Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Peti Sejuk Inverter Terbaik di Malaysia 2024 (Jimat Elektrik)

Terima kasih kepada teknologi yang sentiasa menghasilkan rekaan inovatif

Jika anda sedang merancang untuk membeli peti sejuk jimat elektrik, sebaiknya pilih peti sejuk 5 bintang yang mempunyai sistem inverter.

Apakah maksud peti sejuk inverter? Sebuah peti ais inverter terbaik yang mempunyai teknologi untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Ini kerana kompresor jenis inverter lebih pintar dan mampu menyejukkan ruang peti sehingga ke tahap maksima.

Teknologi peti sejuk 5 bintang ini dicipta dari Jepun yang mampu jimat elektrik sehingga 30 - 50% berbanding peti sejuk biasa.

Anda nak lihat tahu jenama peti ais inverter terbaik dan juga jenama peti sejuk yang tahan lama?

Jom lihat senarai peti ais jimat elektrik berikut.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Peti Sejuk Inverter Terbaik

Peti ais inverter terbaik secara keseluruhan
Toshiba Refrigerator (252L) Inverter A-series GR-A28MU
Toshiba Refrigerator (252L) Inverter A-series GR-A28MU
mulai
RM1,144.00
Semak Toshiba Refrigerator (252L) Inverter A-series GR-A28MU harga dibawah:
add_circle Ruang simpan buah & sayur besar (12L)
add_circle Tempoh jaminan motor 12 tahun
add_circle Membasmi bau busuk
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga anak ramai

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama peti sejuk terbaik Toshiba ini menawarkan anda fungsi Ag+ Bio Deodorizer yang akan memastikan udara di dalam peti sejuk sentiasa bersih dan pembiakan bakteria akan terhalang. 

Ciri-ciri:

Dengan saiz W545 x D623 x H1545 dengan kapasiti 252L ini anda boleh menyimpan barang makanan yang sesuai untuk isi rumah 3-4 orang. 

Makanan dan bahan mentah seperti ayam, ikan dan daging yang disimpan akan kekal segar untuk tempoh yang lebih lama dan terhindar dari pembiakan bakteria. 

Peti sejuk 2 tingkat ini juga mempunyai ruang penyimpanan pada bahagian pintu yang boleh diubah suai mengikut keperluan. 

Paling terbaik, ini merupakan peti sejuk 5 bintang, jadi tenaga dan bil elektrik rumah anda dapat dijimatkan.

Review:

"Peti ais cantik dan sesuai untuk family kecil atau yang baru berkahwin. Kiub ais cepat jadi beku. Just nice untuk small family 3-4 orang."

Peti sejuk mesra alam
Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge
Samsung
Terbaik untuk menjimatkan penggunaan elektrik
mulai
RM1,089.00
Semak Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu LED yang terang
add_circle Rak mudah ditarik keluar
add_circle Sayur tak cepat layu
add_circle 10 tahun jaminan
add_circle Frost- free
remove_circle Hanya 3 star energy saving
remove_circle Harga mahal

Peti sejuk inverter Samsung berkapasiti 220L ini pula mempunyai rak besar pada bahagian pintu untuk memudahkan anda menyimpan botol sos, susu, jus atau telur. 

Direka dengan teknologi Digital Inverter, peti ais ini akan menjimatkan penggunaan elektrik dan tenaga di kediaman pengguna.

Jadi, tiada lagi masalah bil elektrik melambung, malah alam sekitar juga terjaga kerana compressor peti lebih tahan lama.  

Dilengkapi juga dengan Deodorizing Filter yang diperbuat dari bahan karbon aktif yang akan bertindak untuk membasmi bau busuk.

Ciri tersebut juga akan menyegarkan peti sejuk bersaiz W60 x D55cm x H130 ini dan memastikan rasa makanan yang disimpan juga tidak terjejas. 

Menarik lagi, untuk anda yang gemar menikmati ais krim, pembelian peti ais ini berbaloi kerana mempunyai ruang khas yang boleh menyimpan beberapa tab ais krim.

