Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Kipas Dinding Terbaik Di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Ruangan rumah anda lebih sejuk dan nyaman!

Boleh dikatakan setiap rumah pasti mempunyai kipas gantung dinding atau wall fan terbaik untuk memastikan aliran udara di rumah lebih baik dan tidak panas.

Tiada tempat tetap yang perlu anda pasangkannya kerana ada yang letakkan di ruang tamu dan mungkin akan ada di ruangan meja makan atau di porch luar rumah.

Apa yang membezakan adalah saiz kipas dinding tapi bagaimana nak tahu cara betul pilih kipas angin dinding yang sejuk mengikut kesesuaian ruang dan penggunaan?

Jom kami senaraikan harga kipas dinding yang bagus dan jenama kipas dinding terbaik untuk anda.

Pastikan anda beli kipas dinding yang sejuk sahaja agar tidak terasa membazir!


Senarai 16 Jenama Kipas Dinding Terbaik

Kipas dinding terbaik secara keseluruhan
Midea
Midea 16'' Wall Fan : MF-16FW6H 1
mulai
RM105.00
Semak Midea 16'' Wall Fan : MF-16FW6H harga dibawah:
add_circle Mempunyai 3 pilihan kelajuan
add_circle Sudut kepala kipas boleh diubah suai
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada alat kawalan jauh

Sebab menjadi pilihan utama:

Kipas gantung dinding dari Midea ini murah dan cantik, sesuai untuk diletakkan di ruang tamu atau bilik tidur.

Ciri-ciri:

Mempunyai diameter kipas 16 inci dan 3 bilah kipas sudah cukup kuat untuk memberi aliran angin yang nyaman. 

Dengan saiz diameter 16 inici ini juga dapat memberi tujahan angin yang kuat dan akan meliputi keseluruhan bilik dengan baik.

Malah, anda boleh mengubah kedudukan sudut kepala kipas dan kelajuan angin dengan menarik tali suis. 

Kebanyakan review dari pengguna mereka sangat berpuas hati dengan kualiti kipas ini.

Review:

"Midea ni jenama mampu milik dan kualiti bagus. Memang berbaloi beli kipas no 1 dunia, bila buka angin laju macam nak terbang. Syok laju!"

Kipas angin dinding besi
Fujibin 20" Wall Fan FBW-20
mulai
RM175.00
Semak Fujibin 20" Wall Fan FBW-20 harga dibawah:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle 3 bilah jenis aluminium
add_circle Motor bersama copper coil
add_circle Material badan kipas jenis besi
add_circle Diluluskan oleh SIRIM
remove_circle Tiada alat kawalan jauh

Kipas dinding Fujibin mampu memberikan angin yang sejuk dengan kualiti hayat 3 buah bilah aluminium bersaiz 20 inci. 

Bercirikan badan dari jenis besi mudah untuk dibersihkan dengan air atau sekadar lap menggunakan kain basah.

Walaupun saiz kipas ini besar tetapi tidak mengganggu bunyi sekitar kerana motor kipas beroperasi dengan senyap. 

Jangan risau, kipas dinding yang sejuk ini telah mendapat kelulusan dari SIRIM. 

Melalui perhatian di ruang review di Shopee, kipas ini berjaya mendapat rating lima bintang dari pembeli!

Kipas dinding remote terbaik
Khind
kipas dinding khind
mulai
RM122.00
Semak Khind Wall Fan With Remote Control (16") WF1609R harga dibawah:
add_circle Mempunyai alat kawalan jauh
add_circle Terdapat 3 pilihan kelajuan dan ayunan
add_circle 5 star energy rating
remove_circle Tidak mempunyai pemasa

Amat memudahkan kalau kipas dinding dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk membolehkan kita tukar kelajuan dan ayunan kepala kipas walaupun sedang berbaringan. 

Kipas angin dinding jenama Khind ini mempunyai prestasi motor kipas yang kuat sekaligus memberi aliran angin yang kuat dan konsisten. 

Putaran angin boleh sampai sehingga 60m³/min dengan kelajuan maksima kipas 1275 rpm.

