Bagi mereka yang menekankan kedutan pada pakaian pasti ingin memiliki seterika baju terbaik untuk memudahkan kerja-kerja menggosok.
Bukan apa, kalau kedutan baju tebal dan sukar untuk hilangkan, pasti memakan masa yang lama untuk menggosok baju.
Dengan ciri steam iron terbaik dimana selesa dipegang, tidak terlalu berat, mudah menghilangkan kedutan secara tidak langsung memudahkan proses menggosok baju.
Jadi jom kita lihat senarai jenama seterika terbaik yang anda wajib beli.
Senarai 8 Seterika Terbaik
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
“Seterika Philips GC3820/26 merupakan seterika rumah yang kompak dan mempunyai pelbagai ciri canggih serta moden.”
Ciri-ciri;
Teknologi yang digunakan membuatkan masa menggosok lebih pantas kerana mempunyai kuasa 2500w dan pengeluaran steam secara berterusan.
Fungsi ini membantu gosokan secara mendalam dan anda hanya perlu menggosok pada satu bahagian baju sahaja.
Manakala bahagian tapak seterika yang direka bersama Teknologi OptimalTEMP yang cukup canggih menjadikan seterika ini cukup bijak.
Bijak kerana seterika ini boleh mengawal suhu panas yang diperlukan oleh fabrik dan seterika tidak akan menyebabkan fabrik terbakar.
Dilengkapi juga rangsangan wap 45g/min sehingga 180g untuk membasmi kedutan yang degil tidak kira apa jenis fabrik yang digosok.
Menariknya lagi, ciri keselamatan seterika ini sangat bagus kerana seterika akan automatik terpadam sendiri jika ditinggalkan.
Jangan risau, tiada masalah bocor pada lubang steam dan fungsi calc-clean untuk tapak seterika sentiasa bersih dan licin.
Review;
“Brand Philips memang best untuk steam iron tanpa adjust power. Kain nipis atau tebal terus jadi licin bila gosok. Terbaik!”

Sedia untuk balik kampung atau travel tapi lebih suka guna seterika sendiri?
Seterika travel terbaru Tefal sangat sesuai kerana kecil, ringan dan sangat mudah digunakan.
Lengkap dengan tangki air (70ml) dan daya kuasa seterika 1300w bagi memastikan hembusan wap dapat menghilangkan kedutan pada pakaian secara efisien.
Anda tak perlu guna papan seterika pun, cuma gantung baju dan sedia untuk menggosok hanya dalam masa 15 saat untuk memanas.
Rekaan yang ergonomik dapat mengelakkan tangan dari terkena wap panas seterika.

Philips Easy Touch merupakan seterika berdiri terbaik yang mempunyai ciri steam iron dengan pilihan 3 pemanasan wap.
Malah terdapat menggantung pakaian, jadi ini memudahkan proses menggosok apa jua potongan pakaian.
Seterika ini sangat sesuai untuk pakaian yang dijahit manik atau labuci.
Fungsi iron mat pada seterika ini pula memastikan pakaian tidak bergerak dan kekal tegap.
Kuasa 1800w dan penerusan wap air 35g/min sungguh berkuasa untuk menghilangkan kedutan.
Kapasiti tangki air 1.4 liter yang besar dan boleh ditanggalkan sangat menyenangkan pengguna.
Jika anda ingin seterika berdiri yang tahan lama, rekaan eksklusif dan berbaloi. Philips Easy Touch jawapannya.

Kecil dan mudah digunakan, seterika Panasonic ini diyakini tidak merosakkan pakaian.
Ini kerana memiliki ciri tapak seterika yang non-stick bukan sahaja mengelakkan risiko hangus.
Malah, merupakan antara tapak seterika yang tahan lasak dan sangat solid bila menghayun seterika pada permukaan fabrik.
Suhu panas juga sekata dengan cepat dan anda tidak perlu menunggu lama.
Selain itu saiz yang kecil, menjadikan mudah dibawa kemana sahaja dan simpan di ruangan yang sempit.
Kalau anda suka seterika nostalgia yang berat dulu-dulu, seterika ini sangat serupa!

