Kalau musim panas, pasti membuatkan anda rasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika bahang waktu petang masih kekal dalam rumah sehingga malam.
Tambah pula jika orang berkunjung ke rumah, lagilah bahang rumah terasa.
Jalan penyelesaian utama adalah pasang aircond di setiap ruangan rumah!
Tapi, mana satu jenama aircond terbaik untuk ruang tamu?
Jadi jom kita lihat senarai jenama aircond terbaik dan kedudukan sesuai untuk dipasang aircond.
Senarai 10 Aircond Terbaik Untuk Ruang Tamu
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Sistem penyejukkan yang meliputi luas (11,9400 Btu/hr).
Ciri-ciri;
Kelebihan kuasa 1.5HP, mampu memberi aliran udara nyaman secara menyeluruh dengan pergerakan kipas automatik.
Bukan sahaja di ruang tamu, aircond Hitachi juga sesuai dipasang di bilik tidur kerana mempunyai mempunyai sistem ‘Air Sleep Timer’.
Selain itu mempunyai ciri sistem pintar yang mampu menukar pengaliran udara aircond menjadi lebih senyap.
Aircond ini mampu menaikkan suhu +2°C dalam dua jam setelah switch on sleep mode.
Ketahanan unit kipas aircond luar juga tahan lasak dan mampu terdedah dengan cuaca panas mahupun hujan.
Review;
“Aircond amat senang dipasang dan dijual pada harga yang cukup berpatutan! ”

Sharp merupakan jenama aircond yang terbaik dan sering kali menjadi pilihan pengguna di Malaysia.
Model aircond Sharp ini dengan pelbagai teknologi penyejukan terkini supaya dapat memberi suhu yang nyaman pada ruang tamu anda.
Fungsi jimat elektrik, operasi turbo, mod eco dan self diagnose antara kelebihan yang ada pada penghawa dingin ini.
Anda juga boleh mengubah suhu bilik serendah 14℃ dan sudah tentu aliran udara boleh diatur mengikut tiga jenis aliran.
Rekaan aircond yang moden ini amat sesuai untuk dipasang samada di bilik atau ruang tamu.

Aircond dari Haier model HSU-09VNR18 dilengkapi dengan ciri asas seperti Energy Saving dan Turbo Mode.
Istimewa tentang aircond ini, mempunyai teknologi Smart Cleaning yang memberi udara bersih secara automatik.
Malah sistem PID Inverter Control pula dapat memantau suhu bilik supaya aircond tidak menggunakan tenaga elektrik yang berlebihan.
Senang kata merupakan jenis aircond rumah yang terbaik untuk dipasang lama.
Fungsi Turbo Airflow akan memberi aliran udara lebih kuat daripada aircond konvensional lain.
Sangat sesuai diletakkan di ruang yang agak luas seperti ruang tamu atau master bedroom.
Walaupun hanya 1.0HP, tapi tetap dapat menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit sahaja.
Jangan risau, terdapat jaminan motor aircond selama 10 tahun dan 3 tahun untuk jaminan am.

Penghawa dingin Daikin ini antara yang terbaik untuk sebuah aircond bersaiz 2 horse power(HP).
Aircond jenis inverter yang canggih dengan sistem sambungan Wifi yang menggunakan sistem Smart Control dimana anda tidak perlu lagi menggunakan alat kawalan jauh.
Anda boleh mengawal suhu, kelajuan dan mode kipas dari telefon pintar sahaja.
Selain itu, model aircond SMARTOR Premium Inverter memperkenalkan fungsi aircond yang boleh berfungsi sebagai air purifier.
Malah memberi udara yang nyaman dan bersih dengan tiga penapisan terbaik iaitu Gin-Ion Blue Filter, PM2.5 Filter dan Streamer Discharge Unit.
Kelebihan kuasa 2.0 HP aircond ini memberi aliran udara sejuk yang sekata.
Sangat sesuai untuk ruang yang luas seperti bilik mesyuarat, surau, master bedroom dan kedai atau butik pakaian.
Walaupun aircond ini memiliki saiz yang besar tapi kadar penggunaan tenaga masih lagi rendah dengan kadar 420 watt hingga 2,200 watt untuk penyejukan 19,000 (Btu/h).

