Perkakas Rumah

8 Freezer/Peti Sejuk Beku Terbaik Malaysia (Semua Bajet) 2026

8 freezer/peti sejuk beku terbaik: Elba EF-E1915 RM997.08 (terbaik keseluruhan), atau pilihan mudah alih dari RM142. Harga disemak 3 November 2026 di Shopee.


Editor · Updated 3 Nov 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Freezer/Peti Sejuk Beku Terbaik Malaysia (Semua Bajet) 2026
Freezer terbaik secara keseluruhanElba Chest Freezer ARTICO EF-E1915(GR) 190L
RM997.08Lihat harga di Shopee

Jawapan ringkas: freezer terbaik secara keseluruhan ialah Elba ARTICO EF-E1915(GR) 190L pada RM997.08 di Shopee Malaysia (harga disemak 3 November 2026), sesuai untuk keluarga besar tetapi memerlukan ruang lantai yang luas. Jika mahukan yang paling jimat elektrik, Hisense FC132DAW 128L pada RM543.70 membawa penarafan tenaga 5 bintang. Midea 8L pada RM142 hanya peti mudah alih untuk kereta atau bilik kecil, bukan freezer untuk rumah.

Penggunaan frezer biasanya di restoran, kedai makan atau pusat penjualan makanan sejuk beku.

Kandungan

Tapi kini kebanyakan kediaman juga mempunyai freezer untuk menyimpan aiskrim atau daging mentah dalam kuantiti yang banyak.

Lagipun, harga yang ditawarkan tidak mahal dan saiz freezer muat untuk diletakkan dalam rumah.

Jadi, bagi yang ingin memiliki freezer, jom lihat senarai jenama freezer terbaik dan jimat elektrik.


Dikemaskini 3 November 2026: Harga Shopee Malaysia bagi semua 8 model disemak semula pada penyenaraian yang kami pautkan. Snow BDW100 kini RM750 (sebelum ini RM500), Midea WD-130WA turun ke RM494 dan penyenaraiannya menyatakan kapasiti bersih 99L, Pensonic ke RM450 dan Toshiba CR-A249M ke RM1,545. Harga Lazada tidak dapat kami baca semula kali ini, jadi hanya harga Shopee dinyatakan.

8 Freezer/Peti Sejuk Beku Terbaik di Malaysia

Terbaik Secara Keseluruhan: Elba Chest Freezer ARTICO EF-E1915(GR) 190L

Elba EF-E1915 190L chest freezer
Freezer terbaik secara keseluruhan 1 daripada 8
Elba Chest Freezer ARTICO EF-E1915(GR) 190L
Elba
Dari RM997.08
Kapasiti besar 190L, sesuai untuk keluarga besar
Bahagian dalam keluli tahan karat, mudah dibersihkan
Saiz besar, perlukan ruang lantai yang cukup
2 lagi
Jenama tempatan yang dikenali di Malaysia
Penyenaraian Shopee yang kami pautkan belum mencatat jualan

Elba ARTICO EF-E1915(GR) berkapasiti 190L ini menawarkan ruang simpanan luas untuk keluarga besar. Bahagian dalam keluli tahan karat memastikan makanan tidak tercemar dan mudah dibersihkan.

Dilengkapi roda mudah alih dan key lock keselamatan, jenama Elba dipercayai ramai isi rumah Malaysia untuk penggunaan jangka panjang.

Price
RM997.08

Terbaik Mudah Alih: Midea 8L Portable Car Freezer

Midea 8L Portable Car Freezer mini fridge
Mini freezer mudah alih 2 daripada 8
Midea 8L Portable Car Freezer (Mini Fridge)
Midea
Dari RM142
Sangat mudah alih, sesuai untuk kereta atau bilik kecil
Harga paling murah dalam senarai ini
Kapasiti sangat kecil (8L sahaja), tidak sesuai untuk keluarga
1 lagi
Boleh guna sebagai freezer atau warmer (2-dalam-1)

Peti beku mudah alih ini sesuai untuk kereta, bilik kecil atau outdoor. Berkapasiti 8L, boleh berfungsi sebagai freezer atau warmer (2-dalam-1), sesuai untuk minuman sejuk atau makanan panas semasa perjalanan.

