Perkakas Rumah

10 Mangkuk Tingkat Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Panas)

Setiap rumah pasti ada mangkuk tingkat untuk mudah bawa makanan ke mana saja. Bagi yang belum ada, jom pilih pelbagai jenis mangkuk tingkat viral ini.


Editor · 12 Aug 2022, 4:36pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Mangkuk Tingkat Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Panas)

Mangkuk tingkat menjadi penanda aras warisan klasik dan sering digunakan orang dahulu untuk menyimpan makanan untuk dibawa keluar.

Sehingga kini masih lagi ada yang menggunakan mangkuk tingkat untuk dibawa bekal atau bungkus makanan untuk saudara.

Kandungan

Jadi bagi mereka yang mencari mangkuk tingkat viral atau tiffin untuk isi pelbagai jenis lauk, jom lihat mangkuk tingkat yang kami senaraikan ini.


Senarai 10 Mangkuk Tingkat Viral

Elianware 4 Layer Tier Microwaveable Square Tiffin
Mangkuk tingkat terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Elianware 4 Layer Tier Microwaveable Square Tiffin
Partnership with
Dari RM14.90
Mudah dibawa
Pelbagai pilihan warna
Makanan cepat sejuk
2 lagi
Selamat digunaka
Tiada bahan BPA

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Walaupun diperbuat daripada bahan PP yang boleh menyebabkan juadah makan tengah hari anda jadi cepat sejuk, tapi bekas makanan bertingkat ini mampu tahan haba. 

Ciri-ciri;

Boleh dimasukkan ke dalam microwave untuk panaskan makanan tapi bahagian penutupnya perlu dibuka ketika dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. 

Lagipula, produk Elianware ini tidak toksik jadi pelbagai jenis nasi, lauk dan buah-buahan boleh anda masukkan ke dalam bekas ini.

Terdapat 4 tingkat dan memang sesuai dibawa bersama untuk pergi berkelah di tepi pantai dengan keluarga. 

Review;

‘Sangat membantu kalau nak tapau makanan. Pergi jalan-jalan ke mana-mana sekali pun boleh letak juadah. Bekas juga boleh disusun bertindan. Harga pun murah,’

Famsy Laura Series Tiffin Carrier
Mangkuk tingkat stainless steel 2 daripada 10
Famsy Laura Series Tiffin Carrier
Partnership with
Dari RM59
Tahan lama
Mudah dibersihkan
Tidak boleh dipanaskan dalam microwave
2 lagi
Penutup kalis air, tak mudah tumpah
Selamat digunakan untuk letak makanan

Untuk suami atau anak yang nak beri hadiah pada isteri atau ibu, apa kata kali ini beri mangkuk tingkat Famsy ini kepada mereka.

Coraknya sangat klasik dan comel, memang sesuai sangat hadiahkan mereka mangkuk tingkat ini.

Produk ini direka dengan corak bunga-bungaan di bahagian luar dan paling menarik, boleh customize untuk tulis nama orang tersayang pada mangkuk tingkat ini. 

Terdapat pelbagai saiz dan warna yang boleh dipilih dan bahagian penutup tahan haba, jadi makanan tak cepat sejuk.

Zebra Smart Lock Food Carrier (14cm X 3)
Mangkuk tingkat Zebra 3 daripada 10
Zebra Smart Lock Food Carrier (14cm X 3)
Partnership with
Dari RM139
Tahan lama
Senang dicuci
Harga mahal
2 lagi
Ada pemegang & mudah dibawa
Diperbuat dari stainless steel

Produk Zebra ini menjadi pilihan ramai kerana setiap lapisan mangkuk tingkat dilengkapi dengan penutup getah kedap udara.

Ciri ini supaya dapat mengekalkan makanan terutamanya yang berkuah tidak tertumpah. 

Malah terdapat silikon pada penutup tersebut bagi memastikan udara boleh dibebaskan apabila penutup plastik itu menjadi terlalu ketat.

Bahagian penutup mangkuk di bahagian atas sekali mempunyai ruang ekstra untuk mudahkan anda simpan sudu di dalamnya. 