Mencari penghawa dingin untuk menampung keluasan bilik yang luas? Beli Pensonic PPA-1510 yang bersaiz 1.5HP ini.
Mini aircond ini mampu menyejukkan bilik dengan cepat untuk saiz bilik lebih kurang 16 kaki persegi.
Jadi boleh jadi sebagai alat penyejuk tambahan untuk bilik tidur utama atau ruang tamu.
Istimewanya model air cooler Pensonic kali ini mempunyai alat kawalan jauh, paparan skrin LED dan bersama pelbagai mode kipas.
Apa yang menarik terdapat sistem sleep mode yang boleh ditetapkan bagi memberi keselesaan ketika waktu tidur anda.
Anda juga boleh melaras ayunan kipas air cooler hanya dari butang alat kawalan jauh.

Horse power aircond Midea ini cukup besar iaitu 2.5hp dimana amat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu yang luas.
Biarpun horse power yang besar tapi anda boleh jimat elektrik sehingga 60% kerana dibantu motor inverter, gas R32 mesra alam dan operasi tenaga voltan rendah.
Model penghawa dingin ini juga menjanjikan bunyi operasi yang senyap, cepat sejuk dan unit luar yang tahan lama serta lasak.
Menariknya lagi, anda boleh mengawal suhu dan tetapan masa aircond dari telefon pintar kerana dilengkapi Wifi dan aplikasi khas dari Midea.

Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet rendah untuk memiliki penghawa dingin.
Jenama Hisense model AN10DBG ditawarkan dari harga RM500-RM700 ke atas.
Ia sebuah penghawa dingin terbaik untuk diletakkan di ruang tamu rumah anda.
Lengkap dengan ciri-ciri yang mampu menyejukkan ruang bilik yang luas dengan pantas.
Saiz bilah kipas aircond sepanjang 16 meter diikuti dengan aliran 4D air flow.
Maksudnya, aircond ini bijak mengimbangi suhu bilik supaya anda kekal selesa.
Penghawa dingin ini turut dilengkapi dengan mod tidur, mod pintar, mod hidup semula secara automatik dan pemasa 24 jam.
Bukan itu sahaja, penggunaan gas R32 menjadikan ia sebuah penghawa dingin jimat elektrik dan mesra alam.
Para tetamu boleh menikmati udara yang bersih dan segar kerana aircond murah ini dipasang dengan dua jenis penapis khas

Suka pasang aircond setiap masa memang wajib pilih aircond jimat elektrik dari LG ini.
Model khas ini mampu menjimatkan 70% elektrik dan 40% lebih pantas menyejukkan ruang utama.
Sesuai dengan kapasiti 2.0HP yang kuat tapi tetap dengan kawalan tenaga elektrik sekadar 220 - 240 voltan.
Dicirikan motor dual inverter, ia menjanjikan kepada aircond senyap, cepat sejuk dan tahan lasak.
Malah diberi lagi 10 tahun jaminan kompresor untuk memastikan setiap pengguna aircond LG merasai kualiti hebat ini.
Anda juga boleh memilih 4 pilihan ayunan kipas supaya setiap sudut bilik dan ruang rumah kekal dengan udara yang nyaman serta bersih.

