Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Laptop Terbaik Dan Berkualiti Untuk Tahun 2024

Cari ciri laptop yang sesuai dengan penggunaan anda.

Sejak pandemik melanda dunia, ramai orang sudah mula mengubah gaya hidup dimana ada yang bekerja dan belajar di rumah dengan hanya menggunakan laptop.

Dengan kecanggihan teknologi terkini, terdapat pelbagai jenis laptop bagus, murah dan berkualiti di pasaran.

Oleh itu, anda boleh membeli laptop mengikut jenama, bajet, harga laptop, review atau spec laptop mengikut pilihan anda.

Nak gaming laptop murah pun ada!

Jadi, kami akan senaraikan jenama laptop terbaik dengan spec laptop terkini khas untuk anda.


Senarai 17 Laptop Terbaik Dan Berkualiti

Laptop terbaik secara keseluruhan
Apple
Apple Macbook Air M2
mulai
RM5,499.00
Semak Apple Macbook Air M2 harga dibawah:
add_circle Processor yang laju
add_circle Lebih nipis berbanding Pro
remove_circle Tidak mempunyai banyak slots
  • OS: macOS
  • Grafik: Integrated 8-core GPU
  • RAM: 8/16GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 13.3 inch 
  • CPU: Apple M2 chip

Sebab menjadi pilihan utama:

Macbook Air M2 baharu ini hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan Macbook Pro M2.

Perbezaan yang ketara ialah reka bentuk dimana Macbook Air M2 ini kelihatan lebih nipis berbanding Macbook Pro M2.

Processor yang digunakan masih sama iaitu Chip M2 dari Apple sendiri.

Ciri-ciri:

Kami ingin ingatkan bahawa Macbook Air M2 ini hanya sesuai digunakan untuk kerja yang tidak terlalu berat seperti menyunting video. 

Namun, performance bagi kedua dua laptop ini masih sama mengikut kegunaan masing masing.

Skrin bagi Macbook Air M2 ini selebar 13.3’ dan dimasukkan Integrated 8 Core GPU membuatkan paparan lebih jelas sekaligus membuatkan paparan lebih terang dengan kehadiran Retina Display yang terdapat pada laptop ini.

RAM yang terdapat pada laptop ini sebanyak 8GB akan tetapi masih lagi boleh ditambah sehingga 16GB mengikut kehendak pengguna. 

Bahagian ruang simpanan yang diberi pula sebanyak 256GB dan storage yang digunakan pula ialah jenis SSD. Ini membuktikan lagi bahawa laptop ini tiada masalah lagging.

Review:

"Pernah pakai MacBook Pro. Beli yang baru jenis MacBook Air untuk kerja office. Memang terbaik dari segi prestasi dan ketahanan. Bateri pun tahan lama."

Laptop terbaik untuk gaming
MSI
mulai
RM3,799.00
Semak MSI GF63 Thin harga dibawah:
add_circle Prestasi keyboard terbaik
add_circle Berkebolehan untuk mid-range gaming
add_circle Kualiti binaan terbaik
remove_circle Bateri kurang tahan lama
remove_circle Kualiti paparan kurang memuaskan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: NVIDIA GeForce GTX1650 Max Q, GDDR6 4GB
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 15.6 inci
  • CPU: Intel® Core™ i5-11400H Processor

MSI Thin GF63 adalah laptop yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin keseimbangan antara prestasi laptop dan juga sebuah laptop yang portable.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-11400H dan 8GB RAM DDR4, laptop ini boleh mengendalikan kebanyakan tugas dengan mudah. 

Selain itu, juga dilengkapi dengan SSD NVMe 512GB yang pantas dan lapang serta kad grafik NVIDIA GeForce GTX1650 Max Q untuk prestasi gaming terbaik. Sangat sesuai untuk kaki gaming!

Paparan FHD 15.6" dengan teknologi IPS memberikan sudut pandangan yang baik dan papan kekunci bercahaya memudahkan anda untuk menaip dalam keadaan cahaya rendah.

Feature ini akan membenarkan anda bermain game dalam suasana gelap dengan baik tau!

Dengan berat hanya 1.86kg, laptop ini mudah dibawa ke mana-mana.

Laptop untuk pelajar sekolah
MSI
MSI Modern 15-1
mulai
RM3,199.00
Semak MSI Modern 15 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk yang simple
add_circle Paparan skrin yang sangat jelas
remove_circle Jangka hayat bateri singkat
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: 8GB DDR4 3200MHz Onboard RAM
  • Storage: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: AMD Ryzen 7 7730U / Ryzen 5 7530U Processor

Anda mungkin sedang mencari laptop terbaik dan murah yang berada pada harga berpatutan, MSI Modern 15 menawarkan yang anda cari.

Laptop ini menggunakan pemprosesan terbaik yang tidak akan mengecewakan anda dan boleh bermain game dengan lancar.

MSI Modern 15 dilengkapi dengan CPU Ryzen 5 7530U atau AMD Ryzen 7 7730U yang mampu berikan prestasi terbaik semasa gaming, dan juga sangat sesuai untuk dijadikan laptop kerja.

