Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Pewangi Bilik Tidur Terbaik di Malaysia 2023 (Tahan Lama)

Alami perbezaan di bilik tidur anda dengan haruman yang menyegarkan

Ruangan bilik merupakan satu kawasan privasi bagi setiap individu terutama bagi pasangan suami isteri untuk melakukan aktiviti 'sihat'.

Jadi, bau dalam bilik merupakan salah satu faktor untuk mendapatkan keselesaan bersama.

Kami juga yakin, mereka yang tidak berkahwin lagi juga ingin ruangan bilik yang wangi.

Apa kata jom kita lihat senarai 11 jenis pewangi bilik tidur terbaik yang membuatkan ruangan menjadi selesa.


Isi Kandungan


Senarai 11 Pewangi Bilik Tidur Terbaik

Pewangi bilik terbaik secara keseluruhan
Glade
Glade Scented Gel 180g
Semak Glade Scented Gel 180g harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tidak menggunakan bateri
add_circle Bau tahan agak lama
remove_circle Perlu elak dari diletakkan di tempat bersuhu tinggi

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

‘Produk terbaik daripada Glade ini pula sesuai dimiliki oleh sesiapa yang mempunyai bajet terhad untuk beli pewangi bilik. Selain harganya yang murah, saiznya juga sangat kompak,’ 

Ciri-ciri; 

Ia boleh diletakkan di mana-mana ruang yang terhad di rumah, pejabat, bilik atau kolej seperti dalam almari, laci, rak kasut dan atas meja dalam bilik tidur. Nak letak dalam kereta pun tiada masalah. 

Antara pilihan wangian yang ada ialah lemon, lavender, Morning Freshness, Ocean Escape. Tropical Blossoms, Cool Air dan Floral Perfection. Pilih sahaja bauan mana yang menjadi kegemaran anda. 

Dijamin bilik tidur akan jadi lebih wangi lepas ini. Masa berehat juga akan menjadi lebih tenang. 

Kekuatan bau wanginya juga boleh diubah dengan cara menaikkan atau menurunkan penutup bahagian atasnya. 

Review: 

‘Memang suka bauan Lavender untuk diletakkan dalam bilik. Bila letak dalam ruang yang ada aircond, lagi kuat baunya. Harga pun murah,’

Pewangi bilik jenis auto
Bliesematic Set Automatic Spra
Semak Bliesematic Set Automatic Spray harga dibawah:
add_circle Anti bakteria
add_circle Boleh refill
add_circle Jenis spray automatik
add_circle Bau segar tahan lama
remove_circle Harga agak mahal

Sekiranya anda sedang mencari pewangi bilik yang mudah digunakan, produk jenama Bliese ini merupakan pilihan tepat kerana jenis semburan automatik. 

Jadi, tak perlu susah-susah spray secara manual setiap kali ada bau yang kurang menyenangkan dalam bilik. 

Terdapat beberapa jenis haruman, antaranya Tropical Spa iaitu bau campuran floral dan buah sitrus yang akan menenangkan minda dan tidur juga akan jadi lebih lena. 

Selain itu, ada juga pilihan wangian Vanilla Bouquet (ekstrak vanila dan bunga melur), Fairy Breezy (campuran bunga lili dan jasmin) dan Cherry Blossom. 

Paling best, pewangi ini turut diformulasikan dengan aromaterapi yang akan memberikan ketenangan dalam rumah anda.

Jangan risau, pewangi ini tahan lama ia hingga 3000 semburan iaitu kira-kira 60 hari.

Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Air Refreshener
Semak Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Air Refreshener harga dibawah:
add_circle Rekaan cantik
add_circle Sembur secara automatik
add_circle Meneutralkan bau yang tak menyenangkan
remove_circle Perlu refill

Kebanyakan pewangi tidak bertahan lama namun pewangi dari Air Wick ini mampu bertahan sehingga 60 hari. 

Mempunyai beberapa pilihan wangian yang boleh anda pilih, antaranya citrus, Aqua Floral, Cherry Blossom, Lavender dan Fresh Water. 

Menariknya lagi, kekuatan bau wangiannya boleh diubah mengikut keperluan dari tahap rendah ke tahap tinggi. 

Kalau bilik berbau makanan sebab makan dalam ruang tersebut, boleh lah set bau ke tahap yang paling kuat agar bau tidak menyenangkan tersebut cepat hilang. 

Boleh letakkan pewangi automatik ini di atas rak, kabinet atau almari. Nak gantung pada dinding atau letakkan di dalam tandas dan ruang tamu juga boleh.

Pewangi untuk bilik tidur anak
Natural Healing Room Spray & Linen Spray
Semak Natural Healing Room Spray & Linen Spray harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan sakit atau pening kepala
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Tahan lama
add_circle Nyah bau busuk
remove_circle Hanya 100ml sahaja

Untuk ibu bapa yang inginkan pewangi bilik yang selamat digunakan untuk bilik tidur anak, kami sarankan produk Natural Healing.

Ini kerana selamat untuk kanak-kanak. Jadi, anda boleh sembur pewangi ini seluruh kawasan rumah. 

Kalau nak wangikan almari baju dengan pewangi ini juga tiada masalah. 

Bukan itu sahaja, produk beraroma ini juga boleh disembur untuk hilangkan bau yang tidak menyenangkan pada permaidani, tuala, langsir, cadar atau mana-mana fabrik. 

Terdapat beberapa wangian segar yang boleh dipilih iaitu English Pear & Freesia, French Lime Blossom dan Aesop’s Tacit. 

Untuk pastikan bau wangi lagi kuat, anda digalakkan untuk semburkan pewangi ini dalam ruang atau bilik yang ada aircond.

Pewangi bilik jenis gel
Aerofume Scented Gel Air Freshener
Semak Aerofume Scented Gel Air Freshener harga dibawah:
add_circle Tahan hingga 7 minggu
add_circle Selamat untuk kanak-kanak & bayi
add_circle Tiada bahan toksik
remove_circle Hanya ada 4 pilihan wangian

Bagi anda yang mencari pewangi bilik jenis gel, boleh cuba gel haruman dari Aerofume.

Bukan sahaja dapat mengharumkan bilik namun dengan pilihan wangian serai, dapat mengurangkan kehadiran nyamuk dalam bilik. 

Barulah tidur akan jadi lebih nyenyak dan selesa tanpa gigitan nyamuk. 

Selain itu, terdapat juga pilihan wangian lain seperti Aqua Flora, Lavender dan Rose.

Semua bauan ini telah diformulasikan dengan minyak pati semula jadi dan sesuai diletakkan di dalam kereta, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan rak kasut. 

Kekuatan bau pewangi juga boleh diubah ikut keperluan harian anda. Bagus kan?

Pewangi diffuser
Lovely Lace
Semak LOVELY LACE Scents Reed Diffuser harga dibawah:
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Boleh juga diletakkan dalam tandas
add_circle Mewangikan bilik tidur
remove_circle Harga mahal

Sesekali apa salahnya berbelanja lebih untuk dapatkan pewangi rumah yang berjenama dan bagus kan? 

Kalau ada bajet ekstra, anda boleh dapatkan diffuser dari Lovely Lace ini. 

Setiap pembelian anda akan dapat kuantiti sebanyak 200ml dan mampu bertahan selama 2-3 bulan.

Sesuai diletakkan di mana-mana ruang seperti ruang tamu, dapur dan pejabat. 

Apa yang menariknya, selamat digunakan kerana tiada risiko kebakaran seperti pewangi jenis lilin. 

Direka dalam bekas kaca yang sangat cantik sekali gus boleh dijadikan sebagai hiasan rumah dan bilik. 

Terdapat 9 pilihan bauan harum yang boleh dipilih, antaranya Teddy Hug, Rose, Oriental Forest, Ocean Breeze dan Lavender. 

Biarkan pewangi ini dalam ruangan di rumah selama 12-24 jam untuk dapatkan bau yang harum maksima.

Lampu Cherita Scented Candle (Homemade Malaysia Product)
Semak Lampu Cherita Scented Candle (Homemade Malaysia Product) harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Sumbu diperbuat daripada kapas
add_circle Tanpa pewarna
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Kurang sesuai untuk bilik bersaiz besar

Keletihan selepas pulang dari tempat kerja akan hilang serta merta dengan nyalaan lilin wangi Lampu Cherita ini. 

Memang patut dimiliki oleh anda yang sibuk bekerja atau belajar kerana bau wangian pandannya boleh menenangkan. 

Diperbuat daripada 100% lilin berasaskan soya, produk ini juga bebas daripada bahan phthalate yang bahaya untuk kesihatan. 

Selain itu, waktu pembakaran lilin ialah antara 50-70 jam. Namun, diingatkan untuk tidak menyalakannya melebihi 4 jam dalam satu-satu masa. 

Terdapat banyak pilihan bauan unik lain selain pandan, antaranya Gardenia, Milky Almond, Coffee, Sea Salt, Green Tea dan banyak lagi. 

Pengguna juga perlu sentiasa mengawasi lilin jika sedang dinyalakan agar tidak berlaku sebarang kejadian buruk seperti kebakaran.

Untuk keselamatan gunakan candle warmer.

Kandle Kandle 110g Travel Size Scented Candle
Semak Kandle Kandle 110g Travel Size Scented Candle harga dibawah:
add_circle Sumbu jenis kayu
add_circle Masa pembakaran hingga 12 jam
add_circle Boleh juga letak dalam bilik air
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Perlu sentiasa diawasi

Terdapat pelbagai pilihan bauan yang wangi seperti Bergamot Cedar Wood, Rose Honey Comb, Lavender dan Lime.

Pewangi lilin Kandle Kandle ini seusia untuk mereka yang gemarkan scented candle

Diperbuat daripada lilin soya dan beratnya pula hanyalah 110g, jadi mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Malah, sesuai juga untuk dijadikan hadiah untuk kawan atau ibu bapa. 

Mempunyai penutup yang diperbuat daripada aluminium, jadi anda boleh tutupnya apabila tak digunakan, barulah tak kotor atau berdebu. 

Sesuai diletakkan di dalam bilik tidur bersaiz kecil dan di atas meja kerja terutamanya untuk anda yang bekerja dari rumah.

Farcent Scented Gel Diamond Air Freshener
Semak Farcent Scented Gel Diamond Air Freshener harga dibawah:
add_circle Boleh letak dalam kereta juga
add_circle Saiz kecil, mudah dipindahkan
add_circle Tahan 2-6 minggu
remove_circle Rekaan kurang menarik
remove_circle Bau mungkin tak begitu kuat

Bajet anda terhad untuk beli pewangi bilik berjenama? Usah risau, cuba dapatkan pewangi bilik tidur jenis gel yang dikeluarkan oleh Farcent ni. 

Terdapat beberapa pilihan haruman menarik yang boleh dipilih seperti arang, oren, buah pic, lavender dan lemon. 

Bukan sahaja dapay menyegarkan bau bilik, malah selamat digunakan kerana telah mendapat perakuan antarabangsa daripada International Fragrance Association. 

Pewangi 70g ini sesuai diletakkan di mana-mana sahaja termasuklah di bilik tidur, ruang tamu, bilik belajar, tandas dan rak kasut. 

Barulah bau kepam stokin akan diganti dengan bau harum pewangi Farcent.

Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla (275g)
Semak Ambi Pur Effects Air Freshener Aerosol Lavender Vanilla (275g) harga dibawah:
add_circle Menyegarkan bau kediaman & bilik
add_circle Boleh guna untuk dapur
add_circle Harga masih mampu milik
add_circle Bau campuran lavender & vanila
remove_circle Pilihan bauan terhad
remove_circle Jangan letak di tempat bersuhu tinggi

Memandangkan bilik tidur merupakan sebuah ruangan peribadi untuk kita berehat, mestilah kita tak mahu ada gangguan bau yang tidak menyenangkan

Kalau boleh, bau harum untuk dapatkan tidur yang berkualiti. 

Jadi, penyembur wangian Ambi Pur adalah pilihan yang tepat kerana diperbuat daripada teknologi Air Effects’ OdorClear yang akan menyingkirkan sebarang bau busuk dalam bilik. 

Hasilnya, bau wangi dan bau busuk tidak akan bercampur dan ia tidak akan memeningkan kepala. 

Bagusnya lagi, pewangi Ambi Pur ini boleh disembur di mana-mana sahaja untuk membuat tempat itu berbau harum.

Semak Air Wick Essential Mist Diffuser Starter Kit - Mandarin & Sweet Tangerine harga dibawah:
add_circle Tanpa wayar
add_circle Rekaan sleek & moden
add_circle Sesuai sebagai dekorasi
add_circle Sembur secara automatik
remove_circle Perlu refill
remove_circle Harga agak mahal

Bangkitkan mood yang menyegarkan dalam kamar tidur dengan menggunakan pewangi Air Wick.

Jika anda gunakan pewangi ini, pewangi ini akan menukarkan minyak pati semula jadi menjadi kabus seakan wap.

Sangat mudah dipasang kerana menggunakan bateri yang boleh bertahan hingga 135 hari jika ia diset pada tetapan paling rendah. 

Ciri yang paling menarik ialah pengguna boleh adjust intensiti keharuman mengikut keperluan dan bau wanginya pula tahan lama hingga 45 hari. 

Produk ini sesuai jika diletakkan di atas meja konsol ruang tamu, di dapur atau di tempat belajar. 

Anak-anak pun pasti dapat fokus dengan baik ketika ulang kaji sebab tiada lagi gangguan bau busuk di persekitaran mereka.


Boleh Tak Pewangi Hilangkan Bau Busuk Dalam Bilik Tidur? 

Fungsi utama pewangi bilik adalah untuk mengharumkan bilik terutama bilik yang mengeluarkan bau stor, perabot atau masam.

Tapi jika bilik anda terdapat bau yang tidak menyenangkan seperti bau bangkai haiwan, pewangi bilik tidak mampu untuk menghilangkan bau tersebut sepenuhnya.

Untuk menghilangkan bau busuk tersebut, anda perlu cari puncanya dan buang bangkai itu  terlebih dahulu.

Bersihkan tempat yang kotor dan kemudian, barulah anda boleh gunakan pewangi bilik untuk mewangikan semula ruang bilik. 

Apa pun, jom kita lihat video ini untuk mengetahui cara hilangkan bau busuk dengan menggunakan cara DIY.


Cara Guna Pewangi Bilik

Pewangi bilik mempunyai pelbagai bentuk. Ada yang jenis spray, gel atau bentuk lilin. 

Cara menggunakan semua jenis pewangi ini sangat mudah. Jika pewangi jenis spray, anda hanya perlu sembur pewangi itu ke ruang udara bilik tidur. 

Jika pewangi bilik jenis gel pula, anda perlu tarik penutup bekas pewangi tersebut hingga ke atas kemudian, bau wangi akan merebak ke ruang udara bilik. 

Manakala, untuk pewangi jenis lilin, hanya perlu nyalakannya seperti anda nyalakan lilin biasa. 

Cuma, pewangi bilik jenis ini lebih sesuai digunakan di ruangan yang ada aircond kerana baunya akan jadi lebih kuat. 


Adakah pewangi lilin bersifat toksik? 

Sebuah kajian telah dilakukan oleh European Candle Association pada 2007 di mana mereka memeriksa lilin untuk mengetahui adakah kandungan bahan kimia beracun di dalamnya. 

Pada akhir kajian, mereka mendapati lilin-lilin berkenaan melepaskan bahan kimia pada tahap yang selamat apabila dibakar. 

Cuma, selagi ia digunakan dalam kuantiti yang sederhana, lilin terbabit tidak akan membahayakan kesihatan kita. 

Namun, lebih baik kalau anda guna lilin yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti lilin soya, lilin kelapa, lilin lebah dan lilin kelapa sawit.

Ini kerana tidak melepaskan bahan kimia bahaya dalam jumlah yang banyak. 


Artikel Berkaitan

End of Article