Ini senarai laptop saiz kecil dan ringan untuk korang yang tidak suka laptop berat.
Laptop kecil ini ada kelebihannya berbanding laptop terbaik yang mahal.
Ia direka dengan saiz lebih kecil, ringan dan menjimatkan ruang.
Kalau korang lebih banyak menghabiskan masa bekerja di luar berbanding di pejabat atau rumah, laptop mini terbaik relevan untuk kegunaan korang.
Tetapi laptop mini atau compact ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.
Ruang memori dan penyimpanan data tidak boleh terlalu berat atau banyak.
Kadang ada juga yang tidak begitu kuat menyokong grafik terkini.
Jangan khuatir, kitaorang ada jumpa mini laptop Malaysia yang terbaik untuk dijadikan pilihan buat korang.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
6 Laptop Saiz Kecil & Murah Bawah RM1500 Terbaik

- OS: Windows 10 Pro
- Grafik: Intel Iris Xe / AMD Radeon Graphics
- RAM: 8GB LPDDR4x
- Storan: 256GB SSD
- Skrin: 14 inci FHD, IPS
- CPU: Intel Core i5
Sebab menjadi pilihan utama:
Lenovo ThinkPad T14s merupakan pilihan laptop kecil terbaik secara keseluruhan, menawarkan keseimbangan hebat antara prestasi, ketahanan dan kemudahan alih.
Ciri-ciri:
Dikuasakan pemproses Intel® Core™ i5 atau AMD Ryzen™ 5 PRO, laptop ini mampu menangani pelbagai tugasan berat seperti pengeditan video, pengurusan data besar dan kerja-kerja pejabat dengan lancar.
Dilengkapi dengan memori sehingga 32GB LPDDR4x dan storan sehingga 2TB SSD PCIe Gen 4, ia memberikan prestasi pantas dan ruang penyimpanan yang luas.
Paparan 14 inci FHD dengan teknologi IPS memastikan visual yang tajam dan jelas, sementara reka bentuknya yang kompak dan ringan memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.
Selain itu, ThinkPad T14s dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan canggih seperti pembaca cap jari, sensor kehadiran manusia dan privasi kamera, memastikan data peribadi sentiasa selamat.
Dengan sokongan untuk Wi-Fi 6E dan Thunderbolt 4 (untuk model Intel), korang boleh nikmati kelajuan sambungan yang pantas untuk produktiviti yang lebih tinggi.
Sama ada untuk kegunaan profesional atau peribadi, Lenovo ThinkPad T14s memenuhi keperluan kerja harian dan lebih lagi dengan keupayaan yang tidak boleh dipandang remeh.
Review:
"Lenovo ThinkPad T14s memang laptop kecil yang padu! Dengan prestasi tinggi dari Intel Core dan reka bentuk ringan, laptop ni sangat sesuai untuk kerja harian. Tambah pula dengan ciri keselamatan canggih, memang lengkap untuk pengguna profesional yang nak kerja tanpa gangguan."

- OS: Chrome OS
- Grafik: Intel HD Graphics
- RAM: 4GB LPDDR3
- Storan: 16GB eMMC / 32GB eMMC
- Skrin: 10.1 inci HD, 1280 x 800, IPS
- CPU: Intel Celeron
ASUS Chromebook C100P adalah pilihan laptop kecil refurbished yang sangat sesuai untuk mereka yang mencari peranti kompak dengan prestasi yang cukup baik untuk kegunaan harian.
Dikuasakan dengan pemproses Intel Celeron dan 4GB RAM LPDDR3, Chromebook ini mampu menjalankan tugas-tugas asas seperti melayari web, menulis dokumen dan mengakses aplikasi Google dengan lancar.
Paparan 10.1 inci HD dengan teknologi IPS memberikan visual yang terang dan jelas, menjadikannya ideal untuk aktiviti santai atau kerja ringan.
Penyimpanan 16GB atau 32GB eMMC cukup untuk menyimpan fail penting, sementara port USB Type-C dan USB Type-A memudahkan sambungan ke peranti lain.
Sistem operasi Chrome OS memberikan pengalaman pengguna yang intuitif dan mudah.
Dengan badan aluminium yang ringan dan tahan lasak, Chromebook ini mudah dibawa ke mana sahaja.
Walaupun merupakan peranti refurbished, ia telah diperbaharui dan diuji untuk memastikan fungsinya berada pada tahap terbaik.
Ditambah pula dengan jaminan 3 bulan, ini menjadikannya pilihan yang baik kalau korang mencari laptop kecil refurbished yang berpatutan dan boleh dipercayai.