Dengan menggunakan sistem operasi Windows 11 Home, laptop ini menawarkan pengalaman operasi yang mesra pengguna bersama ciri keselamatan yang sentiasa dikemas kini.

Pada bahagian memori, anda akan dapat memori onboard 8GB DDR IV pada 3200MHz, akan memastikan anda dapat melakukan multitask dengan lancar.

Laptop ringan ini juga dikuasakan oleh bateri 3 cell (39.3Whr) dan hadir bersama pengecas 65W untuk pengecasan yang cekap.

Berat laptop ini juga hanya 1.3 kg dengan ukuran 319 x 220.2 x 16.9 mm jadi tidaklah berat dan terlalu besar untuk di bawa ke mana sahaja.

Anda boleh nikmati kualiti visual terbaik pada paparan FHD 15.6 inci dengan kadar penyegaran 60Hz dan kandungan warna NTSC sebanyak 45%.

Tambahan lagi, turut dikuasakan oleh Grafik AMD Radeon™ untuk jaminan kualiti grafik yang luar biasa pasti anda akan puas hati dengan grafik laptop ini.

Laptop murah premium
HP
HP Pavilion Aero 13
mulai
RM2,719.00
Semak HP Pavilion Aero 13 harga dibawah:
add_circle Material luaran yang berkualiti tinggi
add_circle Ringan dan nipis
remove_circle Jangka hayat bateri yang pendek
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: AMD Radeon Graphics
  • RAM: 8GB  DDR4
  • Storage: 512GB SSD
  • Skrin: 13.3” inch
  • CPU: AMD Ryzen 5

Laptop dari HP ini menggunakan CPU yang digilai dikalangan gamer iaitu AMD Ryzen 5 yang cukup berkuasa dan stabil ketika digunakan untuk apa jua aktiviti termasuk graphic design.

Boleh dikatakan kombinasi yang bagus antara CPU AMD serta RAM yang mencukupi membantu lagi laptop ini untuk bekerja dengan lebih lancar.

Storage yang dibekalkan di dalam laptop ini sebesar 512GB dan juga merupakan jenis SSD.

Dengan storage SSD ini, pengguna tidak perlu membazirkan 3 hingga 5 minit menunggu laptop ini untuk On sepenuhnya. 

Selain itu, ruang storage yang besar juga menjadikan laptop ini mampu menyimpan apa jua jenis fail atau data.

Skrin seluas 13.3” ini memenuhi monitor laptop ini kerana seakan monitor borderless membuatkan laptop ini kelihatan premium dan sangat elegan.

Apa yang lebih menarik ialah GPU yang digunakan adalah pasangan kepada CPU laptop ini iaitu AMD Radeon Graphics.

Laptop nipis dan ringan
Acer
acer 3
mulai
RM2,739.00
Semak Acer Swift 3 harga dibawah:
add_circle Processor yang laju
add_circle Port yang banyak disediakan termasuk HDMI
remove_circle Tidak mempunyai pembaca SD Card
  • OS: Window 11 Home
  • Grafik: Intel Iris Xe Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 14 inch 
  • CPU:  Intel Core i5

Laptop ini menggunakan Intel Core i5 sebagai CPU yang diyakini akan memberikan kelancaran kepada pengguna dan sangat berkualiti. 

Ditambah pula dengan kehadiran Window 11 Home yang sudah siap dipasang di dalam laptop ini menjadikan laptop ini semakin laris.

Selain itu, RAM yang disediakan di dalam laptop ini sebanyak 8GB dan lebih menarik sekali ialah DDR4. 

Pengguna akan merasakan pengalaman yang sangat smooth ketika menggunakan.

Storage yang digunakan pula ialah sebanyak 512GB cukup untuk pengguna dari kalangan pelajar menyimpan assignment yang seakan Gunung Kinabalu. 

Pengguna tidak perlu risau mengenai lagging kerana storage tersebut adalah SDD. 

Skrin seluas 14” pada laptop ini menjadikan laptop ini kelihatan besar dan tidak menyakitkan mata kerana paparan FHD yang terdapat pada laptop ini. 

Jika sebuah masakan tidak akan lengkap jika tiada garam, sama juga dengan laptop ini yang menggunakan GPU Intel Iris Xe memberikan pengalaman Netflix on another level.

Laptop terbaik untuk profesional gaming
Razer
Razer Blade 15 Advanced
mulai
RM12,488.00
Semak Razer Blade 15 Advanced harga dibawah:
add_circle Reka bentuk sangat cantik
add_circle Kadar penyegaran tinggi 240Hz
add_circle Banyak port
remove_circle Harga mahal
remove_circle Skrin sedikit gelap
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3070 Ti
  • RAM: 16 GB DDR5 4800MHz dual-channel memory (slotted)
  • Storage: 1TB SSD (M.2 NVMe PCIe 4.0 x4)
  • Skrin: 15.6" QHD 240Hz
  • CPU: Intel Core i7-11800H
Sebuah laptop yang menawarkan grafik kad terbaik, membolehkan anda untuk bermain game yang memerlukan grafik yang tinggi.
 
