Kini air purifier sudah menjadi barangan rumah yang wajib ada di rumah terutama yang memelihara haiwan berbulu.
Tapi pastikan pemilihan air purifier terbaik, berkualiti dan harga yang berpatutan supaya pembelian berbaloi.
Jadi kami bantu anda senaraikan penapis udara murah dan berkualiti dengan harga penapis udara bawah RM400.
Jom pilih air purifier terbaik dan murah!
Senarai 11 Air Purifier Terbaik Dan Murah
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Sistem 4 penapis udara dari Samu Giken ini memastikan udara dalam keadaan bersih bahkan menghilangkan segala bau yang tidak menyenangkan.
Ciri-ciri;
Memiliki saiz sederhana besar yang sesuai untuk diletakkan di ruang tamu atau bilik tidur.
Dilengkapi sistem penapis dengan 4 bahagian iaitu Pre-Filter, Medium Filter, Activated Carbon Deodorization Filter dan H13 Hepa Filter (Hospital Grade).
Hasil udara ternyata lebih bersih dan segar dan dibantu oleh Anion (Negative Ions) untuk mendorong mengaktifkan semula tubuh badan.
Menariknya lagi, penggunaan cahaya UV dengan gelombang 10nm - 400nm memastikan dapat membunuh bakteria, patogen dan virus sehingga 99.99% seperti virus SARS dan Covid-19.
Bersama teknologi terkini, Samu Giken menyediakan paparan sentuh dan alat kawalan jauh yang mesra pengguna.
Review;
“Harga lebih murah berbanding jenama lain, begitu juga dengan filter. Bunyi pun senyap dan paling best ada UV light.”

Anda cari air purifier kecil dan boleh dipasang pada plug terus? Jom beli Smart Anion Air Purifier ini!
Selepas ini, anda hanya pasangkan pada plug, tekan butang on dan terus bersihkan udara dengan secara berterusan sehingga plug dimatikan.
Selain bagus untuk memerangkap bau yang kurang menyenangkan, air purifier ini boleh menghilangkan asap, kuman dan bateria dengan baik.
Anda juga boleh memasangnya di tandas, ruangan dapur untuk kurangkan bau masakan, ruangan tempat orang merokok dan stor kecil anda di rumah.
Menariknya, air purifier kecil ini mempunyai teknologi cip Intelligent AI chip yang akan berhenti saring udara sekiranya udara sudah bersih jadi ini boleh menjimatkan tenaga elektrik di rumah anda.
Walaupun saiznya kecil, Smart Anion air purifier akan menyaring udara anda secara menyeluruh dengan sistem full-angle ventilation.

Levoit Core Mini Portable mempunyai 3 peringkat penapisan yang akan memerangkap asap, bau busuk dan bunuh hampir 97% zarah bawaan udara bersaiz 0.3 mikron.
Ciri ini akan bantu membersihkan udara daripada habuk, hama halus, debunga dan bulu haiwan yang ada di dalam ruangan tersebut.
Selain itu, anda boleh tambah bauan aromatik seperti essention oil pilihan ke dalam air purifier ini untuk membuat bilik anda bau lebih wangi.
Saiz ukuran ideal untuk air purifier ini adalah 178 kaki dan mempunyai teknologi VortexAir™ yang menggunakan kipas yang kuat dan sistem pembuangan yang dirancang secara khusus untuk menciptakan aliran udara berputar dalam peranti.
Paling penting, tahap kebisingan air purifier ini serendah 25dB dengan adanya teknilogi QuietKEAP™ jadi tidak akan mengganggu aktiviti harian anda ketika udara sedang ditapis.
Dengan saiz yang kecil dan ringan, sedutan dan hembusan angin untuk air purifier ini sederhana jadi anda boleh letakkannya di bahagian ruangan kecil rumah anda atau di atas meja pejabat anda.

Bagi mereka yang takut dengan udara kotor di luar, anda boleh beli penapis udara dari Clair B3S ini.
Pembersih udara ini boleh bawa ke mana saja asalkan anda caj hingga bateri penuh untuk kegunaan selama 10 jam.
Malah, bagi yang ada anak kecil anda boleh letak penapis udara ini pada tepi stroller supaya kuman, bakteria, virus boleh ditapis.
Jangan risau, penapis udara ini seberat 270g saja, sangat ringan dan boleh caj dalam kereta jika kehabisan bateri.
Walaupun murah dan ringan tapi kemampuan tapisan boleh dikatakan bagus kerana terdapat 4 lapisan tapisan.
Antaranya Pre-filter, HEPA-filter, Activated carbon filter dan Sterilizing LED lamp.
Semua ciri ini penting untuk menapis 99% partikel kotor untuk memastikan udara sekeliling anda lebih bersih dan tidak memudaratkan.

