Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Vacuum Cleaner dengan HEPA Filter untuk Rumah yang Lebih Bersih

Membantu mengatasi alahan sambil membersihkan persekitaran anda

Ketika hendak membeli vacuum cleaner, pasti kita tertanya apakah perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan alatan yang kita beli terbaik dan bersesuaian dengan kehendak kita. Selain dari jenis vacuum, kuasa dan cara penggunaan, penapisan atau filter yang digunakan juga merupakan ciri yang harus diambilkira sebelum membeli vacuum cleaner.

Apakah yang dilakukan oleh HEPA filter pada vacuum cleaner?

HEPA adalah singkatan untuk terma "High Efficiency Particulate Air" iaitu merujuk kepada bagaimana penapis atau filter vacuum dikilangkan, diuji, disahkan dan dilabel mengikut sistem piawaian HEPA filter yang standard.

Vacuum cleaner menggunakan filter HEPA mampu memerangkap partikel kecil dalam kuantiti yang banyak berbanding vacuum cleaner biasa yang hanya akan mengitarkan kembali partikel-partikel yang disedut ke udara.  

Maka dengan itu vacuum cleaner dengan filter HEPA mampu mengurangkan habuk, debu dan pelbagai alergen di rumah dengan lebih efisien. Berikut adalah senarai vacuum cleaner dengan HEPA yang ada di pasaran Malaysia kini.

9 Vacuum Cleaner Lengkap Dengan HEPA Filter

Vacuum cleaner murah dengan kuasa sedutan hebat
Deerma
mulai
RM158.99
Semak Deerma Vacuum Cleaner Strong Suction HEPA Filter Sweeper (DM717) harga dibawah:

Vacuum cleaner Deerma model DM717 ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu berkerja seperti vacuum cleaner yang lain. Ianya kuat, tahan lasak dan berkuasa untuk menyedut kotoran pada lantai, katil, sofa dan sebagainya. Ianya mudah digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Vacuum cleaner beroperasi dengan senyap dan tidak bising
Electrolux
Vacuum cleaner kecil untuk bulu kucing
mulai
RM226.43
Semak Electrolux Bagless Vacuum Cleaner (Z1231) harga dibawah:

Vacuum cleaner Electrolux Z1231 ini antara vacuum cleaner yang beroperasi secara senyap dan tidak bising. Ianya mempunyai speed regulator yang mengawal kelajuan sedutan, malah dengan kuasa sedutannya boleh mencapai sehingga 320W dengan fungsi sebaiknya. Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana serta menjimatkan ruangan penyimpanan.

Vacuum cleaner untuk sofa – menyedut habuk dengan baik
Sharp
mulai
RM229.99
Semak Sharp Bagless Vacuum Cleaner 2000W (ECLS20R) harga dibawah:

Mempunyai motor yang berkuasa sehingga 20002, vacuum cleaner Sharp ini sesuai digunakan di pelbagai kawasan termasuklah celah katil, pintu mahupun di sofa. Ia direka dengan 4 peringkat filter HEPA dan tidak mempunyai bag, jadi memudahkan anda untuk menanggal dan membersihkan bekas habuk. Ia juga mempunyai LED yang akan menyala apabila bekas habuknya sudah penuh atau tersekat.

Vacuum cleaner tahan lasak untuk sedutan lebih sempurna
Black & Decker
mulai
RM198.88
Semak Black & Decker Vacuum Cleaner (BDWD15-XD) harga dibawah:

Vacuum cleaner Black & Decker BDWD15-XD ini mempunyai dua sistem iaitu menggunakan bag debu atau dust bag dan HEPA filter. Untuk penggunaan yang melibatkan sedutan debu dan habuk yang banyak, dicadangkan untuk menggunakan dust bag manakala untuk debu kotoran halus dan sedikit bolehlah menggunakan HEPA filter. 

Vacuum cleaner ini sangat tahan lasak dan boleh digunakan dalam dua keadaan permukaan iaitu permukaan kering atau basah.

Vacuum cleaner tanpa wayar – mudah dan ringkas
Khind
mulai
RM208.00
Semak Khind Bagless Cordless Stick Handheld Vacuum Cleaner (VC9675) harga dibawah:
add_circle 2 dalam 1
add_circle Mempunyai lampu LED
add_circle Dilengkapi wall docking station
remove_circle Jaminan hanya setahun

Vacuum cleaner KHIND VC9675 ini menggunakan teknologi cyclone dan mengedut habuk dengan efisien. Ianya vacuum yang mempunyai HEPA filter dan boleh digunakan tanpa memerlukan anda menyambung pada plug

Bateri yang digunakan adalah bateri litium-ion bertahan untuk jangka masa lebih panjang. Saiz bekas habuknya adalah sebesar 0.5L yang mudah untuk ditanggal dan dibersihkan.

Vacuum cleaner bersaiz kecil dan kompak
Samsung
mulai
RM279.00
Semak Samsung 1800W Vacuum Cleaner (VC18M2120SB) harga dibawah:

Vacuum cleaner Samsung menggunakan filter HEPA dan kuasa cyclone untuk menyedut debu dan kotoran. Ia  juga mempunyai turbin yang anti-kusit dan menghalang dari tersumbat sekaligus memudahkan tenaga sedutan dipantau. Ia juga menghalang debu kotoran dari tersekat di berusnya. Vacuum cleaner ini bersaiz kecil dan mudah disimpan di ruang yang terhad.

Vacuum cleaner terbaik untuk karpet
Panasonic
mulai
RM339.00
Semak Panasonic Bagless Vacuum Cleaner (MC-CL563) harga dibawah:

Vacuum cleaner Panasonic model MC-CL563 ini  adalah vacuum tanpa bag dan menggunakan filter HEPA. Ia didatangi dengan bekas untuk mengumpul habuk sehingga 2.0L dan juga nozzle lengkap yang sesuai untuk menyedut kotoran dan debu di karpet yang tebal mahupun nipis. Tiada lagi masalah untuk menyedut habuk ‘degil’ yang melekap pada permukaan karpet anda.

Vacuum cleaner terbaik untuk menyedut bulu kucing
Hitachi
mulai
RM399.00
Semak Hitachi 2200W Cyclone Vacuum Cleaner Cylinder (CV-SE22V) harga dibawah:

Vacuum cleaner Hitachi ini mempunyai empat jenis nozzle termasuklah nozzle utama, 2-peringkat nozzle pelbagai sudut, berus habuk dan berus crevice.  Ia menggunakan 7 peringkat penapisan termasuk filter nano titanium HEPA. Dengan mempunyai kuasa sehingga 2200W, vacuum cleaner ini mampu menyedut habuk dan debu sekecil bulu kucing yang halus itu.

Vaccum cleaner robot dengan teknologi smart
iRobot
mulai
RM3,250.00
Semak iRobot Roomba 890 Vacuum Cleaner harga dibawah:

Mungkin harganya agak tinggi, tetapi iRobot Roomba 890 series ini menggunakan teknologi pintar di mana anda boleh memberi arahan menggunakan telefon pintar dan suara anda. Ianya mampu membersih kediaman dengan tiga peringkat iaitu kotoran di lantai, mengangkat dan menyedut habuk dengan sempurna

Bateri litium-ion yang digunakan oleh vacuum cleaner robot ini tahan 3 kali lebih lama daripada bateri biasa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article