Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ketuhar malaysia

11 Jenama Oven Terbaik di Malaysia 2024 (Murah dan Berkualiti)

Kalau guna oven yang betul, masakan akan jadi lebih sedap!

Ketuhar atau oven merupakan perkakas dapur yang perlu ada dalam setiap ruangan dapur rumah.

Bukan apa, mudah untuk proses pemanasan semula makanan, bakar masakan, menghasilkan savory atau dessert menggunakan air tangan sendiri.

Erti kata lain, sebut sahaja resepi kek atau biskut memang akan guna oven yang sesuai untuk baking sebagai alat memasak. 

Jadi buat mereka yang sedang mencari jenama oven terbaik yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan harian anda, jangan risau!

Nah, kami senaraikan beberapa pilihan jenama oven yang paling bagus dengan harga oven yang berpatutan dan pelbagai saiz oven untuk anda.


Cara Pilih Oven Terbaik

Pemilihan oven yang tepat memerlukan beberapa pertimbangan penting bergantung kepada sebab penggunaan, saiz dapur anda atau ciri lain oven yang anda mahukan. 

Berikut adalah beberapa tips kami kongsikan untuk mudahkan anda memilih oven yang tepat:

  • Jenis oven

Anda haruslah pilih jenis oven yang sesuai dengan penggunaan. Check dulu, adakah anda nak oven elektrik, oven gas, atau oven microwave?

Oven elektrik lebih ramai gunakannya, sementara oven gas pula sesuai jika anda mahu penjimatan elektrik dan oven microwave dapat menjimatkan masa anda kerana makan cepat masak.

  • Saiz & kapasiti oven

Tentukan ukuran dan saiz oven yang tepat untuk memenuhi kegunaan anda sebelum membeli oven untuk dapur.

Jangan pilih oven yang terlalu besar jika anda tak gunakannya dengan kerap atau pilih terlalu kecil jika mahu masak dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, pastikan oven tersebut memiliki kapasti yang cukup untuk memasak makanan yang anda inginkan.

  • Penggunaan tenaga elektrik

Pilihlah oven yang menggunakan tenaga elektrik yang baik untuk penjimatan elektrik yang baik.

Macam mana nak tahu? Periksa rating bintang tenaga yang ditampal pada oven untuk menentukan level penggunaan elektriknya.

  • Fungsi

Pastikan oven memiliki fungsi yang anda perlukan, seperti oven dengan pengatur suhu yang tepat, timer dan fungsi defrost.

  • Jenama dan kualiti

Pilihlah oven daripada jenama yang dipercayai dan memiliki reputasi yang baik bagi memastikan ia tahan lama.

Periksa ulasan pengguna dan jangan ragu untuk meminta saranan daripada keluarga atau kawan-kawan yang ada pengalaman menggunakan oven.

  • Harga

Pastikan harga dan spek oven yang diberikan sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Caranya, bandingkan harga dan ciri daripada beberapa jenama sebelum membelinya untuk memudahkan proses memilih oven


Kelebihan Dan Kekurangan Oven

Oven adalah antara alat memasak yang sangat popular di Malaysia. Walaupun oven ada banyak kelebihan, namun ada juga beberapa kekurangan yang perlu anda tahu sebelum membeli.

Berikut ini adalah kelebihan memiliki oven:

  • Cepat masak:

Oven memasak makanan dengan cepat kerana suhu yang dihasilkan lebih sekata dan konsisten membuatkan makanan yang dimasak dengan lebih pantas.

  • Makanan lebih sihat:

Makanan yang dimasak menggunakan oven lebih sihat berbanding memasak dengan cara biasa kerana kita dapat kurangkan penggunaan minyak masak.

Oven akan masak makanan tanpa menggunakan banyak minyak atau lemak dan dengan cara ini anda dapat hasilkan makanan yang lebih sihat. 

  • Masak pelbagai jenis makanan:

Oven dapat digunakan untuk memasak pelbagai jenis makanan seperti roti, kuih, pizza, daging panggang, ikan bakar dan sayuran panggang dengan mudah.

Penggunaan oven membolehkan anda cuba resepi baru tanpa rasa terbeban dan takut. 

  • Mudah digunakan:

Oven mudah digunakan, anda hanya perlu set suhunya mengikut kesesuaian masakan anda ketika itu.