Teknologi aliran angin Smart Symmetrical dari Nikola Air Purifier ini membantu menyedut udara kotor sehingga 50m3 (538 sq ft).
Jadi sesuai untuk dipasang di ruang tamu atau bilik keluarga terutamanya mereka yang mengalami masalah resdung.
Dua penapis terbaik anti-H12 0.3 Micron HEPA filter dan anti-H13 Smoke FreeCarbon Filter berkuasa menangkis segala habuk, partikel halus, spora kulat, virus dan bermacam lagi akibat ketidakselesaan hidung.
Biarpun harga penapis udara ini cukup murah tapi model Nikola AP300 tetap menyediakan kemudahan pengguna seperti tetapan masa sehingga 12 jam.
Turut mempunyai rekaan skrin layar sentuh yang boleh anda suaikan dengan dekorasi rumah anda.
Kami amat mengesyorkan anda untuk meletakkan penapis udara ini di kawasan berkarpet, langsir tebal dan juga bilik tidur.

Kecil-kecil cili padi! Penapis udara PerrySmith Aurora H10 antara menjadi pilihan kerana mempunyai ciri mudah alih dan ringan.
Sistem penapisan pula cukup berkuasa dengan penapis HEPA anti-H13 0.3 mikron menjadi tunjang utama memastikan udara bersih tanpa sebarang habuk dan hama.
Teknologi aliran udara yang sistematik pula dapat meliputi kawasan sedutan sehingga 95.5m3/h.
Ditambah pula dengan kepelbagaian tetapan seperti butang keselamatan kanak-kanak, sleep mode, lampu tidur, peringatan penukaran penapis dan banyak lagi.
Malah penapis udara murah ini mampu menghilangkan bau busuk di dalam bilik dengan cepat dan berkesan.

Jenama Midea juga mengeluarkan penapis udara murah dan berkualiti dan model MAP-208D ini dilengkapi dengan 3 penapis khas iaitu PRE Filter, HEPA Filter dan Active Carbon Filter.
Penapis ini bertindak menapis habuk halus, bulu binatang, kuman, bau asap, alergen kulat dan bakteria influenza.
Air purifier ini juga didatangi dengan ionizer dan boleh kawal pergerakan udara sehingga 4 peringkat.
Kelebihan boleh membersih udara dengan pantas iaitu pada kadar 200/m³ sejam, menjadikan air filter ini yang terbaik untuk rumah anda yang luas.
Pengendalian mesin penapis udara ini juga mudah yang lengkap dengan paparan akses untuk sleep mode, tetapan masa sehingga 8 jam dan kelajuan putaran kipas.
Ulasan prestasi Midea MAP-208D ternyata positif, lebih-lebih lagi ini sebuah penapis udara dijual pada harga serendah RM400!

Kalau anda mencari air filter terbaik dan murah untuk bilik tidur, kami cadangkan Panasonic model PSN-FPXJ30AHM.
Penapis udara ini mempunyai teknologi khas iaitu Super Nano-Technology Deodorizing yakni boleh memerangkap partikel halus 5-20nm.
Jadi apa jua habuk, hama, bakteria, kulat mahupun virus dapat dibersihkan sekelip mata.
Bukan itu sahaja, udara bilik tidur anda terhindar dari bau kepam atau lembap.
Ditambah pula dengan 3D Circulation Airflow dibahagia kepada dua mod "Side Airflow" dan "Front Airflow".
Mod ini bagi memastikan udara setiap sudut bilik tidur disedut dengan baik.

Ciri senyap penapis udara Haier model HA-HAPA3B menjadikan air purifier ini terbaik untuk si kecil anda.
Selain dapat menapis udara kotor, air purifier ini boleh mensterilasikan kembali udara sekeliling dengan baik.
Paling penting, sangat sesuai digunakan sekiranya anda ada bayi kerana imunisasi badan bayi yang masih lemah dan belum cukup kuat perlukan udara yang berkualiti dan bersih.
Dan dengan HEPA filter yang digunakan, anda akan berjaya menapis habuk halus sekitar 0.3 microns.
Malah Honeycomb Activated Carbon membantu menambah kecekapan penapis udara untuk membasmi udara yang tercemar seperti asap rokok dan gas kenderaan.
Fungsinya senyap, penggunaan tenaga yang rendah dan mampu menarik segala habuk, virus atau partikel halus cukup berbaloi untuk diletakkan di dalam bilik si kecil.
Boleh meliputi sehingga 8 hingga 24 meter dan boleh dikawal melalui alat kawalan jauh atau aplikasi Haier.

Penapis udara terbaik dari Sharp ini merupakan paling efisien menapis partikel kotor dalam udara.
Misalnya jerebu dan asap melalui teknologi Plasmacluster jadi sangat sesuai bagi mereka yang duduk di kawasan bandar padat.
Sebarang bakteria dan virus penyebab penyakit bawaan udara juga dibasmi dengan pantas dan efektif.
Saiz yang sederhana membolehkan penapis ini bekerja di ruang 23m² yakni sesuai di bilik tidur, ruang tamu dan dapur.
Setiap rumah harus memiliki air purifier ini sebagai persediaan menghadapi musim jerebu.

