Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Kipas Berdiri Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Kipas berdiri boleh jadi penyelamat semasa cuaca panas ni!

Kipas berdiri terbaik atau stand fan merupakan alternatif tambahan untuk sejukkan ruang rumah terutama jika kediaman rumah anda luas atau bilangan ahli keluarga besar.

Terdapat pelbagai kipas angin berdiri paling bagus dengan saiz bilah kipas berdiri yang berbeza mengikut ketinggian dan jenis kipas stand terbaik .

Tapi mana satu jenama kipas angin terbaik? Jenis kipas angin tahan lama yang mana boleh berikan angin kuat dan paling sejuk?

Jom kita lihat senarai brand kipas berdiri yang bagus dan sesuai dengan kegunaan harian di rumah.


Senarai 15 Kipas Berdiri Terbaik

Kipas berdiri terbaik secara keseluruhan
SAMView
Samview kipas stand
mulai
RM80.88
Semak SAMView Stand Fan Strong Wind With Turbo Wing (16") harga dibawah:
add_circle Angin kuat
add_circle Ada 3 speed
add_circle Warranty 1 tahun
remove_circle Satu pilihan warna sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Kipas berdiri dari SAMView ini mempunyai ciri-ciri kipas yang tahan lama dan juga dengan reka bentuk inovatif.

Ia menyediakan aliran udara dan prestasi penyejukan yang luar biasa untuk memastikan ruangan bilik anda kekal berangin.

Ciri-ciri:

Dengan ciri-ciri bilah 16 inci 5AS dan teknologi Turbo Wing, kipas ini memberikan aliran udara yang kuat dan konsisten, mencapai setiap sudut bilik dengan mudah. 

Sama ada anda sedang bekerja, berehat, atau tidur, anda boleh rasai angin berterusan yang membantu menghilangkan rasa panas.

Dengan tiga kelajuan kawalan, anda boleh dengan mudah menyesuaikan tetapan kipas untuk memenuhi keperluan dan kehendak anda.

Kelajuan Motor Turbo memastikan penyejukan kawasan yang cepat, manakala kualiti binaan badan PP menambah kekuatan dan jangka hayat kipas.

Selain itu, dengan kuasa 60 watt, kipas ini memberikan penyejukan yang cekap tanpa mengguna tenaga yang berlebihan, jadi dapat jimat bil elektrik anda.

Review:

"Buat speed 1 pun dah laju sangat. Cara pasang pun senang. Harga pun murah dan sangat berbaloi beli. Sangat recommended untuk siapa-siapa nak beli kipas ni."

Kipas berdiri bladeless terbaik
Osuki
mulai
RM158.00
Semak Osuki Tower Stand Bladeless Fan P970 harga dibawah:
add_circle Mempunyai 5 pilihan kelajuan
add_circle Selamat untuk kanak-kanak
add_circle Jimat elektrik
add_circle Harga murah
remove_circle Jaminan hanya 3 bulan

Kipas berdiri tanpa bilah dari Osuki ini dijual pada harga yang cukup berpatutan dan mudah digunakan.

Mempunyai ciri lebih stabil, selamat dan jimat elektrik berbanding kipas-kipas berdiri yang lain.

Kipas ini tiada bilah jadi selamat digunakan jika anda mempunyai anak kecil. 

Begitu juga dengan kekuatan putaran kipas yang memberi nikmat angin yang nyaman dan boleh meliputi sehingga 120°.

Malah, bunyi motor kipas senyap sekitar 50–60 dba, memang sesuai untuk diletakkan di ruang tamu atau ruang istirehat. 

Bukan sahaja reka bentuk moden dan cantik, tapi ciri-ciri ini sangat memudahkan untuk membersih kipas. 

Anda tidak perlu susah payah menanggalkan bahagian kepala kipas atau bilah seperti kipas biasa. 

Paling penting, tidak perlu beli yang beribu ringgit, bila anda dapat pengganti yang lebih murah dan berkualiti. 

Kipas berdiri 3 bilah
Midea
mulai
RM90.54
Semak Midea 3 Blade 16 Stand Fan MF-16FS10N harga dibawah:
add_circle Terdapat 3 bilah
add_circle Mempunyai 3 pilihan kelajuan
add_circle Ketinggian kipas boleh laras
remove_circle Wayar plug agak pendek

Sebuah kipas angin berdiri yang serba ringkas dan terjamin kualiti dari jenama Midea. 

Walaupun kipas ini hanya menggunakan 3 bilah tapi tetap memberi aliran angin yang memuaskan. 

