Microwave oven untuk memasak atau microwave oven untuk memanaskan makanan merupakan perkakas dapur yang perlu ada untuk percepatkan proses memasak.
Produk ini sangat berguna untuk mereka yang sentiasa on the go dan mahu sediakan makanan dalam masa yang singkat.
Dengan adanya microwave oven yang bagus, pelbagai jenis sajian lazat dapat disediakan dengan cepat.
Selain boleh memanaskan lauk-pauk, turut dilengkapi beberapa fungsi lain seperti defrost makanan beku atau buat popcorn atau pizza segera.
Ada pelbagai harga microwave dengan review microwave oven terbaik anda boleh dapatkan dan pastikan anda beli microwave yang selamat dan ada microwave symbols.
Ini senarai jenama microwave oven terbaik dan murah yang anda boleh dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.
Senarai 13 Microwave Oven Terbaik
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Mahukan microwave yang mudah digunakan dan sesuai untuk keluarga kecil? Anda boleh pertimbangkan untuk guna ketuhar gelombang mikro Pensonic berkapasiti 20L ini.
Ciri-ciri;
Jika anda gemar sediakan makanan secara meal-prep, alat ini perlu ada di dapur untuk memudahkan anda panaskan semula lauk yang telah dibekukan.
Menarik lagi, fungsi defrost atau nyahbeku pada microwave ini boleh mencairkan ayam, daging atau makanan laut frozen dalam masa beberapa minit sahaja.
Pemasanya pula boleh pilih dari 0-30 minit dan boleh dilaras dengan mudah dan cepat.
Turut hadir dalam 2 pilihan warna iaitu putih dan hitam yang sekali gus membolehkannya menjadi dekorasi di atas kabinet dapur anda.
Review;
‘Mudah nak guna dan kepanasannya sesuai dan cepat. Tak payah lagi susah-susah panaskan lauk dengan dapur gas’

Microwave Toshiba keluaran Jepun ini akan menjadi penyelamat ketika anda sibuk kerana pelbagai hidangan boleh disiapkan dengan lebih cepat dan mudah.
Antaranya popcorn, kentang, pizza atau daging panggang dengan baik tanpa menjejaskan rasa makanan tersebut.
Selain itu, microwave ini juga boleh digunakan untuk panaskan semula lebihan lauk dan susu.
Sangat mudah untuk guna ketuhar gelombang mikro ini sebab lengkap dengan 9 pilihan Auto Cooking Menu yang anda boleh pilih mengikut makanan.
Sesuai juga belikan microwave ini sebagai hadiah kahwin kepada rakan atau keluarga yang baru mendirikan rumah tangga.
Review microwave oven terbaik ini sangat positif kerana bukan sahaja boleh memanaskan makanan, tapi boleh masak mee segera dengan cepat dan mudah.

Microwave Samsung 23L ini membolehkan anda membuat pelbagai resepi sihat seperti dada ayam, daging kukus, dan fillet salmon dengan cepat.
Ini kerana microwave ini mempunyai fungsi Healthy Steam supaya nutrisi makanan yang dimasak atu dipanaskan tidak berkurangan.
Manakala fungsi Deodorization pula akan mengeluarkan bau yang tidak enak dihidu dari dalam microwave.
Jadi, bau yang tidak menyenangkan tidak akan bercampur dengan makanan yang baru siap dimasak atau dipanaskan.
Paling menarik, bahagian dalam microwave diperbuat daripada seramik yang tahan lasak, mudah dibersihkan dan tak mudah calaar.

Dengan ciri Child Safety Lock pada pintu microwave, ketuhar gelombang mikro ini selamat digunakan di rumah yang ada kanak-kanak atau bayi.
Untuk yang selalu tidak sempat nak masak gara-gara balik lambat dari pejabat, alat ini memang perlu ada di dapur sebab anda tidak perlu lagi masak nasi.
Boleh panaskan sahaja nasi instant dan cairkan lauk frozen dalam microwave ini dengan fungsi defrost, lagi cepat dan mudah.
Hadir juga dengan 11 pilihan tahap kuasa untuk memudahkan pengguna menyiapkan hidangan tengah hari atau makan malam.
Popcorn, kentang, piza, sayur beku, air susu dan daging antara menu yang boleh disiapkan dengan microwave Midea.