Selain mempunyai kadar penyegaran yang tinggi (240Hz) untuk kualiti paparan semasa anda bermain game, ia juga turut mempunyai reka bentuk laptop yang cantik. 
 
Razer Blade 15 Advance turut menawarkan pelbagai port seperti USB 3.2 Gen 2 Type-A, Thunderbolt 4, HDMI 2.1, dan 3.5 mm headphone jack yang anda boleh gunakan dalam satu masa.
 
Untuk bahagian bateri juga ianya tahan lama, jadi anda boleh gunakan dalam tempoh yang agak lama.
 
Harga laptop ini agak mahal, tapi jika anda mempunyai bajet yang lebih untuk dapatkan laptop dengan grafik kad terbaik, inilah laptop yang sesuai untuk anda yang mahu bermain game secara profesional.
Laptop terbaik untuk editing video
Apple
Apple Macbook Pro M2 Chip
mulai
RM5,649.00
Semak Apple Macbook Pro M2 harga dibawah:
add_circle Processor yang laju
add_circle Security yang ketat
remove_circle Tidak menyokong multiple display
  • OS: macOS
  • Grafik: Integrated 8-core GPU
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256/512GB SDD
  • Skrin: 13.3 inch 
  • CPU: Apple M2 chip

Macbook kali ini lain daripada yang sebelum kerana processor yang digunakan dari Apple sendiri yang diberi nama Apple M2 Chip.

Processor baru ini diperkenalkan bagi menunjukkan satu lagi kehebatan Apple kerana kelancaran processor ini lebih laju dan stabil berbanding yang lain.

Laptop ini juga menggunakan Integrated 8-core GPU menjadikan paparan skrin seluas 13.3’.

Dengan ciri ini, anda boleh lihat lebih jelas dan jelas ditambah pula Retina Display yang sedia ada pada produk dari Apple ini.

RAM 8GB serta 256GB SSD menambahkan lagi fungsi kepantasan dan kelancaran serta memberi performance yang sangat baik.

Paling penting, laptop ini tidak menunjukkan sebarang masalah ketika menggunakannya untuk jangka masa yang lama.

Sekuriti yang terdapat pada laptop ini juga amat ketat dan sangat mustahil untuk masalah digodam terjadi ketika menggunakannya. 

Tidak hairan kenapa ramai orang di sekeliling kita yang sudah bekerja memilih laptop McBook Pro M2 Chip.

Laptop terbaik untuk pelajar
Huawei
Huawei Matebook D16
mulai
RM3,799.00
Semak Huawei Matebook D16 harga dibawah:
add_circle Bezel-less screen yang minimal
add_circle Kamera Webcam yang terletak pada barisan FN
add_circle Jangka hayat bateri lama
  • OS: Windows 11 Home 
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 8/16GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 15.6 inch 
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang baharu dan merupakan antara laptop yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Huawei sendiri. 

Laptop yang memfokuskan seluruh kegunaan untuk bekerja dan belajar ini sangat nipis dan menjadikan reka bentuknya kelihatan futuristik.

RAM 8GB dan 16GB yang terdapat pada laptop ini sama sahaja dengan kebanyakan laptop namun apa yang menjadikannya terbaik ialah jenis storage yang digunakan ialah SSD. 

Ruang simpanan laptop ini pula sebesar 512GB sudah cukup untuk pengguna menyimpan data dan fail penting dalam laptop ini.

Skrin bezel-less yang terdapat pada laptop ini menjadikan laptop ini kelihatan lebih menarik serta menipiskan lagi reka bentuk laptop ini. 

Paparan yang jelas kerana graphic card yang digunakan ialah Intel UHD Graphic yang mampu mencapai resolusi yang tinggi sehingga 1920x1080. 

Walaupun laptop ini kelihatan sama seperti laptop lain, namun skrin laptop ini selebar 15.6’ menjadikan laptop ini berbeza dari yang lain.

Laptop terbaik dan murah
JOI Book 200 Pro
mulai
RM829.00
Semak JOI Book 200 Pro harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa
add_circle Kualiti yang memuaskan
remove_circle Tidak sesuai untuk kerja berat
remove_circle Memiliki storage rendah
  • OS: Windows 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB eMMC
  • Skrin: 13.5 inci 
  • CPU: Intel Pentium J3710 

Laptop ini sesuai untuk kegunaan sekolah kerana menggunakan Intel Pentium J3710 dan juga harganya sangat murah, bawah RM1000.

Processor ini menumpukan kepada kerja yang ringan berbanding kerja yang berat.

Manakala RAM yang terdapat pada laptop ini sebesar 4GB sudah cukup untuk pengguna menghadiri kelas atas talian tanpa ada sebarang masalah. 

Ruang simpanannya pula sebesar 64GB namun masih boleh ditambah mengikut kehendak pengguna yang menggunakan.

Skrin seluas 13’ sudah semestinya cukup besar bagi pengguna melakukan kerja mereka dan apa yang lagi menarik laptop ini menggunakan Intel UHD Graphic. 

Jangan risau, paparan skrin laptop ini lebih jelas dan terang. 

Laptop terbaik untuk graphic design
DELL
DELL New XPS 17 9700
mulai
RM5,699.00
Semak DELL New XPS 17 9700 harga dibawah:
add_circle Prestasi terbaik
add_circle Reka bentuk yang cantik dan moden
add_circle Sangat sesuai untuk kerja graphic design
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak banyak ports
  • OS: Windows 11
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6
  • RAM: 16GB, 2 x 8GB, DDR4, 2933 MHz, dual-channel
  • Storage: 512GB M.2 2280, PCIe NVMe Gen3 x4, SSD
  • Skrin: 17.0 inch
  • CPU: 10th Generation Intel Core i7-10857H

Dell New XPS 17 9700 merupakan sebuah laptop yang berkuasa tinggi yang biasa digunakan untuk kerja graphic design.

Selain kerja graphic design, anda juga boleh menjadikan laptop ini untuk kerja video editing untuk video resolusi tinggi dengan spek Intel Core i7 CPU, 16GB RAM dan grafik kad Nvidia RTX GeForce 2060 ini.

Tidak terhad kepada kerja graphic design dan video editing, anda tentu boleh menggunakan laptop ini untuk bermain game dan  boleh menampung game yang berat.

Laptop ini menggunakan sistem operasi Windows 11 jadi anda akan sentiasa dapat kemas kini terbaru dari Windows.

Laptop terbaik untuk kerja
Honor
HONOR Magicbook 14 Laptop
mulai
RM3,299.00
Semak Honor Magicbook 14 Laptop harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Selesa untuk menaip
remove_circle Tidak banyak ports
  • OS: Windows11(Pre-installed Office H&S 2021)
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2050 / Intel Iris Xe
  • RAM: 8GB DDR4 Dual-Channel
  • Storage: 512GB PCIe NVMe SSD
  • Skrin: 14.0 inch 
  • CPU: AMD Ryzen 7 5700U/AMD Ryzen 5 5500U

Laptop HONOR Magicbook 14 dilengkapi dengan sistem operasi terkini iaitu Windows 11 dan mempunyai pre-insttaled Office Home & Student 2021 (lesen seumur hidup).

Badan laptop ini diperbuat daripada aloi aluminium, dan mempunyai tekstur premium serta rasa selesa semasa memegangnya.

Untuk bahagian keyboard, sesuai untuk anda melakukan kerja kerana keyboard laptop ini mempunyai jarak antara kekunci sebanyak 1.5mm dan kekuncinya sedikit melengkung bagi memberikan rasa selesa dan yakin semasa menaip.

Selain itu, HONOR Magicbook 14 turut dilengkapi dengan OS Turbo bagi memastikan prestasi yang lebih kuat dan penggunaan tenaga yang lebih rendah.

Tambahan lagi, Mod Pintar 70W yang ada pada laptop ini turut membantu anda menyesuaikan prestasi laptop mengikut keperluan harian anda seperti untuk hiburan atau menjalankan aplikasi profesional yang mencabar.

Dengan sambungan Wi-Fi 5 (867MB/s) dan Wi-Fi 6 (2400MB/s), anda tidak akan mengalami gangguan connection dan boleh terus melakukan kerja anda.

Laptop bawah rm3000
Lenovo Ideapad Slim 5
mulai
RM2,619.00
Semak Lenovo Ideapad Slim 5 harga dibawah:
add_circle Menggunakan Dolby Audio speakers
add_circle Ada Privacy Shutter pada Webcam
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • OS: Windows® 11 Home
  • Grafik: Integrated Intel® UHD Graphics
  • RAM: 16GB Soldered LPDDR5-4800
  • Storage: 512GB SSD M.2 2242 PCIe® 4.0x4 NVMe®
  • Skrin: 16.0 inch 
  • CPU: Intel® Core™ i5-12450H, 8C (4P + 4E)

Laptop ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i5-12450H, mempunyai 8 teras (4 prestasi dan 4 kecekapan) dengan kelajuan sehingga 4.4GHz untuk mengendalikan setiap tugas dengan lancar.

Untuk kualiti grafik, Lenovo Ideapad Slim 5 menggunakan grafik Intel® UHD dan 16GB memori LPDDR5-4800 untuk anda melakukan kerja multitask dengan lancar dan mendapat kualiti visual yang dinamik.

Storan dalaman SSD PCIe® 4.0x4 NVMe® 512GB juga cukup untuk penyimpanan data disamping mampu mengakses data-data anda dengan pantas.

Bagi kualiti paparan skirn laptop ini, ia mengenakan paparan IPS WUXGA 16-inci, dengan teknologi anti-glare dan pensijilan TÜV Low Blue Light untuk pengalaman visual yang menakjubkan. 