Bekas makanan 3 tingkat bersaiz 14cm x 17cm x 28cm ini memang sesuai untuk anda yang sering bawa bekal ke tempat kerja.

Tupperware Tiffin Delight Set with Cariolier
Mangkuk tingkat Tupperware 4 daripada 10
Tupperware Tiffin Delight Set with Cariolier
Partnership with Tupperware
Dari RM49.90
Bebas BPA
Terdapat pemegang
Makanan mungkin cepat sejuk
1 lagi
Boleh disusun bertindan

Mangkuk tingkat viral jenama Tupperware ini sesuai dimiliki oleh kaum ibu yang gemar berkelah atau menyertai potluck. 

Terdapat warna merah jambu dan merah, memang boleh dijadikan sebagai hadiah untuk kaum wanita.

Pelbagai jenis lauk dan makanan boleh diletakkan dalam bekas ini antaranya ayam goreng, bihun dan kuih kerana saiznya besar. 

Nak simpan biskut dan keropok pun tiada masalah sebab mempunyai ciri kedap udara.

Horse Food Carrier Stainless Steel Tiffin
Mangkuk tingkat murah 5 daripada 10
Horse Food Carrier Stainless Steel Tiffin
Partnership with
Dari RM32
Diperbuat dari stainless steel
Boleh muat pelbagai jenis lauk
1 lagi
Mudah dibawa

Dengan adanya bekas makanan murah jenama Horse ini, anda boleh bertukar-tukar juadah berbuka puasa dan raya dengan jiran tanpa masalah. 

Terdapat pelbagai saiz mangkuk tingkat yang boleh dipilih, antaranya yang 2 tingkat, 3 tingkat hinggalah 5 tingkat. 

Yang penting, tak mudah berkarat dan harganya juga masih mampu milik.

Aurasia Enamel Tiffin Carrier
Mangkuk tingkat enamel 6 daripada 10
Aurasia Enamel Tiffin Carrier
Partnership with
Dari RM44.90
Boleh kurangkan penggunaan plastik
Sesuai juga untuk hiasan rumah
Saiz kecil
2 lagi
Boleh letak dalam pengukus
Tidak mudah berkecai

Untuk anda yang suka bawa bekal, memang patut miliki mangkuk tingkat viral yang berwarna-warni ini. 

Terdapat 3 pilihan mangkuk tingkat Aurasia uiaitu bekas makanan 2 tingkat bersaiz 12 cm, 3 tingkat (14 cm) dan 4 tingkat (14cm). 

Diperbuat daripada logam tebal yang telah disalut dengan enamel dan bebas bahan BPA, memang selamat untuk isi makanan. 

Masakan panas pun boleh disimpan dalam bekas ini kerana enamelnya boleh menahan suhu rendah dan tinggi termasuk jika dibekukan.

Mangkuk Tingkat Cap Buaya
Mangkuk tingkat Kelantan 7 daripada 10
Mangkuk Tingkat Cap Buaya
Partnership with
Dari RM77
Harga berpatutan
Mudah dibawa ke mana saja
Rekaan klasik
2 lagi
Diperbuat dari keluli
Tahan lasak

Tak perlu lagi susah payah ke Kelantan semata-mata nak dapatkan mangkuk tingkat Cap Buaya original Thailand sebab boleh beli sahaja di Shopee. 

Terdapat 2 pilihan saiz untuk anda pilih iaitu 14 cm dan 16 cm. 

Memang muat kalau nak isi seberapa banyak lauk pauk yang nak dibawa ketika berkelah atau berkunjung ke rumah mertua. 

Yang penting, mangkuk tingkat tiffin ini tahan karat dan tidak mudah kemek.

Mangkuk Tingkat Colourful Viral Bowl
Mangkuk tingkat viral 8 daripada 10
Mangkuk Tingkat Colourful Viral Bowl
Partnership with
Dari RM42.30
Disalut enamel
3 pilihan saiz (2/3/4 tingkat)
1 lagi
Rekaan comel berwarna warni

Untuk anda yang gemar berkongsi juadah makan tengah hari dengan keluarga besar, memang digalakkan untuk beli mangkuk tingkat viral ini. 