Paling penting, kipas ini antara kipas dinding yang jimat elektrik dengan pengiktirafan 5 star energy rating.

Anda tidak perlu risau kerana kipas ini selamat dan tahan lasak kerana dipasang fius keselamatan haba. 

Seperti kipas yang lain, kipas dinding remote terbaik mempunyai 3 fungsi kelajuan dan ayunan kepala kipas yang baik.

Rezo 18 U20 Remote Control Wall Fan
mulai
RM165.00
Semak Rezo 18" U20 Remote Control Wall Fan harga dibawah:
add_circle Mempunyai alat kawalan jauh
add_circle Terdapat 3 pilihan kelajuan
add_circle Ayunan kepala kipas 170°
add_circle Motor jenis copper
add_circle Diluluskan oleh SIRIM
remove_circle Bunyi kuat 40-65dB

Kipas dinding serba moden daripada jenama Rezo ini mempunyai ciri-ciri fungsi mesra pengguna kerana menggunakan fius motor jenis copper yang telah mendapat kelulusan dari SIRIM. 

Paling penting, dapat memberi tenaga yang kuat untuk putaran kipas dengan ayunan 170°.

Selain itu, turut disediakan alat kawalan jauh yang boleh mengubah kelajuan kipas dan ayunan kepala kipas dengan mudah. 

Ciri menarik lainnya, alat kawalan jauh untuk kipas ini mempunyai pilihan timer, lampu dan mode angin. 

Harga jualan juga murah dengan saiz diameter kipas yang sederhana besar. 

Kipas industri dinding
REGEMOUDAL Wall Fan 22 Inch
mulai
RM139.00
Semak REGEMOUDAL Wall Fan 22 Inch harga dibawah:
add_circle 3 bilah kipas
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Kipas senyap, <30dB
add_circle Badan kipas keluli tahan lasak
remove_circle Tiada wall plug disediakan

Kipas dinding industri ini merupakan pilihan terbaik untuk dipasang di kedai makan, bengkel atau di gudang. 

Ini kerana kipas industri ini bersaiz besar, kuat dan tahan lasak untuk kegunaan jangka masa yang lebih lama. 

Saiz diameter 22 inci bersama kekuatan motor yang cekap menghasilkan putaran angin yang sejuk dan berpanjangan. 

Jangan risau, bahagian tiub pemasang kipas sangat kukuh untuk dipasang di dinding dan tahan lama.

Manakala, struktur perisai kipas diperbuat dari metal tahan karat menjadi kipas ini sesuai dipasang di kawasan terbuka. 

Walaupun saiz kipas ini besar dan motor yang kuat tetapi beroperasi secara senyap dan tidak mengganggu suasana sekeliling. 

Kipas dinding 18 inch
KHIND
MISTRAL Wall Fan 18 Black MWF1862K5
mulai
RM159.00
Semak MISTRAL Wall Fan 18" Black MWF1862K5 harga dibawah:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle 5 bilah
add_circle Sudut kepala kipas boleh diubah suai
add_circle Motor kipas tahan lasak
add_circle 3 tahun waranti motor
remove_circle Tiada alat kawalan jauh
remove_circle Kipas agak bising, <60dB

Saiz kipas dinding Mistral 18 inci boleh dikatakan menepati ciri-ciri kipas yang terbaik untuk anda. 

Ini kerana merupakan sebuah kipas yang selamat digunakan dengan pemasangan fius keselamatan haba.

Bahagian motor pula tahan lasak dan mempunyai rekaan penutup kipas yang teguh. 

Aliran angin kipas sangat kuat dengan kadar 5.2 (m/s), ditambah dengan putaran 5 bilah kipas sudah tentu memberi hasil angin yang padu. 

