Jawapan ringkas: air purifier terbaik untuk kebanyakan rumah di Malaysia ialah Daikin Air Purifier Streamer Humidifying 55 TYPE, RM420 di Lazada dan Shopee Malaysia (harga disemak 4 Oktober 2026). Ia sesuai untuk rumah yang perlukan penapisan udara menyeluruh pada harga berpatutan, tetapi saiznya agak besar untuk bilik kecil, dalam kes itu lihat Blueair Joy S (RM155) di bawah.
Sekarang penyedut udara atau pembersih udara sudah menjadi barangan rumah yang penting bagi memastikan udara yang dihirup bersih daripada zarah kotor.
Kandungan
- Senarai 18 Air Purifier Terbaik di Malaysia
- Terbaik untuk Bilik Tidur: Philips Air Purifier Series 3000i
- Philips Air Purifier Series 3000i
- Terbaik dan Paling Murah: Corvan True HEPA H13 Personal Air Purifier AP02
- Corvan True HEPA H13 Personal Air Purifier AP02
- Terbaik dengan Indikator Udara: Samu Giken Air Purifier AP900
- Samu Giken Air Purifier AP900
- Terbaik untuk Bulu Kucing: Coway Air Purifier Storm
- Coway Air Purifier Storm
- Terbaik Mudah Alih: Sharp Plasma Cluster Air Purifier
- Sharp Plasma Cluster Air Purifier
- Termurah Kos Bulanan: Cuckoo air purifier
- Cuckoo air purifier
- Terbaik dengan Child Lock: LG PuriCare™ 360º Air Purifier
- LG PuriCare™ 360º Air Purifier
- Terbaik untuk Asap Rokok: Atmosphere Sky Air Filter Amway
- Atmosphere Sky Air Filter Amway
- Terbaik untuk Habuk: Xiaomi EraClean Air purifier
- Xiaomi EraClean Air purifier
- Terbaik Lawan Virus: Sterra Breeze™ Air Purifier
- Sterra Breeze™ Air Purifier
- Terbaik Hilangkan Bau: SK Magic Air Purifier TWIN
- SK Magic Air Purifier TWIN
- Terbaik untuk Bayi: Dyson Purifier Cool™ Air Purifier Fan
- Dyson Purifier Cool™ Air Purifier Fan
- Terbaik CADR Tertinggi: Philips 1000i Series Air Purifier
- Philips 1000i Series Air Purifier
- Terbaik untuk Ruang Kecil: Blueair Joy S Air Purifier
- Blueair Joy S Air Purifier
- Terbaik untuk Ruang Besar: Xiaomi Smart Mi Air Purifier
- Xiaomi Smart Mi Air Purifier
- Terbaik dengan Lampu UV: PerySmith Air Purifier AURORA Series H13
- PerySmith Air Purifier AURORA Series H13
- Terbaik Secara Keseluruhan: Daikin Air Purifier
- Daikin Air Purifier
- Terbaik untuk Alergi: Panasonic NanoeX Air Purifier
- Panasonic NanoeX Air Purifier
- Kebaikan Dan Keburukan Air Purifier
- Apa Fungsi Penapis Udara?
- Apa Perbezaan Air Purifier & Humidifier?
- Tempat Terbaik Untuk Letak Air Purifier
- Patutkah Anda Tidur Dengan Air Purifier Terbuka?
- Cara Kami Pilih 18 Air Purifier Ini
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
Lebih-lebih lagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang merokok, mempunyai bayi atau anak kecil dan kediaman berdekatan dengan jalan raya dan kawasan pengilangan.
Penapis udara terbaik memang wajib ada tapi untuk memilih pembersih udara terbaik bukan mudah sebab terdapat banyak produk di pasaran.
Lagi pening bila tengok review air purifier terbaik, sebab kalau boleh semuanya digambarkan sebagai terbaik, tapi kita pun perlukan lihat bajet sebelum membeli.
Jadi kami senaraikan jenama dan harga air purifier terbaik yang sesuai untuk membersihkan udara di rumah dengan cepat dan berkesan.