Tips penting, jangan lupa panaskan dulu oven anda sebelum penggunaan untuk masakan yang lebih sekata. 

  • Banyak ciri tambahan:

Oven moden dilengkapi dengan banyak ciri tambahan seperti timer untuk mudahkankan anda set masa, pengatur suhu untuk set suhu mengikut resepi dan fungsi defrost untuk cairkan ayam, ikan atau bahan mentah anda. 

Manakala ini antara kekurangan oven:

  • Harga

Terdapat banyak jenis oven dipasaran dan ia memiliki harga yang berbeza bergantung pada jenama dan jenisnya.

Untuk oven yang ada pelbagai jenis ciri tambahan, harganya mungkin lebih tinggi. 

  • Tenaga elektrik tinggi

Oven memerlukan banyak penggunaan tenaga elektrik untuk berfungsi dengan baik.

Lagi besar kapasiti oven anda, lebih banyak tenaga elektrik yang akan digunakan. 

  • Penjagaan oven

Oven memerlukan penjagaan yang baik untuk memastikan ia tahan lama dan akan masak makanan anda lebih baik dan cepat.

Penjagaan oven memerlukan anda untuk bersihkan bahagian dalam dan luar oven dan cuci jaringan oven yang telah digunakan. 

  • Suhu rumah panas

Jika anda memasak dalam jumlah banyak atau sering menggunakan oven, ia akan meningkatkan suhu ruangan menjadikan rumah anda terasa lebih panas.

  • Perlukan ruang 

Ukuran saiz oven akan jadi terbatan jika anda memiliki ruang yang terhad di dapur kerana kebiasaannya oven yang banyak siri tambahan bersaiz besar.


11 Ketuhar/Oven Terbaik 

konka
mulai
RM138.50
Semak KONKA Authentic 12L Electric Oven Vertical Multi Purpose [KAO-L12] harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Murah
remove_circle Saiz kecil

Mungkin ramai yang tak tahu oven jenama Konka ini dari negara China. 

Tapi walaupun dari negara China tapi oven yang dikeluarkan ini berkualiti dan bagus kerana kebanyakan review mengatakan pembelian yang sangat berbaloi.

Ciri-ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi; 300mm x 300mm x 375mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 800W

Spek:

Oven ini mempunyai isipadu kapasiti 12L dengan berat 2.65kg.

Menariknya lagi, oven ini memiliki pintu cermin penuh dimana anda boleh melihat sendiri masakan anda sedang dimasak, best tau!

Jangan risau, kaca pada pintu oven tidak akan retak jika haba pada tahap maksimum lagipun kaca yang digunakan jenis tahan haba.

Selain itu, oven ini mempunyai teknologi double-tube photothermal untuk tiga dimensi yang berfungsi untuk pembakaran sama rata.

Bahagian tapak oven mempunyai anti-slip jadi jika anda buka pintu oven, badan ketuhar stabil dan tak akan bergerak.

Disebabkan pintu oven cermin penuh, jadi Konka menggunakan pemegang buka anti-scalding handle supaya tangan tidak melecur.

Paling penting, bahagian dalam oven tak mudah berhabuk dengan serbuk makanan kerana oven Konka mempunyai pelapik tray khas untuk serbuk makanan yang jatuh.

Suhu:

Untuk proses pembakaran pula, oven Konka ini boleh mencapai 100-200 darjah selsius yang boleh adjust mengikut kesesuaian makanan.

Pembakaran makanan anda boleh guna apa saja bahan masakan kerana suhu panas dalam oven menggunakan sistem wide-area control.

Apa yang menarik tentang oven Konka ini, sebelum nak guna anda tak perlu warm up dalam tempoh yang lama.

Ini kerana oven ini mempunyai teknologi pemanasan yang pantas dalam masa 3 saat saja.

Design:

Rekaan dari luar oven kelihatan sangat vintage dengan warna dan bentuk oven yang menegak ke atas. Sangat lain dari yang lain!

Oven ini direka menegak ke atas kerana makanan tidak mudah terbakar di bahagian atas, jimat ruang dapur dan ketinggian luas dalam oven.

Review dari pengguna;

"Produk yang sangat bagus! Design sangat comel dan unik. 