Kebersihan dan keselamatan lauk pauk juga akan terjamin sebab ia tidak akan bercampur dengan toksik dari beg plastik yang selalu digunakan untuk tapau makanan.  

Terdapat 2 jenis mangkuk tingkat yang ditawarkan iaitu jenis klasik (penutup atas sahaja) dan jenis bowl (ada penutup di setiap tingkat). 

Lion Star Plastic Food Carrier
Mangkuk tingkat plastik 9 daripada 10
Lion Star Plastic Food Carrier
Partnership with
Dari RM10.90
Selamat digunakan
Bebas bahan BPA
Makanan mungkin cepat sejuk
2 lagi
Mudah dibawa ke mana-mana
Corak bunga-bungaan retro

Mangkuk tingkat warna putih minimalis yang diimport dari Indonesia ini sesuai untuk anda yang gemarkan bekas makanan yang ringan. 

Ini kerana diperbuat daripada plastik dan terdapat penutup, jadi tiada masalah untuk bawa bekal ke tempat kerja, sekolah atau pot luck. 

Sangat senang untuk dibersihkan dan tahan lama. Terdapat tiga pilihan saiz mangkuk tingkat tersedia untuk anda iaitu 2 tingkat, 3 tingkat dan 4 tingkat. 

Kedalaman setiap mangkuk ialah 60mm, jadi sesuai juga untuk makanan berkuah seperti sup atau kari.

Figaro Stainless Steel Lunch Box
Mangkuk tingkat tahan panas 10 daripada 10
Figaro Stainless Steel Lunch Box
Partnership with
Dari RM28.90
Boleh masuk dalam microwave
Tidak mengandungi BPA
Harga agak mahal
3 lagi
Mudah dibawa & kedap udara
3 pilihan warna, merah, hijau & biru
2 pilihan, 2 tingkat & 3 tingkat

Kurang berselera kalau makan bekal yang dah sejuk ketika waktu rehat tengah hari di pejabat? 

Jangan risau, mangkuk tingkat ini ia mampu mengekalkan makanan dalam keadaan hangat untuk tempoh sekitar 1.5 jam hingga 3 jam. 

Ini kerana bahagian luarnya diperbuat dari bahan PP manakala bahagian dalam mangkuk pula jenis stainless steel 304. 

Makanan boleh dipanaskan semula hanya dengan menggunakan air panas. 

Lagi best, penutupnya jenis anti tumpah walaupun diterbalikkan. 


Adakah Mangkuk Tingkat Boleh Mengekalkan Haba Makanan? 

Tak semua jenis mangkuk tingkat boleh mengekalkan haba makanan kerana bergantung kepada jenis material yang digunakan untuk menghasilkan mangkuk tingkat tersebut. 

Tapi, jangan risau sebab ada sesetengah jenama mangkuk tingkat tersedia dengan beg penebat haba yang membantu mengekalkan kepanasan makanan untuk jangka masa yang lama. 

Ada juga mangkuk tingkat yang tahan haba dalam microwave, jadi bekal boleh dipanaskan semula. 

Kesimpulannya, bergantung pada material mangkuk tingkat dan anda boleh lihat video di bawah asal-usul mangkutk tingkat.


Cara Pilih Lunch Box

Terdapat pelbagai jenis bekas makanan di pasaran. 

Jika tempat kerja anda tidak mempunyai microwave, sebaiknya beli bekas makanan yang boleh kekalkan haba supaya makanan boleh dinikmati ketika panas. 

Boleh pilih sama ada beli bekas jenis biasa atau mangkuk tingkat. Bekas makanan biasa sesuai untuk yang tak bawa banyak lauk. 

Manakala mangkuk tingkat pula sesuai untuk yang gemar bawa pelbagai makanan dalam kuantiti yang banyak setiap hari. 

Pastikan anda pilih bekas makanan yang ada pemegang dan mudah dibawa terutamanya jika anda menaiki pengangkutan awam seperti LRT atau MRT untuk bergerak ke mana-mana.  


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation