Jawapan ringkas: peti sejuk murah bawah RM1,000 paling berbaloi di Malaysia buat masa ini ialah ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV), RM975 di Shopee Malaysia (harga disemak 18 September 2026).
Memiliki peti sejuk sudah menjadi satu perkara keperluan, tidak kira untuk rumah atau kegunaan berniaga.
Kandungan
- Terbaik untuk kegunaan kereta: Propappa 15L Portable Dual Use Mini Fridge
- Terbaik untuk bilik kecil: Hisense RR60D4ABN Mini Bar Fridge 60L
- Terbaik untuk storan beku tambahan: Midea Chest Freezer 130L MD-RC151FZB01
- Paling jimat tenaga: Hisense 128L Super Freeze Chest Freezer
- Pilihan keseluruhan terbaik: Khind Single Door Fridge RF165 157L
- Terbaik untuk storan beku besar: Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color
- Terbaik untuk keluarga: ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV)
- Terbaik untuk keluarga besar: Pensonic 2-Door Refrigerator 225L PRT-2250
- Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
- Apa Yang Perlu Dicari Apabila Memilih Peti Sejuk
- Artikel Berkaitan
Bukan apa, penting untuk menyimpan barangan basah tahan lebih lama serta mengekalkan kesegaran makanan.
Tapi membeli sebuah peti sejuk memerlukan bajet yang tinggi kerana kebanyakan harga peti ais agak mahal.
Jadi kami bantu anda menyenaraikan beberapa jenama peti ais murah bawah RM1,000.
Kami semak harga live di Shopee Malaysia pada 18 September 2026, dan keluarkan model yang sudah tidak dijual atau harganya naik melebihi RM1,000, supaya senarai ini kekal jujur (asalnya 13 model, kini 8 model yang benar-benar masih dijual bawah RM1,000).
Hisense 128L Super Freeze Chest FreezerRM567.38Shopee
Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey ColorRM899Shopee
Propappa 15L Portable Dual Use Mini FridgeRM118Shopee
Hisense RR60D4ABN Mini Bar Fridge 60LRM361Shopee
ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV)RM975Shopee
Midea Chest Freezer 130L MD-RC151FZB01RM549Shopee
Khind Single Door Fridge RF165 157LRM603Shopee
Pensonic 2-Door Refrigerator 225L PRT-2250RM987Shopee
Terbaik untuk kegunaan kereta: Propappa 15L Portable Dual Use Mini Fridge
1 lagi
Jika anda seorang ibu baru mungkin anda sedang mencari sebuah peti ais mini yang boleh dimuatkan di bilik tidur anda.
Lebih mudah jika ada peti ais atau peti sejuk untuk simpan susu ibu di dalam bilik, jadi tidak perlu keluar dari bilik jika bayi anda mahukan susu pada tengah malam.
Anda juga akan mudah untuk menyimpan susu kerana tidak perlu berjalan ke dapur.
Peti ais ini mempunyai saiz 15L, jadi memang sangat cukup untuk memuatkan sehingga 10 pack susu ke dalamnya.
Ruang bilik yang kecil juga tidak menjadi masalah kerana saiz compact peti ais ini memudahkan anda meletaknya di mana sahaja anda mahu.
Dengan harga yang murah dan mampu milik, anda akan dapat peti ais mini yang jimat penggunaan tenaganya.
Bagaimanapun, peti ais ini hanya boleh mencapai tahap sejuk hingga 5 darjah sahaja.
Terbaik untuk bilik kecil: Hisense RR60D4ABN Mini Bar Fridge 60L
1 lagi
Peti sejuk bersaiz mini dari Hisense ini memang sesuai dijadikan sebagai mini fridge untuk simpan air di bilik atau di pejabat kecil.
Apa yang bagus tentang peti ais ini, walaupun ia bersaiz kecil tetap ada chiller berasingan untuk anda letakkan makanan seperti aiskrim atau yogurt.
Selain itu, peti sejuk ini turut mempunyai kaki yang boleh diubah ketinggiannya mengikut kehendak anda, dan juga thermostat yang boleh diubah.
Dengan kapasiti 60L, peti sejuk ini tentu muat untuk anda simpan air, buah-buahan dan juga makanan dalam kuantiti yang kecil termasuk muat untuk letak satu botol air 2L.
Terbaik untuk storan beku tambahan: Midea Chest Freezer 130L MD-RC151FZB01
1 lagi
Midea MD-RC151FZB01 ialah chest freezer 130L yang boleh ditukar fungsi antara freezer dan fridge mengikut keperluan.
Sesuai untuk mereka yang perlukan storan beku tambahan seperti daging atau ais krim dalam kuantiti banyak.
Perlukan lebih ruang lantai berbanding peti sejuk berdiri, jadi sesuai untuk dapur atau setor yang ada ruang lantai lebih.
Paling jimat tenaga: Hisense 128L Super Freeze Chest Freezer
1 lagi
Freezer dengan kapasiti besar sehingga 330 liter ini sesuai digunakan untuk anda yang menjalankan perniagaan seperti restoran atau jualan makanan sejuk beku secara kecil-kecilan.