Walaupun nak masak roti yang banyak kena susun rapat-rapat tapi tak apa, paling penting sangat mudah digunakan,"

mulai
RM71.00
Semak Midea 10L Oven Toasting / Broiling Function (MEO-10BDW) harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Boleh masak pelbagai hidangan
add_circle Saiz kecil
remove_circle Tidak mempunyai timer

Kalau nak diikutkan, ketuhar dari jenama Midea ini merupakan oven yang mempunyai harga yang murah.

Sesuai untuk kegunaan mereka yang masih bujang atau tinggal berseorangan.

Dengan harga yang diberikan, oven Midea ini dapat berfungsi untuk masak pizza, panggang, toast dan lain-lain untuk proses pembakaran.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi; 36cm x 20cm x 22cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1000W 

Spek;

Kapasiti oven ini boleh memuatkan sehingga 10L dengan berat bersih 2.88.

Bagi setiap pembelian oven Midea ini, anda akan dapat dua rak pembakar dan 2 Quartz Heating Elements.

Oven ini sangat menjimatkan masa ketika masak sebab cepat panas cuma tidak mempunyai pemasa untuk set.

Maksudnya anda perlu sentiasa monitor keadaan masakan anda dalam oven sudah dimasak atau belum.

Paling penting, bahagian dalam oven ini mudah dibersihkan jika anda keluarkan semua tray dalam oven.

Jangan risau untuk ruang letak oven kerana tidak makan ruang yang besar.

Jadi sangat sesuai untuk ruang dapur yang agak terhad.

Suhu: 

Suhu oven ini mampu membakar pizza dan roti sehingga masak gebu!

Anda tidak perlu risau jika makanan anda hangit terbakar kerana oven ini mempunyai set pemasa setiap 15 minit dan disertakan dengan loceng.

Design:

Bagi mereka yang meletakkan tema warna dapur warna hitam, ketuhar ini adalah pilihan yang tepat.

Ini kerana bahagian badan penuh luar ketuhar ini warna hitam. Senang jaga, kotoran pun susah kelihatan.

Review dari pengguna;

"Oven ni ok cuma kena hati-hati siapa yang beli sebab tak ada suhu tapi dia dah sekalikan suhu dekat bahagian fungsi.

Jadi, kena pandai main adjust dengan function. Bagi yang dah biasa, okaylah,"

Oven jimat elektrik
Butterfly
mulai
RM165.00
Semak Butterfly B-2421 Gas Oven harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Boleh guna atas dapur gas
add_circle Jimat elektrik
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kek yang besar

Bagi mereka yang suka masak kek, biskut atau apa-apa menu pemanis mulut yang menggunakan ketuhar, Butterfly B-2421 merupakan pilihan tepat.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi; 12’ x 11’ x 10’
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1000W 

Spek:

Jenama oven terbaik ini mempunyai saiz lebih kurang kiub 13’.

Sesuai untuk mereka yang sukakan baking untuk kepuasan diri.

Ingin kami ingatkan, saiz oven ini tidak sesuai untuk dibuat meniaga sebab memiliki saiz yang kecil.

Walaupun saiznya kecil tapi tidak boleh dibawa kemana-mana kerana beratnya 8kg. Agak berat.

Jadi, pastikan bahagian dapur anda mempunyai tempat khas oven Butterfly B-2421 ni okay?

Oven ini juga dapat menjimatkan pengunaan elektrik di rumah kerana menggunakan gas untuk menggunakannya.

Suhu:

Oven ini boleh masak apa saja tidak kira ayam panggang, kek, biskut atau kuih. 

Malangnya, oven ini tidak mempunyai loceng pemasa jadi bila menggunakannya, anda perlu mengawal suhu dan masa dengan sendiri.

Jangan risau, terdapat penunjuk suhu dan anda boleh pantau keadaan masakan anda pada cermin

Design:

Reka bentuk oven ini sangat klasik. Badan warna hitam sepenuhnya 

Bahagian bukaan pintu oven ini lebih kecil berbanding badan.

Ukuran panci adalah, bukaan pintu lebar 11’ dan tinggi 9’. 

Memang just nice untuk mereka yang mempunyai saiz dapur yang kecil.

Review: 

“Beli untuk mak kat kampung. Harap mak tak ada masalah nak baking walaupun tak ada elektrik nanti,”

Oven terbaik untuk baker
Khind
Khind 28L Electric Oven (OT2800)
mulai
RM189.00
Semak Khind 28L Electric Oven (OT2800) harga dibawah:

Bagi mereka yang sukakan barangan dapur kelihatan vintage dan simple, Khind Electric Oven model OT 2800 adalah pilihan tepat.