Microwave untuk panaskan makanan jenama Beko terbaik digunakan oleh pelajar kolej yang tinggal di rumah sewa kerana berkapasiti 20L.
Jadi, anda boleh hangatkan lauk terutamanya ketika bulan puasa untuk berbuka dan bersahur.
Rekaannya yang kompak membolehkan pengguna meletakkannya di mana-mana termasuklah di dapur yang sempit.
Paling menarik, microwave ini boleh digunakan untuk buat scrambled eggs dalam masa 45 saat saja tau!
Microwave symbols yang ringkas pada alat ini juga sangat mudah untuk difahami dan digunakan.
Mempunyai knob dan timer yang membolehkan anda mengawalnya secara manual.
Pusingkan sahaja knob ke suhu dan masa yang sesuai kerana ada 5 tahap kuasa yang boleh dipilih.

Jika perlukan snek segera untuk menemani anda ketika menonton TV di rumah, anda boleh buat sendiri bertih jagung dengan microwave Khind.
Penggunaan ketuhar gelombang mikro ini dijamin memudahkan kehidupan harian anda kerana mempunyai 6 butang Auto Cook Menu.
Jadi, anda boleh gunakannya untuk pizza, popcorn, kentang, makanan beku dan panaskan air minuman seperti teh.
Menarik lagi, microwave oven terbaik dan murah ini boleh juga digunakan untuk panaskan lauk, pasta, mac and cheese atau instant rice.

Untuk anda yang mahu memasak makanan sihat untuk keluarga tapi risau tidak cukup masa, microwave Panasonic ini akan bantu memudahkan tugas dapur anda.
Turut mempunyai 28 pre-set menu dan salah satunya fungsi steam, jadi anda boleh kukus makanan seperti ikan salmon atau sayur dengan alat ini dengan cepat dan mudah.
Paling penting, ciri ini memastikan nutrisi dalam makanan akan dapat dikekalkan.
Boleh juga panggang ayam atau daging tanpa perlu menterbalikkan makanan untuk pastikan makanan masak sepenuhnya.
Menariknya lagi, alat memasak ini direka dengan fungsi oven biasa dengan suhu 30-250°C dan pemanasan atas dan bawah.
Jadi, anda boleh buat kek atau manisan kegemaran dengan microwave bersaiz besar 27L multifungsi ini.
Turut boleh digunakan untuk panaskan semula makanan seperti roti dan croissants dengan haba optimal agar rasanya sama seperti baru siap dimasak.

Microwave Midea yang comel ini sesuai dimiliki oleh anda yang mencari ketuhar gelombang mikro yang mempunyai watt yang rendah, serendah 800W sahaja.
Selain boleh panaskan lebihan lauk semalam dan pasta, juga berguna untuk anda buat pizza dan popcorn bagi menemani anda ketika menonton filem di rumah.
Jika anda mempunyai anak kecil yang gemar mencuba, jangan lupa untuk manfaatkan ciri Child Safety Lock agar kanak-kanak tidak buka pintu microwave sesuka hati.
Barulah tidak bahaya dan ibu juga boleh buat kerja lain sambil tunggu lauk dipanaskan tanpa perlu mengawasinya setiap saat.

Bagi anda yang gemar mencuba pelbagai menu baru, apa kata dapatkan microwave Electrolux yang mempunyai 32 pre-set program.
Turut mempunyai fungsi pemanasan yang baik membolehkan anda panggang seekor ayam yang rangup di luar dan juicy di dalam, bakar kek, roti atau muffin dengan alat ini.
Manakala ciri built-in Deodoriser pula akan menyingkirkan bau busuk dari dalam microwave agar rasa makanan yang baru siap dipanaskan atau dimasak tidak akan terjejas.
Selain itu, microwave yang bagus untuk defrost lauk beku ini juga boleh memanggang ikan atau ayam dengan sekata dan efisien kerana menggunakan teknologi inverter.

Microwave DESSINI ITALY ini direka dengan 5 pilihan menu auto-cook iaitu bertih jagung, air minuman seperti teh dan susu, lauk beku, piza dan kentang.
Selain itu, turut mempunyai 2 pilihan mod untuk defrost daging atau ayam serta makanan laut sama ada nak nyahbeku ikut berat atau masa.
Turut mempunyai pemasa 99 minit 99 saat dan 10 tahap kuasa yang boleh dipilih mengikut menu yang ingin dimasak.
Bahagian turntable di dalam microwave ini pula akan berpusing 360° untuk memastikan makanan masak sekata dan lebih efisien.
Kalau anda mempunyai ruang dapur yang terhad, microwave ini sangat sesuai untuk anda.

