Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Air Purifier/Penapis Udara Terbaik di Malaysia 2023

Udara lebih segar dan sihat dengan adanya penapis udara terbaik di rumah.

Sekarang penapis udara sudah menjadi barangan rumah yang penting bagi memastikan udara yang dihirup bersih daripada zarah kotor.

Lebih-lebih lagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang kuat merokok, mempunyai bayi atau kecil atau kediaman berdekatan dengan kilang.

Penapis udara memang wajib ada tapi untuk memilih penapis udara terbaik bukan mudah seba terdapat banyak produk di pasaran.

Jadi kami senaraikan jenama air purifier terbaik bagi setiap kategori tapi sebelum tu jom lihat review kemampuan Xiaomi Mi Air Purifier dari kami.


Senarai 10 Penapis Udara Terbaik

Daikin Air Purifier Streamer Humidifying 55 TYPE Home MCK55UVMM  MC55XVMM  MC40XVMM
Semak Daikin Air Purifier Streamer Humidifying 55 TYPE Home MCK55UVMM / MC55XVMM / MC40XVMM harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Mempunyai sistem double method
add_circle Mengeluarkan elektron berkelajuan tinggi
remove_circle Saiz besar dan berat

Sebab menjadi pilihan utama;

Mampu mengeluarkan elektron berkelajuan tinggi untuk menguraikan molekul jahat yang terperangkap pada penapis.

Ciri-ciri;

Daikin Air Purifier Streamer Humidifying 55 TYPE yang terbaru mempunyai fungsi Double Method dimana dapat membersihkan udara dengan baik.

Malah, dapat melepaskan sejumlah besar ion negatif yang aktif ke udara untuk mengurangkan bau busuk serta alergen yang terbebas.

Pada masa yang sama, ion negatif tersebut juga dapat mengurangkan virus dan bakteria dengan lebih berkesan.

Selain itu, dapat mengeluarkan elektron yang berkelajuan tinggi untuk menguraikan bakteria, virus, alergen dan bahan bahaya yang terkumpul dalam penapis udara.

Penapis terbaru dari Daikin ini menggunakan elektrostatik HEPA dimana dapat menangkap habuk halus dan bahan tercemar lain.

Manakala kuasa sedutan yang kuat dari tiap arah berbeza dapat membersih udara dalaman secara menyeluruh.

Review:

“Sangat mudah dicuci dan tidak perlu menukar penapis yang banyak lapis,”

Dyson Purifier Cool™ air purifier fan TP07
Semak Dyson Purifier Cool™ air purifier fan TP07 harga dibawah:
add_circle Rekaan modern
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Mempunyai 9 sensor mengawasi kesegaran udara
remove_circle Harga mahal

Penapis udara Dyson TP07 mampu memerangkap habuk, allergen dan virus sebanyak 99.95% bersamaan PM0.1 partikel.

Tidak seperti penapis udara yang lain, Dyson TP07 menggunakan teknologi Air Multiplier dimana udara kotor diruangan seluas 81 m² dapat disedut.

Sekaligus udara bersih dapat dikeluarkan di seluruh ruangan supaya semua ahli keluarga dapat menghirup udara yang segar.

Penapis udara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bayi kerana dapat memastikan kesihatan dalam keadaan baik.

Lagipun, penapis udara ini juga beroperasi secara senyap jadi tidur bayi tidak akan terganggu.

Setanding dengan harga penapis udara ini mempunyai 9 sensor mengawasi kesegaran udara secara menyeluruh.

Anda juga boleh mengawal sistem menerusi aplikasi Dyson Link hanya di handphone anda.

Air purifier dengan hepa filter terbaik
Philips
Philips AC121530 1000i Series Air Purifier
Semak Philips AC1215/30 1000i Series Air Purifier harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem ultra quiet sleep mode
add_circle Menggunakkan penapis HEPA
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Tidak sesuai untuk ruangan besar

Penapis udara keluaran Philips mampu membersihkan udara kurang dari 11 minit dengan clean air delivery rate (CADR) sepantas 270 m³/h.

Selain itu, mempunyai HEPA filter dan active carbon filter dimana mampu membasmi 99.9% virus dan aerosol di udara.

Menariknya lagi, penapis udara ini menggunakan smart sensor dimana dapat mengesan aras PM2.5 pencemaran udara 

Malah, mempunyai 5 tahap kelajuan yang berbeza serta dapat meningkatkan kelajuan penapis udara untuk menangani pencemaran secara auto mode.

Jangan risau, mempunyai ciri keselamatan child lock supaya dapat mengelakkan anak dari tertekan sistem.

Air purifier untuk ruangan kecil
Blueair Joy S Air Purifier
Semak Blueair Joy S Air Purifier harga dibawah:
add_circle Menggunakan penapis active carbon dan pre filter
add_circle Mempunyai HEPAsilent technology
remove_circle Tidak sesuai untuk ruangan besar

Blueair Joy S Air Purifier ini merupakan produk yang sama dengan yang sebelum iaitu Blueair Joy S with Particle + Carbon Filter (with Dark Shadow Prefilter).

