Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
aircond terbaik

12 Penghawa Dingin (Aircond) Murah Bawah RM1000 [2024]

Udara nyaman, segar dan selesa di dalam rumah sendiri!

Cuaca panas di luar tidak menjadi masalah lagi kepada anda sekiranya memiliki penghawa dingin di rumah.

Kami yakin rata-rata penduduk di Malaysia sudah pun memiliki penghawa dingin di rumah atau aircond bilik untuk keselesaan.

Cuma bagi mereka yang ingin menambah lagi bilangan aircond paling bagus atau baru nak beli aircond mesti cari yang harga murah atau mampu milik.

Kami ada senarai harga aircond murah untuk anda dari jenama aircond terbaik dan juga jenis aircond terbaik.

Berikut merupakan harga penghawa dingin dari jenama aircond murah bawah RM1000.


Senarai 12 Jenama Aircond Murah

Aircond murah terbaik secara keseluruhan
Midea
aircond.jpg
Semak Midea R32 Air-conditioner Xtreme Cool MSAG Non-inverter harga dibawah:
add_circle Cepat sejuk
add_circle Boleh sambung dengan wifi
remove_circle Penggunaan elektrik tinggi

Sebab menjadi pilihan utama:

Aircond ini menggunakan teknologi ‘High-Frequency Racer Tech’ yang membuatkan aircond ini sejuk serta merta apabila dihidupkan.

Ciri-ciri:

Dengan sistem dwi-penapisan, aircond ini dapat mengelakkan bakteria merbahaya merebak ke dalam bilik tidur anda.

Walaupun harga murah, aircond ini mempunyai aplikasi tersendiri untuk anda mengawal suhu dari smartphone anda.

Paling penting, bunyi yang dihasilkan tidak bising kerana mempunyai sistem Mekeeps yang mana akan laraskan kekuatan angin mengikut suhu bilik anda secara automatik. 

Review:

"Walaupun bukan non-inverter tapi bil elektrik taklah melambung banyak. Mungkin sebab pasang bila perlu saja."

Haier R32 HSU-LPA Non Inverter
Semak HAIER 1.0HP R32 AIR COND HSU-LPA SERIES NON INVERTER harga dibawah:
add_circle Udara cepat sejuk
add_circle Ada Blue Fin evaporator
remove_circle Bunyi air cond kuat

Jika anda mencari air cond yang cepat sejukkan bilik, anda boleh dapatkan Haier 1.0HP R32 HSU-LPA non-inverter aircond ini.

Aircond ini menggunakan teknologi R32 yang lebih efisien dalam penggunaan tenaga jadi ini dapat membantu anda untuk mengurangkan penggunaan elektrik serta pengeluaran tenaganya secara menyeluruh.

Rekaan aircond ini lebih besar dan moden bersama warna putih ini akan memberikan rumah anda nampak lebih stylish dan kemas.

Paling penting, aircond ini dilengkapi dengan ciri cepat sejuk yang akan berikan anda udara nyaman dengan bantuan Blue Fin Evaporator.

Aircond dengan sistem pembersihan mudah dan automatik
Mitsubishi
Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter(CXP)/Inverter(YXP) Series
Semak Mitsubishi Heavy Industries R32 Non-Inverter(CXP) harga dibawah:
add_circle Anti-kulat
add_circle Sistem pembersihan sendiri
add_circle Aircond tidak bunyi kuat
remove_circle Air flow sederhana

Penghawa dingin dari jenama Mitsubishi ini dilengkapi dengan sistem pembersihan mudah dan secara automatik tanpa perlu anda menggunakan perkhidmatan maintenance tambahan.

Angin aircond ini menghasilkan 10% airflow lebih daripada kelajuan kipas biasa dan mampu menyejukkan ruangan kegemaran anda dalam masa hanya 15 minit sahaja. 

Anda boleh setkan program ‘I Feel’ yang diingini dan ianya akan beroperasi seperti biasa setiap hari tanpa perlu anda mengubah tetapan.

Sesuai untuk ruangan yang besar, angin penghawa dingini ini dapat bertiup sejauh 12 meter. 

air cond 1
Semak Gree 1HP, 1.5HP, 2.0HP & 2.5HP Cold Plasma LOMO N Series Golden Fin harga dibawah:
add_circle Fungsi auto clean
add_circle Paparan LED yang jelas
add_circle Mempunyai turbo mode & sensor suhu
add_circle Self diagnosis
add_circle Teknologi Cold Plasma

Teknologi Cold Plasma pada aircond  membantu membersihkan dan menyegarkan udara di sekeliling anda. Dengan adanya teknologi ini, anda dapat merasakan udara yang lebih bersih, bebas daripada bakteria, dan bau yang tidak enak. 

