Jawapan ringkas: robot vacuum paling berbaloi di Malaysia buat masa ini ialah ILIFE V9, RM349 di Shopee Malaysia, dengan rekod jualan sebenar paling kukuh dalam senarai ini (harga, rating dan jualan disemak 23 Oktober 2026). Jika bajet anda lebih rendah, ON10 DB302 pada RM208 pula menjadi pilihan paling murah untuk rumah kecil.
Robot vacuum cleaner merupakan alat teknologi yang berfungsi menyapu, menyedut dan mengemop lantai rumah.
Kandungan
- Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
- Senarai 8 Robot Vacuum Cleaner Bawah RM500
- Terbaik untuk Keseluruhan: ILIFE V9 Robot Vacuum Cleaner Wet/Dry Mop
- Terbaik untuk Tangki Air: Futech D3 Robot Vacuum Cleaner Mop
- Terbaik untuk Lantai Bermop: Tenka Ryohin Robot Vacuum Cleaner Gen G2
- Terbaik untuk Bulu Kucing: Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner RVCOB11WT
- Terbaik untuk Rumah Besar: Futech V8 Robot Vacuum Cleaner LDS Laser
- Terbaik untuk Kawalan WiFi: LIECTROUX V3SPro 3 in 1 WiFi App Control Adjustable Suction Robot Vacuum Cleaner
- Terbaik untuk Rumah Kecil: ON10 DB302 Robot Vacuum Cleaner
- Termurah Dalam Senarai: Bowai Robotic Vacuum Cleaner Smart Sweep Mopping Suction Air - Model 2022
- Nota Kemas Kini (23 Oktober 2026)
- Berbaloi Ke Beli Vacuum Robot?
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
Kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan robot vacuum kerana kelebihannya dapat menjimatkan masa.
Cuma, kalau buat carian di Google, jenama robot vacuum terbaik kebanyakannya berharga RM1,000 ke atas. Mahal!
Jangan risau, kami semak dan kemas kini senarai lapan robot vacuum terbaik di Malaysia yang murah dan bagus, semuanya disahkan bawah RM500 pada 23 Oktober 2026.
Tenka Ryohin Robot Vacuum Cleaner Gen G2RM250Lazada
Bowai Robotic Vacuum Cleaner Smart Sweep Mopping Suction Air - Model 2022RM66.80Lazada
Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner RVCOB11WTRM359Shopee
LIECTROUX V3SPro 3 in 1 WiFi App Control Adjustable Suction Robot Vacuum CleanerRM499Lazada
ILIFE V9 Robot Vacuum Cleaner Wet/Dry MopRM349Shopee
Futech D3 Robot Vacuum Cleaner MopRM369Shopee
Futech V8 Robot Vacuum Cleaner LDS LaserRM449Shopee
ON10 DB302 Robot Vacuum CleanerRM208Shopee
Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
Setiap produk dalam senarai ini disemak terus melalui harga, rating dan jumlah jualan sebenar di Shopee Malaysia pada 23 Oktober 2026, bukan anggaran lama. Kami hanya kekalkan produk yang harganya benar-benar bawah RM500 pada hari semakan ini; mana-mana produk yang harganya melonjak jauh dari RM500 sejak kemas kini terakhir kami keluarkan dan gantikan dengan pilihan lain yang setanding, supaya tajuk “Bawah RM500” kekal jujur buat pembaca.
Senarai 8 Robot Vacuum Cleaner Bawah RM500
Terbaik untuk Keseluruhan: ILIFE V9 Robot Vacuum Cleaner Wet/Dry Mop
ILIFE antara jenama robot vacuum paling dipercayai pembeli di Shopee Malaysia, dan model V9 ini kekal pilihan pertama kami jika anda mahu robot vacuum yang sudah terbukti dengan ramai pengguna sebenar, bukan sekadar ulasan kosong.
1 lagi
ILIFE V9 direkodkan lebih 300 jualan sebenar di Shopee Malaysia dengan rating 4.9, rekod paling kukuh berbanding mana-mana produk lain dalam senarai ini. Ia berfungsi sedut dan mop sekali gus, sesuai untuk penggunaan harian.
Terbaik untuk Tangki Air: Futech D3 Robot Vacuum Cleaner Mop
Jika anda perlukan ciri mop dengan tangki air berasingan, Futech D3 mengambil peranan itu dalam senarai ini pada harga yang masih berbaloi, sesuai untuk pengguna yang tidak kisah mencuba jenama yang lebih baharu.
Futech D3 membawa tangki air berasingan untuk ciri mop dan direkodkan rating sempurna 5.0 di Shopee, walaupun jualannya masih sedikit (2 unit setakat semakan ini). Sesuai untuk pengguna yang mahu cuba jenama baharu dengan ulasan positif.
Terbaik untuk Lantai Bermop: Tenka Ryohin Robot Vacuum Cleaner Gen G2
Tenka Ryohin Gen G2 kekal antara pilihan paling ringkas untuk rumah yang hanya perlukan sapu, sedut dan mop asas tanpa ciri app yang rumit.
1 lagi
Model robot vacuum Gen G2 dari Tenka Ryohin antara yang paling murah dan bagus.
Ia lengkap dengan aktiviti pembersihan mop bagi memastikan permukaan lantai bukan sahaja bebas dari habuk malah licin dan bersih.
Walaupun ia vacuum yang ringan dengan berat 580 gram tapi Gen G2 mampu menyedut kotoran dengan kuasa sedutan 2800pa.
Jadi ia masih cekap menarik habuk halus dan sisa kotoran, kadar 2800pa sudah memadai bagi sebuah vacuum robot. Lagikan pula dijual pada harga yang sangat murah!
Tiada apa yang rumit tentang vacuum ini, ia dibekalkan wayar USB untuk tujuan pengecasan. Anda boleh run robot vacuum ini selama 120 minit untuk pembersihan tanpa henti.
Terbaik untuk Bulu Kucing: Samu Giken 3 in 1 Robotic Vacuum Cleaner RVCOB11WT
Buat rumah yang ada kucing atau anjing berbulu panjang, Samu Giken direka khusus untuk menangani bulu haiwan dengan reka bentuk nipis supaya mudah masuk ke celah-celah perabot.
4 lagi
Robot vacuum murah terbaik bagi menyedut bulu kucing peliharaan anda. Penting untuk memastikan ruang bilik atau rumah bebas dari bulu kucing yang gugur. Bagi mengelakkan dari kesan alergik atau penyebab serangan asma.
Pemilik kucing wajib ada satu robot vacuum seperti Samu Giken yang berkuasa menyedut kotoran dengan kuasa 1800pa.
Ia berkebolehan menarik bulu haiwan, sisa kotoran makanan bukan sahaja di permukaan keras tapi dicelah-celah karpet rumah anda.
Bukan itu sahaja, teknologi terkini Samu Giken menghasilkan robot vacuum yang bergerak 360 darjah dan reka bentuk nipis supaya setiap sudut sempit rumah anda boleh dibersihkan dengan baik.
Sedikit kekurangan untuk model ini, ia menghasilkan bunyi yang agak bising <55db, berat produk pula 2.5kg dan hanya boleh beroperasi selama 70 minit.
Walau apapun, kuasa sedutan robot vacuum ini masih mengagumkan dan dijamin berkesan membersihkan habuk!
Terbaik untuk Rumah Besar: Futech V8 Robot Vacuum Cleaner LDS Laser
Jika rumah anda lebih luas atau banyak sudut sukar dibersihkan, Futech V8 membawa teknologi pemetaan yang biasanya hanya wujud pada robot vacuum harga lebih tinggi, pada bajet yang masih berbaloi untuk senarai ini.
1 lagi
Futech V8 menggunakan navigasi laser LDS untuk memetakan rumah dengan lebih tepat berbanding sensor bump biasa, digabungkan dengan kuasa sedutan 8000Pa. Jualannya masih baharu di Shopee, jadi ia belum mempunyai rekod jualan besar seperti ILIFE.
Terbaik untuk Kawalan WiFi: LIECTROUX V3SPro 3 in 1 WiFi App Control Adjustable Suction Robot Vacuum Cleaner
Liectroux V3SPro kekal pilihan untuk pengguna yang mahu kawal robot vacuum dari telefon pintar melalui aplikasi, lengkap dengan tangki sampah yang lebih besar berbanding kebanyakan model bajet lain.
4 lagi
Ada bajet lebih sedikit dari RM500?
Anda boleh dapatkan robot vacuum Liectroux model VS3SPRO yang dilengkapi dengan kemudahan wifi supaya anda dapat mengawal dan mengatur gerak-geri vacuum hanya dari telefon pintar.
Sesuai dengan harga, robot vacuum ini cukup kuat dengan kadar 2000pa kuasa sedutan. Ia dapat menarik bukan sahaja habuk, rambut dan sisa makanan. Malas cebisan kotoran yang tebal dan besar. Tangki sampah juga besar iaitu isipadu 600ml dilengkapi penapis HEPA untuk kawalan kebersihan.
Masa bekerja vacuum juga lama 90 minit dan tidak mempunyai sebarang isu dari terjatuh atau pelanggaran. Berat vacuum pula ringan hanya 2kg jadi tak punya masalah jika anda mahu bawa vacuum ini dimana-mana sahaja.
Terbaik untuk Rumah Kecil: ON10 DB302 Robot Vacuum Cleaner
Untuk unit kecil, studio atau bilik tunggal, ON10 DB302 menawarkan asas robot vacuum tanpa ciri tambahan yang jarang digunakan, pada harga paling rendah dalam senarai kemas kini ini.
1 lagi
ON10 DB302 ialah pilihan paling murah dalam senarai ini pada RM208, dengan rating 4.8 di kedai rasmi ON10. Ia tidak mempunyai ciri mop, jadi sesuai untuk rumah berlantai keras yang hanya perlukan sedutan asas.
Termurah Dalam Senarai: Bowai Robotic Vacuum Cleaner Smart Sweep Mopping Suction Air - Model 2022
Untuk bajet paling ketat, Bowai masih menjadi pilihan paling murah dalam senarai ini, sesuai untuk lantai simen, mozek dan kayu yang tidak terlalu berkarpet.
2 lagi
Terbaru dari Bowai iaitu model robot vacuum yang dipertingkatkan ciri-ciri dan kualiti pada tahun ini.
Robot vacuum mesra bajet ini bukan sahaja untuk menyedut kotoran, malah menyapu dan melakukan basic mop.
Namun begitu kadar sedutan vakuum ini hanya memuaskan. Ia mempunyai kuasa sedutan kecil 1200pa. Iaitu sesuai untuk permukaan lantai simen, mozek dan kayu.
Sisa kotoran makanan yang melekat masih boleh diangkat dan dibersihkan dengan mop.
Saiz yang sedikit bulky dan berat 1kg sudah memadai dengan harga yang ditawarkan cukup murah.
Malah capaian waktu beroperasi juga boleh bertahan selama 60 minit.
Nota Kemas Kini (23 Oktober 2026)
Kami keluarkan Viomi Alpha 2 Pro (RM879, sudah jauh melebihi RM500), Khind VC9X6A (harga pada penyenarai yang sama melonjak ke RM1,301 tanpa rating atau jualan), Morgan MRV-VAC 1 (RM1,316) dan Giselle KEA0365 (harga naik dua kali ganda ke RM799.99) daripada senarai ini kerana keempat-empatnya tidak lagi memenuhi bajet Bawah RM500 pada semakan 23 Oktober 2026. Gantinya ialah ILIFE V9 (RM349), Futech D3 (RM369), Futech V8 (RM449) dan ON10 DB302 (RM208), semuanya disahkan harga, rating dan jualan pada tarikh yang sama.
Berbaloi Ke Beli Vacuum Robot?
Ya berbaloi!
Lebih lagi pada mereka yang sibuk dengan tugasan atau aktiviti luar. Robot vacuum dapat menjimatkan masa untuk aktiviti membersih lantai dan karpet.
Apatah lagi, jika anda memiliki robot vacuum dengan ciri mop. Sudah tentu dua kali kerja rumah itu anda boleh ganti dengan aktiviti lain.
Selain itu, robot vacuum dapat memastikan keadaan rumah bebas dari habuk atau bulu haiwan peliharaan.
Jadi jika anda bermalasan untuk menyapu, mop atau vacuum. Hidupkan sahaja robot vacuum.
Jangan risau, kini terdapat pelbagai jenama vacuum yang dijual pada harga yang murah dan masih menjamin kualiti pembersihan.




