Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Segarkan Ruang Kegemaran Anda dengan 7 Produk Air Freshener Terbaik

Tiada lagi masalah dengan bau yang kurang enak

Penyegar udara atau lebih dikenali sebagai “air freshener” adalah cairan yang didatangi dalam pelbagai jenis aroma dan bentuk. Ianya sangat ideal digunakan sebagai penyegar ruangan tertutup dan peribadi yang memerlukan haruman segar untuk menyah bauan yang kurang enak seperti bau masam akibat kelembapan keadaan sekeliling. Diformulasikan untuk penggunaan komersial seperti ruang yang luas bagi memberikan haruman lebih mewangi hingga merangkumi ke seluruh ruang.

Kebiasaannya yang kita ketahui, Air Freshener seringkali dikaitkan dengan kegunaan wangian untuk kereta. Bukan hanya untuk keretas sahaja, Air Freshener juga boleh digunakan untuk semua tempat yang ada ingini. Contohnya, seperti ruangan pejabat, rumah, tandas dan ruang peribadi anda sendiri.  Ingin ketahui jenis-jenis Air Freshener yang ada di pasaran terkini? Ikuti list produk berikut untuk maklumat lebih lanjut.

Air Freshener jenis automatik
mulai
RM17.99
Semak GLADE 3 in 1 Automatic Aerosol Air Freshener 269ml harga dibawah:

Bau masam akibat keadaan lembap? Hilangkan bau yang akan menyebabkan anda kurang selesa dengan Air Freshener automatik dari Glade ini. Tidak mungkin kita ada masa untuk menyembur ruang peribadi setiap masa. Dilengkapi dengan sistem timer, Air Freshener ini akan mengeluarkan semburan haruman selang beberapa minit yang anda ingini.

Dengan campuran ekstrak bunga lavender dan vanila, Air Freshener ini mampu  bertahan menyegarkan ruangan selama 60 hari. Hanya sekali semburan, Air Freshener ini sesuai untuk bilik atau ruangan yang luas seperti pejabat dan rumah.

Semburan Air Freshener dengan aroma Lavender
Semburan Air Freshener dengan aroma Lavender
mulai
RM7.90
Semak AMBI PUR Air Freshener 300ml harga dibawah:

Ada pelbagai jenis dan bentuk Air Freshener di pasaran Malaysia dan salah satunya adalah jenis botol spray. Air Freshener jenis ini sesuai jika anda gunakan untuk ruangan yang lebih kecil seperti tandas.

Selalunya peredaran udara dalam tandas tidak begitu elok, semburkan sahaja, bau yang kurang enak akan terhapus untuk beberapa minit anda berada di dalam tandas. Ambi Pur Air Freshener ini mempunyai pelbagai rangkaian aroma yang anda inginkan. Pilihan pengguna yang terbaik adalah haruman bunga Lavender. Selamat mencuba!

Air Freshener yang terbaik untuk kereta
DEXANDRA Air Freshener
mulai
RM5.99
Semak DEXANDRA Air Freshener harga dibawah:
add_circle Ada pilihan bauan ros & honey dew
add_circle Mampu tahan lama hingga 60 hari
add_circle Sesuai juga untuk rumah & tandas
add_circle Boleh letak dalam almari

Jenama DEXANDRA lebih terkenal sebagai pengeluar rangkaian minyak wangi untuk lelaki dan wanita. Kini, jenama ini menghasilkan wangian kereta dengan 8 jenis aroma pilihan pengguna.

Setiap wangian yang terdapat dalam produk ini dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan. Tidak kiralah jika anda meletakkan kereta di bawah terik matahari sekalipun, harumannya tidak akan menghilang dan kekal lama. Didatangi dengan kotak yang tertulis kata-kata pemberi semangat, produk ini sentiasa menjadi pilihan pengguna.

Air Freshener dengan essential oil yang berkualiti
Air Freshener dengan essential oil yang berkualiti
mulai
RM59.00
Semak W.DRESSROOM Perfume Diffuser (70ml) harga dibawah:

Air Freshener dari jenama terbaru di pasaran ini adalah aroma terapeutik yang terhasil dari gabungan pati minyak esen. Pewangi udara ini mampu untuk meningkatkan semangat serta memberikan kesan yang sangat tenang kepada pengguna.

Tidak mengandungi bahan yang membahayakan dalam minyak esen ini, ianya selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur. Malam adalah waktu untuk merehatkan minda. Gunakan sahaja Air Freshener ini, segala tekanan yang anda hadapi akan hilang dengan segera.

Air Freshener jenis gel terbaik
Ambi Pur
mulai
RM9.00
Semak Ambi Pur Room Fresh Gel 180g harga dibawah:

Terdapat lambakan pewangi-pewangi dari jenama terkenal di pasaran dan yang jenama yang selalunya menjadi pilihan pengguna adalah dari rangkaian jenama Ambi Pur. Air Freshener Ambi Pur boleh digunakan untuk semua ruangan peribadi atau kegemaran anda termasuk pejabat, rumah, kereta, tandas dan lain-lain lagi.

Jika anda mahu wangian ini bertahan dengan lebih lama, semasa anda tiada di ruangan tersebut, hanya turunkan sahaja penutupnya dan ianya boleh bertahan sehingga 30 hari.  

Air Freshener elektrik yang terbaik di pasaran
Air Freshener elektrik yang terbaik di pasaran
mulai
RM30.00
Semak 7 Colors Essential Mini Air Humidifier  harga dibawah:

Air Freshener ini yang beroperasi dengan teknologi ultrasonik tanpa bunyi supaya tidak menganggu tidur malam atau semasa anda sedang bekerja dan wangiannya bertahan sehingga 8 jam. Bahan yang terkandung dalam diffuser ini tidak akan membahayakan kulit dan menghalang ruangan bekerja atau tidur anda menjadi kering dan berbau.

Jika air di dalam takungan kosong secara automatik diffuser ini dimatikan dengan sendirinya. Bentuknya yang kompak senang untuk dibawa kemana sahaja serta mudah untuk dibersihkan. Dilengkapi dengan lampu LED, anda juga boleh menggunakan diffuser ini sebagai lampu tidur.

Air Freshener dan Humidifier sesuai untuk ruang pejabat
Air Freshener dan Humidifier sesuai untuk ruang pejabat
mulai
RM109.00
Semak Air Humidifier Aroma 4L LCD Touch Screen Remote harga dibawah:

Air Freshener 2-in-1 ini boleh melembap dan menyegarkan kualiti udara disekeliling kita walau dalam apa cuaca sekalipun samada panas atau hujan. Kusut menghadapi masalah kerja bertimbun? Aromatherapy diffuser ini mampu membuatkan jiwa anda berasa tenang semasa bekerja.

Ruang pejabat yang dilengkapi dengan penghawa dingin pasti akan mengeringkan kulit semasa musim panas. Jangan risau. Minyak esen yang ada di dalam diffuser ini, tidak akan membahayakan malahan ianya akan menambahkan kelembapan kulit anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Artikel Berkaitan

End of Article