Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Mesin Basuh Toshiba Terbaik 2024 (Auto, Front load, 10kg)

Melaburlah kepada mesin basuh yang bagus untuk kesenangan hidup!

Mesin basuh merupakan salah satu alat penting dalam rumah kerana dapat menjimatkan tenaga untuk mencuci kain.

Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenama mesin basuh terbaik dan salah satunya adalah mesin basuh Toshiba.

Jangan risau, kami senaraikan jenama mesin basuh Toshiba dengan harga yang berbaloi untuk anda. Jom lihat!


Senarai 10 Jenama Mesin Basuh Toshiba Terbaik

Washing machine 15kg terbaik
mulai
RM2,165.00
Semak Toshiba 15kg Inverter Nano Washing Machine AW-DG1600WM harga dibawah:
add_circle Tidak menghasilkan bunyi kuat ketika mencuci
add_circle Dapat menghasilkan Ultra Fine Bubble (UFB)
add_circle Mampu menjimatkan penggunaan elektrik
add_circle Boleh mencuci toto tebal atau permaidani
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Menjadi pembelian berbaloi dengan saiz yang besar dan keupayaan operasi yang cekap kerana mampu mencuci pakaian tetapi ia juga mampu mencuci cadar dan selimut.

Mesin basuh ini diperkasakan dengan kuasa S-DD inverter yang mampu membersihkan pakaian dengan cepat.

Malah, semasa pencucian bunyi yang rendah serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik ketika beroperasi.

Penggunaannya juga mudah dimana anda hanya perlu menyentuh skrin papar untuk memilih mod cucian yang sesuai dengan pakaian anda.

Apa yang hebat lagi tentang mesin basuh ini, ia terdapat roller duo aktif untuk meningkatkan aliran air agar pakaian anda lebih bersih dan kurang kedut ketika dicuci.

Malah dengan penggunaan teknologi Ultra Fine Bubble (UFB), mesin ini mampu berfungsi untuk 'menghantar' detergen agar menyerap masuk ke dalam pakaian bai menghapuskan kotoran yang melekat padanya sekaligus menjadikan proses basuhan lebih bersih dan sempurna.

Mesin basuh semi auto
TOSHIBA
mulai
RM448.00
Semak TOSHIBA Semi Auto Washing Machine VH-H85MM harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Kapasiti cucian sehingga 7.5kg
add_circle Menggunakan teknologi CycloneSpin
remove_circle Perlu dua kali kerja untuk cucian dan spin
remove_circle Pilihan program yang terhad

Mesin basuh semi auto boleh dikatakan sesuai untuk anda yang mempunyai bajet terhad.

Mesin ini didatangkan dengan sistem yang diberi nama Golden Soak Period dimana masa rendaman boleh dipilih mengikut tahap kotoran fabrik.

Tapi jangan risau, mesin ini tetap mempunyai 3 pilihan progaram cucian iaitu heavy, rinse dan drain.

Untuk fungsi spin, mesin ini mempunyai teknologi CycloneSpin yang memberi kelajuan putaran sehingga 1280 RPM untuk membantu menghilangkan air pada fabrik.

Untuk sistem penapisan, mesin ini menggunakan plastic cassette lint filter dimana lebih tahan berbanding cloth lint filter, tambah lagi ini lebih mudah dikeluarkan untuk penggantian.

Pengeluar memberi general warranty selama 2 tahun serta motor warranty selama 5 tahun.

mulai
RM1,098.00
Semak Toshiba Fully Auto Washing Machine AW-H1100GM (10kg) harga dibawah:
add_circle Aliran air mesin lebih laju & kuat
add_circle Penjimatan 20% tenaga elektrik
add_circle Tempoh warranty yang lama
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Mesin basuh jenama Toshiba ini menjadikan salah satu pilihan terbaik untuk ahli keluarga besar. 

Ditambah lagi dengan rekaan Hybrid Screw Pulsator dengan 12 bilah membolehkan cucian yang banyak dicuci dengan baik tanpa meninggalkan kotoran pada pakaian.  

Selain itu, mesin ini juga mempunyai pre-set timer dan butang resume function dan ciri lain lagi mesin basuh ini dilengkapi dengan auto tub dry.

Menariknya lagi, mesin ini mempunyai pilihan enam jenis cucian iaitu Cucian biasa (regular), Segera (speed), Wangian (fragrance), Selimut (blanket), Berat / banyak (heavy wash) dan Membersih tub (tub clean). 

