Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Jenama Cadar Terbaik di Malaysia 2024 (Single,Queen,King)

Kain cadar yang lembut dan berkualiti tinggi buat tidur lebih lena!

Selain daripada tilam yang empuk, kain cadar cantik juga penting untuk keselesaan tidur sepanjang malam.

Bukan apa, bayangkan kalau tersalah pilih kain cadar katil yang nipis dan panas, pasti mengganggu waktu tidur anda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis kain dan brand cadar berbeza yang mungkin ada yang masih keliru dan tidak tahu.

Untuk pengetahuan, kain cadar berkualiti sebenarnya mempunyai kategori tersendiri dan semestinya kita mahukan cadar terbaik seperti katil hotel.

Anda perlu tahu thread count, jenis fabrik, ketebalan, warna dan juga corak yang sesuai dengan katil dan saiz bilik anda.

Paling penting, pastikan anda mengambil ukuran cadar katil anda terlebih dahulu sebelum membeli cadar katil online.

Berikut beberapa pilihan jenama cadar terbaik, cadar cantik atau set cadar dan comforter yang terbaik untuk anda mengikut saiz katil.


Senarai 15 Jenama Cadar Terbaik & Berkualiti

Cadar terbaik secara keseluruhan
Winny Benevolence Bamboo Quilt Cover Set-850TC
mulai
RM307.38
Semak Winny Benevolence Bamboo Quilt Cover Set-850TC harga dibawah:
add_circle Material buluh (sejuk)
add_circle 850 thread count
add_circle 43 cm deep pocket
add_circle Pilihan corak yang menarik
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Antara jenama cadar terbaik di pasaran, Winny kerana mempunyai pelbagai pilihan cadar untuk pembeli sesuaikan dengan kemahuan citarasa masing-masing.

Ciri-ciri:

Cadar kain sejuk ini diperbuat dari 100% buluh sekaligus menjadikan ciri cadar ini tahan lasak dan lembut.

Jangan risau, sangat bagus untuk membasmi anti bakteria atau menghalang sebarang pembiakan hama. 

Tidur malam anda jadi lebih selesa, nyenyak dan baik menyerap lembapan seperti peluh malam ketika cuaca panas. 

Kelembutan cadar ini juga dari kuantiti count thread yang cukup kuat sehingga 850 kali jerutan. 

Winny menyediakan lima pilihan corak cadar serta 3 saiz tilam iaitu super single, queen dan king.  

Review:

“Cadar memang lembut, berkualiti, mudah dibasuh dan buat tidur lebih nyenyak.”

mulai
RM309.00
Semak Kapas Living Luxury Bedsheet Sets Kapas Sheets 400TC harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle 100% kapas semulajadi yang panjang
add_circle Mempunyai butang
add_circle 400 thread count
add_circle 40 cm deep pocket
remove_circle Tidak bercorak
remove_circle Harga mahal

Jenama cadar kapas yang paling terbaik iaitu menampilkan material cadar 100% dari kapas yang lebih panjang dan benang yang halus. 

Cadar dari Kapas Living memberi aura mewah dan keselesaan berpanjangan pada pengguna. 

Untuk pilihan warna kebanyakannya banyak warna lembut dan rekaan corak yang moden. 

Berbeza dengan jenama cadar yang lain, jenama Kapas menyediakan butang, tali getah dan label ukuran untuk memastikan cadar dipasang dengan baik dan kemas pada katil. 

Walaupun hanya menggunakan 400 thread count tapi boleh dikatakan mempunyai kualiti yang bagus.

Selain itu, cadar ini mempunyai keseimbangan kiraan benang supaya fabrik cadar tahan lasak. 

Tekstur akhir cadar ini pula menggunakan anyaman satin (sateen weave) bagi menyerlahkan lagi kelembutan cadar. 

mulai
RM189.00
Semak Ai by Akemi Colourkissed Ultra Soft Comforter 5pcs Set harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle Lembut seperti sutera
add_circle 620 thread count
add_circle 38 cm deep pocket
remove_circle Tiada corak

Cadar Ai by Akemi ini jenis fitted bed sheet lebih mudah dipasang dan terletak kemas sepanjang hari. 