Begitu juga dengan pilihan 3 kelajuan angin serta boleh mengubah kedudukan kepala kipas. 

Kipas ini boleh diletakkan di bilik kecil, bilik anak-anak anda atau kawasan ruangan terhad.

Jangan risau badan kipas ini cukup stabil bersama kaki kipas yang teguh. 

Ulasan dari pengguna kipas ini cukup berpuas hati dengan kualiti kipas serta harga yang berbaloi.

Faber Stand Fan (60W) 16 Inch Stand Fan FSF VENTO GEN 2 1630GR
mulai
RM115.70
Semak Faber Stand Fan (60W) 16" Inch Stand Fan FSF VENTO GEN 2 1630GR harga dibawah:
add_circle Terdapat 5 bilah
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Ada pilihan timer
add_circle Motor jenis copper
add_circle 1 tahun jaminan
remove_circle Kepala kipas tidak boleh ditundukkan

Kipas Faber memberi kualiti kipas terbaik kerana lengkap dengan pelbagai ciri mesra pengguna sekaligus menjadikan sebuah kipas sesuai untuk semua tempat.

Antara ciri kipas ini adalah ketinggian kipas yang boleh laras sehingga 1.36 meter, mengawal kedudukan kepala kipas dan pergerakan kepala kipas yang lebih luas. 

Kualiti angin pula cukup kuat dengan penggunaan 5 bilah 16 inci dan 3 kelajuan angin yang boleh dipilih mengikut kesesuaian anda. 

Ditambah lagi dengan kuasa 50 watt yang sudah tentu memberi putaran bilah yang laju dan konsisten. 

Khind Metal Fan Blade Stand Fan SF141
mulai
RM179.00
Semak Khind Metal Fan Blade Stand Fan SF141 harga dibawah:
add_circle Ada 4 bilah
add_circle Bilah jenis besi
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Ketinggian kipas boleh laras
remove_circle Mudah karat

Model kipas Khind kali ini sebuah kipas 100% besi dari badan kipas hinggalah 4 buah bilah kipas. 

Bilah kipas dari besi dapat memberi putaran angin yang kuat dan sangat sesuai untuk ruang atau bilik yang luas. 

Aliran angin juga tidak terganggu dan memberi rasa nyaman secara berterusan. 

Kelajuan kipas boleh diubah dengan menggunakan suis putaran berbanding suis petik seperti kipas yang lain. 

Begitu juga dengan kedudukan kepala kipas yang boleh dilaras secara menegak, diangkat ke atas dan ke bawah. 

Nasihat kami, bagi yang tinggal berdekatan dengan pantai, jenis kipas ini kurang sesuai kerana diperbuat dari besi dan boleh terdedah dengan risiko berkarat. 

Kipas berdiri pendek
Khind
kipas khind
mulai
RM139.00
Semak Khind Table Fan (12") TF1210SE harga dibawah:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Penjimatan tenaga 5 bintang
add_circle Penghantaran udara tinggi
remove_circle Perlu letak di atas meja

Motor jenama Khind ini berprestasi tinggi dan mempunyai penghantaran udara yang tinggi untuk memastikan keselesaan maksimum di seluruh bilik. 

Dengan bilah plastik yang transparent dan pelindung kipas yang kukuh, keselamatan mereka yang berada di hadapan kipas akan lebih terjamin.

Selain itu, terdapat built-in safety thermal fuse dan pilihan kelajuan 3 tahap untuk anda laras ikut keselesaan dan penggunaan.

Kipas ini juga menjimatkan tenaga dengan rating 5 bintang serta purata penggunaan tenaga sebanyak 96kwh setahun. 

Dengan saiz bilah 12 inci, kuasa 40W dan warna Sweet Lavender yang menawan, kipas ini adalah pilihan yang bagus jika anda memiliki ruang rumah yang terhad atau bawa kipas secara on the go. 

mulai
RM211.99
Semak JC 20" 26" 30" Industrial Commercial Heavy Duty Stand Fan harga dibawah:
add_circle Motor 3 kelajuan
add_circle Kipas industri
add_circle Boleh beroperasi selama 6 jam
remove_circle Bising
remove_circle Tiada butang

Dengan motor 3 kelajuan sebenar, kipas ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 1400 rpm pada kelajuan 3. 

Selain itu, kipas ini mempunyai penutup bersaiz 26 inci yang dikelilingi oleh kawat keluli dan dilengkapi dengan tiang ketinggian tetap yang stabil. 

