Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
microphone asmr

7 Microphone ASMR Terbaik Untuk Mukbang 2024

Youtuber atau video content tegar bolehlah check mikrofon ASMR yang kami senaraikan ni sebelum membuat pembelian.

Maksud ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response atau lebih mudah difahami mukbang content di YouTube.

Video content mukbang tak kisahlah makanan atau unboxing, perkara pertama orang akan tekankan adalah bunyi yang terhasil

Jadi, kalau korang antara content creator mukbang atau nak mencuba-cuba buat ASMR sendiri dekat rumah, jom tengok senarai tujuh jenis mikrofon ASMR berkualiti.


Isi Kandungan


7 Senarai Mikrofon ASMR terbaik 

Mikrofon ASMR terbaik untuk mukbang
Blue Yeti USB Microphone
Blue Yeti USB Microphone
mulai
RM789.00
Semak Blue Yeti USB Microphone harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Mempunyai pelbagai pickup pattern
add_circle Boleh disambung dengan komputer Windows atau Mac
remove_circle Agak berat.
remove_circle Sukar untuk dibawa kemana-mana

Walaupun mikrofon ini agak berat tapi mudah dipasang oleh sesiapa sahaja dan ini menyebabkan produk ini menjadi pilihan kebanyakan YouTuber ASMR. 

Mudah saja, anda hanya perlu sambungkan kabel USB mikrofon ke komputer. 

Kelebihan lain pada mic ini adalah menggunakan pickup pattern omnidirectional, jadi bunyi yang dihasilkan oleh mic ASMR ini memang sedap dan padat. 

Jangan risau, mikrofon ini sesuai untuk YouTuber yang baru berkecimpung dalam pembikinan video ASMR terutamanya mukbang content.

Mikrofon mampu milik
BM 800 Condenser Microphone
BM 800 Condenser Microphone
mulai
RM62.90
Semak BM 800 Condenser Microphone harga dibawah:
add_circle Tahap kepekaan yang tinggi terhadap bunyi
add_circle Bunyi gangguan latar belakang agak minimal
add_circle Boleh disambung dengan televisyen, komputer dan telefon pintar
remove_circle Hanya sesuai guna dalam studio atau tempat rakaman kalis bunyi

Kami syorkan mikrofon jenis ini sebab sesuai untuk dirakam di dalam studio dan cukup sensitif dengan setiap bunyi yang ada.

jadi anda tak perlu risau dengan kualiti rakaman bunyi sebab dijamin hasilnya pasti anda berpuas hati. 

Menariknya lagi, mic ASMR ini hadir dengan aksesori seperti pop filter, holder dan foam cap anti angin. Berbaloi bukan beli dengan harga murah tapi dapat banyak aksesori!

Malah, anda juga tak perlu risau dengan cara pemasangan sebab terdapat manual cara penggunaannya.

Mikrofon ASMR dua dalam satu
Zoom H4N-Pro Handy Recorder
Zoom H4N-Pro Handy Recorder
mulai
RM1,165.00
Semak Zoom H4N-Pro Handy Recorder harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Mempunyai pembesar suara
add_circle Boleh digunakan sebagai perakam suara
remove_circle Harga agak mahal

Mikrofon ini direka khas untuk mereka yang inginkan dua fungsi dalam satu mikrofon ASMR. Tidak hairanlah jika harganya mahal jika dibandingkan dengan mikrofon jenama lain.

Menariknya lagi. mikrofon ini dilengkapi dengan pembesar suara, jadi rakaman yang telah siap dihasilkan, boleh dimainkan semula on the spot.

Antara perincian hebat yang lain, mikrofon model ini menggunakan bateri AA yang mampu bertahan sehingga enam jam penggunaan. 

Jadi, anda tak perlu risau jika tertinggal pengecas ketika membuat kerja di luar studio sebab selalunya bateri jenis ini boleh dibeli di mana-mana kedai berhampiran.

Mikrofon ASMR untuk memasak
Rode Video Micro
RODE Video Micro
mulai
RM218.00
Semak Rode Video Micro harga dibawah:
add_circle Tidak menggunakan bateri
add_circle Menghasilkan bunyi lebih natural
add_circle Saiz kecil dan ringan
remove_circle Perlukan adapter jika ingin sambungkan mikrofon ke telefon pintar Apple

Mikrofon ASMR ini sangat sesuai untuk mereka yang sering membuat video masakan kerana menggunakan polar pattern cardioid di mana mic akan fokus pada bunyi yang datang dari arah depan kamera. 

Kualiti audio yang dihasilkan cukup memuaskan, setanding dengan harga yang boleh mencecah ratusan ringgit. 

Cara penggunaannya cukup mudah dan saiznya juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Selain itu, mikrofon ini turut disertakan windshield yang mana dapat mengurangkan bunyi angin yang tidak diingini terutamanya ketika membuat rakaman di luar studio. 

Aksesori pula boleh ditanggalkan dan dipasang semula mengikut kesesuaian video dan pada mikrofon ini tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan aluminium.

