Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Vacuum Cleaner Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Kuat)

Anda boleh vakum lagi dan lagi tanpa henti!

Setiap rumah pasti perlukan penyedut hampagas atau vacuum cleaner terbaik untuk proses pembersihan rumah.

Lebih lagi untuk mereka memiliki ruang rumah yang luas dan karpet yang banyak, sangat memerlukan vacuum tahan lasak dan vacuum cleaner paling kuat.

Tapi, mana satu vacuum cleaner terbaik supaya proses pembersihan dapat dilakukan dengan sempurna.

Jadi kami bantu anda senaraikan jenama vacuum wet dan dry terbaik.


Promosi 9.9 Dyson x Zalora – Potongan Sehingga RM350!

- Zalora 9.9 Beaufest (Penjagaan rambut)

  • Gunakan kod promo: PNZAL300 untuk dapatkan potongan RM350.
  • Sah untuk rangakain barangan penjagaan rambut saja.
  • Kod promo sah dari 1 - 11 September 2023.
  • Tiada had pembelanjaan.

- Zalora 9.9 (Lantai dan purifier)

  • Gunakan kod promo: PNHOME350 untuk dapatkan potongan RM350.
  • Sah untuk rangakain barangan penjagaan lantai dan purifier saja.
  • Kod promo sah dari 4 - 11 September 2023.
  • Tiada had pembelanjaan.

DAPATKAN PROMO

Cara Guna Promo Kod

  1. Log masuk / Daftar di lama rasmi Zalora Malaysia.
  2. Masukkan produk Dyson ke dalam troli pembelian.
  3. Kemudian pergi ke butang check out.
  4. Masukkan kod promo mengikut jenis pembelian (PNZAL300 / PNHOME350).
  5. Potongan harga telah dilakukan dan anda boleh bayar.

Senarai 11 Vacuum Cleaner Terbaik

Morgan Vacuum Cleaner DryWetBlow MVC-TC181SS
Semak Morgan Vacuum Cleaner Dry/Wet/Blow MVC-TC181SS harga dibawah:
add_circle Kapasiti kotoran besar
add_circle Fungsi wet, dry & blow
add_circle Kuasa sedutan, 1800w
add_circle Stainless steel
remove_circle Berat

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Vacuum cleaner yang tahan lasak dari jenama Morgan ini merupakan pilihan yang terbaik kerana arga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan kuasa yang sangat kuat. 

Ciri-ciri;

Material vacuum ini diperbuat dari stainless steel yang tahan dari terkena cuaca panas dan hujan. 

Kapasiti tong habuk pula sangat besar iaitu 32 liter membolehkan mengisi kotoran kering mahupun basah. 

Jangan risau, anda boleh membasuh beg habuk untuk dipakai semula dan diperbuat dari 100% polister tahan lasak. 

Kuasa sedutan 1800w pula amat mengagumkan, sudah tentu mampu menyedut apa jua kotoran kecil atau besar. 

Begitu juga dengan pelbagai pilihan aksesori kepala vacuum bagi memudahkan lagi proses pembersihan 

Jangan lupa, vacuum ini juga vacuum wet and dry terbaik dilengkapi sistem blow.

Maksudnya anda boleh bersihkan daun atau rumput selepas dipotong atau ditebas. 

Review;

“Sedutan vacuum memang kuat, sangat bagu nak bersihkan karpet. Memang berbaloi beli vacuum ini. Terbaik!”

Wireless vacuum cleaner terbaik
Hericaine
Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10
Semak Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10 harga dibawah:
add_circle Mempunyai penapis HEPA
add_circle Kuasa sedutan 19000pa
add_circle Jaminan selama 5 tahun
remove_circle Penyedut dust mite dijual berasingan

Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran.

Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu. 

Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan. 

Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien. 

Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit. 

Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.

Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah! 

Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima waranti motor vacuum selama 5 tahun.

Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia dan ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan. 

Portable vacuum cleaner terbaik
Xiaomi
Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini
Semak Xiaomi Mi Vacuum Cleaner Mini harga dibawah:
add_circle Sedutan kuat
add_circle Kecil dan ringan
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Vacuum cepat panas
remove_circle Masa pengecasan yang lama

Xiaomi sekali lagi berjaya mendamba hati peminat mereka dengan vacuum saiz mini yang berkuasa tinggi.

Produk ini sangat sesuai untuk kerja-kerja membersih minima seperti kotoran makanan, habuk pensil atau pasir pada kasut. 

