Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Masa Untuk Menyapu Rumah? 9 Robot Vacuum Cleaner Yang Mampu Mengubah Cara Hidup Anda

Biarkan robot yang bersihkan rumah anda

Rumah yang bersih adalah cermin kepada peribadi penghuninya, tetapi kami faham tidak semua orang enjoy membersihkan rumah. Dengan memiliki robot vacuum cleaner, anda tidak perlu lagi bersusah payah menyapu, vacuum mahupun mengemop sendiri. Sesuai dengan tahun baru 2021 yang akan muncul tidak lama lagi, telah tiba masanya untuk robot mengambil alih tugas-tugas itu. 

Apa itu robot vacuum cleaner?

Robot vacuum cleaner adalah pembersih hampagas yang berfungsi secara robotik, dalam ertikata lain, tanpa memerlukan tenaga manusia. Ia berfungsi secara automatik dan mampu membersihkan lantai dan permaidani dengan menyapu dan menyedut habuk serta rambut halus yang sukar dilakukan secara tradisional. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi mengemop. Mari lihat senarai terbaik di pasaran untuk anda pertimbangkan.

9 Robot Vacuum Cleaner Yang Bersedia Membantu Anda

Semak Xiaomi Smart Robot Vacuum Cleaner 1C Floor Sweeping Droid MOP harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal menggunakan app
add_circle Masa bekerja 80-90 minit
add_circle Bekas habuk berkapasiti 600ml
remove_circle Berat 3.6kg
remove_circle Harga premium

Anda tercari-cari robot vacuum cleaner yang mampu memberikan sedutan yang kuat? Robot ini lah yang anda perlukan. Dengan kuasa sedutan 2500Pa dan kuasa bateri 2400mAh, katakan selamat tinggal pada rambut juga habuk di lantai dan permaidani rumah anda. Selain vakum, ia juga mempunyai fungsi mengemop dengan keupayaan tangki air berkapasiti 200ml. Anda tidak perlu recharge secara manual kerana model ini boleh melakukannya secara automatik apabila bateri di paras 15%. 

Robot ini boleh dikawal menggunakan app, disertai dengan kemampuan untuk mapping bilik-bilik di rumah anda. Anda juga boleh mengarahkan robot ini bertugas ketika anda sedang travel atau di luar rumah. Sesuai untuk kediaman yang mementingkan gaya dan teknologi!

Semak Ninja 3 IN 1 Sweep/Mopping/Suction Robot Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Berat 565g
add_circle Bekas habuk berkapasiti 400ml
remove_circle Rambut panjang mungkin tersekat di berus jadi rambut perlu dibersihkan dari berus secara manual selepas digunakan.
remove_circle Masa bekerja 60 minit

Bagi anda yang ada budget tertentu, robot vacuum cleaner ini adalah jawapannya. Berkuasa sedutan 1200Pa dan mampu bertahan dengan kuasa bateri 1200mAh, ia memberi pulangan bersesuaian dengan harganya. Usah risau jika rumah anda bertingkat kerana robot ini mempunyai pengesan jurang untuk mengelakkan ia dari terjatuh dari tangga. Dengan sistem pengecasan USB, ia boleh memacu ke bermacam-macam arah dan akan mengelak halangan secara automatik. Selain itu, ia juga boleh pergi pada sudut mati seperti di bawah sofa, kabinet dan katil. Penapis hampagas automatik memastikan debu kekal di dalam bekasnya sekaligus menjadikan udara bersih. Sesuai untuk lantai rata seperti marmar, jubin dan kayu, sama ada di rumah atau pejabat.