Daikin Air PurifierRM420Lazada
Dyson Purifier Cool™ Air Purifier FanRM3,099Lazada
Philips 1000i Series Air PurifierRM719Lazada
Blueair Joy S Air PurifierRM155Lazada
Xiaomi Smart Mi Air PurifierRM954.90Lazada
PerySmith Air Purifier AURORA Series H13RM311.25Lazada
Panasonic NanoeX Air PurifierRM2,535.60Lazada
SK Magic Air Purifier TWINRM4,800Lazada
Sterra Breeze™ Air PurifierRM1,099Lazada
Xiaomi EraClean Air purifierRM99Lazada
Atmosphere Sky Air Filter AmwayRM4,890Lazada
LG PuriCare™ 360º Air PurifierRM900Lazada
Cuckoo air purifierRM450Shopee
Sharp Plasma Cluster Air PurifierRM499Lazada
Coway Air Purifier StormRM1,000Shopee
Samu Giken Air Purifier AP900RM298.90Lazada
Corvan True HEPA H13 Personal Air Purifier AP02RM366Lazada
Philips Air Purifier Series 3000iRM1,469Lazada
Senarai 18 Air Purifier Terbaik di Malaysia
Terbaik untuk Bilik Tidur: Philips Air Purifier Series 3000i
2 lagi
Philips Air Purifier 3000i series ini sangat pantas untuk membersihkan udara dengan clean air delivery rate (CADR) sepantas 520 m³/h untuk ruangan sebesar 135m².
Walaupun anda perlu menukar penapis sendiri tapi bukan setiap bulan perlu diselenggara sebaliknya selepas 3 tahun menggunakannya.
Ciri lain lagi, mampu untuk menapis udara sehingga 99.9% allergan, aerosol dan virus terutamanya virus covid 19.
Menariknya lagi, penapis udara Philips ini anda boleh kawal menggunakan suara saja asalkan mempunyai sambungan WiFi di rumah.
Jangan risau, aplikasi untuk mengawal penapis udara ini sesuai untuk pengguna Android dan juga iPhone.
Apa yang penting, penapis udara ini mempunyai jaminan sehingga 2 tahun tidak kira dimana anda berada.
Terbaik dan Paling Murah: Corvan True HEPA H13 Personal Air Purifier AP02
2 lagi
Bagi mereka yang nak cari air purifier untuk kereta, pejabat, kafe atau bilik kecil, boleh dapatkan air purifier Corvan.
Dilengkapi HEPA H13 gred perubatan dan 5 peringkat penapis iaitu mesh logam, pra-penapis, penapis hepa, penapis karbon aktif dan penjana ion negatif.
Penapis udara ini boleh mengesan pencemaran udara secara automatik dan menyesuaikan kelajuan kipas mengikut kualiti udara semasa.
Malah, anda boleh memantau kualiti udara melalui lampu penunjuknya dan boleh menghilangkan bau busuk, zarah halus serta asap berbahaya.
Model air purifier nampak premium dan saiznya yang kecil sesuai diletakkan dalam kereta, sekaligus boleh dicas dari powerbank atau input usb lain.
Nikmati udara bersih dan segar di mana sahaja anda berada!
Terbaik dengan Indikator Udara: Samu Giken Air Purifier AP900
3 lagi
Air purifier jenama Samu Giken ini dilengkapi dengan penapis HEPA H13 yang premium setaraf hospital.
Ia boleh menyingkirkan sehingga 99.97% zarah-zarah kecil termasuk virus COVID-19, jerebu, kotoran halus, bulu haiwan, kulat, dan juga asap rokok yang berbahaya.
Bukan itu sahaja, air purifier ini juga menggunakan teknologi cahaya UV dan activated carbon deodorization filter yang boleh menghapus bau tidak menyenangkan.
Alat perangkap habuk dalam rumah yang boleh hasilkan ion negatif untuk mengurangkan simptom kemurungan dan menggalakkan aktiviti antimikrob.
Turut dilengkapi sensor PM2.5, jadi pengguna sentiasa tahu kualiti udara di rumah melalui lampu indikator warna.
Untuk keselesaan, ada 3 kelajuan kipas (rendah, sederhana, tinggi), timer sehingga 12 jam dan peringatan untuk menggantikan filter selepas 3000 jam penggunaan.
