disemak 30 September 2026.


Editor · Updated 30 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Gimbal Stabilizer Terbaik 2026 (Untuk Kamera & Phone)
Gimbal terbaik secara keseluruhanDJI OM 5
RM68.50See price at Lazada

Jawapan ringkas (pilihan terbaik keseluruhan): gimbal telefon terbaik di Malaysia sekarang ialah DJI Osmo Mobile 6 (dari RM689 di Shopee Malaysia, disemak 30 September 2026), manakala ZHIYUN Smooth Q3 (dari RM228, kedai rasmi ZHIYUN) adalah pilihan jimat yang masih stabil untuk video TikTok dan reels. Untuk kamera DSLR atau mirrorless pula, DJI RSC 2 (dari RM1,161) kekal stabilizer paling dipercayai bagi videografi profesional.

Jika anda bukan dalam dunia fotografi, drone atau video, pasti tak pernah dengar perkataan gimbal.

Kandungan

Gimbal merupakan platform bermotor yang dikawal oleh papan dengan beberapa sensor untuk menjaga kestabilan tangkapan objek menerusi kamera DSLR atau telefon pintar.

Bagaimanapun terdapat banyak jenis gimbal antaranya gimbal stabilizer, gimbal camera dan banyak lagi.

Jadi jom lihat jenis gimbal yang ada dan sesuai untuk kegunaan anda.


Senarai 8 Gimbal Terbaik

Terbaik Untuk Keseluruhan: DJI OM 5

DJI OM 5
Gimbal terbaik secara keseluruhan 1 daripada 8
DJI OM 5
Dari RM68.50
Reka bentuk kompak
Ringan
Bateri yang kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Gimbal OM 5 dari DJI ini mempuyai reka bentuk yang kompak dan mudah dibawa kemana sahaja.

Ciri-ciri:

Dengan gimbal ini, anda boleh bawa ke mana saja kerana mudah disimpan dalam beg mahupun poket.

Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan membuat vlog, merakam video ketika hiking atau melakukan aktiviti lasak.

Oleh kerana reka bentuknya yang kecil, bateri yang disediakan adalah kecil berbanding yang lain tetapi boleh bertahan selama enam jam.

Selain daripada itu, mempunyai lampu bagi mereka yang sukakan swafoto!

Review:

“Beli sebab senang nak buat video untuk youtube, tak shaking,”

Price
RM68.50

Terbaik Untuk iPhone: FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis

FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis
Gimbal terbaik untuk iPhone 2 daripada 8
FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis
Dari RM439
Harga berpatutan
Kalis percikan air
Tidak serasi untuk semua peranti

Jika anda menginginkan sesuatu yang serasi dengan telefon pintar model iPhone anda, gimbal dari FeiyuTech ini merupakan salah satu gimbal yang tepat.

Mempunyai penstabil 3 paksi yang kalis percikan dan sangat sesuai untuk iPhone dan peranti yang serupa dengannya.

Selain itu, boleh berpusing 360 darjah penuh untuk panorama lancar yang dibuat lebih berguna.

Malah terdapatsistem penjejakan muka yang tepat pada perisian Feiyu's On App. Sungguh canggih kan?

Price
RM439

Terbaik Untuk Android: Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer

Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer
Gimbal terbaik untuk Android 3 daripada 8
Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer
Dari RM248
Penuh dengan ciri-ciri yang menarik
Reka bentuk kompak
Bateri hanya bertahan selama empat jam

Jangan risau, jika anda risau tiada gimbal yang sesuai untuk telefon pintar Android, kami cadangkan gimbal Smooth X Gimbal Stabilizer dari Zhiyun.

Gimbal dari Zhiyun ini dipenuhi dengan ciri-cirinya yang menarik.

Antaranya fleksibiliti, mod yang berbeza ketika merakam video, reka bentuk yang kompak dan ringan.

Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan membuat vlog, merakam video ketika hiking atau melakukan aktiviti lasak.

Price
RM248

Terbaik Untuk Bajet Smartphone: Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal

Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal
Gimbal Bajet Smartphone 4 daripada 8
Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal
Dari RM350
Harga mampu milik untuk semua
Disyorkan untuk beginner
Hanya mempunyai ciri-ciri gimbal yang asas

Memiliki sebuah gimbal tidak bermakna anda harus mengeluarkan wang yang banyak. 

Cuma perlu pandai mencari gimbal yang dijual dengan harga berpatutan, seperti gimbal dari Feiyu ini.

Gimbal Feiyu Tech Vimble ONE ini amat senang dan mudah untuk digunakan kerana ciri-ciri asas yang terdapat di dalamnya. 

Selain itu, mampu bertahan selama enam jam dan mempunyai extendable pole jika anda ingin mengambil swafoto bersama rakan-rakan anda.