Dengan oven ini anda boleh masak bermacam masakan. Misalnya Pizza, kek, biskut, sweet corn dan banyak lagi!

Ciri produk;

  • Warranty 24 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi; 392mm x 388mm x 370mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1600W 

Spek:

Oven ini mempunyai kapasiti sebesar 28L dimana anda boleh masukkan seekor ayam untuk dipanggang.

Disebabkan saiz oven ini besar, jadi Khind meletakkan pemanas pada bahagian atas dan bawah supaya dapat membakar dengan sekata.

Lagipun anda boleh adjust suhu atas dan bawah bagi memenuhi keperluan membakar hidangan yang berbeza.

Selain itu, oven ini mempunyai lampu bahagian dalam supaya anda dapat perhatikan keadaan makanan anda dengan lebih jelas semasa proses membakar.

Berat bersih oven ini 7.5kg, agak ringan dengan kapasiti 28L.

Semua kawalan pada oven ini menggunakan knob butang pusing, bukan touchscreen atau butang tekan.

Suhu:

Oven ini mampu membakar sehingga 220°C dengan menggunakan kuasa 1200-1600W.

Setiap pembakaran anda boleh masak selama 60 minit dan pemasa boleh adjust.

Design:

Reka bentuk ketuhar dari jenama Khind ini berbentuk segi empat dan menegak. 

Maknanya anda boleh jimat ruang dapur berbanding ketuhar yang bersaiz segi empat sama.

Terdapat banyak pilihan warna, antaranya hitam, beige dan pink.

Review: 

“Masak meatball, hasil memang puas hati sangat! Oven besar dan berbaloi dengan harga,”

mulai
RM263.00
Semak Milux 35L 1500W Electric Oven with Rotisserie Grill (MOT-35) harga dibawah:
add_circle 4 elemen pemanasan yang sesuai
add_circle Auto shut-off
add_circle Sesuai untuk bake, roast & grill
remove_circle Harga mahal untuk kapasiti yang kecil

Jenama Milux terkenal dengan peralatan dapur dan elektrik kerana diperbuat daripada material tahan lasak untuk kegunaan masa panjang.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi; 484mm x 348mm x 367 mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1500W 

Spek:

Oven ini berkapasiti 35L, boleh dikatakan besar untuk dibuat berniaga kek atau biskut secara kecil-kecilan. 

Cara kawalan oven ini menggunakan 4 knob butang yang sedia ada antaranya;

  1. Pemanggang.
  2. Masa.
  3. Suhu 
  4. Fungsi

Anda boleh kawal suhu dan masa dengan sendiri supaya masakan dapat masak dengan sempurna.

Pada setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori percuma. Antaranya;

  1. Tempat pemanggang seperti ayam golek
  2. Dua dulang pemanggang
  3. Rak pembakar

Maksudnya anda boleh bakar pelbagai masakan menggunakan oven ini dengan lebih mudah.

Malah, anda boleh buat kerja lain sementara menunggu masakan anda masak kerana anda boleh dengar loceng menandakan masakan sudah masak.

Bahagian dalam oven ini mempunyai lampu warna kuning supaya anda dapat perhatikan keadaan makanan anda dengan lebih jelas semasa proses membakar.

Suhu:

Oven ini mampu membakar makanan dari 100 hingga 250°C dan anda boleh adjust masa dan suhu mengikut kesesuaian masakan.

Jadi, anda tak perlu risau masakan tidak masak. Cuma pastikan masakan tidak hangus atau terbakar.

Design:

Reka bentuk oven ini seperti tipikal oven biasa yang lain. Hitam, berbentuk segi empat dan bahagian dalam warna silver.

Review: 

“Mudah guna semua butang ada dekat badan oven. Tinggal nak adjust masa dengan suhu je,”

Oven besar terbaik
Pensonic
mulai
RM299.90
Semak Pensonic Electric Oven 46L (PEO-4605) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk toast, grill & bake
add_circle Auto shut-off
add_circle Ketuhar tahan lama
remove_circle Memakan ruang yang banyak

Pensonic merupakan antara jenama yang bagus dan oven dari jenama yang berkualiti ini, kami jamin tak ada banyak masalah ketika menggunakannya.