Sesuai untuk keluasan 35㎡ -50㎡ dan remote control pun boleh mengawal penapis dari jarak 6 meter.
Terbaik untuk Bulu Kucing: Coway Air Purifier Storm
3 lagi
Jika anda mempunyai kucing di rumah atau menghadapi masalah bau busuk dan asap rokok, Coway Air Purifier adalah pilihan yang sesuai.
Penapis udara ini mempunyai kuasa sedutan yang lebih kuat, mengesan habuk di udara, dan meningkatkan peredaran udara dalam ruangan hingga 6 meter.
Terdapat juga mod jerebu yang membantu mengatasi masalah udara tercemar dan paparan LED yang menunjukkan tahap habuk di udara serta mempunyai aliran udara pelbagai arah.
Dengan penggunaan yang senyap dan teknologi Double HEPA Filter, Coway Air Purifier boleh menghilangkan bau yang tidak diingini, dan mengurangkan bulu haiwan peliharaan yang berterbangan.
Ini menjadikan aliran udara lebih bersih dan segar serta mengurangkan sakit kepala. Ia juga baik untuk mereka yang mengalami asma dan resdung.
Anak-anak tidak lagi bersin di pagi hari!
Terbaik Mudah Alih: Sharp Plasma Cluster Air Purifier
2 lagi
Dengan keluasan liputan 23m², Sharp air purifier mampu mengeluarkan virus, alergen, bau, dan elektrik statik dari udara.
Penapis udara ketumpatan tinggi sebanyak 7000, penyedutan udara yang kuat dan boleh mengumpul habuk dan partikel lain dengan cepat dan cekap, menjadikan udara lebih bersih dan segar.
Turut dilengkapi ciri ion Plasmacluster berketumpatan tinggi pada 16m² dan kuasa siap sedia rendah pada 0.6W yang membantu menjimatkan tenaga.
Dengan voltan/frekuensi 220-240V, 50/60Hz, ia beroperasi dengan input kuasa maksimum 50W dan minimum 13W tanpa melembapkan.
Selain itu, mempunyai aliran udara maksimum 180m³/jam untuk penapisan tanpa melembapkan serta penapis HEPA untuk pengumpulan habuk dan pra-penapis.
Dengan ukuran saiz (431 x 411 x 211mm) dan berat bersih 4.0kg, penapis ini mudah dipasang di mana-mana dalam rumah anda.
Termurah Kos Bulanan: Cuckoo air purifier
2 lagi
Air purifier CUCKOO C Model dilengkapi dengan sistem penapisan udara 4 peringkat yang terdiri daripada Pre-Filter, Harmful Gas Relax Filter, Deodorisation Filter, dan True HEPA H14 Filter.
Ini bermakna ia mampu menghilangkan habuk, bau yang tidak diingini, dan bakteria dari udara.
Selain itu, CUCKOO C Model juga mempunyai 10 mod termasuk mod auto, mod bayi, mod kunci, mod ulang, mod turbo, mod pensterilan, mod penjagaan bilik dan banyak lagi.
Tambahan lagi, dilengkapi sensor habuk halus, penunjuk kebersihan udara dan panduan suara yang membantu pengguna dalam penggunaan sehari-hari.
Dalam aspek penjimatan tenaga, air purifier ini hanya menggunakan 33 W dan luas kawasan disyorkan 37.4 m2.
Sangat mudah digunakan dan paling penting tiada lagi bau busuk di dalam bilik!
Terbaik dengan Child Lock: LG PuriCare™ 360º Air Purifier
2 lagi
Penapis udara jenama LG ini mampu menyediakan kebersihan udara yang optimum dalam kawasan seluas 61.2 meter persegi dengan penggunaan kuasa serendah 48 W.
Bukan hanya menjimatkan tenaga, tetapi juga memberikan keselesaan dengan bunyi rendah pada 51 dB.
Paling penting, penapis ini dilengkapi dengan pelbagai jenis penapisan, termasuk penapis HEPA H13 untuk habuk besar dan alergen, serta penapis Deodorisasi yang menghilangkan bau asap dan bau rumah yang tidak menyenangkan.
