Jika bercakap soal membersih atau mengemas rumah, alatan utama yang perlu adalah penyapu, mop, penyodok dan penyedut hampagas.
Tapi alangkah lebih mudah jika menggunakan wireless vacuum cleaner terbaik untuk proses pencucian secara keseluruhan.
Cuma sebelum memilih penyedut habuk pastikan mengikut budget anda dengan kuasa bateri yang kuat supaya dapat menyedut segala kotoran.
Malangnya, kita menjadi bingung untuk memilih jenama vacuum terbaik menerusi online.
Jadi kami memudahkan anda dengan menyenaraikan jenama vacuum terbaik untuk pencucian di rumah.
Senarai 11 Vacuum Cordless/Tanpa Wayar Terbaik
Table of Contents

Perasan tak kalau selepas sapu rumah, pasti ada lagi habuk-habuk kecil tertinggal pada lantai.
Esoknya, kena sapu lagi sebab tapak kaki rasa masih ada lagi saki-baki habuk, rambut, pasir. Penat nak menyapu hari-hari!
Tapi dengan penyedut hampagas dari jenama Dreame T30 dapat bantu meringankan membersih ruang dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan.
Keseluruhan
Dreame T30 Cordless Stick Vacuum Cleaner mempunyai kuasa bateri 2900mAh dengan tahap kuasa sedutan 190 AW.
Kuasa cordless vacuum ini mampu bertahan selama 90 minit untuk mod eco, 35 minit untuk mod standard dan 7.5m minit untuk mod turbo.
Menariknya lagi, Dreame T30 ini mempunyai teknologi Auto-Adapt Cleaning Mode dimana mampu mengenalpasti jenis habuk untuk disedut.
Maknanya secara automatik mod bertukar mengikut jenis habuk yang disedut. Habuk kecil, habuk sebesar zarah atau habuk tebal.
Mod Auto ini juga akan berubah mod kepada sedutan kuat secara automatik jika anda halakan pada permukaan karpet.
Anda juga boleh menukar pelbagai cara untuk menggunakan vacuum ini kerana terdapat lima aksesori berbeza untuk sedut habuk pada bahagian tersorok atau tinggi.
Paling penting, rekaan V bahagian berus kepala vacuum dimana sangat efektif untuk menyedut helaian rambut yang panjang.
Jangan risau, bahagian tapisan vacuum ini mudah dibersihkan dan dipasang semula.
Butiran terperinci
- Mempunyai skrin LCD.
- Memiliki tiga mod berbeza.
- Mampu menyedut 99.9% hama.
- Boleh digunakan pada bahagian kereta.
- Mempunyai lima tapisan untuk memerangkap habuk dengan efektif.
Dengan ciri dan spesifikasi cordless vacuum cleaner dari Dreame T30 ini kerja pembersihan jadi lebih efektif dan mudah.
Pastikan anda beli sekarang sebab vacuum Dreame T30 ada promosi dimana harganya hanya RM 1,339.00 daripada RM2,099.00!

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Lupakan vacuum cordless harga ribuan ringgit kerana dengan Hericaine Cordless Vacuum boleh mendapatkan pengalaman yang sama seperti vacuum mahal.
Ciri-ciri;
Memiliki kuasa sedutan 19000pa sudah memadai untuk membersih bahagian lantai dan karpet dari sebarang habuk serta kotoran.
Rambut, bulu binatang peliharaan dan sisa makanan di lantai dapat disedut dengan mudah tanpa perlu disapu.
Bahagian bukaan kepala penyedut yang lebar serta dilengkapi lampu LED mempercepatkan lagi proses pembersihan.
Anda boleh meleret vacuum dicelahan hujung perabot yang gelap dan membersih dengan efisien.
Ciri-ciri lain yang menambat hati ialah lengkap dengan penapis HEPA serta kemampuan bateri boleh tukar dan diguna selama 40 minit.
Saiz vacuum cordless yang sederhana dan mempunyai berat 1.2kg memang menyenangkan apabila menggunakan.
Senang cerita kalau nak bawa balik kampung pun tiada masalah!
Menariknya lagi, pembeli vacuum cordless Hericaine akan menerima warranty motor vacuum selama 5 tahun. Jangan risau, pusat servis vacuum ini juga ada di Malaysia.
Ingin kami ingatkan, alat penyedut tambahan dustmite dan pemegang vacuum dijual secara berasingan.
Review;
“Vacuum ini memang setanding dengan vacuum mahal. Habuk kasar mahupun halus dapat disedut dengan baik. Lantai rumah terpelihara bersih dan sangat kagum bunyi motor vacuum tidak terlalu bising.”