Pengeluar juga memberi warranty yang merangkumi warranty selama 3 tahun panel kawalan, 2 tahun untuk general warranty serta 12 tahun untuk warranty motor.

Anda tidak perlu pening untuk repair sekiranya terdapat masalah di dalam tempoh warranty.

mulai
RM689.00
Semak Toshiba 7.2kg Automatic Washing Machine (AW-F820SM) harga dibawah:
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Kapasiti 7.2kg
add_circle 7 tahun jaminan motor
add_circle Harga murah
remove_circle Rekaan kurang menarik

Untuk yang mempunyai bajet terhad untuk membeli mesin basuh yang berkualiti, mesin basuh non inverter dari Toshiba sesuai untuk anda.

Keupayaan mesin basuh ini tidak kurang hebatnya dimana anda boleh mencuci sehingga kapasiti 7.2 kilogram dengan pelbagai pilihan program basuhan.

Tambahan lagi, mesin basuh ini juga dilengkapi sistem aliran air yang baik bagi memastikan pakaian anda bersih, wangi dan tiada kesan sabun.

Apa yang menarik lagi, mesin basuh ini didatangkan teknologi standby power oleh Toshiba dimana ia tidak menggunakan elektrik semasa ‘standby mode’.

Untuk proses pengeringan, mesin ini mempunyai fungsi aliran angin yang bulat supaya menyedut lebih banyak udara ke dalam tub untuk kecekapan pengeringan pakaian. 

mulai
RM1,038.00
Semak Toshiba 7.5kg Inverter Washing Machine (TW-BH85S2M BH855) harga dibawah:
add_circle Mempunyai teknologi TheGreatWaves
add_circle Mempunyai ciri keselamatan child lock
add_circle Terdapat 16 pilihan program cucian
add_circle Menggunakan real inverter
remove_circle Tiada fungsi dryer

Mesin basuh ini Mempunyai ciri dan keupayaan teknologi yang hampir sama dengan TWD-BK90S2M.

Cuma apa yang membezakan adalah versi mesin basuh yang lebih murah dan tidak didatangkan dengan fungsi dryer (pengeringan) dengan kapasiti yang lebih rendah.

Tapi, tidak kurang hebat juga dimana ia mampu memuatkan sehingga 7.5kg kapsiti kain basuhan.

Untuk anda yang inginkan mesin basuh jenis front load tetapi inginkan yang lebih murah, mesin ini adalah pilihan yang tepat.

Mesin basuh dengan dryer
Toshiba
Toshiba 2 in 1 Washer Dryer TWD-BK90S2M
mulai
RM1,799.00
Semak Toshiba 2 in 1 Washer Dryer TWD-BK90S2M harga dibawah:
add_circle Mempunyai 16 pilihan program cucian
add_circle Mempunyai ciri keselamatan child lock
add_circle Menggunakan real inverter
remove_circle Harga mahal

Mesin basuh jenama Toshiba ini, menjadi solusi kepada masalah apabila cuaca kerap hujan dan memuatkan 5kg untuk pengeringan dan 8kg untuk kain basuhan.

Kelajuan putaran pengeringan mesin ini mampu beroperasi dengan pilihan kelajuan dari 600 hingga 1200 RPM 

Manakala, suhu dari 20 hingga 90 darjah celcius untuk pengeringan yang berkesan.

Selain itu, mesin ini menggunakan real inverter yang mampu mengurangkan bunyi sehingga 11.4 peratus dan lebih efisyen berbanding inverter konvensional.

Mesin ini mempunyai 16 pilihan program cucian, panel kawalan LED yang dilengkapi ciri keselamatan child lock.

Mesin basuh toshiba terbaik secara keseluruhan
Toshiba
Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM
mulai
RM1,118.00
Semak Toshiba 10.5KG Fully Auto Washing Machine AW-DUK1150HM harga dibawah:
add_circle Model baru tahun 2022
add_circle Jimat elektrik
add_circle Mesin senyap
add_circle Waranti motor 10 tahun
remove_circle Tidak mempunyai ciri teknologi sesentuh

Mesin basuh ini diinspirasikan daripada pelukis dari negara Jepun, ‘The Great Wave off Kanagawa’ dimana inovatif teknologi yang digunakan diberikan nama ‘The Greatwaves’.

Teknologi ini berfungsi untuk memberi pencucian yang lebhi efekif, tidak bising dan dapat melindungi pakaian daripada mengembang.

Bukan itu saja, mesin ini menggunakan motor jenis inverter iaitu sistem pintar untuk penjimatan elektrik.

Jadi, hasil pencucian pakaian akan lebih bersih dan tiada kesan kotoran degil.  

Mesin basuh ini mempunyai rekaan yang ringkas dan dilengkapi penutup kaca soft lid yang selamat. 

Tabung isian sabun pencuci serbuk dan cecair pula memastikan tiada kesan sabun tertinggal. 

mulai
RM1,849.00
Semak Toshiba Washing Machine (16KG) S-DD Inverter Fully Auto Top Load Washer AW-DG1700WM harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kurang bising
add_circle Mempunyai ciri keselamatan child lock
add_circle Mampu mencuci selimut, cadar, permaidani dan comforter
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Dengan kapasiti mesin yang besar, mampu memberi cucian dalam kuantiti yang banyak bukan sahaja pakaian, tetapi ia juga boleh mencuci selimut, cadar, permaidani dan comforter.

Mesin basuh ini dikuasakan dengan S-DD inverter yang mampu membersihkan pakaian dengan cepat, rendah bunyi serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik ketika beroperasi.

Penggunaannya juga mudah dimana anda hanya perlu menyentuh skrin papar untuk memilih mod cucian yang sesuai dengan pakaian anda.

Mesin ini juga boleh menampung paras air sehingga 105 liter ketika cucian dengan putaran 70-150 RPM mengikut pilihan program anda untuk cucian yang sempurna.

Sementara itu untuk fungsi putaran (spin) pula, mesin ini berupaya memberi kelajuan putaran sehingga 700 RPM dengan pilihan 3 tempoh putaran iaitu 30, 60 dan 90 min.

Mesin basuh yang tidak merosakkan baju
Toshiba
Toshiba TWD-BL160D4M(MG) 5 & 7
mulai
RM8,625.00
Semak Toshiba TWD-BL160D4M(MG) 5 & 7 harga dibawah:
add_circle Jenis Origin Inverter
add_circle Sesuai untuk basuhan baju bayi
add_circle Menggunakan teknologi woolmark
remove_circle Harga mahal

Mesin basuh ini merupakan mesin basuh kayangan dari Toshiba dengan spec yang tinggi serta rekaan moden dan teknologi yang canggih.

Mesin basuh ini dibina dengan dua drum yang masing-masing mempunyai fungsi cucian dan penjagaan kain cucian yang khusus, ia juga boleh mencuci sehingga 18 jenis fabrik.

Bahagian atas adalah untuk fabrik atau kain yang halus seperti pakaian dalam, pakaian bayi, pakaian haiwan peliharaan, drum bawah adalah untuk fungsi mencuci dan mengeringkan.

Antara ciri lain mesin basuh ini ia mempunyai pintu jenis intergrated dengan peranti kawalan tidak kelihatan sepenuhnya untuk membolehkan ia beroperasi dengan lancar.

Mesin basuh ini turut mempunyai paparan TFT tanpa sempadan untuk memastikan proses cucian dalam kawalan.

Bahagian drum atas iaitu penjagaan khusus mampu memuatkan kapasiti sehingga 5kg.

Manakala bahagian drum bawah mampu memuatkan kapasiti sehingga 10kg untuk cucian, 7kg untuk pengeringan. 

Dengan spesifikasi yang hebat, pastinya menjadi pembelian yang berbaloi.

Mesin basuh automatik toshiba
Toshiba
Toshiba AW-DUK1300KM(SG) 12KG
mulai
RM1,889.00
Semak Toshiba AW-DUK1300KM(SG) 12KG harga dibawah:
add_circle Kapasiti besarT
add_circle eknologi TheGreatWaves
add_circle Menjimatkan 35% masa cucian
remove_circle Tidak sesuai untuk cucian sedikit

Mesin basuh ini merupakan mesin basuh jenis automatik yang up to date dari Toshiba dengan kapasiti yang agak besar iaitu 12kg. 

Seperti siri yang sebelumnya, mesin basuh ini juga dilengkapi dengan teknologi TheGreatwaves yang memberi prestasi yang menjimatkan serta melindungi warna pakaian.

Dengan fungsi multi program pada mesin basuh ini, mampu menjimatkan masa cucian anda sehingga 35% dengan kesan yang sama.

Untuk Tub cleaning, anda tidak perlu risau untuk mencuci mesin ini selepas menggunakannya kerana teknologi TheGreatwaves akan mengaktifkan fungsi aliran siram untuk membersihkan permukaan tub.

Mesin basuh ini menggunakan motor jenis DDM untuk memberi prestasi yang baik serta operasi yang lebih senyap.

Tambahan lagi mesin basuh ini turut dibina dengan paparan LED untuk panel kawalan.

Ketahanan & Cara Penggunaan Mesin Basuh Toshiba

Mesin basuh dari jenama Toshiba dibina daripada bahan plastik bermutu tinggi yang tahan lasak dan tahan karat. 

Malah, mesin basuh jenama Toshiba menjadi salah satu jenama pilihan utama serta diperakui ketahanannya.

Lebih-lebih lagi, hampir setiap model mesin basuh Toshiba didatangkan dengan tempoh warranty yang lama.

  • Cara menggunakan mesin basuh Toshiba

Berikut adalah langkah penggunaan mesin basuh Toshiba

  • Asingkan kain basuhan anda mengikut jenis fabrik.
  • Pilih program cucian yang betul.
  • Tetapkan suhu air.
  • Masukkan sabun dan pelembut fabrik di dalam tray sabun yang disediakan, tapi terdapat cara lain dengan menuangkan satu penutup sabun terus ke dalam mesin selepas memasukkan kain.
  • Mulakan proses.
  • Bersihkan mesin basuh setelah anda menggunakannya.

Cara Mencuci Mesin Basuh

Setiap cucian mesin basuh akan meninggalkan kesan kotoran yang memerlukan anda mencuci mesin basuh apabila perlu.

Mesin basuh perlu dicuci apabila ia basuh mula meninggalkan bau hapak dan masam pada pakaian yang telah dibasuh, itu tandanya, mesin basuh sudah kotor dan perlu dicuci.  

Terdapat dua cara untuk membersih mesin basuh. Caranya sangat mudah! 

Cuci menggunakan campuran cuka dan soda bikarbonat.

  • Tekan butang tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ pada mesin basuh. 
  • Biar mesin dipenuhi air terlebih dahulu.
  • Kemudian tambah dua cawan cuka dan setengah cawan soda bikarbonat. 
  • Biarkan mesin basuh mencuci seperti biasa sehingga habis.
  • Lap sekitar luar badan mesin basuh menggunakan produk pencuci yang sesuai.

Selalunya mengambil masa sehingga dua jam jadi pastikan anda selesai membasuh pakaian yang tertinggal.

Beli tablet pencuci mesin basuh 

Untuk langkah mudah, beli saja tablet cucian khas untuk mesin basuh. Masukkan sahaja kedalam mesin basuh dan tekan tetapan ‘tub clean’ atau ‘soak/tub’ dan siap!

Perbandingan Mesin Basuh Jenis Top & Front Load

Mungkin ada yang menyangka dua jenis mesin basuh ini sama saja tapi sebenarnya terdapat banyak perbezaan. 

Jom lihat apakah perbezaan dua jenis mesin basuh ini supaya anda buat pilihan yang tepat.

Top Load

  • Kain cucian lebih mudah diisi kerana ia dibuka dari atas
  • Boleh dibuka untuk menambah kain cucian ketika sedang beroperasi
  • Motor lebih mudah diakses untuk repair secara DIY
  • Menggunakan central agitator untuk proses spin
  • Kapasiti dan kadar penggunaan air yang lebih besar 
  • Jangkahayat ketahanan selama 14 tahun

Front Load

  • Mudah untuk mengisi kain cucian bagi anda yang tidak mampu berdiri lama
  • Pintu akan terkunci apabila beroperasi
  • Boleh melihat proses cucian melalui glass door
  • Sebaiknya dibaiki oleh technician yang terlatih sekiranya mengalami kerosakan
  • Proses cucian seakan cucian tangan iaitu menjatuhkan kain
  • Kapasiti dan kadar penggunaan air lebih sedikit
  • Jangkahaya ketahanan 11 tahun

Secara kesimpulannya, top load dan front load kedua-duanya mudah digunakan, namun yang membezakan ialah, sekiranya anda inginkan cucian berkapasiti besar serta mesin basuh yang tahan lebih lama, Top load adalah pilihan yang baik sementara sekiranya anda inginkan cucian yang lebih lembut, mementingkan penjagaan fabrik, serta penjimatan air, sebaiknya anda membeli mesin basuh jenis front load

Related articles

End of Article