Peti sejuk 600 liter
Toshiba 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (661L)
Toshiba
mulai
RM2,999.00
Semak Toshiba 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (661L) harga dibawah:
add_circle Kapasiti 661L
add_circle Ciri Inverter menjimatkan tenaga
add_circle Tempered glass tidak mudah pecah
remove_circle Harga mahal

Jumlah ahli keluarga ramai dan anda memerlukan peti sejuk yang mempunyai ruangan besar untuk menyimpan pelbagai makanan?

Jadi, peti sejuk Toshiba bersaiz W739x D803 x H1848 ini merupakan pilihan terbaik untuk yang inginkan peti sejuk ruangan besar. 

Dengan kapasti 661L, peti sejuk inverter ini sesuai dan cukup untuk menyimpan makanan isi rumah berjumlah 6-7 orang.

Bukan itu saja, dilengkapi beberapa ciri antaranya mempunyai kompresor inverter yang menjimatkan tenaga elektrik dengan baik.

Selain itu, turut mempunyai teknologi nyahbau dengan menggunakan Ag+ BIO Deodorizer bagi memastikan makanan anda tidak mudah berbau busuk dan kekalkan rasa kualiti makanan tersebut.

Menarik lagi, peti ais ini juga dilengkapi dengan teknologi LED HYBRID Deodorizer yang akan mengekalkan kesegaran makanan supaya tidak mudah rosak. 

Peti ais inverter murah
Sharp J-Tech Inverter Fridge
Sharp
mulai
RM899.00
Semak Sharp J-Tech Inverter Fridge harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Peti ais 2 pintu
add_circle Menapis bau busuk
add_circle Mempunyai tempat letak telur
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Peti sejuk inverter 2 pintu bersaiz W535 x D595 x H1275 daripada Sharp ini mempunyai rak yang diperbuat daripada kaca tahan lasak.

Selain itu, turut dilengkapi dengan teknologi Ag+ Nano Deodoriser bagi memastikan makanan seperti sayur, buah, tempe, ikan dan susu dalam peti ais tidak cepat rosak. 

Peti sejuk dengan saiz kapasiti 170L ini mungkin lebih sesuai untuk anda yang baru sahaja berumah tangga atau mempunyai anak yang kecil. 

Teknologi J-Tech Inverter pada peti ais ini pula boleh menjimatkan tenaga sehingga 77% berbanding inverter jenis biasa. 

Menarik lagi, penggunaan lampu LED di dalam peti ais inverter ini membolehkan anda mencari barang dengan mudah dan jelas.

Peti sejuk ini juga mempunyai teknologi menapis bau busuk makanan dan mengawal bauan campuran makanan yang disimpan supaya rasa kualiti makanan tidak terjejas.

Peti ais 2 pintu inverter
Haier 290L Inverter 2-Door Series Refrigerator
Haier
mulai
RM1,279.00
Semak Haier 290L Inverter 2-Door Series Refrigerator harga dibawah:
add_circle Material steel tahan lasak
add_circle Menjimatkan penggunaan elektrik
add_circle Kawal suhu secara digital
remove_circle Tak boleh simpan banyak makanan

Peti sejuk inverter bersaiz W550 x D600 x H1670 ini sudah tentu memberi penjimatan elektrik yang berganda seperti peti sejuk dari Haier ini. 

Menggunakan motor DC Inverter dimana bijak memanipulasi suhu walaupun pintu peti sejuk banyak kali dibuka dan tutup. 

Anda boleh menetap kawalan suhu di dalam peti sejuk secara digital dan bukan seperti peti sejuk konvensional yang lain masih menggunakan kawalan secara manual. 

Bagi sistem pembekuan pula, ruang sejuk-beku bebas dari frost atau frost-free yang memberikan rasa dan tekstur makanan lebih tahan lama. 

Peti sejuk ini juga mempunyai kawalan lembapan agar makanan yang disimpan tidak mudah rosak dan mampu menyahbau kurang enak. 

Selain itu, peti sejuk mesra alam ini mempunyai waranti selama 12 tahun untuk kompresor sahaja.

Bahagian badan peti sejuk ini diperbuat daripada 100% material jenis steel yang dijamin tahan lasak dan tidak mudah berkarat. 

Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan saiz kapasiti peti sejuk yang sesuai untuk kegunaan dapur harian.

Peti ais 4 pintu terbaik inverter
Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1
Hisense
Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1
mulai
RM1,999.00
Semak Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1 harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kaki depan boleh laras
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Paparan sentuhan elektronik
add_circle Ruang laci peti sejuk mudah dibuka
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Perlukan ruang yang besar untuk letak peti

Untuk anda yang mahukan peti ais jimat elektrik yang besar, boleh dapatkan peti sejuk 4 pintu Hisense yang direka mengikut konsep dapur moden ini. 

Menariknya, peti ais ini menggunakan lampu LED yang cerah dan memudahkan anda cari makanan yang tersorok ke bahagian dalam peti sejuk walaupun lampu dapur tidak dibuka.

Anda juga dapat mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh lama kerana udara sejuk diedarkan secara sama rata ke semua sudut peti dan setiap tingkat rak. 

Dengan saiz W643x D794 x H1816 dan kapasiti 520L, anda boleh menyimpan pelbagai makanan untuk isi rumah 5-6 orang.

Turut mempunyai Cool Fresh Box yang membolehkan anda melaraskan suhu ruang tersebut dari 0°C hingga 3°C. 

Ciri ini akan membolehkan pengguna tukar suhu mengikut jenis makanan yang ingin disimpan dan untuk memastikan suhu sejuk tidak menjejaskan makanan di dalam peti sejuk.

Peti ais inverter jimat elektrik
Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L)
Hitachi
Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L) R-H275P7M
mulai
RM1,149.00
Semak Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L) harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Rekaan moden
add_circle Suhu ruang laci boleh dilaras ikut keperluan
add_circle Tahan sejuk selama 12 jam ketika bekalan elektrik putus
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga besar

Ini juga antara peti sejuk inverter yang jimat elektrik iaitu dari Haier model R-H275P7M yang mempunyai saiz W540 x D650 x H1585. 

Peti sejuk ini terbukti mampu menyejukkan ruangan peti dengan kadar voltan serendah 130v dan mampu mengekalkan kesejukan sehingga 12 jam walaupun tiada tenaga elektrik.

Ini antara ciri-ciri terbaik untuk anda memilih peti sejuk yang mengurangkan kos bil elektrik. 

Fungsi Dual Sensing Control pula bijak menangani dua suhu berbeza untuk ruang sejuk beku dan biasa.

Sistem sebegini bukan sahaja menjaga sistem sejuk peti malah kesegaran makanan terutamanya.

Harga yang ditawarkan cukup puas hati dengan reka bentuk yang menarik serta isi padu ruangan simpanan yang teratur.

Malah, lengkap dengan alas rak jenis tempered glass dimana mudah untuk dibersihkan dan buatkan peti ais anda nampak kemas.

Paling bagus, peti ais ini juga mampu menampung berat mangkuk atau periuk sehingga 100kg jadi anda boleh simpan periuk nasi besar dengan mudah. 

Peti ais besar
Sharp J-Tech Inverter Refrigerator 780L Hikaru SJF889WGM
Sharp
Sharp J-Tech Inverter Refrigerator 780L Hikaru SJF889WGM
mulai
RM12,999.00
Semak Sharp J-Tech Inverter Refrigerator 780L Hikaru SJF889WGM harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal dengan sentuhan
add_circle Mempunyai pembuat ais auto
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Cepat sejuk
add_circle Jimat tenaga
remove_circle Harga terlalu mahal

Jika anda ada bajet lebih, apa salahnya berbelanja besar untuk dapatkan peti ais inverter yang besar dan canggih dari Sharp dengan kapasiti 780L ini. 

Peti ais bersaiz besar W908 x D796 x W1850 ini mempunyai 9 rak penyimpanan multifungsi di mana anda boleh tukar saiz ruang compartment mengikut keperluan. 

Menariknya lagi, peti sejuk ini juga dilengkapi dengan teknologi mewah iaitu water dispenser yang tersembunyi. Sangat canggih!