Selain itu, laptop ini juga mempunyai papan kekunci backlight, kamera FHD dengan privasi, dan pembesar suara stereo yang dioptimumkan oleh Dolby® Audio™.

Laptop dari jenama Lenovo yang ditawarkan pada harga bawah RM3,000 ini pasti akan meningkatkan lagi produktiviti anda 

Laptop terbaik untuk guru
Acer
Acer Aspire 3 A314-36P-C6PG
mulai
RM1,464.00
Semak Acer Aspire 3 A314 harga dibawah:
add_circle Ringan (1.4kg)
add_circle Sesuai untuk kerja dan belajar
add_circle Display IPS Full HD berkualiti tinggi
remove_circle Kurang sesuai untuk gaming
  • OS: Windows11(Pre-installed Office Home & Student 2021)
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 8GB OnBoard DDR5 RAM
  • Storage: 512GB PCIe NVMe Gen3 SSD
  • Skrin: 14.0 inch
  • CPU: Intel® N100 processor

Harga laptop ini tidak mahal dna ia dari jenama yang dipercayai, dilengkapi dengan pemproses Intel® N100 processor yang berkuasa tinggi, menjadikan ia laptop bajet terbaik untuk para guru.

Dengan saiz RAM 8GB, pasti tidak menjadi masalah untuk melakukan multitask dengan lancar dan tanpa lagging, jadi boleh menyediakan bahan-bahan belajar untuk para pelajar.

Selain itu, saiz skrin 14 inci dengan kualiti paparan HD terbaik tentu akan membuatkan anda lebih puas menggunakan laptop ini, boleh view video-video ilmiah dengan jelas.

Terdapat juga ciri high-brightness Acer ComfyView™ yang memberi keselesaan pada mata anda semasa menggunakan laptop ini dalam tempoh yang lama.

Memori dalaman juga adalah sebanyak 512GB, jadi cukup banyak untuk anda menyimpan bahan-bahan rujukan dalam laptop ini.

Dengan harga yang mampu milik dan spesifikasi terbaik, inilah laptop yang berbaloi dibeli oleh para guru.

Laptop terbaik untuk programming
HP
mulai
RM3,299.00
Semak HP Pavilion Plus 14 harga dibawah:
add_circle Pemproses intel terbaik
add_circle Teknologi paparan untuk keselesaan mata
add_circle Dilengkapi kamera privacy shutter
remove_circle Harga sedikit mahal
  • OS: Window 11Home (pre-installed Microsoft Office Home and Student 2021)
  • Grafik: Intel® Iris® Xᶱ Graphics
  • RAM: 16 GB LPDDR5x-5200 MHz RAM (onboard)
  • Storage: 512 GB PCIe® Gen4 NVMe™ TLC M.2 SSD
  • Skrin: 14-inch WUXGA (1920 x 1200)
  • CPU: Intel® Core™ i5-1335U

Laptop HP Pavilion Plus 14 ini sangat sesuai sekiranya anda mencari laptop untuk programming dengan pemproses Intel® Core™ i5-1335U yang berkuasa tinggi.

Selain itu, RAM yang dipadankan pada laptop ini juga tinggi iaitu sebanyak 16GB yang akan membantu melancarkan segala kerja programming.

Untuk storan dalaman pula, ia dilengkapi dengan 512GB PCIe® Gen4 NVMe™ TLC M.2 SSD, cukup untuk menyimpan segala data-data penting.

Kalau tidak cukup, anda boleh tambah storan tersebut mengikut kesesuaian anda, atau dapatkan external hardisk yang lebih mudah digunakan.

Tambahan lagi, laptop HP ini mempunyai Eyesafe certification iaitu paparan skrin yang akan memberikan keselesaan pada mata anda, jadi sangat sesuai untuk programmer yang perlu menghadap skrin laptop dalam tempoh yang panjang.

Terdapat 1 slot Thunderbolt™ 4 untuk data transfer yang lebih laju dan 1 slot USB Type-C dengan 10Gbps signaling rate, sesuai dengan keperluan kerja programming.

Terdapat 3 warna pilihan iaitu merah jambu, biru dan silver, jadi boleh pilih ikut warna yang anda suka.

Laptop terbaik dan ringan
Microsoft
Microsoft Surface Laptop Go 2
mulai
RM2,999.00
Semak Microsoft Surface Laptop Go 2 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ringan (1.13kg)
add_circle Boleh cas guna USB-C
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran
remove_circle Pengecasan perlahan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel Iris Xe
  • RAM: 8GB LPDDR4x
  • Storage: 128GB, 256GB SSD
  • Skrin: 12.4 inch
  • CPU: 11th Gen Intel Core i5-1135G7

Terkenal dengan kegunaan di pejabat, Microsoft Surface Laptop Go 2 menjadi antara pilihan digemari ramai pekerja yang bekerja di office dan memerlukan peranti yang ringan dibawa.

Dilengkapi dengan pemproses 11th Gen Intel Core i5-1135G7 dan storan dalaman 128GB atau 256GB, laptop ini memiliki prestasi pantas dan penyimpanan yang mencukupi untuk tugas-tugas harian. 