Terdapat ciri lapisan Golden Fin untuk melindungi aircond, jadi tahan lebih lama. Dengan ciri sensor suhu I-Feel, aircond ini akan secara automatik menyesuaikan suhu bilik mengikut kehendak anda tanpa perlu mengatur suhu secara manual.

Dilengkapi dengan ciri Self Diagnosis untuk membantu mengenal pasti dan membaiki masalah dengan cepat dan fungsi Auto Clean untuk menjaga kebersihan aircpnd. 

Anda boleh melihat dengan mudah suhu yang ditetapkan, mod operasi, dan fungsi lain melalui paparan Led yang jelas dan terang.

Mempunyai turbo mode yang boleh beroperasi pada kelajuan maksimumn untuk sejuk dengan cepat. Sesuai ketika anda memerlukan penyejukan segera ketika cuaca panas yang terik.

Semak Samsung Aircond R32 S-Essential Non-Inverter (1.0HP - 2.5HP) harga dibawah:
add_circle Cepat sejuk
add_circle Jimat elektrik
add_circle Eco friendly
add_circle Penapis hd

Dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik, penghawa dingin jenama Samsung ini akan membolehkan anda menikmati suasana sejuk dan selesa di rumah sepanjang masa.

Satu daripada kelebihan utamanya ialah ciri-ciri penapis HD yang inovatif. Anda boleh bernafas dengan lebih bersih dan lebih segar. 

Ini kerana penapis ini mampu menyingkirkan habuk, kotoran, dan bakteria dalam udara. Sangat berguna untuk anda yang mempunyai masalah alahan atau pernafasan.

Selain itu, penghawa dingin ini menggunakan tenaga elektrik yang rendah dan boleh menyejukkan bilik dengan cepat.

aircond midea
Semak Midea Ionizer Air Conditioner Non-Inverter harga dibawah:
add_circle Hembusan angin kuat
add_circle Kawalan WIFI
add_circle Sistem penapisan berganda
add_circle Mesra alam

Penghawa dingin ini mempunyai ciri ionizer untuk membantu mengurangkan alergen, debu, dan bau yang tidak diingini. Jadi keluarga anda dapat menikmati udara yang lebih segar dan bersih setiap kali penghawa dingin dihidupkan. 

Ciri lain yang menarik adalah windblast, di mana ia memberikan hembusan angin yang kuat dan menyegarkan sama seperti berada di tepi pantai.

Selain itu, aircond ini mempunyai sistem penapisan berganda yang mampu menapis habuk dan kotoran lain yang berada di udara. 

Tambah lagi, aircond ini mesra alam dan dilengkapi dengan pemasa yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih. Jadi anda boleh mengendalikan suhu dan tetapan lain tanpa perlu bergerak dari tempat anda.

Semak Air Cooler Remote Control 8L Air Cooler Upgrade Version harga dibawah:
add_circle Tangki boleh tanggal
add_circle Mod eko
add_circle Kawalan kelajuan
add_circle Senyap

Dengan reka bentuk yang kompak dan dilengkapi dengan roda, anda boleh memindahkannya dengan mudah ke mana-mana bilik.

Selain sebagai aircond, anda boleh gunakan produk ini sebagai kipas angin dan penapis udara. Sangat mudah digunakan dan dalam masa singkat, anda dapat menikmati suasana sejuk dan nyaman di bilik anda dengan alat kawalan jauh.

Tambah lagi, anda boleh mengatur kelajuan angin dalam tiga peringkat dan mengisi baldi ais ini dengan ais untuk meningkatkan keberkesanan penyejukan udara.

Anda boleh gunakan aircond ini sehingga 16 jam, memastikan bilik sentiasa sejuk dan selesa apabila anda pulang. Terdapat juga mod angin semula jadi.

Selain menyediakan kesejukan yang menyegarkan, aircond ini juga mempunyai penggunaan tenaga yang rendah dan beroperasi dengan senyap. 

Bukan hanya sesuai untuk rumah, tapi juga untuk pejabat, asrama, atau bilik lain.

Aircond murah dan jimat elektrik
Hinsense
Hinsense R32 AN09CBG
Semak Hisense 1.0HP Standard Non-Inverter Air Con R32 AN09CBG harga dibawah:
add_circle Auto clean
add_circle 3 pilihan mod
add_circle Beroperasi tanpa bunyi
add_circle Fast cooling
remove_circle Remote display kecil

Dengan ciri One Button, Auto Clean, penghawa dingin CB Siri ini menggunakan 5 proses penetration, stripping, defrosting dan juga drying dimana dapat menjadikan penghawa dingin anda seperti baharu.

