Mungkin ada diantara kita rasa lebih puas hati menggunakan mop batang berbanding vacuum mop untuk mencuci lantai.
Bagi senario ini, penggunaan jenis mop dan pencuci lantai sangat penting bagi memastikan kotoran betul-betul dapat disingkirkan.
Apa yang menjadi masalah adalah mencari dan memilih mop lantai terbaik supaya kerja pencucian mudah.
Jadi kami senaraikan untuk anda harga mop lantai terbaik yang berbaloi dan mampu milik. Jom lihat!
Senarai 11 Mop Lantai Terbaik
Table of Contents

Mop lantai jenis stim ini mampu membersihkan kotoran dan boleh membunuh bakteria dengan mudah.
Tak perlu guna cecair pencuci jenis kimia pun kalau anda cuci lantai dengan mop stim Black & Decker ini.
Jangan risau, mop ini boleh digunakan pada permukaan lantai jenis kayu, lantai lamina, vinyl, jubin seramik, batu dan lantai marmar.
Ciri lain lagi, mop ini boleh membuat kerja pembersihan lantai selama 11 minit tanpa gangguan.
Bukan itu sahaja, mop ini membersihkan permukaan kabinet dapur dan di setiap celah perabot almari atau kawasan sempit seperti bawah katil.
Disebabkan itu direka dengan pemutar 180° agar mudah diselitkan pada ruangan kecil.

Mop jenis spray dengan pad mikrofiber ini pula dijamin dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk membersih lantai kediaman kerana tak perlu diperah secara manual.
Pad mikrofiber pada mop ini pula mampu menyerap habuk serta kesan minyak dengan efisyen dan tidak perlu menggunakan air dengan banyak untuk kerja-kerja pembersihan.
Lagi bagus, pad mikrofiber juga boleh diguna semula dan dibasuh dengan mesin cuci jika anda malas nak sental dengan tangan.
Bawah katil, sofa atau almari juga boleh dimop tanpa masalah.

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Kerja mengemop lantai bilik yang besar bakal jadi lebih mudah dengan mop Scotch Brite ini kerana menggunakan fabrik mikrofiber.
Ciri-ciri;
Jenis fabrik ini boleh menyerap air dengan bagus sekaligus boleh memerangkap habuk halus dan rambut gugur dengan efisyen.
Uniknya lagi, anda juga akan mendapat baldi yang lengkap dengan ciri Spin Dry, jadi pengguna mop lantai terbaik ini tak perlu perah mop secara manual.
Batang mop pula kuat dan mampu tahan lama menjadikan boleh dibersihkan permukaan lantai yang keras seperti granite, kayu, laminate flooring serta cermin.
Review;
“Sangat mudah nak guna sebab mop boleh pusing-pusing dan saiz mop & baldi pun kompak, jadi muat ruang penyimpanan’

Mop ini sangat mudah digunakan kerana jenis spray, jadi anda tak perlu perah atau bilas mop secara manual.
Jadi anda tak penat sangat nak bersihkan rumah. Lagipun alat ini menggunakan kain jenis microfiber.
Ini kerana kain mop bukan sahaja boleh menyerap air, malah boleh membersihkan kotoran dengan mudah.
Jangan risau, kain tersebut boleh ditanggalkan dan dibasuh setiap kali selepas digunakan.
Paling penting, batang mop ini boleh dipusing hingga 360° dan boleh bersihkan kawasan sempit seperti di bawah sofa dan celah almari.

Mop jenama APACHE ini sesuai dimiliki oleh suri rumah yang ingin jimatkan masa dan tenaga bersihkan rumah.
Malah alat ini menggunakan motor Turbo yang boleh membersihkan lantai yang kotor dengan mudah tanpa perlu menyental dengan tangan.
Selepas dicas penuh, mop ini boleh berfungsi dan mengemop lantai hingga 4 ribu kaki persegi tanpa perlu disambung dengan wayar kabel.
Anda boleh campurkan cecair pencuci lantai dengan air ke dalam tangki mop ini agar lantai lebih bersih tanpa kuman.
Kepala mop pula menggunakan microfiber pad yang boleh menyerap cecair yang tumpah dan memerangkap habuk.
Jadi, tiada masalah jika anak anda sering tumpahkan air di lantai sebab semuanya tetap dapat dibersihkan dengan mudah.

Alat pembersih 3 dalam 1 ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai mop, malah berfungsi juga sebagai penyapu.
Sesuai digunakan untuk membersih kotoran seperti minuman yang tumpah pada semua jenis permukaan seperti lantai kayu, jubin marble, buluh dan lantai granite.
Disebabkan mop jenis spray, anda tak perlu perah mop dengan cara manual dan air cucian juga tak akan menitik pada lantai.
Lantai rumah anda dijamin akan lebih berkilat kerana menggunakan kain mikrofiber tebal yang boleh perangkap habuk dan bersihkan kesan minyak tanpa merosakkan lantai.
Bagusnya lagi, ia boleh bersihkan di semua tempat termasuk kawasan sempit.

Mop yang menggunakan kain mikrofiber ini mempunyai baldi khas yang boleh memerah air cucian mop dengan mudah, jadi tak perlu perah secara manual.
Batang mop pula diperbuat daripada stainless steel yang tahan lama.
Alat ini boleh digunakan ketika basah atau kering kerana kain mikrofibernya boleh perangkap habuk dan kotoran dalam keadaan basah dan kering.
Sesuai untuk pelbagai jenis lantai sama ada lantai kayu keras, jubin dan marmar.
Nak guna untuk cuci cermin tingkap sliding door pun boleh.

Walaupun harga mop lantai Neco ini murah, namun jangan pandang rendah akan kemampuannya untuk membersihkan lantai pejabat atau kediaman anda.
Ini kerana mop mikrofiber ini boleh menyerap dan memerah air dengan mudah.
Selain itu, bahagian batang mop pula diperbuat daripada logam aluminum yang kuat dan tahan lama.
Boleh digunakan pada lantai hardwood, jubin, vinyl dan lain-lain untuk bersihkan kesan calar, bulu haiwan dan kotoran degil.

Kepala mop ini boleh dicabut daripada batangnya untuk memudahkan anda basuh mop selepas digunakan.
Apa yang menarik tentang mop Rayaco ini ialah mempunyai lubang pada hujung batang agar mudah digantung pada dinding atau di belakang pintu jika tidak digunakan.
Sesuai digunakan untuk permukaan lantai jenis simen, Terrazzo dan kayu.
Harganya pula cukup murah iaitu bawah RM10 sahaja.

Tak perlu lagi sental kotoran degil pada lantai hingga penat atau sakit belakang dengan adanya mop elektrik Corvan ini.
Mop ini dilengkapi dengan lampu LED agar anda boleh nampak dengan lebih jelas kekotoran.
Anda juga tak perlu gunakan cecair pencuci khas untuk mop sebarang permukaan sebab mop elektrik ini tetap boleh kilatkan lantai walaupun hanya menggunakan air bersih biasa.
Lagi bagus, alat ini boleh menjimatkan hingga 10 liter air. Bagus kan?

Penat membongkok untuk perah mop setiap kali selepas bersihkan lantai?
Usah risau, mop spin ini akan mempercepatkan kerja dan tidak akan kotorkan tangan kerana terdapat baldi khas yang boleh perah mop secara automatik.
Kain mop juga boleh menyerap air dengan baik, jadi cecair yang tumpah seperti susu atau kicap boleh dibersihkan dengan mudah.
Manakala bahagian bawah baldi mop pula ada tayar dan lubang kecil untuk memudahkan air cucian dibuang tanpa perlu mengangkat baldi.
Selamat digunakan pada permukaan lantai kayu, jubin dan marmar.
Yang Mana Satu Lebih Baik, Mop Lantai Dengan Air Panas Atau Air Sejuk?
Untuk dapatkan lantai yang lebih bersih daripada habuk dan sebarang kekotoran seperti kicap yang tumpah, anda disarankan untuk mop lantai dengan air sejuk.
Ini kerana air panas boleh merosakkan lantai rumah terutamanya jika lantai kediaman adalah jenis lantai lamina.
Selain itu, penggunaan air sejuk untuk mop lantai juga boleh menyebabkan lantai rumah anda kekal berkilat untuk tempoh yang lebih lama.
Lagipun, air sejuk turut membantu memberikan kesan sejuk pada lantai selepas selesai dimop. Barulah rasa lebih nyaman apabila berjalan dalam rumah sendiri.
Bagaimana Cara Mop Lantai Dengan Betul?
- Pilih mop yang sesuai dengan jenis lantai kediaman anda.
- Pilih pencuci lantai yang sesuai.
- Anda harus bersihkan lantai dengan penyapu atau vakum terlebih dahulu agar lantai tak melekit dan bersih dari habuk yang menebal.
- Campurkan sedikit cecair pencuci lantai dengan air dalam baldi mop.
- Celupkan mop dalam baldi berisi pencuci lantai tadi.
- Basahkan dan perah mop agar air cucian tidak meleleh ke lantai.
- Boleh mula mop lantai.
- Pastikan anda tidak memijak kawasan lantai yang belum kering.
- Jika ada kawasan lantai yang ada kotoran degil, gosok kawasan itu dengan lebih kuat sehingga kotoran hilang.
- Kemudian, bilas mop dengan air dalam baldi dan perah. Mop lantai sekali lagi agar lebih bersih.
- Jika lantai masih licin atau melekit akibat ada kesan cecair pencuci tadi, boleh mop lantai lagi sekali dengan air bersih yang tidak dicampurkan dengan sebarang sabun.
- Jika air dalam baldi bertukar menjadi keruh, jangan lupa untuk tukar air.