Model seterika Tefal, FV2831 cukup canggih dan moden dengan pelbagai fungsi tambahan yang menarik.
Dengan menggunakan kuasa 2400w dan pemampatan 210g boost wap seterika supaya dapat menghilangkan kedutan dengan mudah.
Anda boleh pilih dari 5 pilihan kuasa wap mengikut jenis fabrik yang ingin digosok.
Malah wap air panas itu diyakini mampu membasmi 99.99% bakteria, virus serta kuman pada pakaian.
Ditambah pula saiz tapak seterika yang lebar dan material seramik soleplate lagi melancarkan aktiviti menggosok pakaian anda.

Steam iron tradisional yang terbaik dari Philips ini dilengkapi tapak non-stick soleplate.
Bahagian tapak yang memberi peluncuran menggosok yang licin, tidak merosakkan fabrik dan mudah dibersihkan.
Tidak cukup dengan sistem mengewap, seterika ini turut beri pilihan semburan air pada pengguna.
Suhu pemanas boleh dilaras mengikut kehendak atau kesesuaian fabrik baju yang digosok.
Begitu juga dengan fungsi steam boost untuk menghilangkan kedutan degil.

Memang mudah guna seterika tanpa wayar Panasonic ini kerana anda boleh menggosok baju tanpa had atau terganggu dengan wayar.
Malah tapak seterika jenis non-stick juga tidak akan menyebabkan berlaku baju hangus atau gosokan tersekat-sekat.
Kuasa 1000w pun sudah memadai untuk gosokan minimal pakaian harian anda.
Jangan risau, walaupun seterika ini tanpa wayar tapi Panasonic tetap sediakan wayar jika anda ingin bertukar citarasa.
Anda boleh melaras dari 3 suhu pemanasan dan seterika sedia digunakan dengan arahan lampu seterika disisi.

Model seterika Dessini DS-332 antara steam iron terbaik dengan pelbagai fungsi menarik.
Kuasa 2600w membolehkan seterika ini panas dalam hanya masa 15 saat. Jadi anda boleh menggosok pakaian tanpa tunggu lama.
Malah, ciri-ciri wap airnya pula dilengkapi tangki pengisian air yang cukup kemas dan disertakan juga cup sukatan untuk kuantiti air seterika.
Anda boleh memilih untuk menggosok menggunakan teknik wap atau semburan.
Menariknya lagi, lubang wap air seterika ini direka secara menegak supaya seterika ini dapat digunakan untuk pakaian yang digantung.
Tapak seterika yang licin dan tahan lasak, memudahkan anda untuk menggosok apa jua fabrik dengan selamat.
Selain itu, mempunyai ciri-ciri keselamatan iaitu pemadaman automatik wap sekiranya kuantiti air sedikit, kebocoran elektrik dan perlindungan dari kepanasan melampau.
Cara Memilih Seterika
Cara pilih seterika sebenarnya bergantung pada citarasa dan penggunaan setiap individu.
Tapi, kebiasaanya seterika dipilih dari;
- Kuasa watt
Seterika yang mempunyai kuasa watt yang tinggi sering dikaitkan dengan pemanasan yang kuat dan pantas.
Jadi pilih seterika dengan watt 1000w hingga 2500w keatas untuk menghilangkan kedutan dengan mudah.
- Rekaan
Sebaiknya pilih seterika yang selesa dipegang (ergonomik), ringan dan mudah dibawa atau disimpan.
- Perlu fungsi wap atau tidak
Bergantung pada penggunaan anda, mungkin anda lebih selesa menggunakan seterika biasa atau lebih suka dengan seterika mempunyai wap.
- Kendalian pemanasan suhu
Terdapat seterika yang mempunyai pemanasan suhu automatik seperti beberapa koleksi Philips.
Jika tidak, pilih seterika yang mempunyai pilihan suhu supaya anda boleh mengawal kehendak haba yang sesuai untuk fabrik pakaian anda.
- Tapak seterika
Pilih tapak seterika dengan label ‘non-stick’.