Walaupun harga kipas ini murah tapi pengguna akan dapat warranty selama 3 tahun untuk motor dan 2 tahun untuk general warranty

Kipas dinding 20 inch
Selamat 20 Wall Fan (20 Inch)
mulai
RM159.00
Semak Selamat 20" Wall Fan (20 Inch) harga dibawah:
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle 5 bilah
add_circle Mempunyai suis on/off
add_circle Motor jenis copper
add_circle Diluluskan oleh SIRIM
add_circle Waranti am 1 tahun
remove_circle Tiada alat kawalan jauh
remove_circle Penggunaan elektrik tinggi, 85 watt

Kalau anda mencari kipas dinding saiz 20 inci, boleh cuba kipas jenama Selamat ini.

Tidak seperti kipas yang lain, kipas dinding Selamat mempunyai suis yang disambung pada kipas. 

Suis ini sama seperti konsep kipas siling dimana anda boleh mengawal kelajuan kipas atau turn on/off kipas. 

Kipas ini juga mempunyai 5 bilah yang membantu memberi aliran angin yang laju dan sejuk sehingga 7.8 m/s. 

Kuasa putaran angin pula boleh mencecah maksima 1270 rpm dengan berbekalkan kekuatan dari motor jenis copper yang sangat efisien. 

Tiada sangkalan lagi, kipas Selamat boleh dikategorikan sebagai wall fan terbaik kerana telah mendapat kelulusan dari SIRIM.

Ditambah pula lengkap dengan sius keselamatan haba, jadi boleh pakai kipas dengan yakin. 

Khind Industrial Wall Fan (20 Inch) WF2003B
mulai
RM189.00
Semak Khind Industrial Wall Fan (20 Inch) WF2003B harga dibawah:
add_circle Bilah jenis aluminium
add_circle 3 bilah
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Waranti 1 tahun
remove_circle Harga mahal

Kipas dinding Khind ini sedikit luar biasa kerana 3 bilah kipas yang dipilih adalah daripada material aluminium.

Kipas Khind menghasilkan putaran angin yang laju dan stabil supaya mengimbangi suhu bilik. 

Menariknya, struktur kipas yang teguh bersama penutup kipas yang kuat dan cincin pengukuhan bagi memastikan kipas selamat digunakan sepanjang masa.

Kepantasan putaran motor kipas ini pula boleh sehingga 1350 rpm yakni dapat menyejukkan 70 m/s ruang bilik. 

Ulasan dari pembeli di Lazada dan Shopee seratanya memuji aliran angin yang kuat dan mudah diselenggara. 

Kipas dinding untuk masjid
Panasonic
Panasonic Wall Fan F-MU44R 16 INCH
mulai
RM256.50
Semak Panasonic Wall Fan F-MU44R 16 INCH harga dibawah:
add_circle Mempunyai alat kawalan jauh
add_circle Terdapat 3 pilihan kelajuan
add_circle Mempunyai timer
add_circle Saiz kipas 16 inci
remove_circle Harga mahal

Model kipas dinding Panasonic ini lengkap dengan ciri moden dan telah dikenali sebagai pengeluar jenama kipas dinding terbaik.

Saiz 3 bilah kipas 16 inci ini mampu meliputi angin sehingga 63 (m3/min) dan dapat menyejukkan ruang bilik anda jadi kipas ini sesuai untuk dipasang dimana sahaja sudut rumah anda. 

Kipas ini turut mempunyai alat kawalan jauh yang lengkap bersama 3 pilihan kelajuan angin dan tetapan masa yang boleh di set selama 6 jam. 

Material badan kipas dan bilahnya diperbuat daripada bahan plastik yang akan memudahkan anda untuk bersihkan kipas ini.

Paling penting, sangat mudah untuk dapatkan alat ganti kerana barangan Panasonic mudah didapati di mana-mana kedai perkakasan elektrik. 

Kipas dinding terbaik yang tahan lama
KDK
kipas dinding kdk
mulai
RM255.00
Semak Kipas dinding KDK dengan alat kawalan jauh harga dibawah:
add_circle Rating 5 bintang
add_circle Ada timer
add_circle Mempunyai fius keselamatan termal
add_circle 3 kawalan kelajuan
remove_circle Harga sedikit mahal

Kipas angin dinding dan syiling ini mempunyai motor jenis 14 pole condenser dengan ball bearing yang berkualiti.