Bilah kipas diperbuat daripada bahan ABS ini menghasilkan tahap bunyi sekitar 73dB pada kelajuan nombor 3. 

Paling penting, kipas ini mampu beroperasi secara berterusan selama 6 jam, tapi tahap bunyinya sedikit kuat dan bising berbanding dengan kipas rumah biasa. 

Sesuai untuk ruang acara, aktiviti luar, gerai makanan, restoran terbuka, bengkel, gudang, kedai dan pelbagai lagi.

Kipas berdiri jimat elektrik
Pensonic
Pensonic PSF-4505GY
mulai
RM103.88
Semak Pensonic 16”/40cm Stand Fan | PSF-4505GY harga dibawah:
add_circle 5 bintang energy saving
add_circle Ada fuse motor keselamatan
add_circle Tunjahan angin 50m3 per minit
remove_circle Bunyi kuat sikit

Kipas berdiri Pensonic PSF-4505GY ini memiliki jaminan SIRIM Malaysia dan 5 bintang energy saving yang akan berikan anda penjimatan tenaga yang berbaloi. 

Kipas berdiri 16' 3 bilah ini mempunyai fuse motor keselamatan bagi memastikan pengunaan lebih selamat dan pengguna boleh gunakannya dengan yakin.

Selain itu, kipas ini juga boleh dilaras ketinggiannya mengikut penggunaan anda dan ada 3 pilihan mod kelajuan kipas. 

Dengan berat hanya 6.8 kg, anda boleh ubah kedudukan kipas di mana sahaja anda mahukan dengan mudah. 

Paling penting, kelajuan anginnya 50m3 per minit akan berikan anda kesejukan yang lebih puas dan optimum sepanjang penggunaan. 

Kipas berdiri jimat ruang
Cornell
Cornell CTF-180X
mulai
RM114.00
Semak Cornel Tower Fan (WITHOUT Remote) CTF-180X harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Jimat ruang
add_circle Kurang penggunaan elektrik
remove_circle Tiada remote control

Jika anda mencari kipas berdiri yang sejuk dan jimat ruang, kipas jenama Cornell CTF-180X antara yang boleh anda cuba dapatkan.

Kipas berdiri ini mudah dialihkan kerana ringan dan selamat digunakan jika anda ada anak kecil kerana kipas ini tiada bilah yang mungkin boleh merbahayakan jari si kecil.

Selain itu, kipas ini jimat ruang rumah sebab memilik saiz 27cm(L) x 27cm(W) x 815cm(H) dan dengan saiz ini sesuai digunakan untuk rumah yang mempunyai ruangan terhad.

Walaupun anginnya tidak meliputi kawasan yang besar, tapi kuasa pengeluaran anginnya sejuk, kelajuan angin dilaras dan boleh swing!

Paling utama, kipas tower ini juga tidak mengeluarkan bunyi bising dan kurang menggunakan tenaga elektrik.

Dengan kuasa motor 45W, anda ada 3 pilihan mod angin yang boleh dipilih mengikut keadaan dan masa penggunaan. 

panasonic kipas berdiri
mulai
RM339.00
Semak Panasonic Stand Fan (16”) F-MX405 harga dibawah:
add_circle Motor tahan lama
add_circle Bunyi rendah (<60dB)
add_circle Angin kuat
add_circle Tapak berat
remove_circle Tiada remote control

Dengan rekaan slim dan moden, kipas ini kelihatan cantik di mana-mana sudut rumah.

Kipas berdiri Panasonic memberikan kapasiti 2225 CFM yang boleh menyejukkan ruang besar dan penggunaan tenaga rendah dari 38.9 ke 60.9 watt.

Kelajuan pusing bilah dari 774 hingga 1349 RPM dan aliran udara sebanyak 84.6 m³/min serta air velocity 250 m/min.

Kawal kelajuan angin dengan menggunakan butang tolak tiga kelajuan dan nikmati angin sejuk segar tanpa bunyi bising di rumah anda.

Lagipun, angin kipas kuat dan tak perlu risau lagi kipas terbalik dilanggar anak kecil kerana tapaknya berat dan stabil.

Kipas berdiri paling sejuk
kdk kipas berdiri
mulai
RM199.00
Semak KDK Stand Fan KX405 (40cm/16″) harga dibawah:
add_circle Tapak kipas stabil
add_circle Motor tahan lama
add_circle Bunyi kurang bising
add_circle 5 bintang energy saving
remove_circle Stok cepat habis

Bagi yang belum ada kipas di rumah, kipas lama rosak atau tak mampu pasang aircond, beli je kipas KDK model KX-405.