Sedutan 13000pa amat berbaloi dengan saiz vacuum yang kecil ini dan dua pilihan kepala penyedut bagi kelancaran proses vakum. 

Rekaan yang unik tanpa pemegang, iaitu idea untuk anda berasa lebih selesa dan beratnya yang hanya 500 gram sudah tentu boleh juga digunakan oleh kanak-kanak. 

Jangka hayat bateri yang bertahan sehingga 30 minit sudah pasti dapat menjimatkan elektrik daripada pengecasan yang kerap.  

Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner RVCOB11WT
Semak Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner RVCOB11WT harga dibawah:
add_circle Sedutan vacuum 360 darjah
add_circle Reka bentuk nipis, 65mm
add_circle Boleh mengemop
add_circle Anti-drop sensor
add_circle Masa beroperasi 70 minit
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Boleh membersih kawasan berkeluasan 150㎡
remove_circle Masa mengecas lama, 4 jam
remove_circle Tiada penapis habuk

Robot vacuum murah terbaik bagi menyedut bulu kucing peliharaan anda di rumah!

Penting untuk memastikan ruang bilik atau rumah bebas dari bulu kucing yang gugur, bagi mengelakkan dari kesan alergik atau penyebab serangan asma. 

Pemilik kucing wajib ada satu robot vacuum seperti Samu Giken yang berkuasa menyedut kotoran dengan kuasa 1800pa.

Vacuum ini berkebolehan menarik bulu haiwan, sisa kotoran makanan bukan sahaja di permukaan keras tapi dicelah-celah karpet rumah anda. 

Bukan itu sahaja, teknologi terkini Samu Giken menghasilkan robot vacuum yang bergerak 360 darjah dan reka bentuk nipis supaya setiap sudut sempit rumah anda boleh dibersihkan dengan baik. 

Sedikit kekurangan untuk model ini, menghasilkan bunyi yang agak bising <55db, berat produk pula 2.5kg dan hanya boleh beroperasi selama 70 minit.

Paling penting, kuasa sedutan robot vacuum ini masih mengagumkan dan dijamin berkesan membersihkan habuk! 

Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D
Semak Midea Cordless Anti-Dust Mites Vacuum Cleaner 110W MVC-B5D harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu UV-C
add_circle Pemegang boleh pusing
add_circle Penapis HEPA
remove_circle Agak bising (75 dBa)
remove_circle Waktu mengecas lama (3-5 jam)

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini. 

Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam. 

Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama. 

Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana. 

Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci. 

Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam. 

Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai mask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama. 

Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan.  

Semak Meck 12L Heavy Duty Vacuum Cleaner Wet And Dry Blow 3 In 1 MVC-WD123SS harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Kapasiti 12 liter
add_circle Stainless Steel
add_circle Kuasa sedutan, 1200w
add_circle Mempunyai fungsi wet & dry
add_circle Menggunakan Penapis HEPA
remove_circle Bunyi bising

Vacuum cleaner Meck sesuai dijadikan vacuum heavy duty untuk kegunaan rumah atau pejabat kecil. 

Ini kerana dilengkapi tong kapasiti bersaiz 12 liter dan turut boleh mengisi sampah basah atau cecair 6.5 liter. 

Badan vacuum pula dari material stainless steel dengan roda di bawah untuk memudahkan vacuum dibawa ke mana sahaja. 

Kekuatan sedutan amat kuat sehingga 1200w dan mempunyai perlindungan haba supaya tiada proses tergendala akibat gangguan suhu panas. 

Menariknya lagi, Meck menyediakan ruang simpanan khas untuk aksesori vacuum jadi anda boleh bawa bersama ketika proses vacuum

Rata-rata pembeli Meck Heavy Duty model MVC-WD123SS amat berpuas hati dengan kepakaran sedutan habuk yang sedia ditapis oleh penapis HEPA. 

Begitu juga dengan harga jualan yang cukup murah walaupun vacuum cleaner berkuasa tinggi!

Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352
Semak Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner FC9352 harga dibawah:
add_circle Kapasiti, 12 liter
add_circle Kuasa sedutan, 1900w
add_circle Penapis EPA 10
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Ini antara vacuum cleaner paling kuat dengan sedutan 1900w! 

Vacuum Philips model FC9352 diperkenalkan dengan teknologi PowerCyclone 5, dimana bijak mengasingkan udara dan kotoran semasa menyedut. 