Ini kerana freezer ini boleh beku hingga takat -25 darjah celsius, bagi memastikan makanan dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang.
Freezer ini beroperasi secara senyap, mesra alam dan menjimatkan tenaga elektrik walaupun bersaiz besar 330 liter.
Bahkan ia juga lengkap dengan sistem pintu dan kunci keselamatan, membuatkan anda lebih tenang dan berasa selamat dari barang-barang anda dicuri.
Pilihan keseluruhan terbaik: Khind Single Door Fridge RF165 157L
1 lagi
Khind ialah jenama tempatan yang sudah lama dipercayai di Malaysia, dan peti sejuk 1 pintu 157L ini sesuai untuk bilik sewa, unit studio atau sebagai peti sejuk kedua.
Harganya di bawah RM650 menjadikannya salah satu pilihan paling berbaloi dalam senarai ini.
Kelemahannya, ia tiada bahagian freezer berasingan, jadi kurang sesuai jika anda perlukan banyak ruang beku.
Terbaik untuk storan beku besar: Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color
1 lagi
Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda.
Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk sekaligus.
Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak.
Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria.
Terbaik untuk keluarga: ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV)
1 lagi
Jenama ELBA antara jenama yang diyakini dalam setiap pengeluaran barangan elektroniknya, dan peti sejuk dari ELBA ini tidak terkecuali.
Anda boleh dapatkan peti sejuk ELBA ini dan jadikan ia sebagai peti sejuk untuk air minuman anda sekiranya anda mempunyai ruang dapur yang luas.
Jadi air minuman anda tidak akan bercampur dengan barangan basah yang lain.
Selain itu, kelebihan peti ais ini adalah tidak akan menjadikan bahan yang anda simpan menjadi frosting kerana ia menggunakan teknologi NoFrost.
Bahan makanan yang anda simpan pada bahagian freezer akan lebih terjaga dari segi kualiti kerana terhindar dari frosting.
Jika anda mahukan peti sejuk berkualiti dengan harga tidak sampai RM1,000, boleh dapatkan peti sejuk ELBA ini.
Terbaik untuk keluarga besar: Pensonic 2-Door Refrigerator 225L PRT-2250
1 lagi
Pensonic PRT-2250 menawarkan 225L ruang simpanan dengan automatic defrost, sesuai untuk keluarga sederhana besar yang perlukan lebih ruang berbanding model 1 pintu.
Harganya hampir mencecah had RM1,000, jadi ia lebih sesuai jika bajet anda memang di penghujung RM1,000 dan mahukan kapasiti besar.
Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini
Setiap harga dalam senarai ini kami semak terus di penyenaraian Shopee Malaysia yang kami pautkan, bukan anggaran. Model yang sudah tidak dijual atau naik harga melebihi RM1,000 kami keluarkan terus daripada senarai.
Apa Yang Perlu Dicari Apabila Memilih Peti Sejuk
Antara aspek yang perlu ditekankan sebelum membeli sebuah peti sejuk idaman adalah;
-
Saiz/Ruang Dapur
Sebaiknya ukur dahulu ruang letak atau dapur untuk mencari posisi terbaik peti sejuk.
Pastikan peti sejuk diletakkan 1cm hingga 2cm dari jarak dinding supaya tidak menjejaskan aliran haba panas dari belakang peti.
Jangan lupa juga jarak dengan ruang pintu dan kabinet dapur.
Gusar timbul pula masalah tak cukup nak masukkan peti dalam rumah.
-
Jenama/Model
Sentiasa pilih dengan peti sejuk dengan model terbaru.
Bukan apa, jika anda lihat pada jenama sahaja tapi bukan model terkini, pembelian akan menjadi rugi kerana hampir setiap tahun jenama peti sejuk akan membaiki prestasi setiap model.
Antara yang diperbaiki adalah bahagian aliran udara/suhu, kapasiti liter, penyusunan rak, lampu LED dan sebagainya.
-
Fungsi Tambahan
Ini bergantung kepada bajet sesebuah peti sejuk.
Peti sejuk mahal akan menawarkan pelbagai sistem atau teknologi yang terkini.
Sebagai contoh sistem nyah-bau, tempat penyimpanan air sejuk dan banyak lagi.
-
Jaminan
Carilah jenama peti sejuk yang tidak 'kedekut' dengan jaminan peti sejuk terutamanya compressor peti sejuk.
Peti sejuk dengan harga bajet seperti bawah RM1000, anda masih boleh dapat dengan jaminan compressor sekurangnya 12 tahun.
Artikel Berkaitan
- 12 Jenama Peti Sejuk/Peti Ais 2-Pintu Terbaik
- 7 Peti Sejuk Kecil/Mini Terbaik
- 7 Peti Sejuk Inverter Dibawah RM1,000 Yang Menjimatkan Penggunaan Tenaga
- 10 Freezer/Peti Sejuk Beku Murah Bawah RM1000 Terbaik
- 10 Aircond Terbaik untuk Ruang Tamu di Malaysia 2026
- 9 Periuk Kaca Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)
- 8 Peti Sejuk Saiz Besar di Malaysia 2026 - Jenama Berkualiti