Selain itu, terdapat pelbagai ciri pintar seperti Clean Booster, ionizer, penunjuk kebersihan dengan 4 warna, dan penapisan udara 360 darjah.
Ciri tambahan lain termasuk sistem Child Lock dan kawalan yang mudah melalui sentuhan atau menggunakan kawalan jauh.
Terbaik untuk Asap Rokok: Atmosphere Sky Air Filter Amway
2 lagi
Atmosphere SKY penapis udara yang mampu menghilangkan sehingga 99.99% zarah termasuk virus dan kulat.
Dilengkapi sistem penapisan tiga peringkat antaranya:
- Pre-Filter: menangkap gentian dan rambut yang besar dan bawaan udara
- HEPA Filter: menghapuskan zarah-zarah kecil seperi alergen, bakteria, dan virus
- Carbon Filter: mengurangkan bahan berbahaya dan bau tidak enak daripada merokok, memasak dan haiwan peliharaan.
Penapis udara jenama Amway ini juga menjimatkan tenaga dan boleh membersihkan ruang sehingga 465 kaki persegi dengan cekap dan mudah dikawal dengan ciri-ciri seperti skrin sentuh, mod malam, dan mod turbo.
Selain itu, ia juga boleh dihubungkan melalui Wi-Fi dan Bluetooth untuk kawalan yang lebih mudah.
Atmosphere SKY juga mempunyai pelbagai sijil keselamatan dan kualiti termasuk pengiktirafan dari Allergy UK, ECARF, AHAM, CADR - CARD, dan ENERGY STAR.
Terbaik untuk Habuk: Xiaomi EraClean Air purifier
2 lagi
Xiaomi EraClean Air Purifier mempunyai beberapa ciri menarik seperti kipas DC, sensor PM2.5 dengan paparan digital kualiti udara, penapis HEPA Toray Jepun, dan lampu UV germicidal yang mampu mematikan lebih daripada 99% bakteria serta ion negatif.
Selain itu, Xiaomi EraClean dilengkapi dengan fungsi masa dan tiga tahap kawalan, termasuk mod senyap untuk tidur, dengan operasinya yang senyap pada hanya 25dB.
Ia juga mempunyai mod pintar yang boleh memilih tahap secara automatik mengikut kualiti udara dan pemegang mudah alih.
Reka bentuk pengudaraan yang dioptimumkan dengan aliran udara 360 darjah memastikan penyerapan bahan pencemar dan pengedaran udara bersih ke setiap sudut bilik anda.
Pertukaran penapis EraClean juga sangat mudah, cukup twist dan tarik!
Terbaik Lawan Virus: Sterra Breeze™ Air Purifier
2 lagi
Jika anda mencari penapis udara yang terbaik, Sterra Breeze™ adalah jawapannya!
Ia adalah penapis udara perubatan daripada Singapura yang telah mendapat pengiktirafan sebagai penapis udara hospital-grade terbaik.
Sterra Breeze™ menggunakan teknologi UV untuk memusnahkan bakteria dan virus dalam udara, memberikan udara yang lebih segar dan bersih kepada anda dan sekeluarga.
Selain itu, penapis ini mampu menghilangkan sehingga 99.97% pencemar udara dengan penapis True HEPA-13 gred perubatan, termasuk habuk, alergen, bakteria, virus, bahan kimia berbahaya, dan bulu haiwan peliharaan.
Dengan reka bentuk aerodinamik, ia mampu membersihkan seluruh rumah anda dalam masa yang singkat, walaupun ventilasi atau aliran udara kurang baik. Anda dapat menikmati udara lebih segar dalam masa kurang dari 8 minit.
Lagipun, dengan bunyi serendah 20db, penapis udara ini boleh beroperasi sepanjang malam tanpa mengganggu tidur atau bayi anda.
Untuk mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, penapis ini juga mampu menghilangkan bulu dan meneutralkan sebarang bau busuk dengan lapisan penapis Karbon Teraktif.
Nikmati rumah yang wangi dan bersih sepanjang masa dengan Sterra Breeze!
Terbaik Hilangkan Bau: SK Magic Air Purifier TWIN
2 lagi
Antara kelebihan Twin Sk Magic berbanding dengan jenama air purifier yang lain ialah coverage areas untuk SK Magiw Twin lebih besar, 3,410 sqft.