- OS: Windows 11 Home
- Grafik: Intel® UHD Graphics
- RAM: 8GB DDR5 RAM
- Storan: 512GB SSD PCIe Gen4, NVMe
- Skrin: 14.0 inci WUXGA, 1920 x 1200, IPS, 60Hz
- CPU: Intel® Core™ 3-N355 Processor (1.9 GHz, 2 cores, up to 3.9 GHz)
Acer Aspire Lite 14 adalah pilihan laptop kecil dengan spek tinggi yang sangat sesuai untuk pengguna yang memerlukan peranti berprestasi tinggi dalam reka bentuk yang ringkas dan ringan.
Dikuasakan oleh Intel® Core™ 3-N355 processor, laptop ini menawarkan kelajuan pemprosesan yang pantas, sementara 8GB RAM DDR5 memastikan kelancaran multitasking tanpa gangguan.
Storan 512GB PCIe Gen4 NVMe memberikan ruang yang cukup besar untuk menyimpan fail dan aplikasi dan ia juga memastikan pemindahan data yang pantas.
Paparan 14 inci dengan teknologi IPS dan resolusi WUXGA (1920 x 1200) memberikan visual yang jelas dan terang, sesuai untuk kerja harian, penstriman video atau sesi pembelajaran atas talian.
Sistem operasi Windows 11 Home memastikan pengalaman penggunaan yang moden dan responsif.
Dengan reka bentuk ultra-ringan, laptop ini hanya seberat 1.17kg, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.
Selain itu, dengan sokongan Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.2, korang akan dapat sambungan internet yang cepat dan stabil.
Acer Aspire Lite 14 adalah laptop kecil dengan spek tinggi yang sesuai untuk pelajar atau profesional yang mencari prestasi tinggi dalam bentuk yang kompak dan mudah alih.

- OS: Chrome OS
- Grafik: Intel Integrated HD Graphic
- RAM:16GB
- Storage: 32GB
- Skrin: 11.6 inch
- CPU: Intel Celeron Dual Core
Laptop yang beroperasi menggunakan Chrome Operating System (OS) ini bertujuan untuk membantu para pengguna untuk menyiapkan tugasan dengan lancar.
Processor yang digunakan ialah Intel Celeron Dual Core yang memberikan prestasi yang baik semasa menggunakan laptop ini untuk jangka masa yang lama.
Paparan skrin seluas 11.6 inch cukup untuk pengguna membawa laptop ini kemana-mana kerana saiznya yang compact.
Graphic card yang dipasang dalam laptop ini ialah Intel Integrated HD Graphic.
Resolusinya mampu mencapai setinggi 1366x768. Nak stream Netflix lepas penat bekerja atau belajar? No problem lah.
Selain itu, bateri yang tahan lama setelah dicas penuh ini boleh digunakan hampir 10 jam mengikut penggunaan.
RAM yang dipasang dalam laptop ini sebesar 16GB sudah cukup untuk melancarkan kerja dan sesi pembelajaran.

- OS: Windows 11
- Processor: Intel Pentium Gold 6500Y Processor
- RAM: 4GB, 8GB
- Storage: eMMC 64GB, SSD 128GB
- Saiz Skrin: 10.5 inci, 1920 x 1280 piksel
- Bateri: 11 Jam penggunaan biasa
- Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
- Berat: 544g
Sama seperti Surface Pro 7, Surface Go 3 merupakan peranti tablet serba boleh dengan keyboard yang boleh dipisahkan.
Dengan menggunakan pemproses Core i3, menjadikan tablet Microsoft Surface Go 3 lebih power-efficient sehinggakan boleh beroperasi dalam masa yang panjang.
Selain itu, tablet Windows model ini menawarkan kualiti kamera yang baik semasa membuat panggilan video manakala binaan dalaman juga menggunakan bahan yang premium.
Paling penting, tablet ini menyokong penyambungan eSIM bagi model advance jadi boleh dijadikan medium komunikasi yang menyeluruh.