Ini bukan freezer rumah bersaiz penuh, tetapi pilihan paling murah dalam senarai ini bagi sesiapa yang mahukan penyejukan mudah alih sahaja.

Price
RM142

Terbaik Watt Rendah: Snow Chest Freezer 100L (BDW100)

Freezer auto defrost dengan watt rendah
Freezer dengan watt rendah 3 daripada 8
Snow Chest Freezer 100L (BDW100)
Snow
Dari RM750
Ciri-ciri pembekuan lebih cepat
Mudah dibersihkan
Saiz agak berat
2 lagi
Lengkap dengan roda mudah alih
Penyenaraian Shopee yang kami pautkan belum mempunyai jualan atau ulasan yang meyakinkan, semak penjual dahulu

Produk dari Snow merupakan jenama lokal daripada Malaysia dan terkenal kemampuan membeku makanan dengan cepat.

Malah peti ini dikatakan mesra alam kerana beroperasi dengan teknologi terbaru dimana menggunakan watt rendah untuk penjimatan elektrik. 

Saiz freezer ini kecil dan sesuai untuk isi rumah yang tidak ramai.

Disebabkan mempunyai roda bahagian bawah jadi peti ais ini dialihkan.

Malah dilengkapi door lock bagi memastikan keselamatan pengguna.

Diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ketahanannya lebih kuat daripada terhakis dan juga mudah untuk dibersihkan.

Price
RM750

Terbaik untuk Simpan Susu Ibu: Midea WD-130WA Chest Freezer

Midea WD-130WA chest freezer untuk simpan susu ibu
Freezer untuk simpan susu ibu 4 daripada 8
Midea WD-130WA Chest Freezer
Midea
Dari RM494
Boleh ditukar antara mod freezer dan peti sejuk
Sesuai untuk menyimpan barangan basah dan susu ibu
Kapasiti bersih hanya 99L walaupun dijual sebagai model 130L
2 lagi
Lengkap dengan roda mudah alih
Saiz peti berat

Barangan yang disimpan dengan betul dan sempurna dapat memastikan makanan anda terjaga kesegarannya.

Peti sejuk beku ini sesuai untuk penyimpanan barangan basah atau susu ibu kerana mampu membeku sehingga ke suhu -24 darjah selsius.

Peti sejuk beku ini mempunyai roda, membolehkan anda mengalih kedudukannya mengikut kemahuan.

Bagi mengelakkan daripada kemunculan bakteria, sebaiknya peti ini dibersihlkan dengan kerap.

Price
RM494

Terbaik untuk Frozen Food: Pensonic Chest Freezer PFZ-153 (142L)

Pensonic PFZ-153 142L chest freezer
Freezer untuk frozen food 5 daripada 8
Pensonic Chest Freezer PFZ-153 (142L)
Pensonic
Dari RM450
Kapasiti 142L sesuai untuk simpanan makanan sejuk beku sekeluarga
35 unit terjual pada penyenaraian Shopee ini setakat 3 November 2026
Tiada ciri inverter untuk penjimatan elektrik lanjut
1 lagi
Penyenaraian yang sama menjual beberapa saiz Pensonic, pastikan memilih PFZ-153 (142L) sebelum bayar

Pensonic PFZ-153 berkapasiti 142L ini sesuai untuk simpanan pukal makanan sejuk beku seperti daging, ikan atau sayur yang dibeli secara pukal untuk menjimatkan kos dapur.

Jenama tempatan yang lama dipercayai di Malaysia, dengan harga yang berpatutan untuk saiz ini.

Price
RM450

Terbaik untuk Simpan Daging: Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L

Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging
Freezer untuk daging 6 daripada 8
Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color
Elba
Dari RM899
Material keluli besi tahan karat
Makanan yang disimpan tidak mudah tercemar
Tiada bahagian cooler
1 lagi
Kapasiti 130L, sesuai untuk perniagaan

Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda.

Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk.

Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak. 

Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria. 

