Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
portable monitor malaysia

7 Monitor Portable Terbaik di Malaysia 2024

Senang dibawa dan boleh dijadikan sebagai tablet juga!

Pada masa kini, penggunaan monitor boleh dikatakan sangat meluas berbanding sebelum ini kerana ciptaan teknologi kini membenarkan ramai orang bekerja secara on the go. 

Screen portable menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk dibawa kemana-mana berbanding dengan model monitor yang lama. 

Selain dari reka bentuk yang fleksibel, monitor komputer portable juga mempunyai fungsi touchscreen dan boleh dijadikan tablet. 

Bukan itu sahaja, jika pengguna seorang gamers tegar, monitor portable ini sangat sesuai bagi mereka untuk melepaskan keinginan bermain game di mana sahaja.

Jom lihat 7 pilihan portable monitor terbaik yang kami tawarkan kepada anda mengikut ciri, harga, jenama dan kelebihan skin komputer atau laptop yang ditawarkan.


Senarai 7 Monitor Portable Terbaik

Monitor portable dengan HDMI
ACER
ACER UT222Q BMIP
mulai
RM1,035.00
Semak ACER UT222Q BMIP harga dibawah:
add_circle Panel IPS berkualiti tinggi
add_circle Skrin multi-touch 10-point
add_circle Resolusi Full HD
add_circle Reka bentuk portable
remove_circle Kadar penyegaran skrin 75Hz kecil
remove_circle Saiz skrin 21.5-inci kecil
  • Saiz skrin: 21.5 inci
  • Berat: 3 kg
  • Aspect Ratio: 16:09
  • Resolusi: 1920 x 1080 FULL HD

Acer UT222Q BMIP adalah monitor portable terbaik dengan saiz 21.5-inci, dilengkapi panel IPS berkualiti tinggi, serta ciri-ciri multi-touch 10-point untuk input sentuhan yang mudah.

Turut mempunyai resolusi Full HD untuk gambar yang tajam dan terperinci, reka bentuk yang sesuai untuk dijadikan portable dan sokongan untuk pelbagai pilihan input untuk sambungan yang fleksibel.

Skrin monitor ini sangat sesuai untuk membuat kerja graphic design, pembentangan interaktif dan aplikasi lain yang memerlukan input sentuhan.

Dengan harga yang berpatutan, ini adalah jenama yang boleh dipercayai dengan kualiti skrin yang baik untuk komputer atau laptop anda.

17 inch portable monitor
Nexigo NG17FGQ
mulai
RM1,922.00
Semak Nexigo NG17FGQ harga dibawah:
add_circle Saiz skrin 17.3-inci besar
add_circle Resolusi Full HD
add_circle Pembinaan stereo
add_circle Sokongan untuk input USB-C dan HDMI
remove_circle Monitor berat
remove_circle Harga mahal
  • Saiz Skrin: 17.3 inci
  • Berat: 1 kg
  • Aspect Ratio: 16:9/ 4:3
  • Resolusi: 1920 x 1080

Nexigo NG17FGQ adalah skrin portable terbaik dengan saiz skrin sebesar 17.3-inci yang besar untuk pengalaman tatapan skrin yang lebih menyeronokkan. 

Turut hadir dengan resolusi Full HD, dan panel IPS untuk paparan warna yang tepat dan sudut pandangan yang luas. 

Skrin sentuh kapasitif 10-point memudahkan penggunaan dengan input sentuhan dan menyokong pelbagai input termasuk USB-C dan HDMI untuk sambungan yang fleksibel.

NG17FGQ juga dilengkapi dengan pembinaan stereo dua saluran, jack headphone dan protective cover yang berfungsi sebagai tempat untuk stand

Dengan harga yang sedikit mahal, skrin  ini adalah jenama yang boleh dipercayai dengan kualiti skrin yang baik untuk komputer atau laptop anda. 

Jika ada bajet lebih boleh beli monitor portable dari Nexigo ini.

Monitor portable untuk gaming
Asus ROG Strix XG16AHPE
mulai
RM1,999.00
Semak Asus ROG Strix XG16AHPE harga dibawah:
add_circle Mempunyai refresh rate 144Hz
add_circle Panel IPS memberikan sudut pandang yang sangat baik
add_circle Ada bateri built-in
add_circle Mudah ditukar ke mode potret
add_circle Ada Nvidia G-Sync untuk gaming
remove_circle Reka bentuk kickstand yang agak aneh
remove_circle Harga mahal
  • Saiz Skrin: 15.6 inci
  • Berat: 0.89 kg
  • Aspect Ratio: 16:9
  • Resolusi: 1920 x 1080

Asus ROG Strix XG16AHPE adalah monitor portabel terbaik untuk komputer dan juga paling sesuai untuk tujuan gaming

Dengan skrin portable IPS 15.6 inci, monitor ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan gaming tetapi juga kerja.

Selain itu, turut menyokong kadar penyegaran semula sebanyak 144Hz dan kompatibiliti Nvidia G-Sync, jadi pengalaman gaming anda juga akan bertambah menyeronokkan.

Seterusnya dilengkapi dengan bateri built-in dan mudah ditukar ke mode potret serta monitor ini hadir dengan port Mini-HDMI, USB-C dan jack headphone.

Harganya sedikit mahal, namun untuk kegunaan gaming sangat memuaskan.

Portable monitor dengan bateri
Asus
Asus ZenScreen Go MB16AWP
mulai
RM1,949.00
Semak Asus ZenScreen Go MB16AWP harga dibawah:
add_circle Bateri built-in 7,800 mAh
add_circle Sambungan Wi-Fi
add_circle Serasi dengan pelbagai sistem operasi
add_circle Kualiti warna paparan skrin yang memuaskan
remove_circle Kadar penyegaran 60 Hz
  • Saiz Skrin: 15.6 inci
  • Berat: 1 kg
  • Aspect Ratio: 16:9
  • Resolusi: 1920 x 1080

Asus ZenScreen Go MB16AWP adalah screen portable terbaik yang menawarkan visual yang menakjubkan. 

Dengan panel IPS Full HD 15.6 inci, kadar penyegaran 60 Hz, dan kualiti warna paparan skrin yang memuaskan.

Portable monitor terbaik ini sesuai untuk golongan profesional dan pemain permainan video game yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bateri built-in 7,800 mAh membolehkan tiga jam masa penggunaan dan dengan sambungan Wi-Fi, anda boleh memancarkan skrin peranti anda secara nirwayar. 

Dengan dua port USB-C dan satu port Mini-HDMI, menjadikannya sesuai untuk sistem operasi Windows, macOS, Chrome OS, Android dan iOS. 

Asus ZenScreen Go MB16AWP adalah screen portable terbaik untuk sesiapa yang memerlukan paparan berkualiti tinggi untuk dibawa ke mana sahaja.

Monitor portable murah
Arzopa G1 Game 15.6''
mulai
RM699.00
Semak Arzopa G1 Game 15.6'' harga dibawah:
add_circle Memiliki refresh rate 144Hz
add_circle Skrin resolusi 1920 x 1080
add_circle Sangat ringan dan nipis
remove_circle Hanya memiliki dua port USB Type-C dan satu port Mini HDMI.
remove_circle Tidak dilengkapi dengan bateri built-in
  • Saiz Skrin: 15.6 inci
  • Berat: 0.6 kg
  • Aspect Ratio: 16: 9
  • Resolusi: 1920 x 1080

Rasakan pengalaman gaming terbaik di mana saja dengan monitor portable terbaik Arzopa G1 Game bersaiz 15.6 inci. 

Dengan refresh rate tinggi hingga 144Hz dan tampilan dengan resolusi 1080P FHD, anda akan menikmati gambar yang dinamik dan cantik.

Monitor ini sangat ringan dan tipis, mudah dibawa ke mana sahaja dan sangat sesuai untuk laptop, komputer portable atau peranti yang lain. 

Portable monitor ini sangat mudah disesuaikan dengan berbagai device

Selain itu, turut dilengkapi dengan speaker bawaan untuk audio yang hebat. 

Meskipun harganya yang agak murah, kualiti dari jenama Arzopa ini merupakan yang terbaik dalam pasaran. 

Untuk anda yang mahu jimat, boleh pilih screen portable ini.

Monitor portable untuk laptop
Lenovo ThinkVision M14t
mulai
RM1,499.00
Semak Lenovo ThinkVision M14t harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Panel IPS berkualiti tinggi
add_circle Hadir dengan pen stylus
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya dapat disambungkan ke komputer melalui USB-C (DisplayPort Alt Mode)
  • Saiz Skrin: 17.2 inci
  • Berat: 0.95 kg
  • Aspect Ratio: 16:9
  • Resolusi: 1920 x 1080

Lenovo ThinkVision M14t adalah portable monitor terbaik yang menawarkan kualiti paparan skrin yang sangat baik dengan skrin IPS 8-bit. 

Dengan saiz skrin 17.2 inci, monitor ini sangat mudah dibawa ke mana-mana dan ringan pada berat 0.95 sahaja.

Keistimewaan monitor ini adalah sokongan kepada input multi-sentuhan 10-points dan disertakan dengan pen stylus untuk mudah melakar gambar atau menulis. 

Turut mempunyai ciri pengenalan tulisan tangan di Windows 10 dan Windows 11 untuk menukar tulisan tangan anda kepada teks ASCII. 

Walaupun monitor ini mempunyai kadar segar yang tinggi 144Hz, monitor ini mempunyai kelemahan dari segi pilihan sambungan yang terhad.

Monitor portable ini hanya kepada USB-C (DisplayPort Alt Mode).

Dengan reka bentuknya yang halus dan jenama yang boleh dipercayai, ThinkVision M14t adalah pilihan yang baik untuk screen portabel berkualiti tinggi untuk komputer atau laptop.

Monitor portable dengan bluetooth
Dell
Dell C1422H
mulai
RM1,199.00
Semak Dell C1422H harga dibawah:
add_circle Ringan dan nipis
add_circle Panel FHD dengan teknologi IPS
add_circle Mudah dipasang
add_circle Tahan lama
remove_circle Hanya mempunyai satu jenis sambungan, iaitu dua port USB-C
remove_circle Tidak mempunyai pembesar suara
  • Saiz Skrin: 14 inci
  • Berat: 0.59 kg
  • Aspect Ratio: 16:9
  • Resolusi: 1920 x 1080

Monitor mudah alih Dell C1422H ini merupakan monitor mudah alih terbaik untuk laptop anda. 

Dengan reka bentuk yang ringan dan nipis, mempunyai berat kurang dari satu kg (590 gram) dan nipis kurang daripada seperempat inci.

Skrin yang kompak dan mudah digunakan membolehkan anda menambah skrin monitor di pejabat, di rumah, atau di mana-mana sahaja. 

Manakala teknologi In-Plane Switching (IPS) memberikan sudut pandangan yang luas dan menjadikannya sempurna untuk kerja. 

Skrin monitor ini juga mampu mengurangkan pancaran dan kilauan serta ciri ComfortView boleh memperbaiki keselesaan mata.

Dengan mengurangkan pancaran cahaya biru yang berbahaya, mata anda tidak mudah penat sepanjang penggunaan.

Sokongan skrin yang fleksibel membolehkan anda menyesuaikan ketinggian dengan mudah. 

Lebih menarik, screen portable ini dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama 3 tahun.


Kelebihan Monitor Mudah Alih

Monitor mudah alih atau screen portable adalah peranti yang menawarkan pelbagai faedah kepada sesiapa yang perlu bekerja secara on the go

Dengan monitor mudah alih, anda boleh memperluas skrin laptop anda untuk produktiviti yang lebih baik dan berkolaborasi secara mudah dengan rakan sekerja. 

Untuk gamers pula, anda boleh menggunakannya untuk bermain game di mana sahaja anda berada.

Salah satu kelebihan utama monitor mudah alih adalah mudah dibawa ke mana sahaja. 

Sangat ringan, nipis, dan mudah dibawa dalam beg anda, menjadikannya pilihan terbaik untuk sesiapa yang perlu bekerja atau belajar di luar kawasan. 

Anda boleh melancong sambil bekerja, bekerja di kedai kopi, atau hanya menjadikan skrin kedua di rumah, monitor mudah alih ini penyelesaian yang fleksibel untuk anda.

Kelebihan lain monitor mudah alih adalah kemudahan penggunaannya. 

Kebanyakan monitor mudah alih adalah plug-and-play tau!

Ini bermaksud anda boleh menyambungkannya ke laptop atau peranti lain dengan kabel dan boleh terus menggunakannya. 

Screen monitor ini juga sering dilengkapi dengan sokongan yang boleh disesuaikan, supaya anda dapat menetapkannya pada sudut pandangan yang selesa.

Dari segi prestasi, monitor mudah alih sering dibandingkan monitor desktop.

Perbandingan sering dibuat mengenai paparan skrin berkualiti tinggi, masa tindak balas yang cepat, dan pelbagai pilihan sambungan. 

Portable monitor juga biasanya menggunakan tenaga yang kurang, menjadikannya pilihan yang jimat tenaga.

Secara keseluruhan, monitor mudah alih adalah aksesori yang wajib dimiliki untuk sesiapa yang perlu melakukan tugas atau belajar secara bergerak.


Tips Pilih Monitor Portable

Sekiranya pengguna seorang yang melakukan pekerjaan yang asas dan ringkas tanpa menghiraukan resolusi, monitor portable biasa sahaja sudah memadai.

Sekiran pengguna ialah seorang gamers, monitor portable yang diperlukan hendaklah menyokong resolusi yang tinggi untuk mendapat kepuasan yang maksimum. 

Selain itu, monitor tersebut hendaklah menggunakan sokongan cable yang sesuai digunakan untuk semua platform.

Bagi pengguna yang sering melakukan kerja yang melibatkan lukisan digital, monitor portable yang disarankan hendaklah mempunyai fungsi touchscreen.

Lebih baik lagi jika monitor tersebut menyokong penggunaan stylus pen, akan mudahkan anda lakukan kerja melukis secara digital.


Artikel Berkaitan

End of Article