Bukan itu sahaja, juga mempunyai paparan led dan mod pintar dengan 3 pilihan tersedia, iaitu fan mode, dry mode dan cooling mode. 

Dilengkapi advanced control technology, penghawa dingin ini beroperasi tanpa bunyi, jadi sangat sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil kerana tidak menganggu waktu tidur mereka.

Tambah lagi dengan teknologi fast cooling dan anti mildew running, anda akan dapat menyejukkan udara dengan lebih cepat, dalam masa yang sama penghawa dingin ni dapat memberi udara yang segar kerana mampu menapis bakteria di udara.

Terdapat juga APP Control dimana anda dapat mengawal penghawa dingin hanya menggunakan telefon pintar anda. Download saja HiSmart Home App melalui App Store atau Google Play.

Jangan risau, aircond jimat elektrik sehingga 45% kerana mempunyai ciri 5 star inverter TU Series. 

Hisense R32 Portable Air Conditioner (1.5HP) AP12NXG
Semak Hisense R32 Portable Air Conditioner (1.5HP) harga dibawah:
add_circle Saiz yang kecil
add_circle Kesejukan yang sama seperti aircond biasa
add_circle Guna gas R32
remove_circle Bunyi agak kuat (50dB)

Bagi yang gemar camping bersama keluarga atau rakan, beli je mini air conditioner Hisense.

Bukan apa, portable aircond Hisense ada roda yang memudahkan anda untuk mengalihkan aircond dan mod fast cooling yang membantu menyejukkan bilik dengan cepat.

Penghawa dingin murah ini juga menggunakan gas penyejuk R32 yang menjimatkan bil elektrik dan terdapat juga fungsi ayunan udara (bermotor - ke atas & ke bawah).

Ciri-ciri lain termasuk paparan LED, butang kawalan kipas, ciri auto-restart, penunjuk penuh air, fungsi auto cool, mod pintar, mod rapid cool (jet), auto evaporative system, pemasa sehingga 24 jam dan mod kering.

Aircond portable jimat elektrik ini juga menawarkan tiga kelajuan kipas, tiga kelajuan penyejukan dan dehumidifier.

Senang juga bawa balik kampung dan tidur malam juga lebih selesa dengan pilihan Sleep Mode!

Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090
Semak Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090 harga dibawah:
add_circle Mempunyai mod senyap
add_circle Penjimatan tenaga 3 bintang
add_circle Penapis berketumpatan tinggi
remove_circle Compressor sedikit besar

Beko Air Conditioner (1.0HP) R32 Non-Inverter BLFOM 090 mempunyai ciri-ciri canggih menghasilkan persekitaran dalaman yang nyaman dan segar.

Dengan penarafan penjimatan tenaga sebanyak 3 bintang, penyejuk udara Beko ini memberikan penyejukan yang cekap, membantu anda menjimatkan bil elektrik serta mengurangkan jejak karbon.

Dilengkapi dengan teknologi Zone Follow, penyejuk udara ini memastikan kawalan suhu yang tepat di ruangan rumah anda.

Selain itu, Filter Actifour memastikan pembersihan udara yang lebih baik dengan memerangkap habuk, allergen, dan zarah terbang lain untuk kualiti udara dalaman yang bersih dan lebih sihat.

Dikuasakan dengan refrigeran R32, penyejuk udara ini lebih mesra alam dan bersih untuk digunakan secara harian.

Paparan tersembunyi pula menambah sentuhan moden ke ruangan rumah atau bilik anda dan mengekalkan dekorasi estetika serta minimalis.

aircond aux
Semak Aircond AUX new R32 - C-Series INVERTER (1.0HP~2.5HP) harga dibawah:
add_circle Bunyi rendah
add_circle Penyejukan pantas
add_circle 4D aliran udara
add_circle Star rating - 4

Aircond AUX model C-Series sesuai dipasang dalam bilik tidur atau ruang tamu.

Bukan sahaja dilengkapi gas penyejuk R32 dan golden fin, tetapi juga memberikan penyejukan pantas dalam masa 30 saat.

Ciri-cirinya yang lain termasuk self cleaning, mod tidur, aliran udara jarak jauh 15m, aliran udara 4D, penapis anti nyamuk, kotak pengawal keselamatan 5VA, dan 0.5 "C kawalan suhu tepat.

Malah, kotak elektrik juga kalis kebakaran dan prestasi super EMC.

Diberikan jaminan am 3 tahun, jaminan papan PCB 4 tahun dan compressor 5 tahun.

Pilih je nak aircond rumah 1.0HP, 1.5HP, 2.0HP atau 2.5HP!