Price
RM350

Terbaik Untuk GoPro: FEIYU G6 Plus 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal terbaik untuk GoPro 5 daripada 8
FEIYU G6 Plus 3-Axis Handheld Gimbal
FEIYU
Dari RM1,100
Ringan
Jangka hayat bateri panjang
Tidak menyokong kamera melebihi 800 g

Gimbal ini mampu memberi 12-jam runtime dan ianya juga kalis percikan. 

Jika anda mencari gimbal untuk kamera aksi seperti GoPro, ini pilihan terbaik.

Cuma anda perlu download aplikasi Feiyu pada smartphone anda untuk menggunakan gimbal ini. 

Dilengkapi dengan ciri tilt motion 260 darjah dan roll motion 320 darjah, video aksi anda akan tampak lebih stabil.

Price
RM1,100

Terbaik Untuk Mirrorless: Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer

Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer
Gimbal terbaik untuk mirrorless 6 daripada 8
Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer
Dari RM739
Menyokong sistem iOS dan Android
Mempunyai Wifi & Bluetooth
Hanya untuk kamera yang beratnya kurang dari 650 g
1 lagi
Jenis OLED Display

Gimbal bukan sahaja untuk dipasangkan bersama telefon pintar tapi mampu digunakan bersama kamera jenis mirrorless. 

Malah, salah satu gimbal yang terbaik untuk dipasangkan bersama kamera mirrorless adalah gimbal Zhiyun Crane-M2 ini.

Gimbal ini bukan sahaja pan, tilts dan rolls kamera yang disambungkan tetapi membenarkan zoom dan kawalan kamera terus dari panel kawalan ibu jari yang terdapat pada genggaman.

Untuk pengetahuan, gimbal ini boleh berpusing dengan sudut; 360° Pan, 310° Tilt & 324° Roll Rotation.

Ketahanan bateri boleh sehingga 7 jam dan mempunyai WiFi dan Bluetooth.

Price
RM739

Terbaik Untuk Semua Kamera: MOZA Air 3-Axis Handheld Gimbal

Gimbal untuk semua jenis kamera 7 daripada 8
MOZA Air 3-Axis Handheld Gimbal
Gudsen
Dari RM2,000
Ringan
Jangka hayat bateri 16 jam
Mempunyai muatan 3.2 kg
1 lagi
Mempunyai smart timelapse

Gimbal ini mempunyai pilihan 2 laras pemegang untuk teknik handling lebih selesa. 

Malah, boleh digunakan pada semua jenis kamera termasuk DSLR dan mirrorless.

Kesemua paksinya memberi putaran 360 darjah untuk perspektif yang lebih luas. 

Rakam 6 ke 8 jam brterusan tanpa hirau akan kekeringan bateri kerana mampu bertahan selama 16 jam.

Menariknya lagi, gimbal ini mempunyai smart timelapse iaitu track, motion time-lapse, zoom timelapse dan banyak lagi.

Price
RM2,000

Terbaik Untuk DSLR: DJI RSC 2

DJI RSC 2
Gimbal terbaik untuk DSLR 8 daripada 8
DJI RSC 2
Dari RM960.16
Reka bentuk mudah alih
Jangka hayat bateri yang panjang
Harga yang mahal

Jika anda menggunakan kamera DSLR dan menginginkan gimbal yang bersesuaian dengannya, anda boleh mencuba gimbal dari DJI ini.

Gimbal ini mempunyai algoritma penstabilan Titan baharu yang membolehkan anda mencapai tangkapan sinematik profesional dengan mudah.

Mempunyai paparan OLED yang membolehkan anda melaraskan segala-galanya dan melihat maklumat segera tanpa membuka aplikasi di telefon pintar.

Cuma mempunyai muatan 3 kg yang memerlukan sedikit tenaga untuk bertahan lama ketika memegangnya.

Price
RM960.16

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Lapan gimbal ini dipilih mengikut kegunaan sebenar: telefon pintar (iPhone dan Android berasingan kerana keserasian aplikasi berbeza), kamera aksi seperti GoPro, dan kamera DSLR atau mirrorless yang lebih berat. Harga dan spesifikasi disemak dari rekod produk kami; disemak 30 September 2026 untuk tiga pilihan utama (DJI Osmo Mobile 6, ZHIYUN Smooth Q3, DJI RSC 2) yang disebut dalam jawapan ringkas di atas.


Bilakah Anda Perlu Menggunakan Gimbal?

Gimbal boleh digunakan dimana-mana sahaja sama ada anda berada di rumah mahupun di luar.

Tapi, jika anda menginginkan kestabilan dalam rakaman video anda, belilah gimbal kerana aksesori ini mainan peranan yang penting.