Dengan fungsi convection pada microwave Toshiba 26L ini, anda bukan sahaja boleh panaskan makanan, malah boleh bakar kek chiffon yang crispy di luar dan lembut di dalam.
Mempunyai turntable bersaiz 315mm yang boleh memuatkan pinggan yang bersaiz 12 inci dengan mudah.
Jadi, tidak perlu susah-susah pindahkan makanan ke dalam bekas kecil untuk menghangatkannya semula.
Yang penting, turut direka dengan fungsi Position Memory di mana turntable akan kembali semula secara automatik ke posisi awal selepas siap masak.
Ciri ini akan membuatkan makanan yang dah siap boleh dikeluarkan dengan mudah dari microwave dan tangan anda juga selamat dari terpegang pinggan atau mangkuk panas.
Selain mempunyai 10 auto cooking menu, microwave ini juga boleh defrost makanan beku ikut berat dan masa yang sesuai mengikut jenis makanan.

Jika ada bajet lebih, apa salahnya labur untuk beli microwave oven untuk memasak pelbagai menu enak dari Sharp ini?
Lupakan microwave jenama lain yang basic kerana alat memasak ini boleh panggang, bakar kek, pai buah, buat bawang goreng serta kacang panggang dengan satu sentuhan sahaja.
Anda nak panggang, rebus daging atau defrost makanan beku pun tiada masalah dengan jenama microwave terbaik ini.