Hadir dalam 2 warna kipas yang cantik iaitu deep red dan metal grey dengan reka bentuk panel suis baharu.

Leher kipas yang fleksibel, mempunyai 3 speed on dan ayunan automatik penuh dengan kawalan klac.

Menggunakan motor jenis 4 Pole Condenser dan ketinggian kipas berdiri yang boleh dilaras dari 107cm hingga 133 cm.

Tambahan lagi, terdapat jaminan 1 tahun dan menjimatkan bil elektrik bulanan dengan 5 bintang energy saving.

Majoriti pengguna brand kipas berdiri KDK bersetuju kipas ini tahan lama, berkualiti, bunyi senyap dan angin kipas kuat.

Nak pasang pun senang cuma perlu screwdriver je!

Kipas berdiri Toshiba
Toshiba
Toshiba Stand Fan (16") 5 Blade
mulai
RM149.00
Semak Toshiba Stand Fan (16") 5 Blade harga dibawah:
add_circle Ada timer auto tutup
add_circle Jenis 5 bilah
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Harga sedikit mahal

Mahukan kipas untuk kekal sejuk dan selesa dalam apa jua suasana, boleh dapatkan Toshiba Stand Fan (16") 5 Blade ini.

Dengan ciri-ciri yang serba guna dan reka bentuk yang cekap, kipas berdiri ini menyediakan aliran udara yang kuat dan tetapan yang boleh disesuaikan memenuhi keperluan anda.

Dengan tetapan kelajuan yang mudah disesuaikan sehingga 3 tahap, anda boleh mengawal kekuatan aliran udara dengan mudah mengikut kesukaan anda. 

Selain itu, tetapan timer membolehkan anda menetapkan kipas untuk dimatikan secara automatik sehingga selepas 120 minit.

Dengan diameter bilah sebesar 16 inci dan 5 bilah, kipas ini memastikan liputan hembusan angin yang luas dan penyejukan yang efisien untuk mana-mana bilik.

Hulmers 15 Fan Blades Powerful 2 In 1 Electric Fan
mulai
RM75.00
Semak Hulmers 15 Fan Blades Powerful 2 In 1 Electric Fan harga dibawah:
add_circle Reka bentuk moden
add_circle Ketinggian boleh diselaras
add_circle Angin kuat dengan kuasa motor 60W
remove_circle Hanya satu pilihan warna

Kipas berdiri jenama Hulmers ini merupakan kipas serba guna dan cekap untuk pelbagai jenis ruang.

Dengan ciri-ciri inovatif dan reka bentuk moden, kipas elektrik ini menyediakan aliran udara yang kuat dan tetapan yang boleh disesuaikan untuk keselesaan dalam apa jua persekitaran.

Dilengkapi motor kuasa tinggi 60W, kipas ini memberikan angin yang sangat kuat.

Direka untuk keselesaan, kipas ini dilengkapi dengan ketinggian yang boleh disesuaikan, menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai kipas meja atau kipas berdiri. 

Walaupun mampu menghasilkan aliran udara tinggi, ia dihasilkan dengan penggunaan elektrik yang rendah, jadi boleh memberikan penyejukan yang cekap sambil menjimatkan tenaga.

Selain itu, kipas ini menawarkan penyesuaian manual sekitar 45 darjah untuk dihalakan ke atas dan bawah, manakala pergerakan kiri dan kanan adalah automatik, membolehkan anda mengarahkan aliran udara dengan tepat ke ruang yang diperlukan.

Electrova iPure Series Electronic Portable Bladeless Tower Fan
mulai
RM179.90
Semak Electrova iPure Series Electronic Portable Bladeless Tower Fan harga dibawah:
add_circle Reka bentuk moden dan cantik
add_circle Jenis tanpa bilah
add_circle Dilengkapi paparan LED
add_circle Tidak bunyi bising
remove_circle Harga sedikit mahal

Electrova iPure Series Electronic Portable Bladeless Tower Fan merupakan kipas jenis menara yang inovatif, menggabungkan teknologi terkini dengan ciri-ciri mesra pengguna untuk memberikan penyejukan yang efisien.

Dengan 3 mod aliran udara serta 3 tetapan kelajuan, anda boleh menyesuaikan jenis penyejukan untuk memenuhi keperluan anda. 