Ini kerana kebanyakan mesin teknologi dari Panasonic mudah dikendalikan walaupun tanpa baca manual.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 63cm x 43cm x 42cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1800W 

Spek:

Oven ini mempunyai pemasa yang dihadkan auto shut off selama 60 minit tempoh masak.

Selepas itu anda boleh masak lagi sekali jika makanan anda belum lagi sedia untuk dihidang.

Setiap pembelian, anda akan dapat aksesori oven seperti;

  1. Dulang bakar 1x
  2. Rak dawai 2x
  3. Pemegang dulang 1x
  4. Garfu rotisseries beserta pemegang 1x

Dalam oven kapasiti 46L ini terdapat dua bahagian pemanas iaitu atas dan bawah. 

Kedua-dua bahagian ini anda boleh mengawal suhu mengikut kesesuaian hidangan.

Ciri lain pada ketuhar Panasonic ialah terdapat lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Suhu:

Bahagian kawalan suhu anda boleh adjust sehingga 250°C.

Design:

Rekaan ketuhar ini sangat moden walaupun menggunakan butang knob.

Bahagian pemegang menggunakan material keluli tahan karat, manakala kaca bahagian pintu pula jenis tahan haba.

Jangan risau, kaca pintu oven tak akan retak jika suhu pada tahap maksimum.

Review: 

“Dapat je, terus buat pai. Senang je nak guna oven ni. Lepas ni nak masak lasagna pulak,”

Oven industri terbaik
mulai
RM657.00
Semak Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS (120L) harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar 120L
add_circle Tahan karat untuk jangka masa panjang
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang dapur yang kecil

Berita baik untuk peniaga yang menjual biskut, kek, pizza, lasagna atau makanan yang memerlukan pemanasan oven.

Anda boleh beli oven 120 liter terbaik dari TRIO model TEO-1203SS ini bagi memenuhi permintaan pelanggan anda.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 63cm x 43cm x 42cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 2800W 

Spek:

Berkapasiti 120L boleh memuatkan lebih 50 biji biskut kecil atau 2 ekor ayam untuk dipanggang.

Mempunyai empat knob butang untuk mengawal ketuhar dan paling penting mempunyai 5 fungsi pemanas berbeza.

Fungsi ini dapat memberikan masakan anda masak dengan sempurna dan tidak over cooked.

Lagipun oven ini mempunyai teknologi kipas yang boleh mengawal peredaran haba serta kipas ini juga dapat berfungsi untuk defrost makanan yang sejuk beku.

Setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori. Antaranya;

  1. Kit rotisserie x4
  2. Alat pemegang x2
  3. Dulang pembakar 
  4. Rak dawai 2x

Suhu:

Oven ini boleh memanaskan makanan sehingga mencecah 250ºC dengan pemasa 120 minit.

Terdapat dual temperature control yang berfungsi untuk mengawal suhu oven dimana satu bahagian atas dan satu lagi bahagian bawah.

Jadi, jika anda ingin masak masakan yang berbeza pada satu masa, anda boleh letakkan pada dulang yang berbeza.

Kemudian adjust suhu yang berbeza mengikut kesesuaian makanan. Jimat masa bukan?

Design:

Badan oven ini diperbuat daripada material keluli tahan karat dan haba. 

Jadi, anda tidak perlu risau oven karat jika anda bersihkan dengan kain basah selepas menggunakannya.

Review:

“Besar dan paling penting oven ni boleh masak banyak benda. Cuba dah masak lasagna, tekstur perfect dengan sekali masak!

Ketuhar terbaik dan paling baru dipasaran
The Baker
oven the baker murah
mulai
RM325.00
Semak The Baker Oven ESM-60LV2 60L harga dibawah:
add_circle Saiz kapasiti besar, 60L
add_circle Cermin kaca penutup, 2 kali ganda
add_circle 6 elemen pemanasan
add_circle Fungsi masa sehingga 120 minit
remove_circle Harga mahal

Kalau anda memang peminat aktiviti membakar kek, kuih dan sebagainya pasti kenal dengan jenama The Bakers ini. 

Oven keluaran baru The Bakers kali ini memberi kelebihan dengan saiz kapasiti 60L, ketebalan penutup cermin kaca dua kali ganda dan fungsi kawalan suhu berasingan untuk bahagian bawah/atas oven. 