Aircond inverter jenama Panasonic mempunyai teknologi nanoe™ X dimana dapat memberi perlindungan pada udara yang tercemar serta dapat menghilangkan bau.
Dengan ada teknologi ini, peralihan udara dalam rumah menjadi lebih bersih dan berkesan untuk menghalang penyebaran bakteria.
Selain itu, aircond ini bercirikan kawalan pusat yang mudah. Hanya memerlukan peranti mudah alih yang mempunyai aplikasi Comfort Cloud.
Aplikasi ini dapat bantu anda;
- Mengawal semua ciri penyaman udara dari jauh.
- Memantau penggunaan tenaga secara komprehensif.
- Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.
Menariknya lagi, teknologi Eco mode dengan kawalan A.I memberikan penjimatan tenaga sehingga 20%.
Manakala, teknologi iAUTO-X pula memberikan 25% penyejukan pantas dengan penggunaan Panasonic Thermal Enhancement Technology (P-TECh).
Teknologi ini membolehkan compressor mencapai frekuensi dengan pantas daripada permulaan sekaligus memberikan penyejukan serta merta walaupun hari yang panas terik.

Aircond rumah terbaik dari Electrolux model ESMR09CRR-B3 dilengkapi dengan kuasa motor hebat 1.0HP.
Aircond ini dapat menjamin kebersihan udara dan pembebasan dari pembiakkan kulat pada bahagian dalam aircond.
Sistem The X-Fan secara automatik dapat menyingkir lebihan lembapan apabila aircond ditutup.
Sekaligus dapat mengelakkan bakteria dan bau hapak naik pada permukaan aircond.
Manakala, alat kawalan jauh dengan fungsi I-Feel pula dapat mengawal suhu aircond dengan menilai suhu badan anda.
Jadi anda perlu kekal bersama remote control untuk mendapat rasa sejuk yang nyaman.
Spesifikasi lain bagi aircond Electrolux ialah menggunakan gas R32, motor aircond yang senyap (31-42 dBa) dan material gelung Blue Fin tahan lasak.
Paling penting penggunaan tenaga elektrik rendah.
Berapa Horse Power (HP) Aircond Untuk Ruang Tamu?
Mungkin ada lagi yang tidak tahu apa maksud HP yang ada pada aircond.
HP bermaksud horsepower atau dalam Bahasa Malaysia, kuasa kuda.
Jadi nak pilih 1hp atau 1.5hp atau 2.0hp bergantung kepada saiz atau ruang yang ingin anda pasang aircond.
Tapi, aircond saiz 1hp sudah cukup untuk ruang seperti bilik tidur atau ruang bersaiz kecil.
1.5hp dan 2.0hp sesuai untuk ruangan besar kerana menggunakan kuasa yang banyak untuk menyejukkan ruang.
Anda juga boleh mengira ukuran bilik yang terdedah dengan sinaran matahari atau tidak seperti:
- Panjang (kaki) x Lebar (kaki) x 80 - ruang yang terkena cahaya matahari.
- Panjang (kaki) x Lebar (kaki) x 70 - ruang yang terlindung dari cahaya matahari.
Kemudian dari jawapan kiraan diatas, anda boleh tentukan horse power yang sesuai dengan ukuran ruang tamu atau bilik anda:
- 1hp - 10,000 - 11,000
- 1.5hp - 12,000 - 15,000
- 2hp - 16,000 - 20,000
- 2.5hp - 21,000 - 26,000
Untuk memahami lebih terperinci, boleh tonton video berikut.
Tips Pasang Aircond Ruang Tamu
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu ketika mengambil keputusan untuk memasang aircond di ruang tamu;
- Cari kedudukan aircond yang terbaik bagi memastikan aliran udara berjalan dengan baik.
- Pastikan unit aircond luar tidak terdedah dengan apa-apa kebocoran atau dipasang jauh dari tempat air terkumpul seperti takungan air hujan
- Sebaiknya pilih horse power aircond yang sesuai dengan saiz ruang tamu anda.
- Jarak pasang aircond dan siling ruang tamu anda sekurang-kurang 7.5cm atau lebih. Lakukan ukuran dan pengubahsuaian bilik jika perlu untuk pemasangan aircond.