Air purifier ini menggunakan kaedah dwi sedutan iaitu 2 motor, 2 kipas dan 4 penapis untuk memastikan udara anda kekal bersih dan sihat.
Paling penting, ada ciri ionizer yang akan mematikan atau membunuh kuman, bakteria dan virus di dalam udara rumah anda dengan cepat.
Jika rumah anda ada masalah bau kepam dalam rumah akibat baju jemuran tidak kering, anda on sahaja air purifier ini!
Air purifier ini juga boleh menyedut bulu-bulu, habuk-habuk dan debu-debu berterbangan serta membantu penurunan suhu dalam rumah anda.
Selain ada panel skrin sentuh dan lampu LED indikator, air purifier ini juga dilengkapi dengan fungsi Haze Mode bagi memastikan bilik, ruang tamu anda sentiasa bebas dari ancaman jerebu.
Terbaik untuk Bayi: Dyson Purifier Cool™ Air Purifier Fan
1 lagi
Penapis udara Dyson TP07 mampu memerangkap habuk, allergen dan virus sebanyak 99.95% bersamaan PM0.1 partikel.
Tidak seperti penapis udara yang lain, Dyson TP07 menggunakan teknologi Air Multiplier dimana udara kotor diruangan seluas 81 m² dapat disedut.
Sekaligus udara bersih dapat dikeluarkan di seluruh ruangan supaya semua ahli keluarga dapat menghirup udara yang segar.
Penapis udara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bayi kerana dapat memastikan kesihatan dalam keadaan baik.
Lagipun, penapis udara ini juga beroperasi secara senyap jadi tidur bayi tidak akan terganggu.
Setanding dengan harga penapis udara ini mempunyai 9 sensor mengawasi kesegaran udara secara menyeluruh.
Anda juga boleh mengawal sistem menerusi aplikasi Dyson Link hanya di telefon pintar anda sahaja.
Terbaik CADR Tertinggi: Philips 1000i Series Air Purifier
1 lagi
Penapis udara keluaran Philips mampu membersihkan udara kurang dari 11 minit dengan clean air delivery rate (CADR) sepantas 270 m³/h.
Selain itu, mempunyai HEPA filter dan active carbon filter dimana mampu membasmi 99.9% virus dan aerosol di udara.
Menariknya lagi, penapis udara ini menggunakan smart sensor dimana dapat mengesan aras PM2.5 pencemaran udara.
Malah, mempunyai 5 tahap kelajuan yang berbeza serta dapat meningkatkan kelajuan penapis udara untuk menangani pencemaran secara auto mode.
Jangan risau, mempunyai ciri keselamatan child lock supaya dapat mengelakkan anak daripada menereka atau menukar butang sistem di air purifier ini.
Terbaik untuk Ruang Kecil: Blueair Joy S Air Purifier
1 lagi
Blueair Joy S Air Purifier ini merupakan produk yang sama dengan yang sebelum iaitu Blueair Joy S with Particle + Carbon Filter (with Dark Shadow Prefilter).
Apa yang membezakannya, model kali menggunakan jenis penapisan HEPA yang mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-bau.
Direka untuk keluasan bilik sebesar 16 m² jadi anda boleh letakkan dimana sahaja supaya udara disekeliling anda sentiasa bersih.
Penapis udara Blueair Joy S bukan sahaj beroperasi senyap dan jimat elektrik, tapi mudah dikawal dengan hanya dengan satu butang sahaja.
Menariknya lagi, anda tidak perlu risau untuk menukar penapis kerana penyenggaraannya hanya perlu memusingkan bahagian kepala dan tukar penapis.
Terbaik untuk Ruang Besar: Xiaomi Smart Mi Air Purifier
1 lagi
Hanya dengan 15 minit anda akan dapat menghirup udara segar dari keluasan ruangan 40m².
Penapis udara ini juga beroperasi secara ultra senyap dengan bunyi sekuat 31dB jadi tidur anda tidak terganggu.
Selain itu, ciri Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro mempunyai 3 dalam 1 penapis.
