Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Iron board terbaik

7 Iron Board (Papan Seterika)Terbaik di Malaysia 2024

Iron board yang baik mampu memudahkan anda seterika pakaian.

Iron board merupakan antara barangan keperluan penting di rumah.

Penggunaan iron board yang baik mampu memudahkan anda seterika pakaian dan ia mampu mengurangkan risiko pakaian anda rosak.

Terdapat pelbagai jenis iron board yang terdapat di pasaran. Tapi, macam mana nak tahu yang mana terbaik?

Pada sesetengah orang, iron baju bukanlah satu aktiviti yang mereka nantikan kerana ia akan mengambil masa dan tenaga untuk lakukannya. 

Oleh itu, pemilihan papan seterika yang betul sangat penting. Saiz iron board yang kecil akan mengambil masa yang lama untuk iron baju.  

Berikut adalah senarai iron board terbaik untuk membantu pakaian anda diseterika dengan mudah dan nampak lebih kemas. 



Senarai 7 Ironing Board Terbaik

Iron board terbaik secara keseluruhan
Philips GC221/88 XXL Iron Board For Steam Generator
Philips
Philips GC22188 XXL Iron Board For Steam Generator
mulai
RM199.00
Semak Philips GC221/88 XXL Iron Board For Steam Generator harga dibawah:
add_circle Penyetrikaan yang lancar
add_circle Saiz besar
add_circle Stabil
add_circle Sesuai untuk semua jenis iron
add_circle Boleh dilipat
remove_circle Memerlukan ruang yang besar ketika penggunaan dan penyimpanan

Iron board jenama Philips akan membantu anda iron baju dengan lebih pantas dan mudah.

Kestabilannya direka bersama board lock bagi mengelakkan ia terlipat semasa penggunaan dan juga memastikan papan kemas ditutup semasa penyimpanan.

Papan seterika ini mempunyai dua palang kaki dan penutup kaki anti-gelincir untuk memberikan kestabilan tambahan.

Penutup papan diperbuat daripada 100% kapas dan disokong oleh lapisan foam dan felt layer untuk seterika baju dengan mudah.

Saiz iron board ini berukuran 150x43cm (termasuk iron holder besi) dan turut mempunyai fungsi 7 tahap pelarasan ketinggian dari 70cm sehingga 93cm.

Review

“Kualiti yang bagus dan harga berpatutan. Iron board ni sesuai untuk orang yang suka bedding besar..”

Iron board berteknologi tinggi
Tefal All-in-One Solution IXEO + Garment Iron Steamer Station
Tefal
Tefal All-in-One Solution IXEO + Garment Iron Steamer Station
mulai
RM1,299.00
Semak Tefal All-in-One Solution IXEO + Garment Iron Steamer Station harga dibawah:
add_circle Teknologi moden
add_circle Disertakan dengan smart iron
add_circle Smart iron yang ringan
add_circle Smartboard dengan 3 pilihan posisi
remove_circle Harga mahal

Satu peranti inovatif baru dilengkapi papan menegak 3 pilihan posisi kedudukan untuk kecekapan menyeluruh dan ergonomik.

Iron board ini mampu memberi masa pemanasan yang cepat dan mudah, dengan penyelesaian wap All-in-one, ia hanya mengambil masa masa sekitar 70 saat sahaja.

Ia turut melindungi pakaian anda dengan teknologi smart protect, kuasa pengewapan yang mampu membunuh 99.99 peratus bakteria pada fabrik anda.

Iron board ini juga mudah digunakan, bersaiz kompak dan mudah disimpan.

Dengan fungsi dan teknologinya, harga yang mahal akan menjadi satu pembelian yang berbaloi untuk penjagaan pakaian anda.

Iron board murah
Ikea Iron Board Table
Ikea
Ikea Iron Board Table
mulai
RM48.90
Semak Ikea Iron Board Table harga dibawah:
add_circle Jimat ruang
add_circle Rangka stabil
add_circle Mudah disimpan
add_circle Mudah alih
add_circle Murah
remove_circle Kecil
remove_circle Hanya untuk dry iron

Iron board ini mampu memberi penjimatan ruang kerana anda boleh meletakkannya di atas meja anda gantung di belakang pintu atau di dalam almari pakaian.

Selain itu, ia lebih stabil, ringan dan tahan lama kerana rangka dan tapaknya diperbuat daripada keluli.

Iron board ini berukuran 73x32 cm tinggi 13 cm dengan berat hanya 1.19cm akan memudahkan anda untuk menyimpan dan mengalihkannya. 

Fungsi dan ciri-cirinya amat sesuai untuk pelajar pengajian tinggi atau mereka yang duduk di rumah sewa.

Iron board wall mounted
Foldable Wall Hanging Iron Board
Foldable Wall Hanging Iron Board
mulai
RM460.00
Semak Foldable Wall Hanging Iron Board harga dibawah:
add_circle Mudah dipasang
add_circle Jimat ruang
add_circle Papan berkualiti tinggi
add_circle Kalis air
add_circle Tahan calar
remove_circle Mahal
remove_circle Sukar untuk dialihkan

Kabinet papan setrika built in hanya memerlukan sebahagian ruang kecil di dinding rumah anda. 