Lebih-lebih jika anda seorang yang suka merakam video untuk konten YouTube atau IG Live, TikTok dan sebagainya.

Cara penggunaan lebih kurang sama seperti tripod dimana anda perlu memegangnya ketika melakukan aktiviti merakam atau menangkap gambar tapi terdapat sedikit perbezaan.

Jika menggunakan tripod anda perlu kekal di satu tempat semasa mengambil gambar tapi dengan gimbal tidak perlu kerana menggunakan penderia dan motor untuk menstabilkan dan menyokong kamera anda.

Anda juga boleh dengarkan tips cara penggunaan gimbal menerusi video di bawah.


Panduan Cara Menggunakan Gimbal Stabilizer

Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti video anda adalah dengan menggunakan gimbal stabilizer.

Gimbal ini akan membantu menstabilkan gambar dan menghilangkan getaran yang mungkin berlaku semasa penggambaraan. 

Inilah cara untuk menggunakannya:

  1. Pasangkan gimbal pada peranti anda dengan betul. Pastikan ia dipasang dengan sekata dan tidak goyah.
  2. Hidupkan gimbal stabilizer dengan menekan butang "power" yang terdapat pada gimbal stabilizer.
  3. Setelah gimbal stabilizer berfungsi, pastikan ia sentiasa dalam mode "standby". Ini membolehkan anda untuk mengubah sudut kamera dengan mudah.
  4. Apabila anda sudah siap untuk merakan, tekan butang "record" pada kamera atau gimbal stabilizer.
  5. Gunakan joystick pada gimbal stabilizer untuk mengubah sudut kamera sesuai dengan keinginan anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang disediakan untuk mengubah sudut kamera secara jarak jauh melalui telefon pintar anda.
  6. Selesai merakam, tekan butang "stop" untuk berhenti merakam dan matikan gimbal stabilizer.

Dengan menggunakan gimbal stabilizer, anda boleh memastikan bahawa video anda akan kelihatan lebih lancar dan profesional.


Apakah Perbezaan Antara Gimbal & Stabilizer?

Mungkin ada yang keliru perbezaan gimbal dan stabilizer, jawapannya semestinya tidak. Jadi, apakah perbezaan mereka?

  1. Gimbal membolehkan anda menggerakkan kamera sambil mengekalkannya pada paras yang seimbang manakala penstabil memastikan kamera tidak bergerak.
  2. Gimbal adalah untuk mereka yang selesa dengan teknologi canggih atau terkini manakala stabilizer adalah untuk mereka yang selesa dengan teknologi konvensional.
  3. Gimbal memerlukan bateri dan pengecas untuk motor-motornya berfungsi manakala stabilizer tidak memerlukan sebarang bateri mahupun pengecas.
  4. Gimbal adalah mesra pengguna dan mudah untuk mengimbangi manakala stabilizer sering terasa sukar untuk mengimbangi dengan betul.

Soalan Lazim

Berapa berat kamera atau telefon yang gimbal boleh tampung?

Semak had berat rasmi ("payload") sebelum membeli - DJI Osmo Mobile 6 direka untuk telefon sahaja (biasanya bawah 300g), manakala DJI RSC 2 boleh tampung kamera DSLR atau mirrorless sehingga 3kg dengan lensa. Gimbal yang terlebih beban akan bergetar dan gagal menstabilkan gambar walaupun motornya masih berfungsi.

Gimbal untuk telefon dan gimbal untuk kamera DSLR, apa bezanya?

Gimbal telefon (DJI Osmo Mobile 6, ZHIYUN Smooth Q3) lebih ringan, murah dan mudah dibawa, sesuai untuk vlog dan TikTok. Gimbal kamera (DJI RSC 2) lebih berat dan mahal tetapi mampu tampung kamera profesional dengan lensa besar untuk kerja videografi komersial.

Adakah gimbal generik murah (bawah RM300) berbaloi berbanding jenama DJI atau ZHIYUN?

Gimbal generik murah biasanya tiada rekod jualan yang membuktikan ketahanannya dan sokongan alat ganti terhad di Malaysia. DJI dan ZHIYUN kekal pilihan lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang kerana ada waranti rasmi dan sokongan servis tempatan.

Berapa lama bateri gimbal biasanya tahan?

Kebanyakan gimbal telefon (DJI Osmo Mobile 6, ZHIYUN Smooth Q3) tahan sekitar 6-10 jam penggunaan berterusan sebelum perlu dicas semula. Gimbal kamera yang lebih besar seperti DJI RSC 2 biasanya tahan 12-14 jam kerana bateri lebih besar, tetapi berat kamera yang ditampung turut mempengaruhi jangka hayat bateri sebenar.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation