Ketika ini ramai sudah mula tidak lagi memerlukan penyapu mahupun mop untuk membersihkan lantai rumah mereka kerana ia memerlukan banyak tenaga dan masa terutamanya untuk menunggu ia kering selepas dicuci dan dibersihkan.
Kini dengan kemunculan pelbagai pembersih vakum di pasaran ia telah sedikit sebanyak berjaya memudahkan tugas kebanyakan wanita tidak kira yang berkerjaya mahupun yang menjadi surirumah kerana dengan kemudahan yang diberikan oleh pembersih ini kini mereka boleh menumpukan masa mereka untuk perkara yang lebih berfaedah untuk keluarga.
Berikut merupakan antara pembersih vakum terbaik yang kini berada di pasaran Malaysia yang anda boleh dapati dengan harga yang berpatutan.
Table of Contents

Produk terbaik di pasaran yang bukan sahaja murah malah beroperasi dengan menggunakan sistem penapisan HEPA untuk menapis partikel habuk dari berterbangan. Ia direkabentuk dengan sistem siklonik yang memberikan kuasa penyedutan dinamik untuk pembersihan lantai yang mutlak. Sangat sesuai untuk mereka yang sering mempunyai lantai yang kotor dan berdebu.

Pembersih menggunakan tangan ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang ingin membersihkan bahagian dalam kereta kerana ia memiliki peranti yang boleh mencapai bahagian yang sukar untuk dicapai untuk kebersihan menyeluruh. Saiz kecilnya juga menjadikan ia sesuai digunakan untuk membersihkan telefon bimbit dan smartphone anda juga.

Didatangkan dengan 3 warna berbeza kini anda boleh memiliki laptop dan komputer yang bebas dari habuk dan nyaman sentiasa kerana pembersih ini membolehkan anda membersihkan komputer dan laptop anda dengan mudah dan selamat. Ia juga memberikan anda jaminan berkualiti yang boleh membersihkan pelbagai bentuk permukaan dengan mudah. Sesuai ditempatkan di dalam pejabat ataupun bilik bacaan.
Ekstra: 6 Robot Vacuum Cleaner dibawah RM 120 yang Hebat Walaupun Murah

Merupakan pembersihkan yang boleh digunakan samada untuk membersih permukaan permaidani serta sesuai untuk menarik habuk dan debu yang melekat di sekitar permukaan karpet. Sesuai untuk kegunaan rumah ataupun masjid dan rekabentuknya yang fleksibel menjadikan ia sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Lengkap dengan bekas yang mudah dicuci dan dikosongkan untuk penggunaan semula.

Pembersih vakum yang direkabentuk bersesuaian untuk digunakan sebagai alat untuk membersih alatan komputer yang seringkali lebih rumit untuk dicapai. Habuk-habuk akan dibersihkan menjangkaui apa yang dijangkakan oleh anda. Mudah alih, fleksibel serta ringan menjadikan ia cukup mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Ia juga mudah digunakan ketika anda mahu menggunakan fungsi vakum serta ketika membuang habuk dan bulu binatang.

Berkesan untuk menghapuskan hampir 99% pepijat atau ulat tilam yang selalu mengganggu tidur dan kesihatan anda. Selain itu pembersih ini mampu untuk membersihkan dengan cara 100% bebas dari bahan kimia dan merupakan pembersih yang sangat sesuai terutama jika seisi rumah itu terdapat di antara mereka yang menghidapi penyakit asma dan alahan pada hidung.
Ekstra: Bersihkan Rumah Tanpa Kerumitan dengan 6 Vacuum Tanpa Kabel Ini

Kepada mereka yang memiliki kolam ikan di rumah atau di pejabat kini anda tidak perlu runsing lagi kerana pembersih kolam ikan ini mampu membantu anda untuk membersihkan kebanyakan kolam jenis kolam ikan. Dengan kuasa pump motor yang lebih ekonomi ia mampu untuk membersih dengan lebih efektif. Saiznya yang kecil itu juga memudahkan anda untuk mengendalikannya.