Vacuum cleaner jenama Midea murah ini boleh dijadikan alat pelengkap kebersihan untuk rumah atau ruang bilik yang kecil.
Dengan saiz yang kecil dan papan penyedut boleh adjust 90 darjah, boleh menarik segala habuk atau sawang labah-labah dengan efektif walaupun di ruangan sempit.
Menariknya, anda boleh menanggalkan bahagian muncung penyedut untuk kerja-kerja membersih dengan menggunakan tangan.
Seperti membersih celahan sofa, tilam atau sekitar aksesori rumah.
Sistem sedutan vacuum ini kuat dengan kadar 14.4v, jadi karpet dengan rambut gugur atau bulu binatang peliharaan dapat dibersihkan dengan serta-merta.
Harga vacuum Midea cukup murah dengan bawah RM200.
Malah, disertakan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti lampu LED, kepala berus kecil, berus 2 dalam 1 dan banyak lagi.

Vacuum cleaner cordless dari Philips merupakan jenama vacuum terbaik untuk menyedut segala habuk di permukaan karpet rumah anda.
Bukan sekadar habuk, juga memberi jaminan untuk membersih karpet dari sebarang debunga dan spora yang mengakibat alahan.
Kadar sedutan dan putaran dari teknologi Power Cyclone 7, keupayaan vacuum ini bukan lagi tandingan.
Bukan sahaja dicipta untuk sedutan yang bertenaga tapi untuk penapisan vacuum tahan lasak dan bertahan lebih lama.
Uniknya, vacuum Philips model FC6721 boleh diubahsuai menjadi vacuum handheld bagi anda boleh sehingga 90% habuk dan dapat membersih kawasan sempit dengan mudah.
Review pengguna menyakinkan lagi vacuum tanpa wayar Philips berkualiti tinggi dan daya sedutan amat kuat.

Vacuum cleaner keluaran Deerma lengkap bersama pembersih mop, satu idea untuk mempercepatkan proses membersih lantai rumah.
Bercirikan vacuum bebas berus dimana meningkatkan kuasa sedutan sehingga 60% dan mampu menarik kotoran 40% lebih bersih dari model yang lain.
Teknik mop vacuum Deerma VC01 pula cukup ringkas dengan isian air cucian 200ml.
Vacuum ini akan membersih sisa sedutan vakum dengan leretan pada kain mop yang tangkas memerangkap kotoran.
Rekaan kepala penyedut dan mop yang fleksibel serta nipis memudahkan kerja-kerja membersih terutamanya dibawah sofa, perabot atau sekitar celahan dinding rumah.
Review dari pembeli Deerma cukup berpuas hati dan berbaloi dengan kaedah vacuum mop ini.

Jenama Dyson memang sudah jadi pujaan ramai tentang kelebihan teknologi alat pembersihan seperti vacuum cordless model Digital Slim™ Fluffy Extra ini.
Vacuum ini 40% lebih ringan dari model asal dan boleh digunakan secara berterusan selama 40 minit tanpa pengecasan yang kerap.
Lengkap dengan pelbagai kepala berus yang boleh diubahsuai mengikut sudut-sudut membersih dirumah anda.
Kekuatan sedutan 100AW pada motor Dyson Hyperdymium sangat henat dalam menangkap partikel halus bawah saiz 0.3 microns.
Maksudnya, 100 kali ganda halus dari rambut manusia.
Begitu juga dengan ciri berus utama vacuum yang lembut dan teguh mampu menyapu habuk dari karpet sehingga lantai kayu tanpa merosakkan permukaan lantai kayu atau mozek rumah.
Menariknya lagi, mempunyai paparan LCD untuk akses saiz bateri, jenis power mod, peringatan servis penapis dan pelbagai laporan ralat dari vacuum.
Jadi anda nak vacuum karpet, langsir, celah siling (sawang labah-labah) dan matress sekalipun boleh dengan vacuum cordless popular Dyson ini.

Alami gatal-gatal dan malas nak tukar cadar setiap minggu? Anda boleh bersihkan tilam dengan vacuum tanpa wayar dari Midea ini.
Vacuum ini merupakan model khas untuk membersih tilam dari sebarang habuk dan hama yang tinggal di permukaan tilam.
Penyedut tanpa wayar ini frekuensi denyutan tinggi iaitu 11000/per minit dan aliran cahaya UV yang kuat supaya dapat menarik kotoran seperti sisa rambut, tisu kulit mati dan membunuh habuk hama.
Kuasa sedut pula 7500pa, dimana boleh dikategorikan sebagai kuasa sedutan yang sederhana.
Habuk kotoran yang telah disedut akan terperangkap didalam penapis vacuum dan kemudian disimpan didalam dust box yang boleh ditanggalkan dan dicuci.
Manakala pemegang atau handle vacuum boleh dipusing supaya anda tidak perlu mengangkat vacuum ketika membersihkan tilam.
Tips dari kami untuk vacuum tilam, lakukan sekali seminggu dan pastikan anda memakai mask ketika vacuum untuk tidak terdedah dari habuk dan hama.
Dari segi harga, Midea merupakan jenama yang berkualiti dan masih tetap memberikan harga yang berpatutan.

Sofa dan kusyen rumah bukan saja patut dijemur tapi perlu di vacuum untuk mengurangkan bau hapak serta mengekalkan kebersihan.
Anda boleh guna vacuum wireless jenis handheld dari SwissThomas yang cukup versatil dengan rekaan moden ini.
Lengkap dengan lampu UV bagi menstril sebarang bakteria dan hama yang tinggal pada sofa, bantal dan kusyen rumah anda. Sebanyak 99.7% kotoran dapat dibersihkan dengan pantas dan mendalam.
Istimewanya, vacuum tangan ini memiliki sifat pintar iaitu mematikan fungsi lampu UV secara automatik jika diangkat dari permukaan sofa.
Begitu juga sistem dua kali penapisan yang memastikan habuk kasar dan halus sehingga 0.25nm dapat ditarik.
Review dari pembeli di Shopee cukup berpuas hati dengan hasil habuk yang ditarik dari sofa dan kusyen mereka.
Tapi, ada yang berpendapat bunyi motor vacuum agak mengganggu.

Simpan satu vacuum untuk kereta anda, supaya keadaan kereta sentiasa bersih dan meningkatkan kualiti udara dalam kereta anda.
Vacuum portable dari Samu Giken direka khas untuk menyedut habuk-habuk degil celahan kusyen kereta anda.
Dilengkapi dengan berus jenis muncung dan hose panjang bagi memudahkan anda mencapai sudut kereta yang sempit.
Power suction vacuum kecil ini amat kuat iaitu 3000pa. Sebarang kotoran kasar mahupun duit syiling mampu ditarik. Hati-hati.
Malah, anda juga boleh gunakan vacuum untuk membersih sofa rumah, keyboard komputer dan banyak lagi sudut-sudut tersorok yang sukar dicapai.
Harga vacuum portable Samu Giken cukup murah, memang sesuai untuk disimpan satu didalam kereta.

Rekaan moden dan futuristik vacuum handheld atau vacuum tangan ini sangat memberi keselesaan pada tangan pengguna.
Walaupun kecil tetapi berkuasa dengan daya sedutan maksima 15000pa dan boleh digunakan tanpa henti selama 32 minit.
Habuk kasar, halus dan sisa makanan yang melekat boleh dicapai dengan mudah.
Vacuum handheld Easine sangat ideal untuk membersih ruang rumah yang tersorok kerana bukan sekadar ringan tapi mempunyai sokongan lampu LED.
Kalau orang bujang yang tinggal di bilik sewa, kami sarankan beli satu vacuum ini.
Bukan sahaja boleh vacuum bilik tapi untuk kereta, keyboard laptop dan bantal serta tilam bujang anda.