Hadir dengan pelbagai warna menarik, microwave Samsung bukan hanya bakal meringkaskan tugas memanaskan lauk dan pasta.
Microwave ini akan memudahkan anda defrost roti dan pastri yang telah dibekukan tanpa menyebabkan menjejaskan rasa makanan tersebut.
Selain itu, microwave ini sangat mudah untuk dibersihkan juga kerana bahagian dalamnya diperbuat daripada seramik, 99.9% antibakteria serta tahan calar dan karat.
Kalau anda gemar masak makanan dengan cepat, anda boleh sahaja nyahbeku daging, ayam, ikan dan sayur untuk memudahkan proses memasak.
Suka manisan? Anda buat sahaja manisan menggunakan microwave ini kerana ia boleh bakar kek walnut, roti pisang, puding telur dan brownies.
Paling penting, microwave ini mempunyai ciri kunci keselamatan kanak-kanak jadi anda boleh tutup dan kunci apabila tidak menggunakannya.
Bagaimana Cara Pilih Microwave Oven?
Adakah anda keliru nak pilih microwave oven yang sesuai untuk keperluan anda sehinggakan masih tercari-cari yang mana produk yang sesuai?
Jangan risau, kami ada beberapa tips yang boleh membantu anda memilih microwave oven.
-
Saiz dan kapasiti
Microwave oven ada dalam pelbagai saiz dan kapasiti, jadi pastikan anda memilih saiz yang sesuai untuk ruang dapur anda.
Jika anda sering memasak untuk keluarga yang ramai, pilih microwave oven dengan kapasiti besar.
-
Jenis pemanas
Terdapat dua jenis pemanas dalam microwave oven - pemanas solo dan pemanas grill.
Pemanas solo biasanya digunakan untuk memanaskan makanan atau memasak makanan segera.
Manakala pemanas grill digunakan untuk memanggang makanan seperti ayam, ikan dan daging.
-
Kemudahan penggunaan
Pastikan oven microwave yang anda pilih mudah digunakan, contohnya tombol-tombolnya mudah digunakan dan mudah dibersihkan.
-
Keselamatan & ciri tambahan
Pilih model yang mempunyai kawalan suhu yang baik dan ada sistem kawalan untuk mencegah kemungkinan kebakaran atau letupan.
Tambah lagi, pilih ciri-ciri tambahan yang berguna untuk anda seperti pengunci keselamatan, fungsi grill, pilihan bahasa, defrost, timer atau program khusus.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Microwave Oven?
Microwave oven merupakan alat dapur yang sangat popular dalam kalangan orang ramai.
Salah satu kelebihan utama microwave oven adalah masa memasak lebih cepat jadi akan menjimatkan masa anda.
Dalam masa beberapa minit sahaja, makanan anda siap dimasak dan ini sangat membantu untuk mereka yang sibuk atau tidak mempunyai banyak masa untuk memasak.
Bukan itu sahaja, perkakas dapur ini juga boleh menghangatkan makanan yang telah dimasak dengan cepat dan mudah.
Microwave oven juga sangat mudah digunakan, anda hanya perlu menekan beberapa butang sahaja dan orang yang tidak berpengalaman dalam memasak pun boleh guna.
Penggunaan microwave oven juga dapat mengurangkan penggunaan minyak dalam proses memasak, jadi sesuai untuk mereka yang ingin mengamalkan diet dan kekal sihat.
Tapi, terdapat juga beberapa kekurangan utama dalam penggunaan microwave oven seperti kualiti makanan yang dimasak dengan microwave oven mungkin kurang.
Ini kerana pemanasan makanan dalam microwave oven boleh menyebabkan kehilangan nutrisi dan vitamin tertentu.
Mungkin akan terjadi terutamanya jika makanan dipanaskan terlalu lama atau menggunakan suhu yang terlalu tinggi.
Rasa dan tekstur makanan juga tidak sama seperti apa yang anda masak dengan kaedah tradisional.
Apakah Perbezaan Antara Microwave, Oven & Microwave Oven?
Dari segi luaran, microwave, oven dan microwave oven nampak macam sama kerana semuanya direka dengan bentuk segi empat tepat.
Tapi tahukah anda, alat-alat ini menggunakan sistem yang berlainan malah kegunaannya juga tidak sama.
Jom kita lihat apa perbezaan ketiga-tiga perkakas dapur ini.
-
Oven
Oven biasanya mempunyai elemen logam atau arus elektrik sebagai sumber haba untuk memasak makanan yang isi tebal sehingga ke dalam.
Ketuhar juga memiliki tolok suhu supaya anda boleh pilih suhu yang sesuai untuk memasak sesuatu makanan seperti kek atau roti.
Pemilihan suhu ini bagi memastikan makanan tidak terlebih masak atau kurang masak.
Oven juga lengkap dengan dua alat pemanas di bahagian atas dan bawah.
Jika plug disambung, arus elektrik akan mengalir dan elemen pemanas ini akan menjana haba.
Selain itu, ketuhar juga menggunakan sistem kipas agar haba dapat diedarkan secara sama rata ke seluruh ruang bagi memastikan makanan masak sekata.
Ketuhar ini dikenali sebagai convection oven.
Kelebihan utama oven ialah boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan kerana boleh mengawal suhu.
-
Microwave
Microwave pula menggunakan radiasi selamat untuk memanaskan makanan.
Alat ini dilengkapi dengan peranti elektron yang dikenali sebagai magnetron yang akan menjana radiasi gelombang mikro.
Kemudian, akan menyebabkan molekul dalam makanan untuk berpusing dan bergetar, sekali gus haba akan terhasil.
Untuk pengetahuan semua, microwave juga lazimnya direka dengan pinggan bulat yang boleh berpusing (turntable) agar makanan cepat masak dengan sekata.