Rekaan air purifier terkini oleh Oxtra Motion khas untuk kegunaan didalam kereta bagi memastikan udara sepanjang perjalanan sentiasa segar.
Walaupun kecil tapi mempunyai penapis HEPA yang dapat menyingkiran habuk kotoran, partikel alergen dan bau asap rokok.
Seterusnya menukar udara di dalam kereta lebih sihat secara menyeluruh 360°.
Malah lengkap dengan paparan skrin untuk pemantauan pengguna dan boleh dihidupkan hanya menggunakan layangan tangan sahaja.
Bukan sesuai untuk kereta sahaja, air purifier ini juga boleh digunakan di dalam bilik kecil seperti stor.
Tapi siapa yang suka hisap rokok dalam kereta atau sering buka tingkap semasa memandu, sebaiknya ada satu air purifier untuk standby dalam kereta.

Siapa yang tidak tahan dengan bau asap rokok di rumah, pejabat atau kedai makan, cuba guna air purifier murah ini.
Sama seperti penapis udara yang lain, menggunakan HEPA filter berkualiti tinggi.
Jadi bukan saja dapat menyingkirkan habuk, bakteria dan virus, malah bauan busuk seperti asap rokok, gas atau bau yang kurang enak juga dapat disingkirkan.
Malah turut mempunyai ciri vorteks untuk penghasilan udara segar yang lebih efisien.
Tips Memilih Penapis Udara
Ada pelbagai aspek penting untuk anda perhatikan semasa untuk membeli penapis udara. Jom lihat tips mudah memilih penapis udara terbaik.
-
Jenis penapis / filter
Penapis jenis True HEPA antara penapis yang banyak digunakan dalam model air purifier kerana selamat dan sangat berkesan menapis udara dari sebarang habuk, bakteria mahupun virus.
Pre-Filter pula ialah penapis yang boleh dibasuh semula dan hanya perlu digantikan setelah 3 bulan pakai.
Manakala UV Filter digunakan untuk membasmi habuk, menjadikan udara langsung bebas bakteria dan biasanya digunakan di hospital atau sekolah untuk mengurangkan sebarang penyakit dari bawaan udara.
Lain-lain filter yang terdapat dipasaran ialah Antibakteria Filter, PCO Filter, Activated Carbon Filter dan banyak lagi.
-
Saiz air purifier
Pastikan saiz air purfier dan ruang bilik setanding oleh itu pilih spesifikasi penapis udara yang 20-40% lebih besar daripada bilik supaya udara sekeliling sentiasa bersih sepanjang hari.
Jangan lupa dengan servis bunyi yang senyap dan tidak menganggu terutamanya penapis udara di dalam bilik tidur.
-
Perincian terbaru
Jangan ketinggalan untuk dapatkan penapis udara yang lebih moden. Kini sudah ada pelbagai penapis udara dengan features alat kawalan jauh, motion sensor serta dilengkapi dengan aplikasi telefon pintar
Lebih bijak, jika anda memilih air purifier jimat elektrik dengan jaminan Energy Star.
Apa Fungsi Penapis Udara?
Alat penapis udara berfungsi sebagai perangkap habuk dan partikel-partikel halus yang terdapat dalam udara yang kita sedut, kemudian mengeluarkan udara baru yang bersih.
Bagi mereka yang mempunyai masalah asma atau alergik harus mendapatkan alat penapis udara.
Selain itu, alat penapis udara boleh mengurangkan jangkitan penyakit bawaan udara seperti selesema, batuk dan sebagainya.
Malah, efektif bagi individu yang mengalami masalah insomnia, berdengkur dan kerap terjaga.
Antara kebaikan lain penapis udara adalah membantu pengguna menikmati tidur yang lebih berkualiti.
Bolehkah Pasang Penapis Udara Ketika Tidur?
Jawapannya ialah boleh, malah amat disarankan supaya dapat memberi pernafasan yang terbaik semasa tidur.
Bukan itu sahaja, udara yang bersih ketika udara dapat meningkatkan produksi sel kulit yang baru semasa tidur.
Namun begitu, anda juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan dekat dengan katil.
Sebaiknya biar penapis udara mempunyai jarak sekitar 6 hingga 10 kaki dari bertentang dari kaki katil.
Risau pula nak pasang penapis udara sehingga 24 jam, tapi sebenarnya memadai sekadar memasang selama 8 jam.
Jadi anda boleh mengaktifkan tetapan masa yang ada pada penapis udara
Tapi kalau anda mempunyai penapis udara yang kuat, berkualiti dan heavy duty, pemasangan selama 24 jam adalah yang terbaik.
Artikel Berkaitan
- 9 Air Purifier Untuk Elak Bau Hapak Kereta
- Segarkan Ruang Kegemaran Anda dengan 7 Produk Air Freshener Terbaik
- 8 Pewangi Bilik Tidur Yang Buatkan Tidur Malam Anda Lebih Tenang
- 10 Air Purifier/Penapis Udara Terbaik di Malaysia 2023
- 11 Mesin Pembuat Aiskrim Terbaik di Malaysia 2023
- 8 Steam Iron Terbaik di Malaysia 2023
- Mop Lantai Terbaik di Malaysia