Jenis penapis ini dapat membersihkan udara dari molekul tidak baik untuk badan sekaligus dapat menghasilkan udara yang bersih untuk anda.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang sering mengalami alaham kepada habuk, penapis udara ini adalah pilihan yang tepat.
Malah, anda juga boleh mengawal penapis udara menggunakan aplikasi Xiaomi Home App tapi aplikasi ini hanya boleh digunakan di negara Malaysia dan Singapura sahaja.
Terbaik dengan Lampu UV: PerySmith Air Purifier AURORA Series H13
Walaupun saiznya kecil, penapis udara dari Perry Smith ini mempunyai 4 sistem penapis iaitu;
- Pre-Filter
- Medium Filter
- Activated Carbon Deodorization Filter
- H12 0.3 Micron Hepa Filter.
Anda juga boleh memilih untuk menukar penapis H12 kepada penapis H13 yang berfungsi untuk udara yang terlalu kotor seperti asap rokok.
Kawalan yang digunakan pada badan penapis ini semuanya touchscreen dan sangat berteknologi.
Malah, terdapat juga teknologi Aurora UV Light dimana dapat membasmi kuman dan virus sebanyak 99.9 peratus.
Sistem yang digunakan adalah Symmetrical Air Flow dimana sangat efektif untuk membersihkan udara dengan seluas kawasan 40m² bersamaan dengan ruang tamu.
Jangan risau, penapis udara ini beroperasi secara ultra senyap dengan bunyi sekuat 25dB bagi memastikan tidur anda tidak terganggu.
Terbaik Secara Keseluruhan: Daikin Air Purifier
1 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Mampu mengeluarkan elektron berkelajuan tinggi untuk menguraikan molekul tidak baik untuk badan yang terperangkap pada penapis.
Ciri-ciri:
Daikin Air Purifier Streamer Humidifying 55 TYPE yang terbaru mempunyai fungsi Double Method dimana dapat membersihkan udara dengan baik.
Malah, dapat melepaskan sejumlah besar ion negatif yang aktif ke udara untuk mengurangkan bau busuk serta alergen yang terbebas.
Pada masa yang sama, ion negatif tersebut juga dapat mengurangkan virus dan bakteria dengan lebih berkesan.
Selain itu, dapat mengeluarkan elektron yang berkelajuan tinggi untuk menguraikan bakteria, virus, alergen dan bahan bahaya yang terkumpul dalam penapis udara.
Penapis terbaru dari Daikin ini menggunakan elektrostatik HEPA dimana dapat menangkap habuk halus dan bahan tercemar lain.
Manakala kuasa sedutan yang kuat dari tiap arah berbeza dapat membersih udara dalaman secara menyeluruh.
Review:
“Sangat mudah dicuci dan tidak perlu menukar penapis yang banyak lapis.”
Terbaik untuk Alergi: Panasonic NanoeX Air Purifier
1 lagi
Penapis udara jenama Panasonic ini 2 dalam 1 kerana bukan sahaja menapis dan membersihkan udara malah mempunyai fungsi sebagai mesin humidifier.
Dengan menggunakan teknologi nanoe™X mampu membasmi virus, bakteria bauan dan allergan dimana sangat bagus untuk penghidap asma.
Malah, dengan adanya teknologi ini dapat memberi hidrasi kepada kulit dan rambut dimana partikel air nanoe™X akan melekat pada sebum dan membentuk lapisan pada kulit.
Untuk pengetahuan anda, teknologi nanoe™X ialah air bersifat asid lemah yang digunakan bersama bahan reactive dan juga electric charge.
Jadi, teknologi nanoe™X akan bantu mengurangkan bau busuk, menjaga kelembapan udara serta membasmi virus dan bakteri yang mungkin berada dalam udara.
Kebaikan Dan Keburukan Air Purifier
Air purifier memang memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita.
Ia mampu menyingkirkan zarah berbahaya seperti habuk halus, debunga dan asap rokok.
Dengan udara bersih yang dihasilkan daripada mesin sedut habuk ini, masalah seperti alahan, alergik habuk, batuk dan sesak nafas juga dapat dikurangkan.
Alat ini turut menyingkirkan bau tidak menyenangkan di dalam rumah seperti bau masakan, bau haiwan peliharaan dan lain-lain.