Apa yang membezakannya, model kali menggunakan jenis penapisan HEPA yang mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-bau.

Direka untuk keluasan bilik sebesar 16 m² jadi anda boleh letakkan dimana sahaja supaya udara disekeliling anda sentiasa bersih.

Penapis udara Blueair Joy S bukan sahaj beroperasi senyap dan jimat elektrik, tapi mudah dikawal hanya dengan satu butang.

Menariknya lagi, anda tidak perlu risau untuk menukar penapis kerana penyenggaraannya hanya perlu memusingkan bahagian kepala dan tukar penapis.

Jangan risau, penapis udara ini mempunyai warranty selama 2 tahun.

Sharp Plasmacluster Haze Mode Air Purifier FPF40LW MAP-28BD
Semak Sharp Plasmacluster Haze Mode Air Purifier FPF40LW MAP-28BD harga dibawah:
add_circle Mempunyai 5 lapisan penapis
add_circle Mempunyai sistem Air Quality Sensor
remove_circle Perlu diselenggara sendiri

Dengan rekaan ringkas dan padat penapis udara ini dapat membersihkan udara untuk ruangan seluas 32 m².

Penapis udara dari Sharp menggunakan teknologi high density plasmacluster ion yang dapat menyingkirkan partikel udara kotor dengan cepat.

Sangat sesuai jika ahli keluarga anda seorang perokok kerana dengan teknologi ini dapat menyingkirkan bauan rokok.

Malah, jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, penapis udara ini juga mampu menyingkirkan bauan yang tidak menyenangkan.

Penggunaan tenaga elektrik juga jimat dan beroperasi secara senyap dengan hanya mengeluarkan bunyai sekuat 25dB sahaja.

Jangan risau pengendaliannya amat mudah dan mesra pengguna.

Air purifier untuk ruangan besar
Xiaomi Smart Mi Air Purifier 3H  4  4 Lite
Semak Xiaomi Smart Mi Air Purifier 3H / 4 / 4 Lite harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ruangan besar
add_circle Boleh kawal sistem dari aplikasi
add_circle Menggunakan teknologi skrin sentuh OLED
remove_circle Mengeluarkan bunyi bising

Hanya dengan 15 minit anda akan dapat menghirup udara segar dari keluasan ruangan 40m².

Penapis udara ini juga beroperasi secara ultra senyap dengan bunyi sekuat  31dB jadi tidur anda tidak terganggu.

Selain itu, ciri Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro mempunyai 3 dalam satu penapis.

Jenis penapis ini dapat membersihkan udara dari molekul jahat sekaligus dapat menghasilkan udara yang bersih untuk anda.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang sering mengalami alaham kepada habuk, penapis udara ini adalah pilihan yang tepat.

Malah, anda juga boleh mengawal penapis udara menggunakan aplikasi  Xiaomi Home App tapi aplikasi ini hanya boleh digunakan di negara Malaysia dan Singapura sahaja.

Air purifier dengan uv light
PerySmith Air Purifier AURORA Series H13
Semak PerySmith Air Purifier AURORA Series H13 harga dibawah:
add_circle Menggunakan teknologi Aurora UV light
add_circle Mempunyai 4 lapisan penapis
remove_circle Menggunakan elektrik yang tinggi

Walaupun saiznya kecil, penapis udara dari Perry Smith ini mempunyai 4 sistem penapis iaitu;

  • Pre-Filter
  • Medium Filter
  • Activated Carbon Deodorization Filter
  • H12 0.3 Micron Hepa Filter.

Anda juga boleh memilih untuk menukar penapis H12 kepada penapis H13 yang berfungsi untuk udara yang terlalu kotor seperti asap rokok.

Kawalan yang digunakan pada badan penapis ini semuanya skrin sesentuh, sangat berteknologi.

Malah, terdapat juga teknologi Aurora UV Light dimana dapat membasmi kuman dan virus sebanyak 99.9 peratus.

Sistem yang digunakan adalah Symmetrical Air Flow dimana sangat efektif untuk membersihkan udara dengan seluas kawasan 40m² bersamaan dengan ruang tamu.

Jangan risau, penapis udara ini beroperasi secara ultra senyap dengan bunyi sekuat  25dB jadi tidur anda tidak terganggu.

Air purifier untuk bulu kucing
Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier
Semak Zhulian Beyond Microplasma Air Purifier harga dibawah:
add_circle Warna menarik
add_circle Mempunyai 4 sistem penapis ultra
remove_circle Saiz terlalu besar

Bagi mereka yang memelihara haiwan peliharaan berbulu, ahli keluarga yang merokok atau kawasan rumah berdekatan dengan kilang, penapis jenama ini adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana mempunyai 4 sistem penapis ultra yang mempunyai fungsi yang berbeza. Antaranya;

  • Pra penapis- Bahagian ini boleh ditanggalkan, dicuci dan dipasang semula.
  • Penapis nano perak & titanium dioksida - Lapisan ini dapat steril sendiri dan dapat bertindak sebagai anti bakteria, anti kulat dan anti-virus.
  • Penapis Karbon Bergranul teraktif - Penapis ini paling efektif untuk memerangkap zarah terkecil bersaiz mikro seperti bau, asap dan kimia yang terbebas di udara.
  •  Penapis True HEPA - Berfungsi menyekat zarah sehingga 99.97% dengan sokongan teknologi ion mikroplasma.