Water dispenser ini akan membolehkan anda minum air sejuk dengan mudah dan ada penutup sensor yang akan memastikan air anda kekal bersih.

Kalau anda sukakan ciri touch screen, boleh dapatkan peti ais inverter ini kerana ciri Touch Control Panel yang disediakan membolehkan anda kawal suhu dengan mudah.

Turut mempunyai ruang khas untuk Multi Temperature di mana anda boleh tukar suhu ruang untuk sejuk bekukan makanan atau penyejukan biasa mengikut keperluan.

Peti ais 2 pintu inverter side by side
Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L) / LUSSO SBS 500DG
Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L)  LUSSO SBS 500DG
mulai
RM2,099.00
Semak Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L) / LUSSO SBS 500DG harga dibawah:
add_circle Menjimatkan elektrik
add_circle Mesra alam
add_circle Menjana bunyi yang lebih rendah
remove_circle Tiada rak penyimpanan botol

Peti sejuk dengan dua pintu ini boleh didapati dalam warna kelabu gelap yang sangat menawan. 

Turut mempunyai bahagian peti sejuk berkapasiti 247L dan bahagian peti sejuk beku berkapasiti 178L yang membolehkan anda menyimpan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak.

Peti sejuk ini diperbuat daripada logam dan mempunyai kelas iklim T membolehkannya tahan lama serta nampak kemas.

Saiznya W836 x D610 x H1712 membolehkan anda meletakkannya di dapur tanpa menggunakan ruang yang banyak.

Ciri tambahan lain termasuk multi air flow, frost free, twist ice tray, lampu LED dan Touch Panel Control. 

Mempunyai pemanas dalaman yang sangat canggih dan menggunakan gas penyejuk R600a.

Peti sejuk inverter jimat elektrik
Midea 400L Inverter Quattro 2 Door Refrigerator - MDRT489MTB46-MY
Midea 400L Inverter Quattro 2 Door Refrigerator - MDRT489MTB46-MY
mulai
RM1,199.00
Semak Midea 400L Inverter Quattro 2 Door Refrigerator - MDRT489MTB46-MY harga dibawah:
add_circle Kapasiti 400L
add_circle Sistem Auto Defrost
add_circle Tempoh jaminan 12 bulan
add_circle Ciri kawalan kelembapan
add_circle Beroperasi lebih senyap
remove_circle Rekaan kurang menarik

Saiz peti sejuk Midea W610x D545 x H1522 ini cukup sesuai untuk keluarga besar isi rumah 4-5 orang atau jika anda gemar menjamu tetamu.

Dengan kapasiti 400L, anda boleh simpan yogurt, buah-buahan, sayuran dan pelbagai jenis minuman termasuk susu dan air berkarbonat. 

Midea 400L Inverter Quattro 2 pintu ini merupakan peti ais dua tingkat yang lengkap dengan pelbagai rak penyimpanan untuk produk sejuk beku dan makanan mentah. 

Direka dengan built-in smart sensor untuk mengekalkan suhu sejuk optimum agar makanan segar untuk tempoh lebih lama, sayur dan buah juga tidak cepat layu atau rosak.

Yang penting, peti ais ini juga mempunyai compressor inverter yang jimat tenaga jadi anda boleh pastikan penggunaan elektrik anda di tahap yang baik.

Peti ais inverter 5 bintang
LG Refrigerator (360L) Inverter Door Cooling+ Smart Diagnosis™ 2-Door
LG Refrigerator (360L) Inverter Door Cooling+ Smart Diagnosis™ 2-Door
mulai
RM2,049.00
Semak LG Refrigerator (360L) Inverter Door Cooling+ Smart Diagnosis™ 2-Door harga dibawah:
add_circle Cepat sejuk & jimat elektrik
add_circle Kapasiti 360L
add_circle 5 star rating
add_circle Mempunyai ice maker
remove_circle Harga mahal

Tarikan utama pada peti sejuk LG ini ialah pada 3 pilihan warnanya yang menarik iaitu, merah jambu, hijau pudina dan kuning air yang lain daripada lain. 

Jadi, anda boleh pilih mana-mana yang sesuai dengan rekaan dan tema dapur anda untuk kekalkan nilai dekorasi.

Dengan saiz kapasiti 360L, anda boleh menyimpan barang makanan untuk isi rumah 4-5 orang.

Selain itu, peti sejuk dua pintu berdimensi W710 x D600 x H1720 ini juga mempunyai teknologi Door Cooling di mana akan membuatkan suhu dalam peti sejuk sama rata tidak kira di sudut mana pun. 

Menarik lagi, peti sejuk ini juga 35% sejuk lebih cepat berbanding peti ais yang menggunakan sistem penyejukan konvensional. 

Pengguna juga akan mendapat tempoh 10 tahun untuk bahagian compressor dengan pembelian peti ais ini, jadi tidak perlu risau tentang sebarang kerosakan.

Peti ais Panasonic inverter
Panasonic 262L 2 Door ECONAVI Inverter Refrigerator
Panasonic
Panasonic 262L 2 Door ECONAVI Inverter Refrigerator
mulai
RM1,843.00
Semak Panasonic 262L 2 Door ECONAVI Inverter Refrigerator harga dibawah:
add_circle Memastikan makanan kekal bersih
add_circle Reka bentuk moden & minimalist
add_circle Memastikan sayur-sayuran kekal segar
remove_circle Dua pilihan warna sahaja

Peti ais dari jenama Panasonic ini mempunyai kapasiti dalaman sebanyak 262L, menawarkan ruang yang mencukupi untuk menyimpan barang basah anda dan memastikan ia kekal segar.

Selain mempunyai reka bentuk yang moden dan minimalist, peti ais ini juga menggabungkan teknologi canggih bagi memastikan penggunaan kuasa yang cekap.

Dilengkapi dengan teknologi AI ECONAVI dan motor jenis inverter, peti sejuk ini mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan bil api bulanan anda.

Sementara itu, ciri Ag Clean memastikan keseluruhan bahagian dalamannya kekal bersih, manakala Blue Ag melindungi makanan anda daripada bakteria dalam kompartmen peti sejuk. Selain itu, bekas sayur Fresh Safe memastikan sayur-sayuran anda kekal segar, dan Tanto Tray menyediakan penyimpanan yang ideal untuk buah-buahan, botol, dan item bulat lain. 

Peti ais ini beroperasi pada voltan 220-240V dan frekuensi 50Hz, dengan penarafan tenaga 5 bintang dan penggunaan tenaga tahunan sebanyak 336 kWh, memastikan kecekapan tenaga yang terbaik.

Peti sejuk 3 pintu inverter
Mitsubishi Fridge Inverter Bottom Freezer 3 Doors
Mitsubishi
Mitsubishi Fridge Inverter MR-CGX46 MR-CGX41 MR-CGX56 Bottom Freezer 3 Doors
mulai
RM2,400.00
Semak Mitsubishi Fridge Inverter Bottom Freezer 3 Doors harga dibawah:
add_circle Ruang penyimpanan yang banyak
add_circle Pembuat ais automatik
add_circle Ciri antibakteria
remove_circle Harga sedikit mahal

Mitsubishi Fridge Inverter Bottom Freezer 3 Doors ini memang sesuai buat anda yang mempunyai keluarga besar dan mementingkan gaya moden.

Tersedia dalam kemasan elegan Glass Brilliant Black dan Glass Antique Brown, peti sejuk ini bukan sahaja menambah sentuhan mewah pada dapur anda tetapi juga menawarkan fungsi yang luar biasa. 

Teknologi Neuro Inverter memastikan kecekapan tenaga yang optimum, manakala pembuat ais automatik menyediakan bekalan ais berterusan. 

Selain itu, Supercool Chilling Case dan Slide Chilled Case mengekalkan makanan anda pada suhu yang sempurna, dan reka bentuk freezer di rak bawah menawarkan akses mudah kepada barangan beku. 

Sementara itu, pencahayaan LED yang terang menerangi bahagian dalam, memudahkan pencarian barangan. 

Rak dan poket yang boleh dilaraskan membolehkan penyimpanan yang mudah disesuaikan, dan ruang sayuran bebas yang dilengkapi dengan Vitamin Factory menggunakan gelombang cahaya LED memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran anda kekal segar lebih lama. 

