Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kipas Siling Tak Cukup? Dapatkan Aliran Udara Ekstra Dengan 10 Kipas Meja Ini

Kini anda boleh bekerja dengan nyaman

Di musim panas ini, kipas sememangnya keperluan asas yang penting. Lebih-lebih lagi bagi yang kurang mampu untuk membeli penghawa dingin. Kipas tambahan di atas meja pasti sangat membantu untuk pengudaraan ekstra di waktu musim panas

Apa itu kipas meja? 

Kipas meja adalah kipas yang boleh diletakkan di atas meja, rak atau mana-mana permukaan rata. Kelebihan kipas meja adalah fleksibilitinya di mana kipas meja bersifat mudahalih dan boleh diubah mengikut keperluan. Kipas ini boleh memberi pengudaraan di kawasan yang lebih terpencil dan agak jauh dari kipas siling. 

Biasanya kipas meja jauh lebih ringan dan kompak dari kipas kekaki (pedestal). Ayuh lihat senarai kipas meja yang terbaik di pasaran untuk kegunaan harian anda; 

10 Kipas Meja Yang Mudah Dikendali

Kipas meja kecil dan bersaiz kompak serta portable
mulai
RM43.25
Semak Portable Fans Cooling Rechargeable Fan 2 Speed harga dibawah:

Anda inginkan kipas yang kecil dan mudahalih? Kipas ini bersaiz di bawah 20cm sahaja dan boleh dicas menggunakan USB. Kelajuan angin yang secukupnya dan saiz yang kecil memudahkan untuk anda bawa kipas ini bersama semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau travelling.

Kipas meja yang dapat mendinginkan dengan serta-merta
mulai
RM46.99
Semak DCO Mini Spray Cooling Fan harga dibawah:

Cuaca di Malaysia sangat tidak menentu. Kadangkala hujan dan panas, berselang-seli. Terutamanya jika tiba di musim panas, bahang dari sinar matahari membuatkan kita mudah berpeluh walaupun duduk di dalam bilik yang berpenghawa dingin. Nah, gunakan kipas meja yang portable ini. 

Dengan sambungan kabel USB ke laptop, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja. Fungsi one-touch fog switch pada kipas ini akan mengeluarkan hawa dingin dengan isian air yang boleh diisi semula setiap 8 jam.

Kipas meja murah, setanding jenama mahal
Mastar
mulai
RM59.00
Semak Mastar Table Fan MAS-333TF(C) (12 inch) harga dibawah:

Kipas meja Mastar ini boleh didapati pada harga yang murah dan memang berbaloi kerana kualitinya tidak kurang hebat dengan kipas meja dari jenama lain. Kipas yang laju, sejuk dan mudah dibersih. Sistem operasi yang senyap, tidak akan mengganggu anda semasa sedang melakukan kerja ataupun tidur di waktu malam.

Kipas meja senyap – penggunaan tenaga yang menjimatkan
Elba
mulai
RM65.00
Semak Elba Energy Save 12 ETF-G1220 (GR) harga dibawah:

Kipas ini dilengkapi dengan sistem motor self-lubricating yang efisien dan senyap. Bersaiz 12 inci dan leher kipas yang lebih tinggi dari kipas biasa - pada harga mampu milik! Tentu sekali pilihan yang terbaik untuk poket anda.

Kipas meja dengan rekabentuk unik dan klasik
Khind
mulai
RM87.80
Semak Khind 9 inch Table Fan TF309 with 3 Speed 7 Blade (TF-309) harga dibawah:

Rekabentuk kipas dari jenama Khind ini menampilkan elemen klasik yang kelihatan seperti corak kayu. Dengan 7 bilah dan tiga kelajuan standard, kipas ini boleh dilaraskan supaya berputar ke atas dan bawah. Dengan jaminan selama setahun dan pensijilan SIRIM, anda pasti yakin dengan reputasi jenama ini.

Kipas meja dengan angin yang kuat pilihan ramai
Sharp
mulai
RM89.57
Semak Sharp 16” Table Fan PJT16 harga dibawah:

Kipas meja dari jenama Sharp ini telah menerima maklumbalas positif dari pengguna berkenaan fungsi dan kualitinya. Dengan saiz yang agak besar iaitu 16 inci, rata-rata pengguna berpuas hati kerana menghasilkan angin sangat kuat dan senyap. Kipas ini juga mempunyai penarafan cekap tenaga 5 bintang - jimatlah bil elektrik anda!

Kipas meja cekap tenaga – laraskan tahap kelajuan yang diingini
Pensonic
mulai
RM154.00
Semak Pensonic 12" Energy Saving Table Fan PF-3103B harga dibawah:

Kipas meja dari Pensonic ini mempunyai rekabentuk yang agak antik dan digabungkan dengan pilihan warna menarik. Dilengkapi 3 butang suis yang boleh diseleraskan kelajuannya agar dapat mengikut keselesaan anda. Dengan saiz 12 inci, kipas ini mempunyai rating 5 bintang untuk kecekapan tenaga.

Kipas meja dengan alat kawalan jauh dan ayunan yang fleksibel
Alpha
mulai
RM199.00
Semak Alpha Vona Table Fan 3 Blade 360 Air Circulator Fan (White) harga dibawah:

Kipas meja dari jenama Alpha ini mempunyai ayunan tapak 360 darjah dan kepala kipas pula boleh berputar sehingga 90 darjah. Dilengkapi dengan alat kawalan jauh, anda boleh merasakan aliran udara sehingga 20 meter jaraknya dari kipas. Anda boleh selaraskan kelajuan kipas ini melalui alat kawalan jauh tanpa perlu mengubahnya secara manual.

Kipas meja angin kuat dan tahan lasak
Mistral
mulai
RM288.00
Semak Mistral Table Fan Air Circulatory Mairone (MACD1001) harga dibawah:

Sekiranya anda inginkan kipas meja dengan fungsi angin yang kuat, ini ada jawapannya. Kipas meja MISTRAL ini mempunyai reputasi yang sangat baik - setimpal dengan harga yang anda bayar. Walaupun pada saiz yang agak kompak, kipas ini dikatakan lebih kuat dan senyap berbanding kipas pedestal.

Kipas meja tanpa bilah (bladeless)
mulai
RM284.90
Semak SK Bladeless Fan No Blade Electric Fan Desk Table harga dibawah:

Konsep kipas tanpa bilah menjadikan kipas ini lebih selamat untuk ibu bapa yang risaukan keselamatan anak dan pada masa mudah dibersihkan. Boleh dipasang di atas meja ataupun pada dinding - teknologi Ring Wind Speed untuk angin yang kuat dan laju.

Artikel Berkaitan

End of Article