Tarikan kedua peranti ini ialah skrin sentuh 12.5-inci yang cukup terang dan warna yang cerah.

Resolusi halusnya sebanyak 1536 x 1024 piksel bermaksud ia mempunyai nisbah aspek 3:2 yang mirip kertas A4 – selesa untuk dipandang dalam jangka masa panjang. 
 
Bercakap tentang jangka masa panjang, baterinya juga boleh tahan selama 19 jam, jadi cukup untuk anda gunakan seharian di pejabat dan mudah dibawa masuk ke dalam meeting tanpa perlu risau bateri cepat habis.

Laptop terbaik untuk pelajar arkitek
ASUS
Asus Zenbook 14 OLED
mulai
RM3,699.00
Semak Asus Zenbook 14 OLED harga dibawah:
add_circle Paparan 14 inci yang sangat cantik
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada banyak port
remove_circle Harga sedikit mahal
  • OS: Windows 11 Home (Office Home and Student 2021 included)
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: 16GB LPDDR4X on board
  • Storage: 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
  • Skrin: 14.0 inch
  • CPU: AMD Ryzen™ 5 5625U Mobile Processor

Dengan dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen™ 5 5625U Mobile Processor dan saiz RAM sebanyak 16GB, inilah laptop yang sesuai untuk pelajar arkitek.

Spesifikasi laptop ini dengan grafik AMD Radeon™ bagus untuk melakukan kerja-kerja 3D modeling tanpa adalah masalah lagging atau masalah rendering.

Selain itu, ia turut menggunakan skrin jenis OLED dengan paparan resolusi 2880 x 1800 bersama 16:10 aspect ratio dan kadar penyegaran 90Hz, memang terbaik untuk kerja-kerja grafik.

Bateri laptop ini juga tahan lama dan boleh digunakan selama 15jam tanpa perlu risau bateri habis atau perlu mencari tempat untuk mengecas laptop semasa melakukan tugasan.

Terdapat juga pelbagai port pada laptop ini tanpa anda perlu untuk membeli dongles yang lain, dan juga menyokong FingerPrint untuk tujuan keselamatan.

Walaupun harga sedikit mahal, ia tetap satu pembelian yang berbaloi kerana spesifikasi laptop ini antara yang terbaik di pasaran.

Laptop terbaik untuk gaming Asus
Asus
Asus TUF Gaming F15
mulai
RM3,249.00
Semak Asus TUF Gaming F15 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk gaming
add_circle Kadar segar semula 144Hz yang bagus
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Ada ports yang banyak
remove_circle Stok terhad
remove_circle Tiada webcam
remove_circle Tiada card-reader
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 
  • RAM: 8GB DDR4-3200 SO-DIMM (Max 32GB)
  • Storage: 512GB PCIe® 3.0 NVMe™ M.2 SSD
  • Skrin: 15.6” FHD
  • CPU: Intel® Core™ i5-12500H

Asus TUF Gaming F15 merupakan sebuah gaming laptop Asus yang dikuasakan dengan pemproses Intel® Core™ i5-12500H yang diyakini menjalankan tugas dengan lancar serta respon yang pantas.

Hadir dalam warna Metal Mecha Gray, ia dilengkapi dengan RAM 8GB DDR4-3200 SO-DIMM yang dapat ditambah sehingga 32GB.

Untuk storan dalaman, ia dilengkapi SSD 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0, cukup untuk anda yang mahukan storan besar untuk menyimpan semua game yang ada.

Selain itu, bahagian paling penting adalah bahagian grafik di mana ia dilengkapi dengan NVIDIA® GeForce RTX™ 3050 Laptop GPU, dengan kelajuan 1790MHz* (dengan 50MHz OC) dan memori 4GB GDDR6.

Ini akan memastikan penghasilan grafik yang lancar dan menakjubkan, turut dipertingkatkan dengan paparan FHD 15.6-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan teknologi Adaptive-Sync

Dari segi audio pula, ia dilengkapi dengan Dolby Atmos dan teknologi pembatalan bunyi AI yang dapat disesuaikan bersama dengan pengalaman gaming anda.

Anda akan dapat warranty selama 2 tahun dari Asus, jadi tidak perlu risau semasa menggunakan laptop ini.


Adakah Terdapat Jenama Tertentu Yang Terkenal Dengan Ketahanan?

Secara ringkasnya, memang terdapat beberapa jenama laptop yang terkenal dengan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

Sebab itu penting juga untuk melihat jenama laptop sebelum anda membuat pembelian.

Berikut adalah beberapa jenama dan model laptop yang biasa menerima ulasan tentang ketahanan, kualiti binaan yang kukuh dan prestasi yang stabil.

  • ThinkPad (Lenovo)

ThinkPad dikenali dengan reka bentuk yang tahan lasak, papan kekunci yang ergonomik, dan ketahanan terhadap hentakan dan gegaran yang minimal.