Robot vacuum cleaner mid-range
Morgan
Semak Morgan MRV-VAC 1 harga dibawah:
add_circle Sedutan vacuum 360 darjah
add_circle Anti-falling
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Jaminan 1 tahun
remove_circle Masa mengecas lama, 4 jam
remove_circle Produk berat, 4.6kg

Bagi anda yang tidak mementingkan fungsi teknologi pengecasan secara automatik, robot vacuum cleaner ini boleh anda pertimbangkan. Dengan kuasa bateri 1500mAh, ia menyokong fungsi mop selain fungsi membersih asas yang lain. Masa mengecas untuk model ini adalah 4 jam. Bekas habuknya pula mudah dibersih dan dibasuh. Berketinggian 7cm, robot ini sesuai untuk kebanyakan jenis lantai termasuk kayu, jubin, permaidani pendek, batu, linoleum dan lain-lain. Robot ini dilengkapi dengan teknologi anti jatuh, sesuai untuk rumah bertingkat. Pengecasan adalah secara manual dengan adapter pengecas. Berus-berus di dua sisinya menjamin pembersihan yang lebih luas untuk kepuasan hati anda. Dengan reka bentuk anti penggulungan, tugas-tugas robot ini tidak akan diganggu oleh rambut!

Robot vacuum cleaner murah
Semak Vcob Robot Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Masa bekerja 100 minit
remove_circle Tiada teknologi anti hentaman dan anti jatuh

Dengan kuasa sedutan 1800Pa dan kuasa bateri 1200mAh, robot vacuum cleaner harga mampu milik ini berupaya melaksanakan tugas-tugas asas seperti menyedut rambut, debu dan habuk di bawah sofa dan tempat-tempat yang sukar dicapai. Dengan mod pengecasan USB dan bateri built-in berkapasiti besar, robot ini mempunyai hayat bateri yang panjang. Ketinggiannya yang hanya 6.5cm, memudahkan ia melintasi bahagian bawah perabot dan katil sekaligus menjadikan kediaman anda lebih selesa selepas kawasan-kawasan yang sukar dimasuki tersebut dibersihkan. Masa mengecasnya pula adalah sekitar 150 minit sahaja. Dari segi bunyi, robot ini bertugas di paras kurang dari 40dB, membolehkan anda bekerja dan tidur dengan aman.

Robot vacuum cleaner murah
Semak CANEL&CO Robot Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Untuk harga mampu milik, bekas habuk berkapasiti 400ml adalah berbaloi
remove_circle Tiada fungsi recharge secara automatik
remove_circle Agak bising dengan tahap bunyi sehingga 70dB

Dengan kuasa bateri 1200mA, robot vacuum cleaner ini mampu untuk melaksanakan tugasnya dengan baik. Datang dengan mod pengecas USB, robot ini memacu secara automatik ketika membersihkan lantai dan mengubah haluan secara automatik apabila bertembung dengan dinding atau halangan-halangan lain. Luas kawasan pembersihan adalah sekitar 200. Bergerak secara fleksibel, robot ini dilengkapi dengan bekas habuk yang agak besar bagi kelasnya iaitu 400ml. Bekas habuknya terletak di bawah mesin. Masa mengecas bagi robot ini adalah diantara dua hingga tiga jam. Hanya tekan suis 'ON', penyapu akan memasuki mod kerja dan lampu akan menyala. Tekan suis sekali lagi untuk mematikan penyapuan. Sesuai untuk anda yang simple dan tidak cerewet.

Robot vacuum cleaner untuk bulu kucing
Semak JM Robotic Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Masa bekerja 100 minit
add_circle Bekas habuk berkapasiti 400ml
add_circle Berat 600g

Berteknologi navigasi pintar, anti hentaman serta berfungsi mengemop selain fungsi asas lain iaitu menyapu dan menyedut, robot vacuum cleaner ini berkuasa sedutan 1800Pa dengan bekalan kuasa bateri 1200mAh. Kekuatan sedutannya mampu meninggalkan lantai yang bersih, memberikan prestasi penyerapan air mop yang baik, sekaligus menjadikan tugas mengemop lebih cekap. Robot ini mampu menukar arah secara automatik ketika berhadapan dengan rintangan. Ia mempunyai pengesan tebing anti jatuh yang secara automatik akan mengesan jurang dan menjauhkannya dari memacu ke arah tangga. Robot ini memacu secara automatik di sekitar rumah untuk menyedut habuk, debu dan rambut. Sesuai untuk anda yang mempunyai binatang peliharaan berbulu seperti kucing.