Mikrofon Mini ASMR
Mini Microphone
Mini Microphone
mulai
RM9.98
Semak Mini Microphone harga dibawah:
add_circle Kecil dan ringan
add_circle Cara penggunaan mudah
remove_circle Perlu guna adapter jika mic ini mahu disambung pada iPhone

Mikrofon mini yang bentuknya seakan mic ini boleh disambung pada smartphone, komputer atau laptop

Hanya perlu plug and play mic ini pada alat peranti tanpa memerlukan aksesori tambahan. Cuma, perlu guna adapter jika mic ini disambung pada alat peranti Apple.

Selain untuk membuat video ASMR, mikrofon ini juga sesuai untuk kegunaan yang lain seperti menyanyi karaoke.

Jangan risau, harga yang ditawarkan juga murah, jadi memang sesuai untuk yang mempunyai bajet yang terhad.

Mikrofon ASMR untuk telefon
Type-C Wireless Lavalier Microphone
Type-C Wireless Lavalier Microphone
mulai
RM118.61
Semak Type-C Wireless Lavalier Microphone harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Tidak menggunakan wayar
remove_circle Mikrofon TYPE-C ini tidak sesuai dengan telefon pintar Samsung

Mikrofon jenis ini agak canggih kerana boleh disambung dengan peranti tanpa menggunakan wayar. 

Hanya perlu menyambung receiver pada telefon dan boleh terus rakam video dan audio. Memang sesuai untuk rakaman di luar studio. 

Pengguna juga boleh merakam audio dari jarak sehingga 20 meter, jadi tidak perlu berada terlalu dekat dengan kamera. 

Menariknya lagi, mikrofon ASMR ini mempunyai diklip untuk dilekat pada pakaian, jadi pengguna tidak perlu risau tangan lenguh akibat memegang mic ketika rakaman audio. 

Paling best, mikrofon ini dilengkapi dengan teknologi Real-Time Auto-Sync, di mana audio dan video telah diselaraskan ketika dirakam.

Mikrofon ASMR murah
BOYA BY-M1 Lavalier Microphone
BOYA BY-M1 Lavalier Microphone
mulai
RM22.90
Semak BOYA BY-M1 Lavalier Microphone harga dibawah:
add_circle Mikrofon jenis omnidirectional
add_circle Terdapat klip mikrofon
remove_circle Rakaman audio terjejas jika mikrofon bergesel dengan baju

Mikrofon BOYA BY-M1 Lavalier ini merupakan mikrofon jenis omnidirectional yang mana berfungsi untuk menangkap bunyi atau suara dari pelbagai arah. 

Malah, dilengkapi dengan kabel sepanjang enam meter serta condenser yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan bunyi video ASMR yang baik. 

Bukan itu sahaja, mikrofon ini turut mempunyai aksesori seperti ¼” adapter dan foam windscreen yang berfungsi mengurangkan bunyi tidak diingini dalam audio disebabkan oleh angin terutama ketika penggambaran di luar studio. 

Menariknya lagi, mic ASMR ini boleh digunakan dengan pelbagai peranti seperti smartphone, perakam audio, kamera DSLR dan komputer. 

Jangan risau, bateri yang digunakan pula adalah jenis LR44, jadi pengguna boleh bawa bateri extra ke mana-mana sahaja.


Apa itu Microphone ASMR? 

Microphone ASMR merupakan mikrofon khas yang digunakan untuk mendapatkan kesan bunyi yang detail. Selalunya digunakan untuk menghasilkan muzik lagu.

Tapi kini, digunakan untuk mereka yang ingin menghasilkan bunyi yang lebih jelas bagi memuaskan pendengaran penonton di YouTube atau video content mereka di media sosial.


Cara Pilih Microphone ASMR 

Untuk mendapatkan bunyi yang berkualiti, terdapat beberapa aspek perlu dipertimbangkan sebelum membeli mikrofon ASMR. Antaranya...

  • Self noise 

Mikrofon yang mempunyai self noise yang rendah adalah mic yang terbaik untuk merakam bunyi dalam video ASMR. Lazimnya, angka noise yang berada di bawah 15dB adalah yang terbaik. 

  • Jenis sambungan

Kenal pasti juga jenis sambungan yang digunakan pada mikrofon ASMR, sama ada ia menggunakan kabel USB atau sambungan XLR untuk memudahkan kerja-kerja rakaman.

  • Polar pattern

Polar pattern merupakan arah yang digunakan oleh sesebuah mic menangkap suara atau bunyi. 

Mikrofon jenis omnidirectional boleh menangkap suara dari semua arah dan sesuai jika anda ingin membuat video ASMR makan, membaca, video berbisik atau video roleplay.

Manakala mic jenis cardioid pula lebih cenderung untuk menangkap bunyi yang datang dari arah depan jadi, kalau bunyi dalam video ASMR yang mahu anda buat datang dari arah lain, mic jenis ini tak begitu sesuai.

  • Sensitivity 

Anda juga perlu mempertimbangkan tahap sensitivity sebuah mikrofon sebelum membuat keputusan untuk membeli. 

Ingat! Mikrofon yang hebat mempunyai sensitivity yang tinggi. Semakin tinggi sensitivity mic ASMR itu, semakin bagus kualiti suara atau bunyi yang dihasilkan. 

Jadi, pastikan anda kenal pasti aspek-aspek ini terlebih dahulu sebelum membuat pembelian mikrofon ASMR. 


Artikel Berkaitan

End of Article