Price
RM899

Terbaik Jimat Elektrik: Hisense 128L Super Freeze Chest Freezer FC132DAW

Hisense FC132DAW 5-star chest freezer
Freezer yang jimat elektrik 7 daripada 8
Hisense 128L Super Freeze Chest Freezer (5-Star) FC132DAW
Hisense
Dari RM543.70
Penarafan tenaga 5 bintang, paling jimat elektrik dalam senarai ini
Sistem 360-Cooling untuk pembekuan sekata
Kapasiti sederhana, kurang sesuai untuk keluarga besar
1 lagi
Penghantaran percuma

Hisense FC132DAW membawa penarafan tenaga 5 bintang, pilihan paling jimat elektrik dalam senarai ini. Sistem 360-Cooling memastikan pembekuan lebih sekata di seluruh ruang freezer.

Berkapasiti 128L, sesuai untuk isi rumah sederhana yang mengutamakan bil elektrik jangka panjang.

Price
RM543.70

Terbaik Pintu di Atas: Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M)

Toshiba CR-A249M chest freezer 249L pintu di atas
Freezer dengan pintu di atas 8 daripada 8
Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M)
Toshiba
Dari RM1,545
Kapasiti lebih 200L untuk kegunaan perniagaan
Boleh menyimpan makanan untuk jangka masa yang lama
Harga paling tinggi dalam senarai
2 lagi
Mampu untuk menyahbau
Penyenaraian yang kami pautkan belum mempunyai jualan atau ulasan, bandingkan dengan penjual lain

Chest freezer daripada jenama Toshiba ini mempunyai sistem multifungsi iaiti 2-dalam-1.

Mampu berfungsi sebagai freezer dengan mod peti sejuk dan berkapasiti melebihi 200L.

Jangan risau, sesuai pelbagai makanan frozen dan juga barangan basah. 

Freezer ini juga jenis non-CFC yang memberi jaminan makanan anda selamat untuk disimpan dalam jangka masa yang lama serta eco-friendly.

Price
RM1,545

Bagaimana Kami Memilih Freezer Ini

Kami menyemak penyenaraian Shopee Malaysia yang dipautkan pada setiap kad dan mencatat harga yang tertera pada 3 November 2026, bukan anggaran. Kami tidak membeli atau menguji mana-mana freezer ini: pilihan berdasarkan kapasiti, penarafan tenaga, binaan dan ketersediaan stok. Ada penyenaraian yang belum mempunyai jualan atau ulasan, dan itu kami nyatakan sebagai kekurangan pada kadnya. Model lama yang sudah tidak dijual telah digantikan pada 17 September 2026.

Model Kapasiti Harga Shopee (3 Nov 2026) Terbaik Untuk
Elba EF-E1915(GR)190LRM 997.08Terbaik keseluruhan
Midea 8L Portable8LRM 142.00Mini/mudah alih
Snow BDW100100LRM 750.00Watt rendah
Midea WD-130WA99L bersihRM 494.00Simpan susu ibu
Pensonic PFZ-153142LRM 450.00Frozen food
Elba EF-E1310(GR)130LRM 899.00Simpan daging
Hisense FC132DAW128LRM 543.70Jimat elektrik (5-bintang)
Toshiba CR-A249M249LRM 1,545.00Pintu di atas, perniagaan

Apa Beza Freezer & Peti Sejuk?

Terdapat beberapa perbezaan dan fungsi antara freezer dan peti sejuk yang membolehkan anda membuat perbandingan antara keduanya.

Freezer kebiasaannya bersuhu negatif 18 degree celcius untuk menyimpan barangan basah di seperti ayam, daging, ikan dan makanan sejuk beku (frozen food) untuk tempoh yang lebih lama berbanding peti sejuk.

Jika anda ingin membeli peti sejuk beku pastikan daya ketahanannya lebih lama dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Setiap peti sejuk beku mempunyai kelebihan tersendiri dan juga berlainan kapasiti untuk menampung jumlah makanan yang sedikit atau banyak.


Panduan Memilih Freezer Terbaik

  • Kapasiti

Bergantung kepada keperluan stok makanan yang anda ingin simpan/sejuk beku. Terdapat beberapa pilihan freezer yang mengikut ukuran kapasiti. Samada untuk stok harian iaitu keluarga atau stok besar seperti stok untuk restoran. 