Rimas dengan keadaan rumah yang penuh dengan bulu kucing dan serpihan pasir litter box?
Anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan vacuum bebas wayar hebat Perry Smith model Xtreme Pro Series XP5.
Vacuum ini diaktifkan dengan kuasa sedutan 20,000pa bersama penapis HEPA dimana mampu membersihkan semula lantai dan udara dari kotoran kecil 0.25microns.
Jadi bulu-bulu halus kucing atau binatang peliharaan dirumah dapat dibersihkan dan sudah tentu memberi kualiti udara yang sihat.
Lebih menarik lagi, perincian berus pada vacuum memastikan tiada rambut atau bulu berpintal pada berus.
Ini menjadikan setiap tolakan vacuum berjalan dengan lancar.
Jika anda ingin kepuasan pembersihan berganda, boleh tambah berus terbaru Perry Smith Motorised Scrubbing Mop, iaitu berus yang boleh menyental dan mop lantai secara 360°.
Bunyi motor mungkin sedikit bising (72 dB), jadi kami harap anda kurung dahulu kucing anda sebelum vakuum.
Berapa Kuasa Sedutan Vacuum Cleaner Terkini?
Masih ramai lagi yang kurang arif tentang kuasa sedutan vacuum pembersih.
Bukan apa, kuasa sedutan merupakan kriteria yang paling utama sebelum membuat pembelian.
Lagipun terdapat banyak jenis vacuum cuma kita perlu bijak memilih mana satu yang sesuai untuk kerja-kerja harian mengikut saiz rumah.
Power suction sesebuah vacuum bergantung kepada daya tujahan kuasa motor (rpm).
Berkait juga dengan kadar watt, battery, kPa atau tapping frequency bagi memastikan kualiti sedut sesebuah vakum.
Tidak kira sama ada vacuum jenis berwayar, tanpa wayar, vacuum robot, vacuum portable atau vacuum mop.
Anda boleh lihat tiga vacuum utama dengan kuasa sedutan (Pa), bagi memberi kelancaran pembersihan dirumah anda;
- Robot vacuum cleaners: 2000pa - 4000pa
- Cordless vacuum cleaners: 10000pa - 20000pa
- Cylinder vacuum cleaners: 13000pa - 25000pa
Anda juga boleh menonton video berikut untuk mengetahui butiran terperinci.
Bagi mengikut saiz atau parameter rumah atau bilik, anda boleh mengikut dari senarai ini;
- Bilik kecil - 250-320W
- Bilik saiz besar/satu rumah - 480 W
Jangan terpedaya dengan saiz watt vacuum yang besar sebab tidak semestinya memberi kesan sedutan yang baik.
Mungkin hanya meningkatkan lagi kos elektrik anda.
Sebaiknya pilih watt vacuum bersesuaian dengan saiz rumah anda.
Begitu juga permukaan yang anda ingin dibersihkan, ia boleh mengubah faktor kekuatan sedutan vacuum.
Untuk keberkesanan membersih yang baik ada beza vacuum untuk lantai dan karpet.
- Lantai jubin, papan parket, linoleum - 350 W
- Karpet, permaidani atau permukaan fabrik - 400 W
- Tilam, sofa, bantal atau kusyen - 450 W
Jika anda bijak memilih produk vacuum yang tepat dengan keperluan anda, pasti memberi pengalaman pembersihan yang memuaskan.
Apa Kelebihan Vacuum Tanpa Wayar?
Tidak seperti penyedut hampagas konvensional yang lain, vacuum jenis cordless ini dilengkapi dengan bateri pengecas dan boleh digunakan selama 30 minit tanpa henti.
Ianya mampu menyedut habuk dengan kuat dan membersih secara maksima.
Dengan saiz yang ringan dan fleksibel, ia memudahkan anda untuk menyedut kotoran pada siling rumah atau habuk di celahan perabot.
Tips Beli Vacuum Tanpa Wayar
Tidak seperti vacuum cleaner silinder atau beg, vacuum tanpa wayar ada spesifikasi tersendiri yang perlu anda ketahui;
-
Cyclone
Kebiasaanya, vacuum cordless direka sebagai vacuum yang menggunakan teknologi cyclone. Iaitu vacuum yang mengisi habuk kotoran dalam bekas khas. Cara ini membolehkan pengguna membersih bekas habuk dengan mudah. Paling penting tidak perlu membeli beg khas untuk vacuum.
Namun begitu, vacuum tanpa wayar tidak dapat menyedut habuk yang banyak. Isi padu bekas habus biasanya tidak sampai 1 liter.
-
Kuasa Sedutan Vacuum (PA)
Rujuk kuasa sedutan vacuum cordless mengikut kesesuaian penggunaan anda. Saiz kuasa kPA sesebuah vacuum cordless bermula dari 10000pa hingga 20000pa. Anda juga boleh melihat kelajuan motor (RPM) sehingga 125,000rpm seperti vacuum dari jenama Dyson.
-
Ketahanan Bateri
Bateri vacuum tanpa wayar tidaklah boleh digunakan terlalu lama. Jangka hayat bergantung pada penggunaan normal atau turbo. Pilih vacuum yang mempunyai jangka hayat penggunaan selama 40 minit dan hanya pengecasan sekurangnya 4 jam. Itu berbaloi!
-
Saiz & Berat
Jangan lupa tentang vacuum cordless. Walaupun dalam gambar nampak senang dan mudah digunakan, tapi kalau silap pilih berat memang boleh lenguh tangan. Sebaiknya pilih berat vacuum cordless tidak lebih dari 2 kilogram.
Artikel Berkaitan
- 10 Vacuum Cleaner Murah Bawah RM500 di Malaysia
- 8 Vacuum Cleaner Kecil Untuk Memudahkan Kerja Harian Anda
- Vacuum Rosak Lagi? Cuba 9 Vacuum Cleaner Dijamin Tahan Lasak Ini
- Kemas Rumah Dengan Tenang, Ini 10 Vacuum Cleaner 'Tanpa Bunyi'
- Tiada Masa Untuk Menyapu Rumah? 9 Robot Vacuum Cleaner Yang Mampu Mengubah Cara Hidup Anda
- 10 Vacuum Cleaner Terbaik di Malaysia
- 10 Minyak Pati (Essential Oil) Terbaik di Malaysia 2023
- Robot Vacuum Cleaner Murah & Terbaik