Tidak dilupakan dengan pembaharuan sistem masa sehingga 120 minit membakar dan penetapan suhu dari serendah 90° hingga 250°. Jadi anda boleh kawal teknik membakar, sebagai contoh untuk kerak atas roti atau kek lebih rangup dan gelap tanpa membuatkan bahagian bawah hangus. 

Sama seperti jenama ketuhar yang lain, anda akan menerima dulang memasak, alat pembakar rotisserie dan pemegang dulang. 

Ketuhar elektrik dengan sistem pemanasan atas & bawah
Cornell
oven cornell baru murah
mulai
RM319.00
Semak Cornell Electric Oven CEO-SE50L harga dibawah:
add_circle 6 pilihan fungsi pemanasan
add_circle Pemegang oven tahan karat
add_circle Rod pemanas dari besi tahan karat
remove_circle Bentuk rekaan sederhana

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 445mm x 628mm x 424mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1800W 

Spek:

Ketuhar terbaru dari jenama Cornell merupakan jenis ketuhar elektrik yang memiliki sehingga enam mod pemanasan.

Mod ini berfungsi untuk memudahkan anda untuk memasak atau membakar mengikut kesesuaian jenis makanan.

Selain itu, terdapat pilihan empat aliran udara panas bahagian atas dan bawah untuk memastikan makanan dimasak sekata dan sempurna.

Bagi yang tidak tahu sebesar mana saiz 50L ini, cuba bayangkan dua ekor ayam dipanggang dalam satu kotak. Besar bukan?

Jangan risau, oven ini mempunyai lampu bahagian dalam untuk mudahkan anda memantau proses masakan sedang dimasak.

Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori. Antaranya;

  1. Bake trays.
  2. Grill tray.
  3. Crumb tray.
  4. Tray handle

Suhu:

Oven ini mampu mencapai ketinggian suhu sehingga 250ºC dengan 60 minit pemasa.

Design:

Jika dilihat dari luaran, badan oven ini bercirikan konsep moden dan ditambah pula warna silver kilat bahagian luar menjadikan oven ini kelihatan ‘mahal’.

Review:

“Ingatkan kecil rupanya besar! Memang puas hati. Semalam dah cuba masak egg tart, memang puas hati. Dalam masak dengan sempurna. Tak payah nak masak balik,”

Oven 60 liter terbaik
SSODD
SSODD Electric Oven 60L
mulai
RM550.00
Semak SSODD Electric Oven 60L harga dibawah:
add_circle Ada fungsi rotisserie
add_circle Pengatur suhu mudah tepat
remove_circle Harga mahal

Jenama SSODD semakin dikenali dalam kalangan wanita yang suka peralatan memasak.

Pelbagai jenama ini telah keluarkan peralatan rumah tapi SSODD Electric Oven 60L merupakan antara jenama oven terbaik.

Ciri produk;

  • Warranty 24 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 40cm x 63cm x 41cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 2200W 

Spek:

Walaupun menggunakan kuasa elektrik yang tinggi iaitu 2200w tapi jika anda masak roti, potensi untuk jimat elektrik sangat tinggi.

Ini kerana oven ini mampu membakar dengan lebih cepat dan sempurna kerana haba panas yang dikeluarkan cepat.

Ciri lain pada ketuhar SSODD ini ialah terdapat lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Oven ini juga mempunyai rak yang boleh adjust dimana mengalihkan makanan sama ada lebih dekat atau lebih jauh daripada pemanas.

Rak tersebut boleh dikeluarkan dengan cara meluncur supaya tiada sebarang kemalangan seperti melecur tangan terkena dinding ketuhar.

Jangan risau, bahagian kawalan pula mudah dikendalikan dan anda tidak perlu manual untuk faham kegunaan setiap satu kawalan.

Oven ini dilengkapi dengan rod rotisserie iaitu batang besi yang digunakan untuk memanggang ayam dan ada butang fungsi rotisserie yang anda hanya perlu tekan sahaja untuk buat ayam panggang. Sangat mudah!

Suhu:

Oven ini mampu membakar sehingga 250°C dan boleh adjust masa dan suhu mengikut kesesuaian masakan.

Pengatur suhunya sangat jelas dan kebanyakan ulasan pengguna menyatakan pengatur suhunya tepat. 

Design:

Walaupun warna luaran stainless steel tapi rekaan oven dari SSODD ini sangat moden.