Mudah kata, segala debu, hama, asap rokok, bulu kucing dan segala benda yang bersaiz sehalus zarah mampu disingkirkan.

Jadi memang sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan pada habuk, debu atau bulu.

Philips Air Purifier 2000i Series AC2936  AC293633
Semak Philips Air Purifier 2000i Series AC2936 | AC2936/33 harga dibawah:
add_circle Boleh kawal sistem dari aplikasi
add_circle Menggunakan teknologi kawalan suara
remove_circle Tidak sesuai untuk ruangan besar

Philips Air Purifier 2000i series ini sangat pantas untuk membersihkan udara dengan clean air delivery rate (CADR) sepantas 330 m³/h untuk ruangan sebesar  85 m².

Walaupun anda perlu menukar penapis sendiri tapi bukan setiap bulan perlu diselenggara sebaliknya selepas 3 tahun menggunakannya.

Ciri lain lagi, mampu untuk menapis udara sehingga 99.9% Allergan, aerosol dan virus terutamanya virus covid 19.

Menariknya lagi, penapis udara Philips ini anda boleh kawal menggunakan suara saja asalkan mempunyai sambungan wifi di rumah.

Jangan risau, aplikasi untuk mengawal penapis udara ini sesuai untuk pengguna Android dan juga iPhone.

Apa yang penting, penapis udara ini mempunyai warranty sehingga 2 tahun tidak kira dimana anda berada.

Air purifier untuk asma
Panasonic
Panasonic F-PXU70 NanoeX AIR PURIFIER
Semak Panasonic F-PXU70 NanoeX AIR PURIFIER harga dibawah:
add_circle Mempunyai teknologi nanoe™X
add_circle Model Panasonic terbaru 2021
add_circle Menghidrasi kulit dan rambut
remove_circle Berat

Penapis udara jenama Panasonic ini bukan sahaja menapis dan membersihkan udara malah mempunyai fungsi sebagai mesin humidifier. Erti kata lain, 2 dalam 1.

Dengan menggunakan teknologi nanoe™X mampu membasmi virus, bakteria bauan dan allergan dimana sangat bagus untuk penghidap asma.

Malah, dengan adanya teknologi ini  dapat memberi hidrasi kepada kulit dan rambut dimana partikel air  nanoe™X akan melekat pada sebum dan membentuk lapisan pada kulit.

Untuk pengetahuan anda, teknologi nanoe™X ialah air bersifat asid lemah yang digunakan bersama bahan reactive dan juga electric charge.

Jangan risau, penapis udara ini mempunyai warranty selama setahun.


Apa Fungsi Penapis Udara?

Alat penapis udara berfungsi sebagai perangkap habuk dan partikel-partikel halus yang terdapat dalam udara yang kita sedut.

Kemudian mengeluarkan udara baru yang bersih. Bagi mereka yang mempunyai masalah asma atau alergik harus mendapatkan alat penapis udara.

Selain itu, alat penapis udara boleh mengurangkan jangkitan penyakit bawaan udara seperti selesema, batuk dan sebagainya.

Malah, efektif bagi individu yang mengalami masalah insomnia, berdengkur dan kerap terjaga.

Antara kebaikan lain penapis udara adalah membantu pengguna menikmati tidur yang lebih berkualiti. 


Apa Perbezaan Air Purifier & Humidifier?

Air Purifier

Sebuah alat penapis udara bekerja menyedut udara bebas kemudian menapis mengguna penapis tersendiri (filter).

Filter atau penapis didalam setiap air purifier bergantung pada teknologi sesebuah jenama pengeluar.

Cara teknologi ini berfungsi sangat mudah; Menyedut udara luar, memerangkap sebarang habuk, partikel halus merbahaya dan kemudian mengeluarkan semula secara bersih. 

Tapi, pengguna disarankan untuk menukar unit filter secara berkala untuk kesan yang efisien. Air purifier tidak seperti kipas atau humidifer, ia tidak menyejukkan ruang bilik serta tidak menambah kelembapan udara. 

Air Humidifier

Air humidifier direka khas untuk menambah kelembapan bilik dan sangat sesuai digunakan ketika iklim musim sejuk atau panas kering.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kegatalan atau alergik, langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah memasang air himidifier.

Berbeza dengan air purifier, alat ini tidak menapis udara dan pengguna harus mengisi air untuk mendapatkan kelembapan udara.

Apa pun, hati-hati jika mahu menggunakan air humidifier kerana tidak begitu sesuai untuk cuaca di Malaysia. 


Artikel Berkaitan

End of Article