Namun, sesetengah unit air purifier mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu ketika beroperasi dan perlu menukar penapis secara bulanan.
Apa Fungsi Penapis Udara?
Alat penapis udara berfungsi sebagai perangkap habuk dan partikel-partikel halus yang terdapat dalam udara yang kita sedut.
Kemudian mengeluarkan udara baru yang bersih. Bagi mereka yang mempunyai masalah asma atau alergik harus mendapatkan alat penapis udara.
Selain itu, alat penapis udara boleh mengurangkan jangkitan penyakit bawaan udara seperti selesema, batuk dan sebagainya.
Malah, efektif bagi individu yang mengalami masalah insomnia, berdengkur dan kerap terjaga.
Antara kebaikan lain penapis udara adalah membantu pengguna menikmati tidur yang lebih berkualiti.
Apa Perbezaan Air Purifier & Humidifier?
- Air Purifier
Sebuah alat penapis udara bekerja menyedut udara bebas kemudian menapis mengguna penapis tersendiri (filter).
Filter atau penapis didalam setiap air purifier bergantung pada teknologi sesebuah jenama pengeluar.
Cara teknologi ini berfungsi sangat mudah; menyedut udara luar, memerangkap sebarang habuk, partikel halus merbahaya dan kemudian mengeluarkan semula secara bersih.
Tapi, pengguna disarankan untuk menukar unit filter secara berkala untuk kesan yang efisen.
Air purifier tidak seperti kipas atau humidifer, ia tidak menyejukkan ruang bilik serta tidak menambah kelembapan udara.
- Air Humidifier
Air humidifier direka khas untuk menambah kelembapan bilik dan sangat sesuai digunakan ketika iklim musim sejuk atau panas kering.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kegatalan atau alergik, langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah memasang air humidifier.
Berbeza dengan air purifier, alat ini tidak menapis udara dan pengguna harus mengisi air untuk mendapatkan kelembapan udara.
Apa pun, hati-hati jika mahu menggunakan air humidifier kerana tidak begitu sesuai untuk cuaca di Malaysia.
Tempat Terbaik Untuk Letak Air Purifier
Tempat terbaik untuk meletakkan penapis udara di rumah anda bergantung kepada keperluan penggunaan air purifier dan susun atur ruang rumah anda.
Boleh pertimbangkan untuk meletakkannya:
- Di bilik tidur untuk tidur yang lebih baik dan pernafasan yang lebih bersih.
- Di ruang tamu atau kawasan umum, jika itu ruang melakukan aktiviti utama.
- Di pejabat di rumah, untuk pekerjaan yang lebih sihat.
- Di dapur, jika anda risau tentang bau masakan.
- Berdekatan dengan sumber pencemaran seperti kawasan merokok atau bilik berdebu.
Pastikan penapis udara mendapat kitaran pengudaraan yang baik dan tidak dihalang oleh perabut atau langsir.
Pilih penapis udara yang sesuai dengan jenis pencemaran yang ingin anda tapis, dan ikuti panduan pengeluar untuk penyelenggaraan yang betul.
Patutkah Anda Tidur Dengan Air Purifier Terbuka?
Tidur dengan penapis udara boleh memberi manfaat kepada mereka yang alergi, asma, atau mempunyai masalah pernafasan.
Bagaimanapun, sebelum tidur dengan penapis udara, anda perlu pertimbangkan beberapa faktor seperti bunyi, keperluan spesifik bilik, dan tahap keselesaan peribadi.
Penting untuk memilih penapis udara yang sesuai dengan keperluan anda, dan pastikan penjagaan serta pemilihan penapis dilakukan mengikut panduan pengeluar untuk keberkesanan menyeluruh.
Dapatkan nasihat dengan pakar kesihatan atau ahli kualiti udara dalaman jika tidak pasti sama ada perlu tidur dengan penapis udara dibuka sepanjang malam atau tidak.
Cara Kami Pilih 18 Air Purifier Ini
Kami menyemak harga dan ketersediaan 18 air purifier ini di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 4 Oktober 2026. Pemilihan berdasarkan empat kriteria: kadar CADR (clean air delivery rate) berbanding saiz bilik, jenis penapis (HEPA H13 ke atas diutamakan), tahap bunyi untuk kegunaan waktu malam, dan harga berbanding ciri yang ditawarkan.