Oven ini bukan sekadar empat segi tempat sama saja tapi mempunyai lekuk-lekuk yang menjadikan ketuhar ini kelihatan sangat versatile.

Saiz oven memang besar tapi percayalah pembelian yang sangat berbaloi kerana boleh masak dalam kuantiti yang banyak.

Review: 

Oven 60L boleh muat loyang 16x8 seketul ya..Boleh pakai lama ni,” 

Oven terbaik untuk berniaga
SONER
Soner SCO-1A.jpg
mulai
RM2,800.00
Semak SONER SCO-1A Convection Oven harga dibawah:
add_circle Double turbo fan
add_circle Jimat elektrik
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang mencari oven untuk kegunaan perniagaan, oven jenama SONER SCO-1A oven adalah pilihan yang tepat.

Jenama ini dilengkapi dengan dua turbo fan yang akan buatkan oven tahan lama dan jimat elektrik kerana kipas tersebut buatkan suhunya mudah dikawal.

Ciri produk;

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 595mm x 620mm x 572mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 2670W

 Spek:

Pemanasan oven ini terdapat bahagian atas dan bawah dimana dapat mengeluarkan haba pemanasan yang sekata.

Bahagian pemanasan pula mudah mengawal suhu panas yang maksimum supaya masakan masak dengan sempurna.

Bahagian dalam oven pula terdapat empat bahagian lapisan untuk anda gunakan dalam satu masa ketika proses memasak. Jimat masa!

Seperti oven jenama lain, oven SONER juga mempunyai lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Berat oven ini ialah 38 kg, jadi pastikan anda sudah ada tempat yang dikhaskan untuk meletakkan oven ini.

Suhu:

Oven ini boleh memanaskan makanan sehingga mencecah 300ºC dengan pemasa 60 minit.

Design:

Badan oven ini diperbuat daripada material tahan karat jadi tak perlu risau oven karat jika lap menggunakan kain basah selepas menggunakannya.

Bahagian cermin pintu oven ini tahan haba cuma apabila oven sedang digunakan, elakkan pegang bahagian cermin.

Review:

Mudah guna! Sesuai untuk kegunaan harian di rumah juga.. berat tapi panas elok.. baking pun cepat,” 


Jenis-Jenis Ketuhar di Pasaran

Ramai yang beranggapan ketuhar semua sama cuma yang membezakan adalah jenama dan kebesarannya.

Terutama bagi mereka yang baru saja yang menjinakkan diri dalam dunia baking.

Jadi, kami bantu anda senaraikan beberapa jenis ketuhar yang ada di pasaran supaya tidak salah beli untuk kegunaan masakan di dapur.

Ketuhar terdapat lima jenis dan semua jenis ini mempunyai fungsi yang berbeza. 

Anda perlu mengetahui fungsi setiap satu supaya pembelian tidak sia-sia.

Antara jenis ketuhar di pasaran adalah;

  • Ketuhar bina dalam (built-in oven)
  • Ketuhar dengan kipas (oven-fan)
  • Ketuhar gelombang mikro (microwave oven)
  • Conventional oven
  • Convection oven

Tapi kami nak ulas tiga jenis iaitu ketuhar konvensional, ketuhar dengan kipas dan microwave oven.

  • Ketuhar Konvensional

Bagi ketuhar konvensional, sangat sesuai untuk semua jenis pembakaran makanan seperti roti, kek, pastri dan biskut.

Namun, terdapat sesetengah jenama ketuhar konvensional mengeluarkan kepanasan yang tidak sekata.

Jadi, kalau anda ingin bakar sesuatu hidangan pada dua tingkat pada dalam satu masa, anda perlu kerap pusingkan loyang supaya setiap bahagian masak sama rata.

Cara ini selalunya apabila masak kek bagi mengelakkan bahagian dalam masih mentah. 

Tapi kalau nak elak cara ini, sebaiknya masak kek hanya guna satu tingkat saja, okay?

  • Oven with fan

Ketuhar kipas direka mempunyai kipas pada bahagian dalam dinding.

Ketuhar ini lebih sesuai untuk bakar biskut dan pastri kerana kipasnya akan pusingkan haba secara sekata jika anda membakar dua atau tiga tingkat pada satu masa.

Malangnya, ketuhar oven with fan ini tidak sesuai untuk membakar kek kerana angin kipas akan membuatkan tekstur kek menjadi sedikit kering.