Anda boleh pilih dari saiz 200 liter hingga 1000 liter dan pastikan ia mampu menampung penggunaan seperti 5 hingga 25 kilogram/sehari. 

Namun waspada, sebaiknya pilih saiz freezer setanding dengan horse power (hp). Jika tidak, makanan anda tidak dapat disejuk beku dengan baik. 

  • Mempunyai 'Energy Saving'

Antara faktor yang paling utama ketika membeli alat eletroknik ialah dari segi penjimatan bil elektrik. Cuba cari jenama freezer yang telah mendapat lable 'Energy Saving' atau lengkap dengan sistem low energy.

  • Pilihan suhu pembekuan

Jangan lupa dengan pilihan suhu sejuk bekuan yang membolehkan anda defrost ais didalam freezer. Cara sebegini memudahkan untuk proses pembersihan freezer.

Malah terdapat juga frezeer yang mampu tahan sejuk sekurangnya dua hari walaupun dimatikan suis. Sekaligus dapat menjimatkan elektrik. 

  • Bajet

Tepuk dada, tanya selera. Memiliki sebuah peti sejuk beku bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing.

Jika anda punya bajet yang lebih, sebaiknya pilih jenama yang telah mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan lakukan berbanding harga serta fungsi freezer. 

Tak semua freezer yang mahal berkualiti, begitu juga sebaliknya.


Soalan Lazim

Freezer mana yang terbaik untuk keluarga besar?

Elba EF-E1915(GR) berkapasiti 190L adalah pilihan terbaik keseluruhan untuk keluarga besar, dengan bahagian dalam keluli tahan karat dan roda mudah alih.

Berapa harga freezer paling murah di Malaysia?

Freezer paling murah dalam senarai ini ialah Midea 8L Portable Car Freezer pada RM142.00, sesuai untuk kegunaan kereta atau bilik kecil sahaja, bukan penggunaan rumah penuh.

Freezer mana yang paling jimat elektrik?

Hisense FC132DAW membawa penarafan tenaga 5 bintang (rating tertinggi di Malaysia), menjadikannya pilihan paling jimat elektrik dalam senarai ini pada RM543.70.

Bolehkah freezer digunakan untuk simpan susu ibu?

Boleh. Midea WD-130WA mampu membeku sehingga -24°C, sesuai untuk penyimpanan susu ibu jangka panjang. Ingat kapasiti bersihnya hanya 99L, jadi ia sesuai untuk keluarga kecil dan bukan stok besar.

Jenama freezer mana yang paling boleh dipercayai?

Kami tidak membeli atau menguji freezer ini, jadi kami tidak boleh menamakan satu jenama yang paling tahan. Yang boleh kami sahkan ialah rekod jualan di Shopee: Hisense FC132DAW (105 unit terjual) dan Pensonic PFZ-153 (35 unit) mempunyai rekod paling kukuh pada penyenaraian yang kami pautkan setakat 3 November 2026. Semak tempoh jaminan dan penjual sebelum membeli.

Jenama mana yang bagus untuk chest freezer?

Itu bergantung pada keperluan: Elba untuk ruang besar, Hisense untuk penjimatan elektrik dan Toshiba jika mahukan pintu di atas serta fungsi 2-dalam-1. Pilih kapasiti mengikut stok yang anda simpan dahulu, kemudian bandingkan penarafan tenaga.

Chest freezer mana yang paling tahan lama?

Kami tiada data ketahanan jangka panjang kerana kami tidak menguji. Penunjuk yang boleh disemak ialah binaan keluli tahan karat (Elba EF-E1915) dan jaminan kompresor: tajuk penyenaraian Lazada bagi Snow BDW100 menyatakan jaminan kompresor 5 tahun, tetapi sahkan dengan penjual.

Jenama peti sejuk mana yang paling boleh dipercayai di Malaysia?

Soalan ini merujuk kepada peti sejuk biasa, bukan freezer. Lihat panduan peti sejuk murah terbaik bawah RM1000 untuk pilihan kami.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation