Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Aircond Rumah Anda Buat Hal? 9 Servis Aircond Rumah Terbaik Untuk Kehidupan Yang Nyaman

Ketahui servis aircond terbaik berdekatan rumah anda

Keadaan cuaca di Malaysia yang umumnya panas sepanjang tahun telah menjadikan penghawa dingin sebagai salah satu keperluan di kebanyakan rumah-rumah kediaman di sini. Namun, keselesaan dan kemudahan itu datang dengan kos penyelenggaraan dan pembaikan apabila sampai waktunya.

Senarai syarikat yang kami beri adalah untuk membantu anda membuat perbandingan dan keputusan dalam memilih servis aircond yang sesuai dengan keperluan, perbelanjaan, dan lokasi kediaman.  

Ayuh teruskan pembacaan untuk mencari servis aircond yang terbaik untuk anda.

Khidmat servis aircond sekitar Puchong dan Putrajaya
Cahaya Kesyukuran Services
mulai
RM0.00
Semak Cahaya Kesyukuran Services harga dibawah:

Syarikat milik penuh bumiputera ini berkepakaran dalam bidang penyaman udara dan penyejukbekuan. Kemahiran syarikat ini ialah dalam memberi bantuan kepada pelanggan yang mengalami masalah aircond kurang sejuk, atau mengalami kebocoran air dan gas.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan ialah pemasangan aircond baru, servis aircond, troubleshoot aircond bermasalah, serta baikpulih aircond.

Jenama aircond yang dibekal dan dipasang syarikat ini ialah terdiri dari Daikin, Acson, Panasonic, Haier, dan juga Midea. Khidmat penyelenggaraan dan servis mereka ialah untuk rumah kediaman dan pejabat.

Bertempat di Puchong, Selangor, kawasan perkhidmatan syarikat ini meliputi seluruh Puchong dan Putrajaya. Lawati laman facebook mereka untuk promosi dan info terkini.

Khidmat servis aircond sekitar KL, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan
Sifu Servis Aircond
mulai
RM0.00
Semak Sifu Servis Aircond harga dibawah:

Fokus utama syarikat ini ialah untuk memberi perkhidmatan bagi menyelesaikan masalah aircond pelanggan. Selain daripada itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti kerja-kerja installation, dismantle, relocate, overhaul, repair, wiring dan lain-lain.

Pelanggan boleh membuat pilihan pakej berdasarkan keperluan dan jumlah unit aircond yang perlu di servis. Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan di website mereka adalah bagi aircond jenis 'Wall Mounted/ Split Unit' sahaja. Pelanggan boleh menghubungi mereka sekiranya kurang pasti mengenai jenis aircond.

Untuk cucian kimia atau full chemical service, harga bermula dari RM138 mengikut Horse Power (HP) dengan potongan harga mengikut jumlah aircond yang perlu di service.  

Menariknya, pelanggan diberi jaminan kualiti servis selama 30 hari atau service semula secara percuma atau jaminan pulangan wang. 

Khidmat servis aircond seluruh negara
Nazran Aircond Services
mulai
RM0.00
Semak Nazran Aircond Services harga dibawah:

Selain menawarkan perkhidmatan servis aircond, Nazran Aircond Services juga berkemahiran dalam pemasangan, dismantle, penyelenggaraan, troubleshooting, pendawaian dan baik pulih aircond. Perkhidmatan mereka meliputi sektor-sektor seperti restoran dan kedai, rumah dan hotel, sekolah dan universiti, serta perniagaan dan pejabat. 

Bagi mengatur temujanji dengan mereka, pelanggan boleh membuat online booking dengan mengisi dan menjawab soalan-soalan pada online booking system mereka untuk mengenalpasti jenis masalah yang ada pada aircond anda.   

Bayaran boleh dibuat dengan kad kredit ataupun online transfer. Tiada pembayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan untuk site visit.

Selain daripada after-sale service, Nazran Aircond Services juga memberi service warranty selama 30 hari. Berminat untuk membeli aircond baru? Boleh lawati website mereka untuk pilihan aircond berbagai jenama.

Khidmat servis aircond sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Aivee Cooling Confidents
mulai
RM0.00
Semak Aivee Cooling Confidents harga dibawah:

Dengan moto 'Cooling With Confidence', perkhidmatan Aivee Cooling Confidents  merangkumi  pembekalan, baik pulih, penyelenggaraan serta pemasangan aircond di rumah. Mereka boleh dihubungi dengan telefon ataupun Whatsapp.

Berpengalaman selama 9 tahun dalam melakukan servis, pemasangan, baik pulih dan penyelenggaraan penghawa dingin, syarikat ini mempunyai pasukan yang lengkap untuk mengendalikan setiap tugasan berkaitan penyaman udara.

Sesuai dengan norma baharu, kepatuhan dalam SOP juga dititikberatkan syarikat ini, demi kesihatan pelanggan dan pasukan mereka.

Aivee Cooling Confidents juga akan memberikan warranty untuk setiap hasil kerja kepada pelanggan sekiranya berlaku permasalahan selepas perkhidmatan.

Untuk pelanggan sekitar Lembah Kelang, boleh lah menghubungi mereka untuk maklumat lanjut tentang bagaimana mereka boleh menyelesaikan masalah penyaman udara di kediaman anda.

