Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Mesin Basuh Dari Panasonic, Setiap Hari Boleh Jadi ‘Laundry-Day’

Makin best-lah membasuh baju selepas ini!

Mesin basuh ialah satu peralatan elektrik yang wajib anda ada dirumah untuk memudahkan kerja pembasuhan harian. Namun, dengan pelbagai jenama dan versi yang memeningkan kepala, pasti anda keliru ketika ingin memilih yang mana sesuai untuk kediaman anda. 

Samada anda mempunyai keluarga yang ramai dan memerlukan mesin basuh yang besar, ataupun anda tinggal seorang diri dan inginkan mesin basuh yang mudah digunakan tanpa ciri-ciri teknologi yang mengelirukan, Panasonic ada jawapannya!

Mengapakah terjadinya mesin basuh tidak boleh spin?

Mesin basuh tidak boleh spin kadangkala terjadi apabila muatan basuhan terlebih berat dan membuatkan mesin basuh tidak boleh berpusing. Ini juga boleh terjadi jika muatan basuhan anda bergumpal di satu bahagian sahaja di dalam mesin basuh. Ini sering terjadi dengan mesin basuh top load ketika membasuh selimut ataupun kot dan jaket yang tebal. 

Jadi, ketika anda masukkan muatan kedalam mesin basuh, pastikan muatan dileraikan satu-satu dan mengikut kapasiti berat mesin basuhsupaya muatan tidak bergumpal dan menyukarkan waktu spin. Ayuh lihat senarai mesin basuh dari Panasonic untuk kediaman anda;

10 Mesin Basuh Panasonic Terbaik di Malaysia

Mesin basuh manual termurah sesuai untuk bujang
Panasonic Washer Water Action Selector NA-W8000X (8kg)
Panasonic
mulai
RM769.00
Semak Panasonic Washer Water Action Selector NA-W8000X (8kg) harga dibawah:

Sesuai untuk bujang yang duduk di rumah seorang diri, mesin basuh murah ini bersifat manual atau semi-auto dan bersaiz lebih kecil dari mesin basuh biasa. Mesin ini boleh memuatkan 8kg muatan walaupun bersaiz kecildan mudah untuk dikendali

Tidak perlu memeningkan kepala untuk membaca manual tentang sistem operasinya. Butang yang disediakan pada mesin basuh ini sangat ringkas untuk anda.

Mesin basuh jenis manual yang terbaik
Panasonic Washing (10kg)and Drying (8kg) NA-W100G1
Panasonic
mulai
RM919.00
Semak Panasonic Washing (10kg)and Drying (8kg) NA-W100G1 harga dibawah:

Mesin basuh manual yang ini pula lebih tahan lasak dan boleh memuatkan 10kg muatan untuk melakukan teknik membersih dengan sepenuhnya. Mesin basuh ini juga mempunyai setting bagi masa meredam yang tidak ada pada mesin basuh manual yang lain. 

Mesin basuh ini juga mempunya lint filter untuk menangkap segala habuk dan benang daripada baju yang tertanggal ketika pembasuhan dan tidak akan melekat pada bahagian dalam mesin basuh.

Mesin basuh Panasonic dengan jaminan keselamatan child lock
Panasonic Washer NA-F70S7 (7KG) Aqua Spin Rinse
Panasonic
mulai
RM1,369.00
Semak Panasonic Washer NA-F70S7 (7KG) Aqua Spin Rinse harga dibawah:

Mesin basuh ini amat sesuai jika anda mempunyai anak kecil yang aktif! Dengan ciri ‘Child Lock’, anda boleh mengunci pintu mesin basuh supaya tidak dapat dibuka oleh anak kecil anda yang bermain-main di sekitar mesin basuh ini. 

Mesin ini juga mempunyai opsyen ‘delicate’ dan ‘baby care’ sesuai untuk membasuh baju kanak-kanak yang kecil dan lembut supaya tidak senang koyak dan rosak.

Mesin basuh terbaik untuk membasuh selimut toto
Panasonic Activefoam Top Load NA-F90X4 (9kg)
Panasonic
mulai
RM1,399.00
Semak Panasonic Activefoam Top Load NA-F90X4 (9kg) harga dibawah:

Jika anda mencari mesin basuh yang mempunyai ruang yang besar, untuk membasuh fabrik yang besar dan berat, inilah mesin basuh yang anda cari. Mesin basuh top load ini mempunyai pembukaan yang besar dan ruang  ‘drum’ nya yang luas, membolehkan anda membasuh toto yang besar dan berat.

Mesin basuh dilengkapi dengan suhu air sejuk dan panas
Panasonic Front Load Washer NA-127XB1 (7kg)
Panasonic
mulai
RM1,299.00
Semak Panasonic Front Load Washer NA-127XB1 (7kg) harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan untuk mesin front load
add_circle Fungsi tetapan suhu air panas atau sejuk
add_circle Boleh membasuh cadar dan tuala
remove_circle Perlu mencangkung ketika masukkan pakaian

Mesin basuh ini amat sesuai jika anda ingin membasuh menggunakan suhu air yang berbeza. Jika anda mempunyai pakaian yang terlampau kotor ataupun berpeluh, digalakkan untuk membasuh menggunakan suhu tinggi bagi menanggalkan kotoran degil dan membasmi kuman dalam masa yang sama.