Ini supaya fungsi sedutan vacuum lebih efisien dan mengurangkan penghasilan sisa kotoran yang melekat pada tiub vacuum

Muncung vacuum yang disediakan pula diberi beberapa pilihan yang unik seperti Turbo Brush yang mampu menarik sehingga 25% kotoran kecil.

Selain itu, vacuum tanpa beg sampah ini juga mempunyai penapis EPA 10 yang dikatakan lebih baik dari penapis biasa. 

Vacuum ini juga dapat memerangkap partikel halus bersama kombinasi aliran angin sedutan yang tidak akan menyebabkan penapis tersumbat. 

ELECTROLUX (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W320W SuctionHepa filter
Semak ELECTROLUX (Z1231) Bagless Vacuum Cleaner 1600W/320W Suction/Hepa filter harga dibawah:
add_circle Kapasiti, 1 liter
add_circle Kuasa sedutan, 1600w
add_circle Penapis HEPA
add_circle Waranti 1 tahun
add_circle Harga murah
remove_circle Berat 6.5kg

Vacuum cleaner dari Electrolux berbaloi untuk kegunaan rumah atau ruang bilik tidur anda. 

Ini kerana mempunyai sedutan sehingga 1600w, memang sangat efektif dalam membersihkan habuk, sawang, sisa rambut serta bulu haiwan peliharaan. 

Menariknya lagi, anda boleh mengawal kuasa sedutan dari low hingga medium

Selain itu, vacuum kecil ini turut dilengkapi penapis HEPA yang memberi pulangan semula udara yang bersih semasa menyedut. 

Jangan risau, penapis tersebut boleh dibersihkan dan dipakai semula dengan selamat. 

Walaupun vacuum ini memiliki ciri bagless, ruang simpanan kotoran vacuum ini mudah dibersihkan dan ditanggalkan. 

Tunggu apa lagi, vacuum ini ternyata terbaik untuk membersih dan meninggalkan udara yang bersih dari HEPA filter! 

Gaabor Cyclone Strong Suction Corded Home Vacuum Cleaner
Semak Gaabor Cyclone Strong Suction Corded Home Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Handheld
add_circle Ringan
add_circle Kuasa sedutan, 1600pa
add_circle Mempunyai penapis
add_circle Harga murah
remove_circle Berwayar
remove_circle Cepat panas

Teringin nak ada vacuum cleaner tahan lasak tapi murah?  Vacuum Gaboor adalah pilihan tepat. 

Harganya bawah RM100 tapi masih mempunyai ciri-ciri vacuum yang terbaik. 

Kadar sedutan vacuum cleaner sangat memuaskan iaitu 1600pa, mampu menyedut habuk halus pada permukaan lantai dan karpet. 

Walaupun hanya boleh berpusing 90 darjah, vacuum ini boleh digunakan dalam dua cara iaitu handheld dan stick

Jadi anda boleh menyedut habuk di langsir, celahan sofa atau tilam dengan mudah. 

Kelebihan rekaan vacuum yang ringan dan nipis menyenangkan anda untuk menyimpan dan paling penting tidak lenguh tangan apabila digunakan.

Kelongsong tabung kotoran juga mudah ditanggalka dan di sisi vacuum mempunyai cangkuk khas untuk anda gantung wayar kabel supaya tidak berselirat. 

Ciri-ciri begini juga ada pada vacuum cleaner yang dijual pada harga sangat rendah. 

Vacuum tahan lasak 4 in 1
KADONIO
KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner
Semak KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 harga dibawah:
add_circle Kelajuan motor kuat
add_circle Sedutan maksimum 16000PA
add_circle Filter mudah ditukar
add_circle Ringan
remove_circle Bunyi sedutan kuat

Untuk anda yang mencari vacuum tahan lasak 4 dalam 1, boleh dapatkan KADONIO 4 in 1 Cordless Vacuum Cleaner VC96 untuk memudahkan kerja rumah anda.

Ciri 4 dalam 1 memberikan anda 4 pilihan kepala vacuum iaitu stick vacuum panjang biasa untuk lantai atau dinding, berus pendek untuk karpet, berus muncung pendek untuk celahan dinding dan flat hose untuk sedutan tempat kecil dan tirus.

Dengan kelajuan motor yang kuat dan sedutan maksimum motor 16000PA, anda boleh membersihkan lantai atau kawasan yang diperlukan dalam masa 10 saat sahaja!