Khidmat servis aircond sekitar Lembah Klang
Aircond Tech
mulai
RM0.00
Semak Aircond Tech harga dibawah:
  • Alamat: C-11-2, Alam Avenue 2, Shah Alam
  • Waktu Operasi:  Setiap hari dari jam 9 pagi - 5 petang
  • No Telefon: 016 944 1705
  • Email: [email protected]
  • Range Harga: RM99-RM300

Perkhidmatan Aircond Tech yang berpengkalan di Shah Alam ini meliputi kawasan-kawasan termasuk Klang, Sungai Buluh, Bangi, Kajang, Puchong, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Subang, Ampang, Semenyih dan lain lain kawasan di sekitar Kuala Lumpur.

Perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah servis aircond asas seperti pemeriksaan terperinci dan teliti pada unit dalam atau indoor unit, pemeriksaan mendalam pada arus larian pemampat atau compressor, pembersihan dan penyingkiran habuk pada kipas atau blower fan, pada unit dalam atau indoor unit, bahagian atas kipas blower atau coil, bekas atau casing serta penapis udara atau air filter.

Selain daripada itu, Aircond Tech juga berkemahiran dalam chemical service aircond, pengisian dan penambahan gas, pemasangan dan pembukaan atau dismantle, serta penukaran motor fan capacitor.

Aircond Tech boleh dihubungi dengan telefon atau Whatsapp.

Khidmat servis aircond sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Cool Air Servis Puchong
mulai
RM0.00
Semak Cool Air Servis Puchong harga dibawah:

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cool Air Servis Puchong  ialah servis umum aircond seperti pemeriksaan menyeluruh dan pembersihan panel hadapan, penutup, penyejat gegelung, pemvakuman sistem saliran, pembersihan atau penggantian penapis udara dan peletakan pelincir pada bahagian unit penyaman udara. Perkhidmatan ini ialah untuk unit penyaman udara di kawasan rumah, kondominium, rumah kedai dan pejabat.

Selain itu, mereka juga menawarkan perkhidmatan cucian aircond cara kimia apabila servis umum tidak dapat membaiki unit air condition yang tersumbat teruk.

Menururt mereka, servis aircond perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tiga bulan, manakala pembersihan aircond cara kimia perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun.

Cool Air Servis Puchong juga berkemahiran dalam pembaikpulihan aircond.

Khidmat servis aircond sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Dr. Air
mulai
RM0.00
Semak Dr. Air harga dibawah:

Dr. Air mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang servis aircond. Perkhidmatan yang ditawarkan mereka ialah pembersihan aircond umum pada faceplate, filter net, rangka tengah, bahagian luar, louver dan bahagian-bahagian lain pada aircon, serta pengisian semula gas dan pemeriksaan gas coolant. Perkhidmatan ini sesuai untuk unit penyaman udara di kediaman mahupun di bangunan komersial kerana ia melibatkan unit pada dinding dan siling.

Selain daripada itu, Dr. Air juga menawarkan perkhidmatan chemical cleaning untuk unit penyaman udara yang sudah lama tidak di servis, overhaul cleaning untuk unit penyaman udara yang mengeluarkan bunyi yang bising, maintenance setiap suku tahun untuk pengaliran udara yang optimum, pembaikpulihan aircond yang sudah rosak oleh service engineer dan pemasangan unit baru atau berpindah ke lokasi lain dengan jaminan hasil kerja selama 30 hari.

Khidmat servis aircond sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Aircon Hero
mulai
RM0.00
Semak Aircon Hero harga dibawah:

Aircon Hero sudah berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang servis aircond. Beroperasi dari Bandar Utama, Petaling Jaya, syarikat ini menawarkan khidmat pembersihan asas iaitu cucian penapis dengan menggunakan air, penyapuan selongsong unit dalaman, pemeriksaan tekanan gas dan suhu serta pengisian semula penyejuk jika diperlukan.

Bagi pembersihan cara kimia atau chemical cleaning pula, kerja-kerja pembersihan dilakukan pada unit luar atau dalam ataupun kedua-duanya. Pembersihan boleh merangkumi  paip saliran, pemeriksaan compressor, penapis, gegelung penyejuk, blower dan pengisian semula penyejuk jika diperlukan serta pemeriksaan suhu dalaman.

Aircon Hero juga membekalkan unit penyaman udara dari jenama-jenama diyakini seperti Panasonic, York, Sharp, Daikin, Samsung, Hitachi, Toshiba, Mitsubishi Electric dan Midea. 

Khidmat servis aircond sekitar Lembah Klang
Recommend.my
mulai
RM0.00
Semak Recommend.my harga dibawah:

Recommend.my ialah portal ataupun platform yang menawarkan berbagai perkhidmatan 'home improvement' seperti pembersihan rumah, pertukangan, pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman termasuklah servis aircond. Mula beroperasi pada tahun 2015, perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti pembersihan umum dan kimia, pembaikan kebocoran, penjimatan tenaga dan pencegahan kuman.

Platform ini membekalkan juruteknik yang disahkan untuk kerja-kerja pembaikan, pemasangan dan pengisian gas unit penyaman udara anda dengan harga yang berpatutan, disertai dengan jaminan perkhidmatan 14 hari.

Platform ini juga menyokong semua jenama utama termasuk Daikin, Mitsubishi, Sharp, Panasonic, Fujitsu, Hitachi, Midea, Acson, LG, York dan banyak lagi. 

Semua tempahan hendaklah dilakukan melalui laman web mereka. Pelanggan perlu mengisi maklumat dan alamat beserta bilangan unit penyaman udara yang perlu di servis. Pelanggan juga boleh membuat pembayaran online.

Artikel Berkaitan

End of Article