Laptop ini sering digunakan dalam bagi mereka yang menjalankan perniagaan atau bekerja di sektor korporat.

  • Latitude (Dell)

Laptop dalam siri Latitude biasanya direka untuk pengguna yang memiliki perniagaan yang memerlukan prestasi yang stabil dan ketahanan yang tinggi untuk memasukkan dan mengira semua data.

Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai fungsi keselamatan dan pengurusan yang selamat.

  • Toughbook (Panasonic)

Toughbook terkenal dengan kebolehpercayaannya dalam persekitaran terbuka, seperti dalam industri perkapalan, perladangan, dan perkhidmatan kecemasan. 

Laptop ini memang dibina untuk tahan lasak, tahan air, dan tahan hentaman.

  • TUF Gaming (Asus)

Walaupun terkenal dalam kategori gaming laptop, siri TUF Gaming oleh Asus sering dikenali kerana ketahanan fizikalnya. 

Ia dibina untuk tahan suhu tinggi dan keadaan persekitaran yang terbuka.

  • Rugged (Dell dan Lenovo)

Beberapa jenama menawarkan siri laptop "rugged" yang direka khas untuk kegunaan dalam persekitaran lasak dan suhu ekstrem. 

Laptop ini sering digunakan dalam bidang seperti ketenteraan, perubatan, dan penyelidikan saintifik.

Pilihan jenama dan model yang sesuai mengikut keperluan harian anda dan juga persekitaran di mana laptop anda akan digunakan nanti.


Cara Memilih Dan Beli Laptop Yang Bagus

Membeli laptop tidak menjadi masalah tapi apa yang membuatkan anda berfikir 2-3 kali sebelum membelinya adalah pemilihan laptop yang terbaik.

Tambahan pula jika anda bukanlah seorang yang ‘tech savvy’.

Jadi kami senaraikan 10 aspek penting semasa membuat pilihan untuk membeli laptop terbaik.

1. Pilih sistem operasi yang BIASA anda gunakan seperti Windows, Chrome OS atau MacBook OS X (bagi penggemar gajet Apple)

2. Jenis tradisional atau 2-dalam-1?

Tradisional = laptop biasa/normal

2-dalam-1 = skrin laptop jenis convertible/detachable (boleh dijadikan sebagai tablet juga)

3. Skrin laptop terkini didatangi dengan pelbagai jenis. Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian adalah saiz skrin, resolusi, jenis paparan (display), skrin sentuh (touch screen).

4. Papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop : pilihlah keyboard yang ada ciri-ciri ergonomik, lebih memudahkan anda untuk melakukan kerja dengan selamat, selesa dan berkesan

5. Spesifikasi laptop yang dipilih, haruslah bersesuaian dengan tugasan anda seperti sistem pemprosesan (Intel), pemprosesan AMD, RAM, HDD/SSD (Hard Disk Drive/Solid-States Drive), cip grafik, pemacu DVD/Blu-Ray.

Jika anda jenis yang kurang berpengetahuan tentang teknologi, langkah ini boleh skip sahaja.

Yang penting, memori dan ruang penyimpanan haruslah memadai untuk anda menyimpan dokumen, gambar atau download video.

6. Ports dan connectivity; slot USB, thunderbolt, HDMI dan slot kad media; pastikan slot ini semua boleh digunakan

7. Ketahanan bateri; jika anda banyak melakukan tugasan menggunakan laptop seperti grafik dan tugasan kuliah/kerja, pilihlah laptop yang mempunyai bateri tahan lama sehingga 12 – 16 jam tanpa perlu dicas.

8. Sudah tentu perkara yang perlu diambil kira semasa memilih, JENAMA.

Pilihlah jenama yang terkenal atau dipercayai keutuhannya dan antara pilihan jenama laptop terbaik bagi kaki gajet adalah laptop HP, Asus dan Toshiba

9. Jaminan laptop yang lebih lama sehingga 2-3 tahun

10. Bajet; ikut kemampuan anda

Setelah mengambil kira 10 aspek penting di atas, kini tibalah masa untuk berbelanja.

Pastikan laptop yang ingin dibeli mengikut kemampuan atau tetapkan bajet.

Jangan kerana hendak memilih yang berjenama dan cantik sahaja, anda sanggup berbelanja di luar batasan.

Fikir dahulu sebaiknya, jika anda sudah mempunyai laptop sebelum ini, berbaloikah hendak membeli yang baru?

Adakah ianya menjadi satu kepentingan untuk anda jika laptop yang lama masih boleh diguna lagi?

Belilah yang baru sekiranya laptop anda yang lama sudah rosak atau sistem yang dipakai sudah ketinggalan zaman.

“Think wise before you buy!”


Apakah Kepentingan Pemproses Dalam Sebuah Laptop?

Pemproses atau CPU merupakan sebuah komponen penting dalam laptop atau komputer kerana ia berfungsi untuk menjalankan pelbagai tugas dan operasi komputer.

Tanpa pemproses, maka laptop tidak dapat menjalankan sebarang tugas walaupun untuk menonton video.

Boleh dikatakan pemproses adalah sebagai 'otak' bagi sesebuah komputer bagi menjalankan sebarang operasi atau aplikasi, sama seperti manusia yang memerlukan otak untuk menjalankan tugasan harian.

Jadi, 'otak' yang kuat akan memastikan tugasan dapat dijalan dengan baik, pantas serta efisien.

Selain itu, pemproses yang kuat adalah amat penting untuk membuka aplikasi-aplikasi di laptop, terutama sekali aplikasi yang memerlukan daya pemprosesan yang tinggi seperti perisian grafik, pengaturcaraan, penghasilan videk dan reka bentuk grafik.

pemproses yang tidak baik atau sudah rosak akan mengganggu kestabilan sistem dalam laptop tersebut dan akan menjejaskan cara laptop itu mengendalikan tugas-tugas komputasi dengan cekap.

Selain itu, jika pemproses sudah uzur atau lama digunakan, kebarangkalian untuk tidak dapat menjalankan multitask adalah tinggi dan juga akan mengakibatkan laptop jadi cepat panas.

Jadi inilah kepentingan pemproses dalam sesebuah laptop, bagi memudahkan anda untuk lakukan sebarang tugasan, dan anda boleh pilih pemproses seperti Intel Core i5, i7, i9 atau AMD Ryzen 5, 7, 9 untuk tugas-tugas yang berat dan kompleks.


SSD Atau HDD: Yang Mana Lebih Baik Untuk Penyimpanan?

Antara SSD atau HDD, anda perlu lihat pada keperluan penggunaan anda dan juga cara penyimpanan data anda. Jom lihat kelebihan dan kekurangan di bawah:

Kelebihan Kekurangan
SSD
  • Lebih pantas membaca dan menulis data.
  • Tidak mempunyai bahagian mekanikal, jadi tahan lasak.
  • Lebih kecil dan ringan.
  • Harga lebih mahal berbanding dengan HDD.
  • Mahukan kapasiti yang besar, kos pun lebih besar.
HDD
  • Kapasiti yang lebih besar.
  • Harga yang lebih murah.
  • mampu menyimpan pelbagai jenis data.
  • Kelajuan yang rendah, jadi lambat membaca dan menulis data.
  • Terdapat mekanikal yang bergerak menjadikan ia tidak tahan lasak.

Secara ringkasnya, anda boleh dapatkan SSD jika anda mempunyai bajet yang lebih dan mengutamakan kelajuan serta mahukan external hardisk tahan lasak.

Namun, jika anda mempunyai bajet yang terhad, boleh sahaja dapatkan HDD yang sememangnya tahan lasak dan boleh simpan data dengan lebih banyak walaupun ia memproses data dengan perlahan.


Berapa RAM Yang Diperlukan Untuk Laptop?

Sebenarnya jumlah RAM yang diperlukan dalam laptop bergantung pada keperluan penggunaan anda, jadi jom lihat panduan untuk menentukan saiz RAM yang sesuai untuk anda:

1. Penggunaan biasa atau umum (Browsing Web, Office, Multimedia Ringan).

Anda tidak memerlukan jumlah RAM yang banyak jika hanya menggunakan laptop bagi tujuan web browsing atau menonton video-video di YouTube dan Netflix, cukup dengan 4GB RAM sahaja. Saiz ini juga masih lagi mampu untuk melakukan kerja-kerja yang tidak berat menggunakan Microsoft Office.

2. Bagi tujuan multitasking atau untuk produktiviti

Jika anda sering melakukan multitask, disarankan untuk mendapatkan saiz RAM 8GB atau 16GB bagi mendapatkan responsif yang lebih baik. Dengan saiz ini, anda boleh lakukan kerja yang melibatkan fail yang lebih besar atau spreadsheet yang lebih rumit.

3. Kerja melibatkan grafik tinggi

Kalau anda seorang pereka grafik, anda mungkin perlu menggunakan saiz RAM 16GB ke atas agar tugas dapat dilakukan dengan lancar. Kerja akan jadi lebih stabil dan pantas untuk menjalankan aplikasi yang berat.

4. Bagi tujuan gaming atau kerja yang lebih rumit

Sama seperti kerja grafik tinggi, untuk tujuan gaming juga lebih sesuai untuk dapatkan RAM bersaiz 16GB ke atas, walaupun ada game boleh boleh berjalan atas RAM 8GB sahaja. Bagi tujuan kerja yang lebih rumit seperti programming atau arkitek yang perlu buat 3D modeling dan rendering yang berat, penting untuk guna laptop 16GB ke atas.

Jadi itu sedikit sebanyak panduan untuk anda pilih RAM yang sesuai dengan keperluan anda, tidak perlu membazir beli laptop dengan RAM besar jika anda hanya menggunakan untuk web browsing.

Juga, perlu pilih saiz RAM yang besar untuk tujuan kerja yang rumit, jika tidak anda mungkin tersalah pilih laptop dan ia merugikan anda untuk jangka masa panjang.


Artikel Berkaitan

End of Article