Sama ada anda memerlukan hembusan angin lembut untuk suasana santai atau aliran udara yang kuat semasa cuaca panas yang teruk, kipas ini boleh memenuhi kehendak anda.

Selain itu, operasi senyapnya memastikan suasana yang tenang, sempurna untuk tidur tanpa gangguan.

Turut dilengkapi dengan paparan skrin LED besar, kipas menara ini tidak hanya menunjukkan suhu bilik dengan tepat tetapi juga secara automatik mematikan cahaya skrin selepas 10 saat ia tidak digunakan.

Kipas ini sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu, pejabat, dan lain-lain, serta selamat digunakan kerana ia tiada bilah.

Kipas berdiri untuk rumah
ELBA
mulai
RM99.00
Semak ELBA 16” Stand Fan ESF-E1656(BK) 5 Blade harga dibawah:
add_circle Ada tetapan 3 kelajuan
add_circle Jenama diyakini
add_circle Dilengkapi Thermal Safety Fuse
remove_circle Stok terhad

Kipas ELBA 5 bilah ini hadir dengan ciri-ciri kipas yang kukuh dan dapat berfungsi dengan bagus untuk memastikan aliran udara yang cekap dan selesa.

Dengan saiz 16 inci dan dilengkapi dengan 5 bilah AS yang transparent, kipas ini memberikan aliran udara yang kuat dan konsisten untuk menyejukkan bilik yang paling besar sekalipun.

Kuasa motor 50W dan 3 tetapan kelajuan membolehkan anda menyesuaikan intensiti kipas dengan mudah mengikut keperluan anda, sama ada anda memerlukan angin yang perlahan atau kuat.

Ciri ketinggian yang boleh disesuaikan pula membolehkan anda menyesuaikan ketinggian kipas sehingga 1.36m, memastikan aliran udara sampai ke tempat yang anda perlukan. 

Keselamatan adalah keutamaan utama dengan kipas berdiri ini, jadi ia dilengkapi dengan sekatan keselamatan termal yang dipasang di dalam motor, memberikan perlindungan tambahan terhadap pemanasan berlebihan dan bahaya elektrik.


Apa Cara Terbaik Pilih Kipas Berdiri?

Walaupun nampak ringkas tapi jika anda membuat pilihan tepat memang boleh jadi pembelian yang berbaloi.

Jadi, ini antara beberapa cara terbaik untuk pilih kipas berdiri.

  • Bilah

Lihat jenis material bilah dan kuantiti bilah kerana lebih banyak bilah seperti 4 hingga 5 bilah, automatik akan memberi kualiti angin yang lebih banyak dan paling sejuk.

Begitu juga dengan material bilah yang berat seperti dari metal (besi) atau kayu memberi tujahan potongan aliran angin yang kuat berbanding bilah dari plastik dan aluminium.

Pilih saiz kipas atau kuantiti kipas mengikut saiz bilik atau ruang yang anda ingin tempatkan.  

  • Pergerakan kepala kipas

Pastikan kepala kipas berfungsi dengan baik supaya dapat meliputi angin di segenap ruang bilik. 

  • Fungsi tambahan

Jangan lupa dengan kepelbagaian fungsi tambahan kipas sekarang. 

Ada yang mempunyai fungsi timer, lampu tidur, alat kawalan jauh dan banyak lagi. 

  • Bunyi motor

Salah satu ciri penting adalah tahap kesenyapan bunyi motor kipas. 

Pilih kipas yang mempunyai ciri senyap supaya tidak mengganggu urusan seharian apatah lagi jika kipas bilik tidur.  

Untuk info lebih terperinci, anda boleh tonton video ringkas ini cara pilih kipas berdiri.


Cara Pasang Kipas Berdiri

Bagi mereka yang belum tahu cara pasang kipas berdiri, ikuti je langkah di bawah:

  1. Keluarkan semua bahagian kipas dari kotak dan boleh lihat gambar panduan yang diberikan.
  2. Buka skru pada stand kipas dan pasang serta ketatkan skru pada tapak. 
  3. Sambungkan bahagian motor dengan stand.
  4. Screw dan ketatkan.
  5. Masukkan rear grille dan ketatkan locking ring.
  6. Masukkan fan blade dan screw blade cap counter clockwise.
  7. Longgarkan screw dan letak di rear grille.
  8. Masukkan front grille dan ketatkan screw.
  9. Sambungkan pada plug dan rasai angin sejuk kipas.

Jika masih keliru lihat je video di bawah:


Artikel Berkaitan

End of Article