Kami tidak membeli atau menguji fizikal setiap unit untuk senarai ini; ia disusun daripada spesifikasi rasmi pengeluar dan data jualan/rating di platform e-dagang yang kami semak sendiri. Apabila dua produk hampir sama baik, kami pilih yang mempunyai jaminan tempatan atau rekod jualan lebih tinggi di Malaysia sebagai pemisah (tie-break).
Soalan Lazim
Apakah air purifier yang sesuai untuk bilik tidur?
Untuk bilik tidur, pilih unit yang senyap (bawah 30dB pada mod rendah) dan bersaiz padat seperti Blueair Joy S (RM155) atau Philips Air Purifier Series 3000i (RM1,469) yang ada mod tidur khusus. Elakkan unit besar seperti Dyson atau SK Magic TWIN yang direka untuk ruang tamu, kerana bunyi kipas pada CADR tinggi boleh mengganggu tidur.
Berapa kerap tukar filter air purifier?
Kebanyakan penapis HEPA perlu ditukar setiap 6 hingga 12 bulan bergantung pada waktu penggunaan dan tahap pencemaran udara di kawasan anda. Rumah berdekatan jalan raya sibuk atau kawasan pembakaran terbuka mungkin perlu tukar lebih kerap, sekitar setiap 4 hingga 6 bulan. Semak penunjuk filter pada unit (jika ada) atau rujuk manual pengeluar untuk tempoh tepat bagi model anda.
Adakah air purifier elak jerebu?
Air purifier dengan penapis HEPA H13 ke atas boleh menangkap zarah halus PM2.5 yang terkandung dalam jerebu, tetapi ia hanya membersihkan udara DALAM bilik tempat unit diletakkan, bukan seluruh rumah. Semasa musim jerebu, tutup tingkap dan pintu, dan letakkan unit di bilik yang paling kerap digunakan untuk kesan terbaik.
Air purifier atau kipas, mana lebih baik untuk udara bersih?
Kipas hanya menggerakkan udara, ia tidak membuang habuk, asap atau alergen daripada udara itu. Air purifier pula menapis zarah halus melalui HEPA atau penapis karbon, jadi untuk udara yang lebih bersih (bukan sekadar sejuk atau beredar), air purifier adalah pilihan yang betul. Sesetengah rumah guna kedua-duanya: kipas untuk edaran udara, air purifier untuk penapisan.
Berapa saiz bilik yang sesuai untuk satu air purifier?
Setiap air purifier direka untuk liputan bilik tertentu berdasarkan kadar CADR-nya. Xiaomi Smart Mi Air Purifier (RM954.90) sesuai untuk bilik sehingga 60m², manakala Sharp Plasma Cluster Air Purifier (RM499) direka untuk bilik sekitar 23m². Untuk ruang tamu terbuka yang lebih besar, pilih unit berkuasa tinggi seperti Dyson Purifier Cool™ Air Purifier Fan (RM3,099) atau gunakan dua unit kecil di bilik berbeza.
Air purifier mana sesuai untuk penghidap alahan atau rumah ada haiwan peliharaan?
Untuk alahan dan bulu haiwan peliharaan, pilih unit dengan penapis HEPA H13 yang mampu menangkap zarah sehalus 0.3 mikron, seperti Panasonic NanoeX Air Purifier atau Coway Air Purifier Storm yang kami tandakan khusus untuk bulu kucing dan alergen. Tukar penapis lebih kerap (setiap 4 hingga 6 bulan) jika rumah anda ada haiwan peliharaan, kerana bulu dan dander cepat menyumbat penapis.
Artikel Berkaitan
- 10 Air Purifier Murah Bawah RM400 Terbaik di Malaysia 2026
- 8 Penapis Air Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)
- 14 Air Cooler Terbaik di Malaysia 2026
- 15 Aircond Inverter Terbaik di Malaysia 2026 (Jimat Elektrik)
- 15 Kipas Berdiri Terbaik di Malaysia 2026
- Coway Kini Perbaharui Identiti Jenama Sempena Ulang Tahun




