Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
laptop untuk kerja terbaik

7 Laptop Yang Bagus & Terbaik Untuk Kerja 2025

Laptop yang berkualiti menjamin prestasi kerja yang cemerlang!

Masih mencari laptop terbaik dan sesuai untuk kerja? baca je senarai laptop mengikut bajet dan jenama di bawah ni.

Sejak istilah work from home semakin sinonim di Malaysia, ramai yang mula mencari laptop yang bagus untuk kerja dan juga laptop yang sesuai untuk kerja pejabat.

Bukan apa, bila buat kerja guna laptop yang berkualiti sudah pasti apa jua aktiviti seperti video-meeting, presentation, penyuntingan dokumen dan lain-lain dapat disiapkan tanpa sebarang masalah.

Jadi, kitaorang tolong korang senaraikan laptop terbaik untuk kerja dari jenama laptop terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

Senarai 7 Laptop Terbaik Untuk Kerja

Laptop terbaik secara keseluruhan
Asus Vivobook Go 15
Asus
Asus Vivobook Go 15
From
RM1,999.00
Check Asus Vivobook Go 15 price below:
add_circle Prestasi gaming yang lancar
add_circle Kualiti paparan terbaik
add_circle Ringan untuk dibawa ke mana sahaja
remove_circle Jumlah port sekadar memadai
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics 
  • RAM: 8GB LPDDR5 on board
  • Storage: 512GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: AMD Ryzen™ 3 7320U Mobile Processor 2.4GHz

Sebab menjadi pilihan utama:

Laptop ini menjadi pilihan utama kerana ia menawarkan gabungan prestasi tinggi, reka bentuk ringan dan bateri tahan lama pada harga yang sangat berpatutan.

Tambahan pula, binaan yang kukuh walaupun bajet menjadikannya pilihan ideal untuk pekerja yang perlukan laptop yang mudah dibawa.

Ciri-ciri:

Laptop ini menggunakan CPU AMD Ryzen 3 yang dijamin dapat memberikan kelancaran laptop kepada pengguna, jadi korang boleh melakukan kerja editing, menonton video dan juga bermain game dengan lancar.

Berbekalkan RAM sebesar 8GB LPDDR5 serta ruang simpanan sebesar 512GB SSD, laptop ini dijamin mampu memberi masa loading yang singkat. 

Skrin seluas 15.6” pada laptop ini ialah jenis LED Backlit yang akan memberi paparan yang sangat jelas kepada pengguna ditambah pula grafik yang digunakan ialah AMD Radeon Graphic.

Skrin laptop ini juga turut mempunyai TÜV Rheinland-certified yang akan melindungi mata korang semasa korang menggunakannya dalam gelap.

Selain melakukan kerja editing, korang nak main game pun boleh sebab pemproses dia menjanjikan kelancaran terbaik untuk pengguna.

Review:

"Ini laptop Asus kedua saya dan setakat sebulan penggunaan, saya sangat berpuas hati. Ia menawarkan prestasi hebat pada harga mampu milik. Boot-up pantas, multitasking lancar dengan RAM 16GB DDR5 dan reka bentuknya nipis serta ringan, so mudah nak bawa ke mana-mana. Bateri tahan lama jadi sesuai untuk kerja dan hiburan tanpa perlu kerap dicas. Walaupun harga bajet, binaannya terasa kukuh dan premium. Sangat disyorkan untuk kegunaan harian dan untuk kerja."

Laptop terbaik untuk kerja dan belajar
Acer Swift Go 14
Acer
Acer Swift Go 14
From
RM4,799.00
Check Acer Swift Go 14 price below:

 

  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SSD PCIe Gen4 NVMe
  • Skrin: 14" OLED, 2880 x 1800 (WQXGA+)
  • CPU: Intel® Core™ Ultra 7 155H (2.8 GHz)

Acer Swift Go 14 adalah laptop premium yang sesuai untuk kerja dan belajar, dilengkapi dengan prestasi hebat dan reka bentuk yang elegan.

Dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 7, laptop ini mampu menjalankan pelbagai aplikasi secara lancar, memberikan pengalaman multitasking tanpa gangguan.

Paparan OLED 14 inci WQXGA+ memberikan visual yang tajam dengan warna yang terang dan jelas, sangat sesuai untuk keperluan kerja dan belajar yang memerlukan ketelitian visual.

Dilengkapi dengan 16GB RAM dan storan 1TB SSD, korang boleh simpan lebih banyak dokumen, fail kerja dan aplikasi tanpa risau ruang penyimpanan yang terhad.

Teknologi pengecasan pantas memastikan korang boleh terus bekerja tanpa gangguan, manakala sambungan USB4® dan Thunderbolt™ 4 membolehkan pemindahan data yang sangat pantas.

Selain itu, Acer Swift Go 14 juga dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 7, memastikan kelajuan internet yang optimum, sesuai untuk mesyuarat dalam talian atau pembelajaran jarak jauh.

Laptop ini sangat ringan (1.3kg), menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Dengan reka bentuk premium dan ciri-ciri yang kuat, Acer Swift Go 14 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang mencari laptop terbaik untuk kerja dan belajar.

 

Laptop ringan untuk kerja
Asus Zenbook S 14
Asus
From
RM6,999.00
Check Asus Zenbook S 14 price below:
add_circle Pemproses Intel® Ultra 7 yang hebat
add_circle Paparan OLED yang menakjubkan
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Berat hanya 1.2kg ringan
add_circle Refresh rate 120Hz lancar
remove_circle Harga yang mahal
remove_circle Papan Kekunci Kurang Selesa untuk Sesi Panjang
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel® Arc™ Graphics
  • RAM: 32GB LPDDR5X
  • Storage: 512GB M.2 PCIe 4.0 SSD/1TB
  • Paparan: 14" 3K (2880x1800) OLED, 120Hz
  • CPU: Intel® Core™ Ultra 7 258V (8C, up to 4.8GHz)

ASUS Zenbook S 14 adalah pilihan laptop ringan yang sesuai untuk kerja harian, dengan rekaan nipis dan berat hanya 1.2kg, menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana.

Dikuasakan pemproses Intel® Core™ Ultra 7 dan grafik Intel® Arc™, laptop ini memberikan prestasi yang sangat baik untuk multitasking, pengurusan dokumen dan aplikasi berat.

Paparan OLED 3K 14 inci dengan kadar segar semula 120Hz menawarkan visual yang jelas dan tajam, sangat sesuai untuk sesi kerja yang panjang.

Dengan 32GB LPDDR5X RAM dan storan 512GB SSD, laptop ini menawarkan kelajuan tinggi dan ruang penyimpanan yang cukup untuk menyimpan semua fail kerja penting.

Tambahan pula, sambungan Thunderbolt™ 4 dan Wi-Fi 7 memastikan kelancaran dalam penyambungan dan pemindahan data.

Audio harman/kardon pula memberikan pengalaman bunyi yang berkualiti tinggi untuk mesyuarat atau hiburan selepas kerja.

Bateri tahan lama dan prestasi yang pantas menjadikan Zenbook S 14 pilihan yang sangat baik untuk mereka yang mencari laptop ringan dan berkuasa untuk kerja harian.

Kami ada menulis ulasan berkenaan dengan laptop ASUS Zenbook S 14 di sini:

PN Score
8.0
Read Full Review
Laptop terbaik untuk kerja dari rumah
Apple MacBook Air M3
Apple
Apple 13-inch MacBook Air M3 Chip
From
RM4,999.00
Check Apple MacBook Air M3 price below:
add_circle Jangka hayat bateri terbaik
add_circle Paparan skrin berkualiti
add_circle Kamera dan audio yang dinaiktaraf
remove_circle Terhad dalam ekosistem macOS
remove_circle Pilihan port terhad
  • OS: macOS
  • Grafik: integrated 8-core/10-core GPU
  • RAM: Sehingga 16GB unified memory
  • Storage: Sehingga 512GB SSD
  • Paparan: 13.6-inch Liquid Retina display dengan True Tone
  • CPU: Apple M3 chip

MacBook Air M3 adalah pilihan ideal untuk mereka yang bekerja dari rumah.

Dengan reka bentuk yang ringan dan elegan, komputer riba ini bukan sahaja mudah dibawa ke mana-mana, tetapi juga menawarkan prestasi tinggi yang diperlukan untuk pelbagai tugasan.