Mesin basuh ini mempunyai suhu daripada air sejuk sehingga ke 90 darjah celcius dan ciri rapid wash yang membenarkan basuhan siap dalam 15 minit sahaja.

Mesin basuh untuk comforter tebal
Panasonic Top Load Washer NA-F100V5 (10kg)
Panasonic
mulai
RM1,479.00
Semak Panasonic Top Load Washer NA-F100V5 (10kg) harga dibawah:

Kebanyakan mesin basuh tidak mempunyai pilihan untuk membasuh comforter atau selimut tebal kerana didalamnya mengandungi kekabu atau polyester yang menyebabkan susah hendak dicuci. Kadang kala, jika anda salah basuh comforter juga akan menyebabkan comforter itu tidak gebu lagi. Kandungan comforter yang tidak mengering juga akan menyebabkan kulat atau bakteria membiak.

Nah, mesin basuh inilah yang paling sesuai untuk membasuh bedding seperti comforter ataupun bantal nipis kecil serta plushies patung kanak-kanak. Mesin basuh ini juga mempunyai pilihan butang “StainMaster+” untuk menanggalkan kotoran degil pada comforter.

Mesin basuh sesuai untuk membasuh undergarment yang ‘delicate’
Panasonic Econavi Inverter Washer NA-FS16G4HRT (16kg)
Panasonic
mulai
RM2,299.00
Semak Panasonic Econavi Inverter Washer NA-FS16G4HRT (16kg) harga dibawah:

Mesin basuh ini mempunyai pilihan untuk membasuh pakaian yang bermaterial fabrik lembut, seperti pakaian dalam, baju nipis dan apa sahaja pakaian yang diperbuat daripadafabrik seperti lace, satin, bermanikatau baju berona terang. Ini kerana butang pilihan “Delicate”akan membasuh secara perlahan dan tidak akan membuat baju anda berkedut, koyak atau turun warna.

Mesin basuh ini juga sesuai untuk membasuh baju bayi yang kecil dan sudah pasti materialnya lembut dan amat mudah terkoyak.

Mesin basuh tahan lasak untuk membasuh kasut
Panasonic Econavi Front Load Washer NA-129VG6 (9kg)
Panasonic
mulai
RM3,129.00
Semak Panasonic Econavi Front Load Washer NA-129VG6 (9kg) harga dibawah:

Mesin basuh ini amat bagus sekali jika anda ingin membasuh kasut bermaterial kanvas yang kotor kerana ianya mempunyai pilihan suhu air yang panas. Ciri-ciri Blue Ag+ yang membantu menghilangkan allergen dan bakteria.

Juga mempunyai Silent Arch Design iaitu rekaan badan mesin yang tidak bising, jadi ssesuailah jika anda ingin membasuh kasut kerana sistem operasinya berbunyi rendah.

Mesin basuh 2-dalam-1 dengan pengering – mudah dan cepat
Panasonic Econavi Washer & Dryer PSN-NAS106G1 (10kg / 6kg)
Panasonic
mulai
RM3,499.00
Semak Panasonic Econavi Washer & Dryer PSN-NAS106G1 (10kg / 6kg) harga dibawah:

Bukan sahaja ianya jauh lebih murah daripada membeli mesin basuh dan pengering secara berasingan, malah ianya juga menjimatkan ruang jika anda mempunyai ruang kediaman yang kecil.Mesin basuh 2-dalam-1 dengan pengering ini dapat menjimatkan masa anda melakukan kerja-kerja basuhan. 

Ciri Active Speed Wash juga boleh menyelesaikan pembasuhan dengan cepat. Mesin ini juga sesuai digunakan untuk fabric cotton, cotton eco, sintetik, linen dan pakaian material lembut seperti lace dan satin.  

Mesin basuh berteknologi lengkap memudahkan cucian harian anda
Panasonic Wash (10kg) / Dry Washer (6kg) NA-S106X1LMY
Panasonic
mulai
RM4,195.00
Semak Panasonic Wash (10kg) / Dry Washer (6kg) NA-S106X1LMY harga dibawah:

Jika anda jenis yang menggunakan mesin basuh hari-hari, model ini amat sesuai untuk anda. Mesin ini lengkap dengan pengering,ciri Active Speed, butang pilihan untuk membasuh kesemua jenis material fabrik seperti bedding, linen, sintetik, cotton eco dan delicates. 

Mesin ini juga mempunyai teknologi StainMaster+ yang dapat membasuh kesan kotoran degil daripada lumpur, kesan makanan berminyak dan berwarna seperti sos dan juga kotoran daki di kolar serta tangan.

Artikel Berkaitan 

End of Article