Selain kuat dan dapat beroperasi dengan senyap, kipas ini turut mempunyai kawalan jauh fungsi penuh untuk on/off, 3 kawalan kelajuan, tetapan masa dan kawalan ayunan atau manual pada badan kipas.

Putaran rendah 774-946rpm dan putaran tinggi 1103-1349rpm dapat menghasilkan aliran udara kapasiti 2225 CFM yang menyegarkan.

Dilindungi oleh fius keselamatan termal dan tahap bunyi pula kurang dari 60 dB, jadi lebih selamat digunakan dan dapat elak masalah fius terbakar.

Sesuai untuk kegunaan rumah atau pejabat kerana reka bentuknya yang simple.

Kipas dinding cantik
DEKA
Kipas Dinding DEKA
mulai
RM498.00
Semak Kipas Dinding DEKA harga dibawah:
add_circle Kawalan jauh
add_circle Timer 1, 4 & 8 jam
add_circle Mempunyai 6 kelajuan
add_circle 120 ayunan
remove_circle Harga mahal

Hadir dalam warna kayu dan hitam yang elegan, reka bentuk kipas jenama Deka yang cantik ini boleh memberikan kesan moden dan mewah dalam rumah anda.

Dilengkapi dengan 6 tahap kelajuan yang boleh dikawal dari jarak jauh dan 3 bilah yang besar dari bahan ABS untuk mengalirkan udara yang kuat dan sejuk.

Mampu berayun 120 darjah dari kiri ke kanan dan menggunakan motor DC yang cekap tenaga.

Anda juga boleh menetapkan masa penutupan automatik pada 1, 4 atau 8 jam.

Paling penting, anda boleh pasang kipas berukuran 16 inci ini di dinding atau syiling ruang tamu.

Kipas dinding murah
kipas dinding 16 inch jenama fuji
mulai
RM119.90
Semak Kipas dinding Fuji 16 inci harga dibawah:
add_circle Pilihan warna hitam & putih
add_circle Alat kawalan jauh
add_circle Pemasa 3 tetapan kelajuan
add_circle Paparan skrin digital
add_circle Sudut kepala kipas boleh diubah suai
remove_circle Bila pasang level 3 agak bising sikit bunyi bilah kipas

Bagi mereka yang mencari kipas dinding yang mesra bajet namun memuaskan, ini adalah pilihan terbaik

Kipas dinding Fuji ini menawarkan angin yang laju dan sejuk dengan 3 mod kelajuan.

Dilengkapi 3 bilah kipas, kuasa 50W dengan Malaysia 3 Pin Plug, alat kawalan jauh, pemasa, kepala kipas boleh dicondongkan dan wide swinging angle.

Palam dan skru dinding turut disediakan secara percuma.

Jangan risau, kipas dinding ini selamat digunakan kerana terdapat fius keselamatan termal yang dipasang di dalam motor.

kipas_dinding_sharp
mulai
RM175.00
Semak Kipas dinding Sharp 16 inci PJW169GY / PJW169RGY harga dibawah:
add_circle Kipas laju & kuat
add_circle Bunyi rendah
add_circle Menjimatkan elektrik
remove_circle Wayar pendek

Nak beli kipas baru untuk ganti kipas lama yang telah rosak dan masih survey kipas dinding yang bagus? Dapatkan je kipas dinding Sharp.

Menawarkan dua pilihan model iaitu kipas dinding remote dan jenis kawalan tarik tali.

Kedua-dua model kipas dinding jenama Sharp ini mempunyai ciri yang sama termasuk saiz bilah 16 inci dan rating 5 bintang yang boleh menjimatkan bil elektrik bulanan.

Kuasa 50w, voltan 220 - 240V memenuhi keperluan elektrik yang sesuai di Malaysia, dengan kelajuan rendah 900rpm dan kelajuan maksimum 1275RPM yang mampu menghasilkan aliran udara yang kuat serta selesa hingga 68m³/min.

Dengan kawalan 3 kelajuan, anda dapat menyesuaikan seberapa kuat angin yang diperlukan.