Tambahan lagi, Deodorizer dan lapisan makanan anti-bakteria memastikan persekitaran yang bersih untuk makanan anda. 

Dengan jaminan am selama 2 tahun dan jaminan kompresor selama 10 tahun dari Mitsubishi Malaysia, peti ais ini adalah pilihan terbaik untuk dapur anda.

Peti sejuk digital inverter
Samsung Digital Inverter Refrigerator 315L
Samsung
Samsung Digital Inverter Refrigerator 315L (1)
mulai
RM2,399.00
Semak Samsung Digital Inverter Refrigerator 315L harga dibawah:
add_circle Jenis digital inverter
add_circle Jaminan sehingga 24 bulan
add_circle Ruang simpanan besar
remove_circle Stok terhad

Samsung Digital Inverter Refrigerator ini mempunyai kapasiti 315L, menawarkan ruang penyimpanan yang luas untuk semua barang basah anda. 

Teknologi Digital Inverter memastikan prestasi yang tahan lama, penggunaan tenaga yang cekap, dan bunyi yang minimum, menjadikannya sempurna untuk mana-mana rumah. 

Selain itu, teknologi inovatif SpaceMax™ memaksimumkan penyimpanan dalaman tanpa meningkatkan dimensi luaran, manakala sistem All-Around Cooling memastikan penyejukan yang sekata dalam peti sejuk. 

Anda juga boleh nikmati penyejukan pantas dengan ciri Power Cool, dan mudah mencari barangan dengan pencahayaan LED. 

Sementara itu, peti ais ini mempunyai reka bentuk yang bergaya dan moden, digabungkan dengan penarafan penjimatan tenaga 4 bintang, memastikan anda jimat bil bulanan elektrik.

Dilengkapi dengan jaminan kompresor 20 tahun dan jaminan am 2 tahun, anda boleh menggunakan peti ais ini tanpa risau. 


Apakah Kebaikan Menggunakan Peti Sejuk Non-Inverter?

Walaupun tidak menjimatkan tenaga, peti sejuk non-inverter selalunya dijual dengan harga lebih murah berbanding peti sejuk jenis inverter.

Ini menjadikan ia pilihan yang lebih ekonomi bagi mereka yang mempunyai bajet yang terhad.

Selain itu, reka bentuk peti sejuk non-inverter yang lebih sederhana bermaksud ia biasanya lebih mudah untuk diselenggara dan dibaiki.

Alat ganti untuk peti sejuk non-inverter juga mungkin lebih mudah didapati dan lebih murah.

Tambahan lagi, peti sejuk non-inverter mengekalkan suhu yang konsisten apabila dihidupkan kerana kompresor berfungsi pada kelajuan tetap.

Oleh kerana peti sejuk non-inverter mempunyai komponen yang lebih sedikit dan lebih mudah, ia mungkin lebih tahan lama dan kurang berisiko mengalami kerosakan yang rumit.

Walaupun peti ais non-inverter mempunyai kelebihan tertentu, anda juga perlu mempertimbangkan kekurangannya seperti penggunaan tenaga yang lebih tinggi dan bunyi operasi yang mungkin lebih kuat.


 Apa Perbezaan Peti Ais Inverter Vs Non-Inverter?

Rasanya masih ramai yang keliru perbezaan antara peti sejuk non-inverter dan jenis inverter

  • Peti Sejuk Inverter 

Peti ais inverter ialah peti sejuk yang direka dengan teknologi yang boleh mengurangkan penggunaan elektrik. 

Ini kerana compressor peti sejuk inverter mampu memastikan suhu terbaik di dalam peti tanpa menggunakan tenaga yang banyak. 

Oleh itu, compressor peti sejuk jenis ini lebih tahan lama berbanding model non-inverter. Ia juga mampu menyejukkan ruang penyimpanan peti hingga tahap maksima. 

Peti sejuk inverter juga beroperasi dalam keadaan lebih senyap berbanding jenis non-inverter

Untuk lebih mudah faham, peti sejuk inverter ialah peti ais jimat elektrik. 