Penggunaan microwave juga lebih mudah dan ringkas berbanding oven dan anda juga tidak perlu panaskannya terlebih dahulu sebelum masukkan makanan.
Jom tonton butiran terperinci tentang microwave menerusi video youtube berikut.
-
Microwave oven
Mungkin ada yang beranggapan microwave oven tidak ada beza dengan microwave atau oven biasa tapi sebenarnya ada beza.
Microwave oven boleh dikatakan 'raja' bagi segala oven sebab mampu beroperasi seperti oven dan microwave.
Maksudnya anda boleh membakar, panggang, memanas atau masak kek tapi harga sedikit mahal memandangkan fungsinya 2 dalam 1.
Tapi, apa yang menjadi kekeliruan rekaan badan microwave dan microwave oven sama saja. Macam mana nak tahu bezanya?
Selalunya, microwave oven akan ada perkataan COMBI yang bermaksud gabungan.
Sebelum beli nanti, pastikan semak dulu ada atau tidak perkataan ini okay?
Microwave Untuk Apa?
Fungsi utama microwave ialah untuk memanaskan makanan yang telah siap dimasak.
Contohnya, anda mahu makan nasi dan lauk semalam yang telah sejuk akibat disimpan dalam peti ais.
Jadi supaya lebih lazat, makanan boleh dipanaskan semula menggunakan microwave.
Di samping itu, berfungsi defrost atau nyahbeku makanan frozen seperti sosej atau ayam mentah sebelum dimasak.
Jadi, kalau lambat balik kerja atau terlupa nak keluarkan awal-awal dari freezer pun tiada masalah.
Apa Fungsi Microwave Oven?
Disebabkan microwave oven ada fungsi 2 dalam 1 jadi penggunaannya tidak terhad.
Bukan sekadar untuk hangatkan semula makanan, tahukah anda ada banyak lagi cara untuk gunakan microwave oven?
Antaranya, kita boleh masak kek, biskut, grill ayam, steam, panggang ayam, kuih dan banyak lagi asalkan makanan yang memerlukan proses pembakaran atau pemanasan.
Selain itu, boleh juga digunakan untuk mencairkan makanan seperti keju, mentega atau coklat.
Bagaimankah Cara Panaskan Oven?
Sebenarnya microwave oven tidak perlu dipanaskan sebelum digunakan tapi bagi penggunaan setengah ketuhar atau oven perlu dipanaskan terlebih dahulu.
Preheat ketuhar ialah sebuah proses di mana anda perlu panaskannya tanpa memasukkan apa-apa makanan di dalamnya 10 minit sebelum anda masukkan bahan ke dalam ketuhar.
Ini adalah untuk memastikan suhu dalam oven cukup panas kerana masa dan suhu yang tidak sesuai boleh mempengaruhi rasa dan tekstur makanan.
Jika makanan atau adunan yang hendak dimasak atau dibakar berada di dalam ketuhar yang sejuk, bakteria akan mudah membiak.
Jika langkah anda tidak buat langkah ini, berkemungkinan besar kek tidak akan dimasak dengan sempurna.
Oleh itu, jom ikuti cara yang kami kongsikan ini untuk panaskan oven.
- Keluarkan rak pembakar dari dalam oven
- Tetapkan suhu ikut dalam perkongsian resepi kek yang anda dicuba
- Pilih mod baking atau pembakaran
- Tetapkan pemasa ke 10 minit
Selepas timer dah tamat, masukkan adunan atau doh ke dalam oven untuk mulakan pembakaran.
Bagaimanakah Cara Guna Microwave Oven Untuk Bakar Kek?
Mungkin ada yang belum tahu microwave oven boleh digunakan untuk membuat kek.
Tapi, anda perlu ingat bahawa fungsi untuk buat kek dengan alat ini adalah sedikit terbatas.
Sesetengah microwave oven dilengkapi dengan mod convection jadi jika mod ini dipilih, ia akan mula berfungsi seperti oven.
Oleh itu, sebelum bakar kek, microwave oven perlu dipanaskan terlebih dahulu.
Ada juga microwave yang mempunyai fungsi preheat tapi kalau alat anda belum tiada ciri ini, jangan risau sebab anda boleh pilih suhu seperti dalam resepi selama dua minit.
Namun, kalau guna microwave jenis convention, masa pembakaran kek akan berkurang dan tidak lama seperti guna oven.
Anda nak resepi mudah? Jom cuba resepi mug cake yang dikongsikan di YouTube ini.
Apakah Keburukan Penggunaan Microwave?
Beberapa tahun dahulu, pernah tular bahawa radiasi dari microwave boleh menjejaskan kesihatan.
Namun, semua itu terbukti salah sebab tiada bukti yang boleh menyokong kenyataan sedemikian.
Menurut BBC, gelombang yang dihasilkan oleh microwave juga tidak berbahaya.
Jika digunakan dengan betul, radiasi daripada alat ini tidak akan menyebabkan kesan negatif.
Selagi kita menggunakan microwave dengan sederhana dan tidak berada terlalu dekat dengannya, alat ini tetap selamat digunakan.
Anda juga dinasihatkan untuk tidak panaskan makanan terlampau lama atau terlalu kejap.
Paling penting, gunakan bekas yang telah direka khas dan sesuai untuk penggunaan microwave sahaja agar tekstur tidak cair ketika sedang dipanaskan.
Pastikan anda cari pinggan atau bekas kaca yang mempunyai label atau logo Microwave Safe sebelum digunakan.
Microwave Boleh Bakar Kek?
Teringin nak buat kek sendiri di rumah tapi tiada ketuhar, hanya ada microwave?
Tidak perlu tunggu lama semata-mata nak kumpul duit beli oven lain pun sebab ada sesetengah microwave boleh digunakan untuk bakar kek.
Tapi bukan semua jenis kek boleh dibakar guna alat ini.
Antara kek yang boleh dibuat ialah kek mug dan kek span biasa dengan microwave.
Cari sahaja resepi yang sesuai dengan penggunaan microwave anda di internet. Selamat mencuba!