Robot vacuum cleaner kuat sedutan
Xiaomi
Semak Xiaomi Gen3 Robot Vacuum (Roborock S6) harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal menggunakan app
add_circle Masa bekerja yang lama iaitu 180 minit
add_circle Recharge secara automatik
remove_circle Untuk harga premium, bekas habuk hanya berkapasiti 460ml

Datang dengan teknologi multi-level mapping, robot vacuum cleaner berkuasa sedutan 2000Pa serta bekalan kuasa bateri 5200mAh ini menawarkan fungsi-fungsi yang seimbal dengan harganya. Robot ini dilengkapi dengan bekas air elektronik berkapasiti 300ml. Ia mampu mengelak objek yang berketinggian antara 3cm-8cm dengan lebar minimum 5cm. Robot dengan berat 3.7kg ini boleh menjalankan tugas-tugasnya di lantai berpermaidani, jubin seramik, marmar, simen dan kayu.

Menerusi skrin Roborock app, anda boleh melihat ikon-ikon yang menandakan halangan semasa robot anda menjalankan tugasnya. Anda juga boleh mengawal tugas-tugas robot anda dengan fungsi 'No-Go Zones', 'No-Go Lines' dan 'No-Mop Zones'. Sesuai untuk kediaman yang bertingkat dan luas.

Robot vacuum cleaner untuk kediaman bertingkat
Ecovacs
Semak Ecovacs Ozmo950 Robot Vacuum Cleaner Smart Navi 3.0 harga dibawah:
add_circle Boleh dikawal menggunakan app
add_circle Masa bekerja yang lama iaitu 200 minit
add_circle Recharge secara automatik
add_circle Teknologi anti jatuh dan anti hentaman
remove_circle Untuk harga premium, bekas habuk hanya berkapasiti 430ml

Berkuasa sedutan 1500Pa dengan bekalan kuasa bateri 5200mAh, robot vacuum cleaner ini mempunyai jangka hayat bateri yang lama. Dengan teknologi navigasi premium, ia mampu membersihkan seluruh rumah anda dengan mendalam dan dapat mengatasi masalah pembersihan kediaman anda. 

Datang dengan teknologi multi-floor mapping, robot ini boleh mengimbas dan menyimpan pelan setiap tingkat rumah anda untuk menjalankan tugasnya. Selain tugas-tugas asas, ia juga mempunyai fungsi menyedut dan mengemop dalam masa yang sama. 

Dengan teknologi Virtual Boundary, arahkan robot ini untuk menjalankan tugasnya di kawasan yang anda kehendaki sahaja. Ia juga compatible dengan peranti rumah pintar anda yang lain. Sesuai untuk kediaman anda yang bertingkat dan luas.

Robot vacuum cleaner mampu milik
Semak USB Smart Auto Clean Robot Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Masa bekerja 90 minit
add_circle Teknologi anti jatuh dan anti hentaman
remove_circle Kuasa sedutan yang lemah

Siapa ada masa untuk menyapu, mengemop dan vakum setiap hari bukan? Berikan tugas-tugas itu kepada robot vacuum cleaner berkuasa sedutan 650Pa dengan bekalan kuasa bateri 1200mAh ini. Dengan hanya menekan butang 'Start', saksikan robot ini menyapu, mengemop dan vakum kediaman anda. Robot ini juga mempunyai pengesan tebing anti jatuh yang secara automatik akan mengesan jurang dan menjauhkannya dari tangga; teknologi yang perlu ada untuk kediaman bertingkat. 

Kerana saiznya yang kecil, produk ini berkelebihan untuk menjangkau sudut mati seperti bahagian bawah sofa, katil dan kabinet. Berfungsi di pelbagai jenis lantai seperti marmar, jubin dan kayu, robot ini adalah jawapan untuk budget terhad anda.

Artikel Berkaitan 

End of Article