Cara pemasangannya mudah dan ia lebih kukuh apabila dipasangkan di dinding anda. 

Papan seterika yang dipasang pada dinding ini diperbuat daripada papan melamin yang kalis air, tahan api dan tahan calar.

Saiz keseluruhan rak iron board ini berukuran panang 360mm X  lebar 110mm X tinggi 1270mm, papan iron pula berukuran 90cm panjang dan 28cm lebar. 

Bahagian shelf pula berukuran panjang 330mm, lebar 250mm dan tinggi 220mm dilengkapi tempat simpan iron board anda di bahagian bawah. 

Iron Board travel friendly
OKURA Foldable Tabletop Ironing Board with Iron Rest
OKURA Foldable Tabletop Ironing Board with Iron Rest
mulai
RM29.90
Semak OKURA Foldable Tabletop Ironing Board with Iron Rest harga dibawah:
add_circle Mudah alih
add_circle Boleh lipat
add_circle Tahan sehingga suhu 150 darjah celcius
add_circle Murah
remove_circle Saiz agak kecil

Iron board ini menawarkan fungsi mudah alih di mana ia boleh dilipat untuk memudahkan anda menyimpan dan travel friendly.

Papan seterika ini dibina dengan ketebalan kayu 15mm untuk binaan yang kukuh setanding dengan harga yang ditawarkan. 

Iron board ini juga mampu menahan rintangan suhu sehingga 150 darjah celcius.

Ia turut dilengkapi bersama iron rest untuk anda meletakkan setrika jika anda mahu meletakkan iron ketika penggunaan. 

Saiz yang compact hanya berukuran panjang 80cm, tinggi 16cm dan lebar 30cm akan menjimatkan ruang penyimpanan anda.

Iron board foldable
Folding Ironing Board Iron Board with Iron Holder Adjustable Height
Folding Ironing Board Iron Board with Iron Holder Adjustable Height
mulai
RM64.90
Semak Folding Ironing Board Iron Board with Iron Holder Adjustable Height harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Binaan kukuh dan berkualiti tinggi
add_circle Fabrik mesh iron yang tahan haba
add_circle Jimat ruang
add_circle Tidak mudah gelincir
remove_circle Fabrik mesh agak kesat

Iron board jenis mudah dilipat sememangnya sangat praktikal untuk ruang bilik atau rumah yang terhad kerana ia mampu memberi penjimatan ruang dan mudah disimpan.

Foldable iron board juga mudah dibawa pulang ke kampung atau bercuti di tempat berdekatan.

Ia bina daripada keluli yang kukuh dan berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan fabrik mesh yang tahan haba.

Iron board ini juga boleh dilaras mengikut keselesaan anda dengan pilihan 7 tahap ketinggian.

Iron board beroda dengan penyangkut baju
OHU-701 Iron Board With Castor Wheel and Hang Clothes
OHU-701 Iron Board With Castor Wheel and Hang Clothes
mulai
RM205.00
Semak OHU-701 Iron Board With Castor Wheel and Hang Clothes harga dibawah:
add_circle Mudah dialihkan
add_circle Ada penyangkut baju
add_circle Ada powder coating
add_circle Ada roda yang boleh dikunci
add_circle Kukuh dan tahan lasak
remove_circle Tidak boleh dilipat

Iron board ini mudah dialihkan kerana ia dilengkapi roda dan ia membolehkan anda jimat tenaga semasa mengalihkannya ke mana sahaja.

Ciri menariknya, ia turut dilengkapi tempat penyangkut baju di bahagian tepinya jadi anda boleh terus menyangkut baju sementara menyeterika baju lain.

Iron board ini berukuran H1410mm X L1235mm X W315mm dan beratnya 8.32 kg.

Sebagai ciri keselamatan, roda iron board ini dilengkapi dengan kunci bagi mengelakkan ia bergerak ketika anda iron baju.


Apakah Fungsi Iron Board?

Papan seterika yang baik mampu menyediakan permukaan yang lembut dan tahan haba.

Ini kerana bagi membantu menghilangkan kedutan pada baju atau kain anda.

Iron board yang berkualiti juga membantu wap dan haba yang dikeluarkan oleh seterika untuk bergerak melaluinya dan memberi penyeterikaan yang sempurna pada pakaian anda.

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa kita boleh iron baju beralaskan apa-apa sahaja.

Namun anda perlu tahu yang jika seterika terus di atas meja atau lantai agak mencabar.

Selain itu, ia juga mungkin akan merosakkan pakaian, meja atau lantai malah setrika anda akan mudah rosak.

Terdapat banyak iron board yang baik dan berkualiti di pasaran.

Anda boleh pilih berdasarkan senarai yang telah kami sediakan di atas mengikut keselesaan dan kemampuan anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article