Aircond untuk bilik kecil
York
York L Model Wall Type 1.0 HP AC3333
Semak York L Model Wall Type 1.0 HP AC3333 harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk rumah dan kedai
add_circle Ada warranty 1 bulan dari kedai
remove_circle Barangan second hand

Jika anda mencari set aircond yang murah dan dari jenama yang bagus, anda boleh dapatkan aircond jenama York ini.

Ia mempunyai 1.0HP yang mencukupi untuk menyejukkan ruangan bilik tidur anda, dan boleh juga digunakan untuk kedai yang bersaiz kecil.

Walaupun ia merupakan model second hand, ia ditawarkan dalam keadaan yang baik dan tiada kerosakan kritikal, jadi masih boleh digunakan dengan baik.

Untuk menghilangkan rasa risau, anda akan diberikan jaminan selama 1 bulan untuk pembelian aircond ini.

Aircond York ini tentunya sesuai untuk anda yang mencari aircond murah atau yang dalam budget untuk beli aircond bagi rumah sewa.


Apa Perbezaan Aircond Inverter & Non Inverter?

Sebelum membeli penghawa dingin, anda perlu memilih sama ada nak aircond inverter atau non inverter.

Berikut adalah perbandingan antara aircond inverter dan non inverter:

Aircond inverter Aircond non inverter
Kelebihan Dapat menjimatkan kos elektrik kerana ia boleh mengawal suhu dengan lebih cekap. Lebih murah dari segi harga pembelian dan kos penyelenggaraan.
Kekurangan Memerlukan kos permulaan yang lebih tinggi.

Penggunaan tenaga yang lebih tinggi untuk mencapai suhu yang diinginkan.

Kesimpulan Pilihan yang lebih baik jika anda mementingkan penjimatan kos elektrik.

Pilihan yang lebih baik jika anda mempertimbangkan faktor kos permulaan dan kos penyelenggaraan.


Berapa Anggaran Harga Aircond Yang Bagus Di Malaysia?

Harga yang bagus untuk aircond di Malaysia bergantung kepada jenis, jenama, ciri-ciri, fungsi dan saiznya.

Sebagai panduan, harga untuk Aircond inverter 1.0HP adalah sekitar RM1,000, untuk 1.5HP ialah sekitar RM1,400, dan untuk 2.0HP ialah sekitar RM1,800.

Anda juga boleh mencari anggaran harga Aircond non-inverter yang berpatutan, dengan harga 1.0HP sekitar RM650, 1.5HP sekitar RM800, dan 2.0HP sekitar RM1,000.

Tapi untuk aircond 5 bintang tentunya lebih mahal harganya kerana ia lebih jimat tenaga berbanding penghawa dingin yang lain.

Jenama aircond juga memainkan peranan dalam menentukan harga aircond, seperti aircond Daikin mempunyai harga yang mahal sedikit berbanding aircond National dan aircond Acson.


Mana Lagi Bagus? Aircond Atau Air Cooler?

Secara amnya, aircond memberikan penyejukan yang lebih kuat dan bagus untuk ruang besar.

Manakala air cooler sesuai untuk ruang kecil dan memberikan penyejukan yang lebih semula jadi dengan udara yang lembut dan berangin.

Pilihan bergantung faktor kos, ukuran ruang, keperluan dan keutamaan anda.

Jika anda mencari penyejuk udara yang lebih kuat dan boleh guna sepanjang hari, beli je aircond.

Ini kerana aircond mempunyai ciri penyejukan berteknologi tinggi yang boleh mengurangkan suhu dalaman dan kelembapan udara.

Jadi, sesuai untuk digunakan di kawasan yang sangat panas dan kering.

Namun jika anda nak penggunaan tenaga rendah dan mesra alam, dapatkan air cooler.


Tips Beli Aircond Terbaik  

Terdapat 6 perkara yang perlu anda ambil kira samada sebelum melakukan pembelian atau selepas memasangnya. Anda perlu tahu tentang:

  • Cari fungsi aircond yang terkini seperti mempunyai sleep mode, quite mode atau turbo mode.
  • Pilih aircond inverter yang tersedia dengan sistem jimat elektrik dan gas.
  • Pastikan aircond yang dibeli mempunyai jaminan untuk motor (luar) dan unit (dalam) sekurang-kurang 2 tahun hingga 5 tahun.
  • Tukar penapis udara dengan kerap, sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan untuk kebersihan udara.
  • Pastikan anda melakukan penyelenggaran penghawa dingin setiap tahun bagi mengelakkan masalah besar yang akan melebihi bajet anda. 
  • Beli penghawa dingin mengikut kemampuan bajet.

Apa pun, jom lihat video berikut untuk mengetahui aircond yang macam mana sesuai untuk kegunaan rumah.


Artikel Berkaitan

End of Article