Dikuasakan oleh cip Apple M3 yang canggih, MacBook Air M3 memberikan kelajuan yang pantas dan keupayaan multitasking yang lancar, memudahkan korang untuk menjalankan beberapa aplikasi serentak tanpa sebarang masalah.

Paparan Liquid Retina 13.6 inci dengan True Tone menyajikan visual yang terang dan tajam, sesuai untuk bekerja dengan dokumen, membuat pembentangan, atau mengedit kandungan.

Kamera dan sistem audio yang dipertingkatkan juga memberikan pengalaman video dan audio yang jelas.

Dengan storan sehingga 512GB SSD dan memori sehingga 16GB, MacBook Air M3 menawarkan ruang simpanan yang mencukupi untuk segala keperluan kerja dan produktiviti harian.

Bateri yang tahan lama membolehkan korang bekerja sepanjang hari tanpa perlu risau tentang pengecasan.

Bagi mereka yang bekerja dari rumah dan mencari laptop terbaik dengan prestasi yang dipercayai, MacBook Air M3 adalah pilihan tepat.

Laptop terbaik untuk kerja dan gaming
MSI GF63 Thin
MSI
From
RM3,899.00
Check MSI GF63 Thin price below:
add_circle Prestasi keyboard terbaik
add_circle Berkebolehan untuk mid-range gaming
add_circle Kualiti binaan terbaik
remove_circle Bateri kurang tahan lama
remove_circle Kualiti paparan kurang memuaskan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: RTX 4050, GDDR6 6GB
  • RAM: DDR IV 8GBx2 / 16GBx2 / 32GBx2 (3200MHz)
  • Storage: 512GB NVMe PCIe SSD Gen4x4
  • Skrin: 15.6" FHD (1920 x 1080)
  • CPU: Alder Lake i5-12450H

Jenama laptop MSI agak sinonim dengan jenama laptop gaming, dan kalau korang mencari laptop bawah RM3,000, korang boleh dapatkan MSI Thin GF63.

Laptop ini mempunyai kualiti dan prestasi keyboard yang agak baik, mampu memberi respon yang pantas dan rasa papan kekunci yang selesa digunakan.

Walaupun laptop ini tidak boleh digunakan untuk bermain game yang memerlukan kapasiti GPU dan grafik yang tinggi, ia tetap boleh digunakan untuk bermain mid-range game seperti Call of Duty dan Far Cry 3 tanpa masalah lagging.

Selain nipis dan ringan bagi sebuah laptop gaming, ia juga mempunyai kualiti binaan yang baik dan tidak terasa seperti sebuah laptop yang murah.

Bagaimanapun, bateri laptop ini tidak tahan lama dan memerlukan korang untuk menyambungkan pada charger jika mahu gunakan selama berjam-jam.

Secara keseluruhan, laptop ini berbaloi untuk dibeli untuk buat kerja dan juga main game dan korang boleh pilih untuk dapatkan saiz RAM 8GB, 16GB atau 32GB mengikut bajet dan keperluan korang.

Laptop murah untuk kerja
Lenovo IdeaPad Slim 3
Lenovo
Lenovo IdeaPad Slim 3
From
RM1,547.00
Check Lenovo IdeaPad Slim 3 price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Prestasi pantas dengan Intel® Core™ i3
add_circle Sokongan Wi-Fi 6
remove_circle Hanya 8GB RAM, tidak boleh dinaik taraf
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 8GB LPDDR5-4800
  • Storage: 512GB SSD M.2 2242 PCIe® 4.0x4 NVMe®
  • Skrin: 15.6 inci Full HD
  • CPU: Intel® Core™ i3-N305 Processor

Lenovo IdeaPad Slim 3 adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang memerlukan laptop untuk kerja harian dengan harga yang berpatutan.

Ditenagai oleh Intel® Core™ i3-N305 Processor, laptop ini mampu menjalankan tugas-tugas asas pejabat dan aplikasi produktiviti tanpa masalah.

Dengan 8GB LPDDR5 RAM dan 512GB SSD, ia memberikan prestasi yang lancar dalam multitasking dan menyediakan ruang simpanan yang mencukupi untuk fail-fail besar.

Paparan 15.6 inci Full HD memberikan visual yang jelas dan memudahkan kerja seharian, sama ada untuk menaip dokumen, membuat pembentangan, atau menyunting gambar.