  • Peti Sejuk Non Inverter 

Peti sejuk non-inverter pula merupakan peti ais yang masih menggunakan teknologi penyejukan yang lama di mana jika peti ini kerap dibuka atau ditutup, bahagian compressor peti boleh cepat rosak kerana ia terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan ruang dalam. 

Bil elektrik juga akan melambung dengan peti ais jenis ini kerana ia tidak jimat elektrik. 

Apa-apa pun, ini tidak bermakna peti sejuk non-inverter tidak bagus langsung, cuma penggunaan elektriknya lebih tinggi berbanding peti sejuk inverter

Nak lebih faham, boleh dengarkan penjelasan ringkas dari video di bawah. 


Apa Itu Peti Ais Inverter? 

Mesti anda nak tahu apa maksud peti sejuk inverter kan? Peti ais inverter ialah sebuah peti sejuk yang menggunakan sistem inverter di mana ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga voltan. 

Ini kerana compressor inverter sentiasa beroperasi dalam kadar optimum bagi menyesuaikan dan mengekalkan suhu peti sejuk yang konsisten sepanjang masa. 

Hasilnya, makanan yang disimpan segar untuk tempoh yang lebih lama dan tidak terdedah kepada pembekuan melampau. 


Bagaimana Fungsi Inverter Pada Peti Ais? 

Teknologi inverter pada peti ais adalah untuk menjimatkan penggunaan tenaga peti sejuk dan bil elektrik bulanan anda juga dapat dikurangkan. 

Dengan teknologi inverter, jentera pemampat boleh mengawal kelajuan pemampatan mengikut suhu yang dikehendaki. .

Apabila suhu dalam peti ais mencapai tahap yang diingini, pemampat akan mengurangkan kelajuan atau berhenti seketika. 

Inverter juga membantu mengurangkan bunyi dan getaran yang dihasilkan oleh jentera pemampat. 

Dengan menjaga suhu dalaman secara konsisten dan mengurangkan tekanan yang ditanggung oleh jentera pemampat, inverter membantu meningkatkan jangka hayat peti ais.


Tanda Compressor Peti Sejuk Rosak

Tentu kita risau bila barang perkakas rumah yang kita beli dengan harga yang mahal tiba-tiba rosak.

Tapi lagi teruk kalau perkakas tersebut dah rosak tanpa kita sedar sebab kita tak tahu tanda-tanda yang menunjukkan perkakas tu sudah rosak.

Jom lihat beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kompresor peti sejuk anda mungkin rosak:

Ada Bunyi Pelik

Jika peti sejuk anda mengeluarkan bunyi yang luar dari kebiasaan seperti bunyi ketukan, dengungan kuat, atau bunyi klik berulang, ini mungkin tanda bahawa kompresor sedang mengalami masalah.

Peti Sejuk Tidak Sejuk

Jika suhu dalam peti sejuk tidak lagi sejuk seperti biasa atau makanan di dalamnya tidak disimpan pada suhu yang sesuai, kompresor mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Kompresor Tidak Berfungsi

Jika anda tidak mendengar bunyi kompresor berfungsi (bunyi biasa dari belakang peti sejuk), ini mungkin tanda kompresor telah berhenti berfungsi.

Peti Sejuk Kerap Hidup dan Mati

Jika peti sejuk kerap hidup dan mati dengan sendiri, ini mungkin tanda bahawa kompresor mengalami masalah.

Kompresor Terlalu Panas

Jika kompresor terasa terlalu panas apabila disentuh, ini mungkin tanda bahawa ia sedang bekerja terlalu keras atau mengalami kerosakan.

Penggunaan Tenaga Meningkat

Jika anda mendapati bil elektrik meningkat secara mendadak tanpa perubahan penggunaan tenaga lain di rumah, ini mungkin kerana kompresor yang rosak sedang bekerja lebih keras daripada biasa.

Itulah antara beberapa tanda yang menunjukkan peti ais inverter anda sedang mengalami kerosakan.

Anda boleh segera hubungi technician atau claim warranty sekiranya masih dalam tempoh jaminan.


Artikel Berkaitan

End of Article