Cuma, kalau ketuhar tersebut mempunyai pilihan untuk buka atau tutup kipas, pilihan terbaik adalah tutup penggunaan kipas apabila membakar kek.

  • Microwave oven

Ketuhar ini boleh berfungsi 2 dalam 1 kerana boleh digunakan sebagai microwave dan ketuhar.

Disebabkan fungsinya boleh digunakan dalam dua cara, jadi microwave oven ini boleh membakar biskut, brownies atau kek cawan.

Bagi pembakaran kek, roti, dan pastri kurang sesuai kerana kemungkinan besar pada bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

Hasilnya masakan akan menjadi pucat, tidak gebu dan bertekstur padat.

Untuk mengetahui lebih lanjut microwave oven, jom tengok video pendek ini.


Apa Beza Microwave & Oven?

Secara amnya, kegunaan microwave bertujuan untuk memanaskan makanan.

Manakala oven pula perkakas dapur yang digunakan untuk memanas dan membakar makanan.

Jadi, bagi mereka yang selalu buat masakan baking di dapur ni dah tahu perbezaan dua peralatan dapur ni.

Tapi jangan terkejut kalau kami kata masih ada lagi yang tidak tahu perbezaan fungsi microwave dan oven.

Perbezaan dua perkakas ini adalah oven lebih kepada untuk kegunaan memanggang dan membakar.

Selalunya digunakan untuk tempoh masakan yang lama dan juga berat-berat.

Misalnya, memanggang ayam, membakar kek atau biskut.

Manakala, bagi fungsi microwave pula digunakan untuk masakan yang ringan atau masakan yang memerlukan tempoh masa yang sekejap.

Antara masakan yang boleh masak menggunakan microwave adalah memanaskan lauk, masa kek dalam cawan atau defrost.

Jangan salah faham pula ye ketuhar dan oven.


Yang Mana Lebih Jimat Elektrik?

Penggunaan microwave adalah lebih menjimatkan elektrik berbanding oven.

Tapi bergantung kepada cara dan kadar penggunaan. Jika kerap, pengunaan elektrik akan banyak.

Apa yang kami boleh sarankan, pilihlah berdasarkan kesesuaian ketuhar dengan jenis makanan yang sering dihasilkan supaya pembelian berbaloi.


Cara Guna Oven Dengan Betul

Mungkin ramai beranggapan guna oven hanya masukkan bekas baking, tekan-tekan butang setting dan tunggu makanan masak.

NO! Anda silap, sebenarnya terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.

Antaranya cara cucian, penggunaan loyang, penggunaan bekas, bekas jenis apa yang haba oven sensitif, kesesuaian suhu dengan bekas masakan dan lain-lain lagi.

Begitu juga ketuhar. Tidak semua bekas atau loyang boleh masuk ke dalam ketuhar. 

Apa pun penerangan dari kami, apa kata dengarkan ringkasan ulasan tentang penggunaan ketuhar dengan betul.

Bukan apa, perkara ini sangat penting supaya tiada berlaku letupan sehingga berlaku kecederaan pada diri atau mengakibatkan kerosakan oven atau ketuhar.

Perkakas dapur ni bukan harga murah, tapi harganya cecah ratus. Jadi perlu jaga dengan baik.

Malah, menurut FDA (Food & Drug Administration), ketuhar moden tidak mengeluarkan radiasi semasa dipanaskan.

Jadi anda tidak perlu takut untuk berdiri berdekatan dengan ketuhar semasa memasak.


Cara Dapatkan Suhu Oven Yang Tepat

Pasti ada di antara kita pernah mengalami momen sedih dan kecewa apabila melihat hasil hujung penat lelah membancuh doh akhirnya kek hangus atau tak masak dengan sekata.

Sebenarnya bukan salah doh bancuhan tapi sebenarnya kita tak tahu suhu yang tepat.

Tapi bagi mereka yang baru saja membeli oven dan tidak tahu suhu oven macam mana, pertama sekali kenal pasti fungsi setiap butang yang ada pada oven.

Antara fungsi yang selalu ada pada badan oven adalah butang kawalan suhu, haba, kawalan kipas dan masa.

Semua fungsi ini anda perlu tahu kawalan yang tepat supaya masakan terhasil dengan sempurna.

Untuk penerangan lebih terperinci, jom kita dengarkan ulasan ringkas dari video berikut.

Harap perkongsian ni bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article