- OS: Window 10 Pro
- Grafik: Intel HD GMA 400 Integrated Graphic
- RAM: 4GB
- Storage: 128 SDD
- Skrin: 11.6 inch touchscreen
- CPU: Intel Pentium N3710 Turbo Boost
Laptop yang dikuasakan dari processor Intel Pentium N3710 Turbo Boost ini sangat berguna bagi tenaga pengajar yang inginkan sesi pembelajaran yang lancar dan stabil.
Walaupun menggunakan processor agak lama, tapi masih mampu memberikan prestasi yang memuaskan.
RAM yang diletakkan di dalam laptop ini adalah sebesar 4GB dan mampu diupgrade sehingga 8GB.
Bagaimanapun, laptop ini sudah cukup lancar kerana ia menggunakan storage jenis SSD sebanyak 128GB dan masih lagi boleh diupgrade mengikut kesusaian.
Satu lagi, laptop ini mempunyai monitor dan paparan laptop seluas 11.6inch ini.
Ciri lain lagi, bahagian skrin mempunyai teknologi touchscreen jadi para pengajar tidak perlu mengalihkan pointer mouse ke hulu-hilir dalam skrin. Easy kan?
Tips Beli Laptop Saiz Kecil
Sebenarnya sama sahaja nak beli laptop kecil atau besar.
Tapi, komponen utama yang perlu anda lihat ialah dari segi prestasi dan kadar penggunaan yang bersesuaian untuk korang.
Sebelum kita lihat checklist, jom tonton video ringkas tips beli laptop dahulu.
Joim lihat checklist tips beli laptop saiz kecil pula.
-
Saiz
Biasanya laptop saiz mini ialah 11-13 inci iaitu bercirikan untuk mudah disimpan, dibawa kemana sahaja dan senang dipegang.
-
Resolusi skrin
Jangan terpedaya dengan nama 'mini', anda masih boleh dapatkan laptop kecil dengan resolusi skrin yang baik. Sebaiknya lihat dahulu spefikasi resolusi atau mencuba terus dibilik pameran laptop. Tak kira laptop saiz besar atau kecil, faktor resolusi yang baik memudahkan kerja dan tidak menyakitkan mata.
-
Processor
Sama seperti laptop biasa, processor yang baik akan melancarkan penggunaan laptop. Pilih laptop dengan processor terbaru seperti intel Core i5 atau i7.
-
Port sambungan
Jangan lupa tentang sambungan wayar seperti USB. Kebiasaannya laptop mini dilengkapi dua port USB dan jadilah pengguna yang bijak memilih laptop mempunyai port USB 3.1 berbanding port USB 2 untuk penghantaran fail data yang pantas.
-
Ketahanan bateri
Jangan terkejut ya, laptop kecil kuat menggunakan bateri kerana pergerakan processor yang banyak. Beli sistem laptop mini yang kurang menggunakan tenaga.
Artikel Berkaitan
- 10 Jenama Laptop Murah untuk Student di Malaysia 2025
- 8 Laptop Gaming Terbaik Dengan Spec Bagus 2025
- 8 Laptop Murah Bawah RM1000 Terbaik 2025
- 5 Laptop Murah Terbaik Harga Bawah RM1500 Tahun 2025
- 10 Laptop Bawah RM2000 Terbaik untuk Student dan Pekerja
- 7 Laptop Touchscreen Ini Juga Boleh Berfungsi Sebagai Tablet
- 10 Laptop HP Terbaik & Terkini di Malaysia 2025
- 10 Laptop Dell Terbaik & Terbaru di Malaysia 2025