Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Penghawa Dingin Untuk Penggunaan Bayi Anda Agar Selalu Selesa

Pilih pendingin hawa yang selamat dan sesuai untuk mengelakkan mudarat

Dengan cuaca panas yang tak menentu di negara kita ini, pasti ada ibu bapa yang mencari-cari jawapan untuk menambahkan keselesaan buat bayi tersayang. Tentulah ramai yang berasa perlu untuk membeli pendingin hawa yang sesuai untuk si comel.

Adakah penggunaan penghawa dingin/aircond elok untuk bayi?

Paediatrician percaya bahaya bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan tidak panas mampu memberi keselesaan kepada bayi. Pemilihan untuk memiliki penghawa dingin bukanlah satu keputusan yang boleh diambil mudah.

Banyak aspek yang harus dipertimbangkan seperti  kos dan bajet, saiz yang bersesuaian serta selamat untuk kegunaan bayi. Berikut senarai pilihan penghawa dingin untuk ibu bapa pertimbangkan dalam membeli barangan yang terbaik buat si comel.

Pendingin hawa yang sesuai untuk bayi yang sering demam
Semak Sharp R32 Inverter 1.0hp AHX9VED2/AUX9VED2 Air Conditioner harga dibawah:

Penghawa dingin bukanlah penyebab bayi boleh jatuh sakit. Namun, penggunaan penghawa dingin yang terlalu lama dan sejuk boleh memberi kesan buruk sehingga bayi demam. Jika bayi anda mudah dijangkiti kuman dan kerap kali demam, mungkin anda perlu mendapatkan pendingin hawa yang sesuai untuk kesihatan. 

Penghawa dingin Sharp ini sesuai untuk kegunaan di bilik yang ada bayi kerana ianya dilengkapi dengan Baby Mode, berfungsi melindungi bayi daripada keadaan suhu bilik terlalu sejuk. Ini dapat mengelakkan kulit menjadi kering dan terhidrasi.

Aircond mudah alih/portable yang nyaman
Midea
Semak Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Mempunyai sleep mode
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle Mudah alih
add_circle Cepat sejuk
remove_circle Agak bising (53-55dBa)
remove_circle Berat (23kg)

Alat penghawa dingin mudah-alih daripada Midea ini sesuai untuk penggunaan bayi anda. Lengkap dengan sistem automatik seperti Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection, penghawa dingin ini mudah untuk dipasang serta dikendali oleh sesiapa sahaja. Ianya menjimatkan ruangan dan penggunaan tenaga jika anda menggunakannya sepanjang hari. 

Disebabkan saiznya portable dan mudah-alih, anda boleh meletakkannya di sudut ruangan pilihan bersebelahan dengan babycot si kecil.  

Penghawa dingin jenis mini untuk keselesaan bayi anda
Semak ARCTIC Air Mini Aircond harga dibawah:

Terima kasih dengan teknologi canggih masa kini, pendingin hawa Arctic Air Mini berkualiti tinggi dan membolehkan anda sekeluarga menikmati udara nyaman dan segar di mana sahaja anda berada. Hanya perlu mengisikan air ke dalam tempat yang disediakan dan masukkan plug atau USB port, penghawa dingin ini mampu berkerja selama 8 jam untuk setiap isian. 

Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja serta kipasnya beroperasi tidak terlalu bising membolehkan bayi anda tidur dengan lena walaupun pada cuaca panas. 

Aircond lengkap dengan sistem inverter yang sangat efisien
Toshiba
Semak Toshiba Air Conditioner 1.0HP (RAS-H10U2KCV) harga dibawah:
add_circle Aliran udara lebih luas & panjang
add_circle Aircond senyap
remove_circle Jaminan unit 1 tahun sahaja

Bagi ibubapa yang mencari sistem penghawa dingin yang berprestasi tinggi dan cekap, pilihlah jenama Toshiba ini. Dilengkapi dengan ciri-ciri kemewahan serta teknologi RAS multi-split inverter systems, ianya adalah solusi paling ideal untuk bilik besar. Penghawa dingin Toshiba ini berkualiti tinggi serta mampu menyejukkan bilik dengan kadar segera, sekaligus menjimatkan elektrik dan meninggikan kadar efisensi tenaga yang digunakan. 

Ia juga dilengkapi dengan self-cleaning function yang mengurangkan kelembapan serta menghalang kewujudan kulat di dalam unit penghawa dingin ini.

Jimat elektrik, penghawa dingin pilihan ramai
Semak DAIKIN FTV-P SERIES 1.0HP Air Conditioner harga dibawah:

Dalam bab membeli pendingin hawa, jangan hanya melihat pada harga sahaja. Sesetengah penghawa dingin menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan menambahkan kos perbelanjaan bulanan isi rumah. Dengan menggunakan teknologi inverter yang berinovasi tinggi, penghawa dingin dari Daikin ini mampu mengawal suhu persekitaran sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. 

Sistem kawalan suhu mengikut keperluan persekitaran dan ianya dapat menyejukkan bilik dengan segera. Penghawa dingin dari Daikin ini mampu menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 30% berbanding kebanyakan penghawa dingin konvensional yang lain.

Aircond terbaik untuk ruang tamu serta sesuai untuk bayi
Aircond inverter dengan 2 sistem pendinginan
Semak PANASONIC 1.0HP Premium Inverter AERO Series (CS-S10TKH) harga dibawah:

Penghawa dingin Panasonic ini adalah daripada lingkungan premium keluaran jenama terkenal ini. Walaupun dengan hanya 1.0HP, ianya mampu menyejukkan ruangan yang besar sekaligus membuatkan bayi anda terasa nyaman ketika bermain di ruang tamu. Teknologi Aerowings yang melengkapkan pendingin hawa ini membolehkan udara nyaman beredar secara langsung dan tidak langsung dengan segera. 

Ini membolehkan pengudaraan yang sempurna di ruang tamu anda tanpa memerlukan masa yang panjang sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik. 

Penghawa dingin murah yang terbaik untuk baby
Haier
Semak Haier HSU-09LTA17 1HP Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Udara lebih segar dengan Blue Fin Technology
add_circle Paparan LED
add_circle Sleep Mode
remove_circle Non-inverter

Pendingin hawa Haier ini mempunyai harga yang berpatutan serta mampu melaksanakan tugas memberi penyejukkan dengan sempurna dan berkualiti tinggi. Dilengkapi dengan Blue Fin Technology, ia juga mampu membersihkan udara di dalamnya dari pertumbuhan kulat sekaligus mengedarkan udara segar dan sihat. 

Dilengkapi dengan sistem kawalan seperti Sleep Mode yang membolehkan anda menetapkannya pada masa-masa tertentu demi keselesaan si kecil semasa tidur sepanjang malam tanpa gangguan.

Artikel berkaitan 

End of Article