Jika anda ingin cadar yang selesa, mudah dibasuh dan tidak mudah tertanggal, kami syorkan koleksi Colourkissed dari Ai by Akemi ini.

Diperbuat 100% MicroXT Solid Emboss yang terasa lembut pada kulit, selesa seperti kain kapas dan warna cadar ini tidak mudah luntur. 

Manakala, jumlah jerutan benang atau thread count sebanyak 620 kali. Sudah tentu memberi rasa fabrik yang lembut, tidak jarang dan tahan lama. 

Anda boleh pilih saiz super single, queen dan king untuk tilam anda. 

Malah, terdapat pelbagai koleksi lebih warna cadar yang cantik sesuai untuk mereka yang idamkan mood bilik minimalis. 

KUN 12 Colors Premium Fitted Bed Sheet
mulai
RM12.60
Semak KUN 12 Colors Premium Fitted Bed Sheet harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Fitted bed sheet
add_circle 12 warna pilihan
add_circle 26 cm deep pocket
remove_circle Tidak termasuk alas bantal
remove_circle Tiada info tentang jumlah thread count

Cadar katil jenama KUN ini yang paling murah dan banyak di beli oleh pengguna Lazada dan Shopee. 

Biarpun dijual pada harga yang rendah, kualiti kain cadar tetap terasa premium kerana anti-hama, sejuk, menyerap lembapan dan fabrik teguh. 

Terdapat pelbagai pilihan warna dari terang hingga gelap dan sangat sesuai untuk dipasang samada bilik keluarga atau bilik tetamu. 

Review dari pembeli sangat berpuas hati dengan cadar KUN, ada yang menyatakan cadar mudah menyerap peluh ketika tidur.

Ukuran cadar yang sesuai untuk tilam nipis dan sederhana, jadi anda boleh sesuaikannya dengan katil anda dan anak di rumah.

Akemi Cotton Select - Adore Quilt Cover Set 730TC
mulai
RM195.00
Semak Akemi Cotton Select Adore Quilt Cover Set 730TC harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle 100% Cotton twill
add_circle 730 thread count
add_circle 38 cm deep pocket
add_circle Bercorak

Inilah cadar bestseller dari Akemi yang mudah dipasang pada tilam kerana ia jenis fitted bed sheet, jadi anda akan lebih mudah menukar cadar setiap minggu.

Para pembeli cukup berpuas hati dengan kelembutan kain cadar yang diperbuat dari 100% cotton twill dimana bahagian jahitan sangat kemas. 

Tambah pula mempunyai ciri 730 thread count yang mana kain cadar tetap sama walaupun dibasuh banyak kali. 

Corak dan warna cadar bermotifkan bunga-bunga dan saiz cadar sesuai untuk semua golongan yang sudah berkahwin atau tidak.

Jangan risau, tersedia dalam saiz super single, queen dan king.

Anda hanya perlu pastikan pilih cadar berukuran tepat sahaja!

Jean Perry Ann Taylor Colour Inspiration 5-IN-1 King Comforter + Fitted Bedsheet Set.jpg
mulai
RM175.00
Semak Jean Perry Ann Taylor Colour Inspiration 4-IN-1 harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle Material dari super soft yarn
add_circle 620 thread count
add_circle 40 cm deep pocket
add_circle Lengkap bersama alas bantal peluk & alas selimut
add_circle Set cadar bersama comforter
remove_circle Tidak bercorak

Tercari cadar yang mudah pasang, selesa dan cantik untuk tilam saiz king anda? 

Boleh pilih set cadar dari koleksi Ann Taylor Colour dari jenama Jean Perry yang lengkap bersama alas bantal peluk, quilt dan satu helai comforter sama saiz. 

Fabrik cadar halus pada kulit diperbuat dari super soft yarn iaitu campuran 50% merino wool dan 50% shetland wool. 

Bagi anda yang mempunyai tilam yang tebal dan besar, jangan risau, ukuran 40 cm cadar Ann Taylor sudah memadai.

Turur mempunyai getah pada cadar untuk memastikan cadar sentiasa kemas dan terlihat tegang walaupun selepas baring. 

Harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan dengan kualiti fabrik dan saiz. 

mulai
RM359.70
Semak Jean Perry Coray Queen 5-IN-1 Quilt Cover + Bedsheet Fitted Set harga dibawah:
add_circle 100% Combed cotton sateen
add_circle 900 thread count
add_circle 40 cm deep pocket
add_circle Lengkap bersama alas bantal peluk & alas selimut
remove_circle Corak kurang menarik
remove_circle Harga mahal

Jenama cadar Jean Perry tidak asing lagi dalam memberi kualiti dan pelbagai pilihan kelengkapan bilik tidur. 

Buat anda yang mencari set cadar katil queen yang lengkap, kami cadangkan dari koleksi Jean Perry Coray Queen.

Setiap pembelian, anda akan dapat lima set cadar, alas bantal dan siap ada alas cadar untuk bantal peluk kesayangan anda dan selimut! 

Walaupun pilihan corak cadar ini agak biasa tapi masih mempunyai warna yang cantik dan sesuai untuk gaya bilik tidur mewah. 

Kuantiti thread count sehingga 900 kali sudah memberi jaminan, cadar ini cukup tahan lasak dan boleh dipakai bertahun-tahun.

Ikea Dvala Fitted Sheet 100% Cotton
mulai
RM26.90
Semak Ikea Dvala Fitted Sheet 100% Cotton harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle 100% cotton
add_circle Harga murah
add_circle 26 cm deep pocket
remove_circle Tidak termasuk alas bantal
remove_circle 152 thread count

Peminat kelengkapan barang rumah Ikea boleh pilih cadar best dari koleksi Dvala ini. 

Cadar ini 100% cotton yang memiliki ciri sejuk dan jenis cadar fitted lengkap bersama getah di setiap penjuru bagi memudahkan dipasang pada tilam single anda. 

Walau hanya 152 thread count tapi cadar ini tetap lembut dan selesa kerana material yang digunakan sepenuhnya dari kapas. 

Sesuai dengan saiz tilam yang nipis 26 cm dan terdapat juga untuk ukuran tilam queen dan king.  

Selain itu, terdapat variasi warna lembut dan pastel yang boleh dipilih.

Kalau tidak sempat ke Ikea, anda boleh dapatkan terus di Lazada atau Shopee.

Cadar Bestseller 12 inch Cadar Hotel Putih
mulai
RM30.00
Semak Cadar Bestseller 12 inch Cadar Hotel Putih harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet / Flat sheet
add_circle Ada saiz super single, single, queen, king & super king
add_circle Material cotton
add_circle 12 inci deep pocket
remove_circle Tidak termasuk sarung bantal
remove_circle Tiada info tentang jumlah thread count

Pilihan cadar putih dari cadar bestseller di Lazada dan Shopee ini menjadi tumpuan ramai. 

Cadar ini menjadi pilihan ramai kerana menyediakan harga berpatutan dengan kualiti yang bagus. 

Selain itu, warna putih cadar ini seolah-olah seperti di bilik hotel mewah dan mempunyai garisan jalur yang memberi aura ‘mahal’. 

Material cadar dari cotton dapat menyerap kelembapan seperti peluh ketika tidur dan tidak mengakibatkan rasa rimas walaupun pada cuaca panas. 

Anda boleh pilih jenis cadar samada fitted bed sheet atau flat sheet mengikut minat masing-masing. 

Review cadar putih ini sangat positif, ada yang menyatakan cadarnya lembut, tidak merengsakan kulit dan tidur jadi lebih selesa.

Hooga Roshead Fitted Sheet 930TC
mulai
RM191.20
Semak Hooga Roshead Fitted Sheet 930TC harga dibawah:
add_circle 100% Tencel Lyocell
add_circle 930 thread count
add_circle Lengkap bersama alas bantal peluk & alas selimut
add_circle Warna mewah
remove_circle Tidak bercorak
remove_circle Tiada untuk saiz single

Senang kalau dapat set cadar yang tersedia dengan alas bantal peluk dan selimut, anda boleh dapatkan set cadar Hooga ini!

Tambah pula koleksi Roshead membawa lapan warna mewah dan minimalis sesuai untuk anak-anak gadis yang sukakan nilai estetika.

Material cadar ialah 100% tencel lyocell merupakan fabrik campuran rayon yang memberi kesan jatuhan yang bagus. 

Malah cadar ini juga tidak mudah renyuk, mudah menyerap lembapan dan paling menarik dapat menjadikan warna fabrik lebih tahan lama. 

set cadar katil pengantin
mulai
RM24.00
Semak Set Cadar Pengantin Beropol Set 4 IN 1 harga dibawah:
add_circle Kelihatan eksklusif dan elegan
add_circle Warna tidak mudah luntur
add_circle Tak berbulu
remove_circle Kain licin

Jika anda sedang mencari cadar untuk katil pengantin dengan harga berpatutan, ini pilihan cadar terbaik untuk anda.

Terdapat dalam pelbagai warna yang menarik seperti pink, green, cream, purple, blue, jade, putih, dan warna terbaru dusty pink.

Bukan itu sahaja, warna cadar juga tidak mudah luntur, tidak mudah berbulu dan kain juga sangat sejuk membuatkan anda boleh tidur dengan lebih selesa tanpa rasa gatal.

Cadar pengantin ini juga tidak mudah renyuk ketika duduk atau tidur, jadi katil anda kelihatan kemas dan cantik terletak elok diatas katil.

Setiap sudut pada cadar pengantin ini juga mempunyai getah dan dihiasi sulaman serta renda yang cantik.

Apa yang menarik tentang Set Cadar Perkahwinan ini ialah anda boleh request kad ucapan, jadi hadiah lebih istimewa dan bermakna.

Selain majlis perkahwinan, anda boleh gunakan cadar ini untuk majlis pertunangan atau kegunaan harian kerana material yang sejuk dan selesa.

cadar kotak-kotak
mulai
RM50.00
Semak Checkerboard 4in1 Queen King3in1 Single Bedding Bed Sheet harga dibawah:
add_circle Corak menarik
add_circle Warna tidak mudah luntur
remove_circle Tiada getah

Sekiranya anda ingin memberikan suasana baru dan kelainan pada bilik tidur anda, dapatkan cadar dengan corak 'checkerboard' ini.

Kain polyester yang digunakan dalam pembuatan cadar ini sangat berkualiti tinggi dan tahan lasak. 

Bukan itu sahaja, pemilihan corak cadar ini akan memberikan dekorasi yang moden dan menarik serta memberikan keselesaan yang optimum semasa tidur.

Anda boleh memilih antara warna merah jambu, ungu, biru atau hitam yang sesuai dengan bilik anda.

Corak pada cadar ini juga memberikan kesan unik yang tiada pada cadar biasa lain.

mulai
RM200.00
Semak WindSing Waffle Weave Bed Sheet Set Cadar 4 in 1 harga dibawah:
add_circle Tak panas
add_circle Nampak premium
remove_circle Kain sedikit nipis

Nak cari cadar trending dan ala-ala hotel 5 bintang? Apa kata anda beli cadar ini!

Bukan sahaja mempunyai design waffle yang menarik, malah cadar ini juga mempunyai hiasan label dan zip di sisi. 

Terdapat dalam beberapa warna menarik seperti hijau, biru, merah jambu, coklat, putih, kelabu, dan coklat untuk anda pilih.

Walaupun cadar ini diperbuat dari cotton, anda tidak akan mudah berpeluh pada waktu malam kerana kainnya ini sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Dengan harga yang ditawarkan, anda akan dapat cadar yang nampak 'premium' dan berkualiti untuk buatkan bilik tidur anda lebih selesa.

Cadar untuk homestay
Studio One
Studio One Alvora Fitted Sheet Set 4 in 1
mulai
RM70.00
Semak Studio One Alvora Fitted Sheet Set 4 in 1 harga dibawah:
add_circle Fitted bed sheet
add_circle 600 thread count
add_circle 38cm deep pocket

Selesa, lembut dan mudah dipasang mungkin ciri-ciri standard bagi sesuatu cadar, tetapi selalukah anda dengar cadar yang baik untuk kesihatan?

Perkenalkan cadar 4 dalam 1 berjenama Studio One Alvora, cadar yang mengenakan ciri-ciri unik yang dipanggil MozzieShield. 

MozzieShield ini berfungsi menghalang pepijat dan kutu-kutu jahat daripada membiak di tilam anda, memberikan perlindungan berpanjangan di samping memberikan jaminan keselesaan. 

Ini turut membuatkan ia tahan lebih lama, tambah-tambah lagi apabila ia dilengkapi dengan fabrik MicroXT Solid Emboss yang tidak mudah memudarkan warna cadar. 

Begitu juga dengan teknologi Cloud Plush yang membantu mengekalkan bentuk cadar walaupun anda telah menggunakannya berkali-kali. 

Memang sangat sesuai digunakan sekiranya anda ada buat homestay dan mahu memastikan pelanggan anda tidur dengan selesa.

AKEMI Cotton Essentials Jovial Kids Fitted Bed Sheet
mulai
RM75.00
Semak AKEMI Cotton Essentials Jovial Kids Fitted Bed Sheet harga dibawah:
add_circle 100% diperbuat daripada kapas
add_circle 650 thread count
add_circle 25cm deep pocket

Hendak cari cadar kanak-kanak memang senang tetapi untuk keselesaan mereka baiklah anda dapatkan cadar daripada Akemi ini.

Diperbuat daripada kapas sepenuhnya, cadar ini bukan sahaja akan membuatkan anak anda tidur lena malah juga senang dibasuh dan tahan lasak.

Kedua-dua ciri ini penting kerana anda tidak tahu bila anak-anak anda akan menumpahkan sesuatu atau mengotorkan tilam apabila anda tiada di rumah. 

Selain hasil pembuatannya yang baik, ia juga datang dengan pelbagai corak kartun yang bakal menarik perhatian si kecil. 

Jika anda mahu dapatkannya untuk seluruh keluarga pun boleh kerana selain set single, ia juga datang dengan set queen dan king

Harganya mungkin sedikit mahal tetapi bak kata orang biarlah berbelanja lebih asalkan puas berbelanja dan terjamin kualitinya. 

Gambar Produk
Nama Produk Winny Bevolence Bamboo Quilt Cover Set-850TC Kapas Living Luxury Bedsheets Sets Kapas Sheets 400TC Ai by Akemi Colourkissed Ultra Soft Comforter 5pcs Set KUN 12 Colors Premium Fitted Bed Sheet Akemi Cotton Select Adore Quilt Cove Set 730TC Jean Perry Ann Taylor Colour Inspiration 5-IN-1 Jean Perry Coray Queen 5-IN-1 Quilt Cover + Bedsheet Fitted Sheet Ikea Dvala Fitted Sheet Cadar Bestseller 12 inch Cadar Hotel Putih Hooga Roshead Fitted Sheet 930TC Set Cadar Pengantin Beropol Set 4 IN 1 Checkerboard 4in1 Queen King3in1 Single Bedding Bed Sheet WindSing Waffle Weave Bed Sheet Set Cadar 4 in 1 Studio One Alvora Fitted Sheet Set 4 in 1 AKEMI Cotton Essentials Jovial Kids Fitted Bed Sheet
Keutamaan Cadar terbaik secara keseluruhan Cadar cotton Fitted Bed Sheet Cadar murah Cadar bestseller Cadar katil king Cadar katil queen Cadar single bed Cadar putih Set cadar Set cadar Set cadar Set cadar Set cadar 4 in 1 Set cadar
Bahan Buluh Satin Buluh Satin Kapas Benang Satin Kapas Kapas Tencel Lyocell n/a Polyester Cotton MicroXT Cotton Essentials
Saiz Super Single, Queen, King Super Single, Queen, King, Super King Super Single, Queen, King Super Single, Single, Queen, King Super Single, Queen, King King Queen Single, Queen, King Super Single, Single, Queen, King, Super King Super Single, Queen, King Queen, King Single, Super Single, Queen, King Single, Queen, King Super single, Queen, King Super single, Queen, King
Kiraan benang 850 kali 400 kali 620 kali n/a 730 kali 620 kali 900 kali 152 kali n/a 930 kali n/a n/a n/a 600 650
Jenis cadar Cadar kain Cadar kapas Cadar mikrofiber n/a Cadar kapas n/a n/a n/a n/a Cadar kain n/a Polyester Cadar kapas Cadar MicroXT Cadar kapas
Link Produk

Lazada

Shopee

Shopee

Lazada

Shopee


Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee

Shopee

Lazada

Shopee

Lazada

Shopee


Ada Berapa Banyak Jenis Cadar?

Terdapat banyak jenis kain cadar yang dijual di pasaran, jadi anda boleh pilih dari segi material, harga, rekaan mahupun saiz. 

Namun apa yang paling penting ketika membeli cadar adalah jenis material yang digunakan kerana akan memberi kesan pada kulit dan kitaran tidur anda. 

Nak tahu jenis cadar apa yang ada, jom baca info ringkas dibawah;

  • Cadar cotton / kapas

Merupakan material paling popular untuk segala jenis kelengkapan rumah. 

Dengan penggunaan cadar kapas sememangnya memberi keselesaan yang berpanjangan dan baik pada kulit. 

Cuma bergantung pada jenis atau gred kapas digunakan.

Dinasihatkan sebaiknya pilih saiz kapas yang panjang dan berkualiti walaupun dijual pada harga yang mahal. 

Bukan apa bagi cadar kapas yang murah sudah tentu menggunakan kualiti kapas yang sederhana. 

  • Cadar linen

Cadar dari linen sedikit tebal dari cadar material yang lain kerana dapat memberi tekstur mewah, berat dan besar. 

Cukup sekadar 200 thread count, cadar linen sudah dianggap bagus dan berbaloi untuk dimiliki. 

  • Cadar flanel

Merupakan dari material kapas yang telah dipotong halus. 

Proses ini bagi memberi tekstur fabrik yang lebih lembut dan dapat merangkap suhu badan.

Cadar flanel sangat sesuai dipakai ketika musim sejuk dan boleh bertahan sehingga 10 tahun bergantung pada kualiti dan jenama cadar tersebut. 

  • Cadar satin

Diperbuat dari buluh, rayon, kapas atau apa sahaja campuran yang berbeza kerana fabrik satin merujuk jalinan benang yang dirajut secara menegak sehingga menghasilkan tekstur fabrik yang lembut dan kebiasaannya berkilat. 

  • Cadar poliester

Merupakan fabrik sintetik dari bahan petroleum yang mungkin memberi ketidakselesaan pada kulit terutamanya ketika berpeluh. 

Namun merupakan sebuah cadar yang sangat murah dan sesuai untuk yang mempunyai bajet terhad untuk membeli cadar. 

  • Cadar mikrofiber

Fabrik yang diperbuat dari potongan poliester yang kemudian ditenun halus dan bergantung pada harga, anda boleh dapatkan cadar mikrofiber yang lembut. 

Bagaimanapun, cadar ini kurang sesuai untuk cuaca panas kerana tidak boleh menyerap peluh dan lembapan. 

  • Cadar sutera

Cadar yang paling terbaik ialah dari material sutera kerana mempunyai tekstur yang lembut, licin dan paling sesuai untuk kulit sensitif.

Merupakan cadar yang paling mahal tapi sangat tahan lama kerana 100% dari organik dari ulat sutera.  

  • Cadar buluh

Cadar jenis ini merupakan alternatif lain untuk mendapatkan tekstur sama seperti sutera.

Gentian buluh menjadikan fabrik lembut, bernafas dan juga anti-bakteria. 

  • Cadar lyocell

Fabrik jenis rayon dihasilkan dari gentian tumbuhan dan merupakan cadar yang selesa dan dijual pada harga cukup berpatutan. 


Beza Single Dan Super Single?

Jika anda pernah membeli-belah untuk katil atau cadar baru, anda mungkin pernah terdengar istilah "single" dan "super single".

Cadar single adalah lebih kecil dan sesuai untuk digunakan untuk seorang individu, manakala cadar super single pula lebih besar dan sesuai untuk digunakan oleh dua orang.

Selain dari saiznya, cadar single juga lebih mudah untuk dibawa kemana-mana dan lebih sesuai untuk digunakan di dalam bilik yang lebih kecil.

Cadar super single pula lebih sesuai untuk digunakan di dalam bilik yang lebih besar atau untuk digunakan sebagai cadar tambahan.

Jadi, jika anda memerlukan cadar yang lebih kecil dan mudah dibawa kemana-mana, maka cadar single pilihan yang terbaik untuk anda.

Tapi, jika anda memerlukan cadar yang lebih besar atau ingin mempunyai cadar tambahan untuk anak-anak atau pasangan anda, maka cadar super single mungkin lebih sesuai untuk keperluan anda.


Warna Cadar Yang Bagus?

Warna cadar yang bagus dapat menambah suasana yang menyenangkan di rumah anda.

Tapi, tahukah anda bahawa warna cadar yang dipilih juga dapat mempengaruhi mood anda?

Warna hijau dan biru merupakan pilihan yang baik untuk cadar anda kerana warna tersebut dikaitkan dengan kedamaian dan ketenangan, sehingga dapat menciptakan suasana yang tenang di rumah anda.

Warna ini juga dapat membantu anda merasa lebih segar dan bahagia. Tapi, tidak semua orang sesuai dengan warna hijau atau biru.

Jika anda merasa lebih sesuai dengan warna yang lebih cerah, pilih warna kuning atau merah.

Warna kuning dapat memberikan kesan yang ceria dan menyenangkan, sementara warna merah dapat memberikan kesan yang hangat dan menarik perhatian.

Semua warna tersebut dapat membantu menciptakan suasana yang menyenangkan di rumah anda, bergantung pada preference warna anda sendiri.

Jadi, pilihlah warna yang sesuai dengan keperibadian anda dan sesuaikan dengan tema atau dekorasi rumah yang anda inginkan.


Apa Itu Thread Count?

Thread count ialah kiraan benang yang digunakan untuk menghasilkan fabrik atau kain.

Bergantung pada kuantiti benang secara mendatar dan menegak untuk membentuk tenunan fabrik yang teguh atau sebalik.

Cadar yang tahan lama dan lembut juga dapat dinilai melalui jumlah thread count. Jadi, pilih kain cadar bermula thread count 200 hingga 800 untuk kualiti yang terbaik. 

Namun, kekuatan fabrik juga bergantung pada jenis benang yang digunakan. 


Berapa Meter Untuk Buat Cadar Queen?

Ukuran membuat cadar queen mengikut ketebalan, lebar dan panjang tilam. 

Sebelum membeli fabrik, lakukan ukuran terdahulu pada tilam kerana saiz tilam queen mungkin berbeza atas faktor jenama, material dan kualiti. 

Cadangan untuk potongan kain meter untuk cadar queen ialah 4 meter untuk 1 cadar fitted queen, 2 alas bantal dan 1 alas bantal peluk. 

Nak belajar ukur tilam untuk potong kain cadar anda? Boleh rujuk video dibawah;


Cara Pilih Cadar Terbaik

Cadar adalah salah satu barang yang paling penting di setiap bilik tidur.

Selain memberi keselesaan semasa tidur, pemilihan cadar yang betul boleh memberikan sentuhan dekorasi yang menarik kepada bilik anda.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih cadar yang sesuai untuk anda.

  • Saiz cadar

Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih cadar ialah saiznya.

Pastikan cadar yang anda pilih sepadan dengan saiz katil anda dan jangan pilih cadar yang terlalu kecil atau terlalu besar kerana akan mengganggu keselesaan anda semasa tidur.

Saiz standard untuk katil single ialah 90 x 190 cm, manakala saiz cadar untuk katil queen ialah 150 x 200 cm. Katil anda saiz apa? Jom ukur saiz katil sebelum membeli cadar.

  • Warna dan corak

Warna dan corak juga penting semasa memilih cadar tau jadi pilihlah warna yang sepadan dengan tema atau warna bilik tidur anda.

Pastikan corak cadar sepadan dengan corak langsir atau hiasan dalaman lain di dalam bilik tidur anda dan jangan takut untuk mencampurkan warna atau corak yang berbeza.

Sekiranya anda mempunyai tema dekorasi minimalis, pilih cadar dengan satu warna atau corak yang kecil.

  • Jenis cadar

Terdapat beberapa jenis fabrik cadar untuk dipilih seperti kapas, linen, satin dan poliester.

Fabrik kapas biasanya menjadi pilihan terbaik kerana tidak panas, selesa untuk tidur dan mudah dijaga.

Linen juga menjadi pilihan ramai kerana lebih tahan lama dan kelihatan elegan. Satin memberikan kilauan yang indah, tetapi kain sedikit licin untuk digunakan.

Manakala, poliester juga merupakan pilihan yang murah, tetapi mungkin tidak selesa seperti fabrik lain.

  • Ketebalan cadar

Ketebalan cadar dipengaruhi oleh jenis fabrik dan jumlah benang yang digunakan.

Pilih cadar yang selesa dan sesuai dengan suhu bilik tidur anda, jika bilik tidur anda sejuk, cadar yang lebih tebal mungkin sesuai.

Sebaliknya jika bilik tidur anda panas, pilih cadar nipis dan sejuk dengan kiraan benang yang tinggi.

  • Jumlah thread count

Jumlah thread count ialah ukuran ketumpatan benang yang digunakan untuk membuat cadar.

Semakin tinggi thread count, semakin halus dan berkualiti tinggi cadar tersebut.

Pilih cadar dengan jumlah thread count yang tinggi untuk memastikan tahan lasak dan selesa.

  • Harga

Semasa memilih cadar, pastikan harga cadar yang dipilih menepati bajet anda dan jangan pilih cadar yang terlalu mahal atau murah. 

Cadar yang tahan lama dan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan adalah satu-satunya pilihan terbaik.


Kelebihan Dan Kekurangan Cadar

Selain melengkapkan katil bilik tidur anda, cadar boleh juga menjadi penghalang kotoran dan habuk daripada melekat pada katil anda.

Sekaligus, mengurangkan risiko alahan dan juga menyediakan persekitaran tidur yang lebih bersih dan segar.

Dalam masa yang sama, boleh memberi kita rasa selesa dan lembut apabila kita tidur di atasnya.

Sebenarnya ada jenis cadar yang menggunakan bahan yang menyerap peluh dan membuatkan tidur kita lebih selesa.

Ini sangat berguna untuk mereka yang mudah berpeluh semasa tidur.

Cadar juga ada pelbagai reka bentuk dan warna yang berbeza, sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana tema hiasan bilik tidur.

Ini memberikan bilik tidur anda rupa yang cantik dan menjadikannya lebih menarik, tapi kekurangan utama cadar ialah dari segi harganya.

Bagi mereka yang ingin membeli cadar berjenama dan berkualiti terbaik, anda memerlukan bajet yang lebih tinggi dan pilihan cadar katil juga agak terhad.

Malah, ada beberapa jenis cadar sukar untuk dicuci di rumah dan memerlukan penjagaan yang khusus.


Artikel Berkaitan 

End of Article