Sistem operasi Windows 11 Home yang terpasang bersama dengan MS Office Home & Student 2021 menjadikan Lenovo IdeaPad Slim 3 peranti yang siap untuk kerja sebaik sahaja ia dihidupkan.

Bateri yang tahan lama membolehkan korang bekerja lebih lama tanpa gangguan, manakala sokongan Wi-Fi 6 memastikan sambungan yang pantas dan stabil.

Untuk mereka yang mencari laptop murah untuk kerja, Lenovo IdeaPad Slim 3 menawarkan kombinasi yang hebat dari segi harga, prestasi dan ketahanan.

Laptop mini untuk kerja
HP Elitebook X360
HP
HP Elitebook X360-1
From
RM2,299.00
Check HP Elitebook X360 price below:
add_circle Keyboard yang selesa
add_circle Penggunaan bateri yang lama
remove_circle USB Port terhad
  • OS: Window 10 Home
  • Grafik: Intel HD Graphic 620
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB SDD
  • Skrin: 13.3 inch
  • CPU: Intel Core i5

Laptop ini sering menjadi pilihan tenaga pengajar kerana menggunakan processor Intel Core i5 yang dapat memberi fungsi baik untuk melakukan tugasan kerja yang dalam jangka masa yang lama.

Laptop mini untuk kerja ini sangat sesuai bagi tenaga pengajar atau sesiapa yang memerlukan peranti ringan namun berkuasa untuk tugasan harian.

Dikuasakan pemproses Intel Core i5, laptop ini memberikan prestasi yang lancar dan pantas, sesuai untuk bekerja dalam jangka masa panjang.

Dengan 8GB DDR4 RAM dan SSD, laptop ini menawarkan ruang penyimpanan yang cukup besar serta kelajuan pemprosesan yang pantas, memastikan korang dapat bekerja tanpa gangguan.

Paparan 13.3 inci memberikan visual yang terang dan jelas, cukup besar untuk menjalankan kerja atau menghadiri kelas atas talian.

Intel HD Graphics 620 menyokong paparan resolusi tinggi, memberikan pengalaman visual yang lebih tajam dan berkualiti.

Reka bentuknya yang kompak dan ringan menjadikan laptop ini mudah untuk dibawa ke mana-mana, menjadikannya pilihan ideal untuk kerja di luar pejabat atau semasa kelas atas talian.


Tips Beli Laptop Untuk Kerja

Untuk memilih laptop kerja, banyak perkara yang harus dipertimbangkan apatah lagi jika laptop itu untuk kegunaan jangka masa yang lama.

Saiz merupakan antara perkara yang penting kerana jika terlalu besar akan menyukarkan pengguna untuk membawanya kemana-mana.

Kebanyakkan laptop yang bagus bersaiz antara 11” sehingga 15”.

Selain itu, skrin yang ada pada monitor laptop juga penting kerana mata kita akan tertumpu pada skrin dan jika skrin itu dalam keadaan yang tidak baik, maka akan memudaratkan mata serta penglihatan kita.

Kualiti keyboard juga penting kerana tidak semua keyboard pada laptop sesuai untuk pengguna.

Namun, pengguna masih boleh membeli keyboard tambahan sekiranya mempunyai bajet yang lebih.

Seterusnya, CPU pada sesebuah laptop memainkan peranan yang penting untuk sebuah laptop untuk berjalan dan bekerja secara lancar.

Setiap CPU mempunyai kelebihan tersendiri dan penting untuk pengguna menggunakan CPU yang sesuai dengan kegunaan.

RAM merupakan perkara paling penting bagi laptop dan RAM yang disarankan pada masa sekarang ialah 8GB ke atas.

Hal ini kerana setiap update dari Windows atau aplikasi ketiga yang lain akan memakan dan menggunakan lebih banyak RAM.

Selain daripada itu, bateri pada sebuah laptop memainkan peranan yang penting juga kerana pengguna semestinya tidak mahu mencari soket untuk mengecas laptop sepanjang masa ketika berada di luar.

Akhir sekali, USB 3.0. Perkara ini kelihatan kecil namun sangat penting untuk laptop pengguna sekiranya pengguna mahu menggunakan pendrive atau sebarang aksesori lain.

Tidak semua laptop mempunyai USB 3.0 contohnya Apple Macbook.


Artikel Berkaitan

End of Article