Paling penting, vacuum tahan lasak ini sangat ringan dan filter mudah ditukar jadi anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk mengendalikannya.

Walaupun bunyi sedutan vacuum ini sedikit kuat, pembeliannya akan berbaloi kerana kapasiti bateri 2000mAH ini membolehkan anda gunakannya dengan lebih lama!

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner
Semak REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner harga dibawah:
add_circle Fungsi kering dan basah
add_circle Hayat bateri yang panjang
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Sedutan kuat
add_circle 5 jenis muncung
remove_circle Kapasiti hanya 0.5L

REDBUZZ Rechargeable Wireless Cordless Vacuum Cleaner merupakan salah satu vacuum yang mempunyai kapasiti bateri yang bersaiz besar.

Dengan saiz bateri 2200mAH dan kekuatan sedutan yang kuat, anda boleh lakukan kerja rumah dengan lebih lama tanpa perlu risau perlu dicaj dengan kerap.

Bagaimanapun, kami ingin menasihati anda untuk tidak menggunakan vacuum ini selama 30 minit tanpa henti untuk elakkan motor vacuum burn out atau rosak.

Vacuum cordless ringan ini juga mempunyai filter habuk yang boleh dicuci jadi ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.

Menariknya, anda juga boleh sedut air yang tumpah di lantai atau dalam kereta dengan mudah tanpa perlu risau.

Walaupun bunyi sedutan sedikit kuat, vacuum ini berbaloi kerana mempunyai 5 aksesori nozzle yang anda boleh tukar mengikut penggunaan.


Berapa Lamakah Sebuah Vacuum Cleaner Boleh Berfungsi Dengan Baik? 

Jawapannya bergantung pada jenama, kualiti dan kaedah penggunaan vacuum cleaner itu sendiri. 

Tapi tempoh yang dianggarkan oleh pakar adalah sehingga sekitar 8 tahun. 

Jika diselenggarakan dengan baik, vacuum cleaner boleh digunakan sehingga 10 - 15 tahun lamanya. 

Terutamanya vacuum cleaner jenis heavy duty atau cyclone

Cuma vacuum cleaner yang murah atau sekadar untuk dijadikan kegunaan domestik seperti di rumah, mampu bertahan sehingga 3 atau 5 tahun. 

Jadi penting juga untuk kita selenggara vacuum atau tukar alat ganti aksesori vacuum untuk tahan lama. 


Apakah Tips Beli Vacuum Cleaner Malaysia?

Ciri-ciri utama yang perlu anda lihat ketika membuat pembelian vacuum adalah:

  • Kadar Penggunaan

Pertama sekali lihat pada saiz rumah atau tempat yang anda ingin bersihkan dengan vacuum cleaner. 

Ini supaya tidak membebankan vacuum kerana aspek utama dalam sebuah vacuum ialah kapasiti sedutan. 

Jika anda gunakan vacuum kapasiti kecil tapi dengan kerja yang berat, boleh memendekkan jangka hayat vacuum. 

  • Kenali Jenis Vacuum

Terdapat pelbagai dua jenis asas vacuum cleaner yang perlu kita kenali sebelum membeli.

Pertamanya jenis cyclone, iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas.

Pengguna biasanya boleh mencuci bekas tersebut setelah selesai vacuum

Kini terdapat banyak vacuum cyclone diperkenalkan di Malaysia, terutamanya dalam rekaan stick vacuum. 

Kedua, vacuum dust bag iaitu vacuum tipikal yang biasa kita lihat untuk kerja-kerja industri.

Vacuum jenis ini mengumpul sisa kotoran didalam beg pakai buang. 

Selalunya  jenis ini lebih menyenangkan kerana debu dan habuk tidak akan berterbangan.

  • Kuasa Sedutan Vacuum (PA)

Ramai yang tertipu rekaan vacuum dengan tidak melihat daya kerja sedutan vacuum tersebut. 

  1. Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
  2. Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
  3. Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa

Senarai diatas adalah rujukan untuk mengetahui kadar sedutan vacuum yang sesuai untuk setiap jenis model.

  • Jenis-jenis aksesori

Pastikan vacuum pilihan anda mempunyai pelbagai aksesori tambahan untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan.

Apa yang patut ada dan bagaimana nak guna aksesori vacuum anda? Tonton video dibawah untuk mengetahui cara guna vacuum dengan betul.


Article Berkaitan 

End of Article