Sesuai untuk bilik kecil hingga sederhana seperti ruang kerja, ruang masjid atau bilik tidur.

Kipas dinding untuk ruangan besar
kipas dinding mahita
mulai
RM175.00
Semak Kipas dinding Mahita 18 inci harga dibawah:
add_circle Laju
add_circle Bunyi rendah
add_circle 100% dibuat di Malaysia
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang sempit

Adakah anda mencari kipas dinding untuk dapur atau ruang tamu? Jika ya, beli je kipas ni.

Bukan apa, kipas berukuran 18 inci ini mempunyai 5 bilah dan sangat laju macam ribut mengikut ulasan pembeli sebelum ini.

Bunyinya juga rendah, mempunyai 3 atau 4 kawalan kelajuan, dan jenis heavy duty.

Dilengkapi 100 W motor yang tahan lama dan jaminan 6 bulan untuk motor.

Bagaimanapun, kipas dinding yang sejuk ini kurang sesuai untuk guna dalam bilik kecil.

Kipas dinding murah terbaik
kipas dinding sam view
mulai
RM88.88
Semak SAMView Wall Fan Strong Wind (16") harga dibawah:
add_circle Angin kuat
add_circle Murah dan senang di pasang
add_circle Leher boleh dilaras (naik turun)
remove_circle Tiada remote control

Kipas dinding 16 inci ini mempunyai reka bentuk slim dan motor 71x16 yang cukup kuat menghasilkan angin kencang.

Selain itu, motornya boleh berpusing 180 darjah dan leher yang boleh dilaras (naik turun).

Ciri-cirinya yang lain termasuk bunyi rendah, suis tarik 3 kelajuan, 5 bilah yang berkualiti tinggi dan grill kipas diperbuat dari besi kuat untuk keselamatan pengguna.

Pasang power 1 je angin dah kuat dan sesuai digunakan di ruang tamu atau dapur.

Jadi, tidaklah panas sangat ketika memasak di dapur.

kipas khind
mulai
RM129.00
Semak Khind WF1601SE Wall Fan 16 inch harga dibawah:
add_circle 5 star energy rating
add_circle 3 pilihan kelajuan
add_circle Bunyi rendah (<60dB)
remove_circle Tiada remote control
remove_circle Sukar nk tukar mode stay or pusing

Kipas dinding Khind menggunakan motor prestasi tinggi dan menghasilkan angin yang kuat sehingga boleh menghilangkan peluh di kepala.

Bilahnya pula diperbuat dari plastik lut sinar dan bersaiz 16 inci yang tidak terlalu besar, dan tidak juga terlalu kecil.

Penggunaan kuasa rendah 35W dan aliran udara 60m3/min juga membantu penjimatan penggunaan tenaga, jadi jimat bil elektrik.

Jangan risau, keselamatan di rumah terjamin kerana kipas ini dilengkapi thermal fuse terbina dalam bagi mengelak kebakaran akibat litar pintas.

Pasang kipas pada power satu pun dah kuat dan anak-anak dapat tidur dengan selesa!


Kipas Dinding Berapa Watt?

Kipas dinding sekurang-kurangnya mengguna kuasa 45 watt untuk 8 jam sehari.

Manakala kipas dinding yang besar mungkin menggunakan lebih dari 80 hingga 100 watt.  

Namun bergantung pada jenis model, saiz dan jenama kipas dinding.


Ada Berapa Jenis Kipas Angin Dinding? 

Membezakan jenis-jenis kipas angin berdiri adalah dari segi beberapa kriteria iaitu;

  1. Saiz.
  2. Bilangan bilah.
  3. Material kipas.
  4. Penggunaan watt.
  5. Kemudahan tambahan seperti alat kawalan jauh atau tetapan masa. 

Jadi untuk anda beli kipas angin dinding yang bagus haruslah melalui dari penilaian di atas.


Cara Pilih Kipas Dinding

Kipas dinding boleh membantu mengalirkan udara segar ke seluruh bilik dan terdapat pelbagai jenis kipas dinding di pasaran. 

Jangan risau, kami akan bantu anda untuk memilih kipas dinding yang paling sesuai.

  • Ukuran kipas

Pastikan anda memilih kipas yang sesuai dengan ukuran saiz bilik di bahagian kipas akan dipasang.

Semakin besar bilik anda, semakin besar saiz kipas yang anda perlukan untuk pengaliran udara lebih efektif.

  • Kelajuan kipas

Kipas dinding biasanya memiliki beberapa kelajuan yang boleh diubah sesuai dengan keselesaan anda.

Anda boleh pilih kipas dinding dengan kelajuan yang lebih rendah untuk wujudkan suasana yang lebih tenang atau kelajuan yang lebih tinggi untuk mendinginkan ruangan bilik yang lebih besar dengan cepat.

  • Bunyi kipas

Cari kipas dinding yang tidak menghasilkan bunyi terlalu bising supaya anda boleh rehat dengan selesa di bilik tanpa gangguan.

  • Rekaan kipas dinding

Terdapat pelbagai rekaan kipas dinding yang berbeza, dari gaya tradisional hingga moden. Oleh itu, pilih kipas dinding yang sesuai dengan dekorasi rumah anda.

  • Harga

Harga adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan membeli kipas dinding.

Pilih jenama kipas yang dipercayai ramai dan mempunyai ciri tambahan seperti dipasang fius keselamatan haba, remote control, timer, lampu, jaminan, diperakui SIRIM dan lain-lain lagi.

Tapi kalau anda masih tak tahu nak pilih yang mana dan belum ada bajet, boleh juga baiki sendiri kipas dinding yang dah rosak tu.

Jom lihat cara baiki kipas dinding:


Kelebihan dan Kekurangan Kipas Dinding

Antara kelebihan kipas dinding ialah mampu menghasilkan angin dengan lebih kuat dan meluas berbanding kipas meja.

Kipas dinding membantu mengalirkan udara dan memberikan kesejukan yang lebih serata di seluruh bilik. 

Selain itu, mempunyai rekaan yang kukuh dan boleh dipasang di dinding supaya tidak mengambil ruang lantai dan sesuai digunakan dalam bilik yang sempit.

Apabila dipasang pada ketinggian yang tinggi, keselamatan kanak-kanak atau haiwan peliharaan lebih terjamin berbanding kipas meja yang biasa diletakkan di atas meja atau di lantai.

Tapi kekurangan utama kipas dinding ialah masalah pengubahsuaian arah hembusan udara.

Walaupun boleh dipusingkan pada sudut tertentu, tapi tidak fleksibel seperti kipas meja dalam mengubah arah hembusan udara.

Kipas dinding juga adalah peralatan tetap dan mungkin boleh menyukarkan anda memindahkannya ke bilik atau di bahagian ruang rumah yang lain. 


Di Mana Tempat Paling Sesuai Pasang Kipas Dinding?

Kipas dinding bukan sahaja boleh menjimatkan ruang dalam rumah anda, malah boleh juga dijadikan dekorasi rumah terutamanya kipas dinding yang cantik.

Jangan risau, ikuti sahaja tips di bawah;

  • Dekat dengan plug elektrik

Pastikan terdapat plug elektrik yang berdekatan supaya anda boleh menghidupkan atau menutup kipas dengan mudah tanpa menyentuh wayar sambungan lain.

  • Aliran udara

Sekiranya anda ingin udara mengalir dengan lebih baik, letakkan kipas dinding di tepi tingkap. Ini membantu mengeluarkan udara lama dan membolehkan udara segar masuk ke dalam bilik.

  • Elakkan halangan

Jangan letakkan kipas di tepi perabot, dekat langsir, atau barang lain yang boleh menyekat aliran udara dan bilah kipas dari bergerak bebas.

  • Ketinggian

Apa-apa pun, pertimbangkan juga keselamatan anak anda dan letakkan kipas pada ketinggian yang sesuai.

Jauhkan dari kanak-kanak kecil dan anggaran ketinggian sekurang-kurangnya 2.3 meter dari lantai.


Artikel Berkaitan

End of Article