Teknologi

9 Laptop Gaming Terbaik Bawah RM4,000 di Malaysia 2026

9 laptop gaming murah bawah RM4,000 di Malaysia, harga disemak 18 September 2026. Pilihan kami: HP Victus 15-fa1300nr RTX 4050, RM3,999 di Shopee.


Editor · Updated 19 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Laptop Gaming Terbaik Bawah RM4,000 di Malaysia 2026
Untuk kerja kreatifMSI Prestige 15 A11SB
RM2,550See price at Shopee

Jawapan ringkas: laptop gaming murah bawah RM4,000 paling berbaloi di Malaysia ialah HP Victus 15-fa1300nr, RM3,999 di Shopee Malaysia (harga disemak 18 September 2026), kerana ia satu-satunya dalam senarai ini dengan RTX 4050.

Membeli memang mudah tapi untuk membuat keputusan yang mana satu produk terbaik memang sukar. 

Kandungan

Jadi topik kita sekarang, membuat perbezaan ciri-ciri laptop gaming bawah RM 4,000 yang mempunyai spesifikasi yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing.

Bukan apa, dengan cara ini kami dapat bantu anda membuat pilihan. Jom lihat senarai dibawah yang mungkin dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli dengan lebih bijak.

Kami semak harga live di Shopee Malaysia pada 18 September 2026, dan keluarkan model yang sudah tidak dijual atau harganya naik melebihi RM4,000, supaya senarai ini kekal jujur (asalnya 10 model, kini 9 model yang benar-benar masih dijual bawah RM4,000).


Isi kandungan

  • Berapa saiz RAM yang sesuai untuk bermain game?
  • 9 Laptop Gaming Bawah RM 4,000
  • Soalan Lazim
  • Kesimpulan
  • Artikel laptop berkaitan

Berapakah saiz RAM yang sesuai untuk bermain game?

Sedikit penerangan mengenai RAM, dipetik dari sebuah portal, RAM adalah sebagai tempat penyimpanan data dan dalam pada masa yang sama, satu aplikasi atau software yang lain sedang berjalan dan hasilnya kedua-duanya bergerak dengan lancar. 

Mudah kata, makin besar RAM, makin banyak data yang boleh diproses dalam satu masa (multitasking). RAM ini ada ada disetiap gadget tidak kira samada komputer riba atau desktop. 

Kebesaran RAM yang ada 1GB, 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, sehingga 32GB. Jadi, jika anda ingin bermain game, sebaiknya RAM yang digunakan adalah 8GB dan ke atas untuk kelancaran ketika bermain game.

Malah, bukan hanya sesuai untuk bermain game, malah boleh guna untuk kerja editing video, mereka bentuk grafik, pemodelan 3D atau apa saja kerja intensif.


9 Laptop Gaming Bawah RM4,000


ModelHarga (RM)Sesuai untukCiri utamaDisemak
HP Victus 15-fa1300nrRM3,999Pilihan keseluruhan terbaiki5-12450H, RTX 4050 6GB, 8GB/512GB18 Sep 2026
Asus TUF Gaming F15 FX506LRM3,299Keseimbangan harga-prestasiSkrin terang, mudah dibawa18 Sep 2026
ASUS TUF Gaming A15 FA506N-CGHN777WSRM3,869CPU paling lajuRyzen 7 8845HS, RTX 3050, 144Hz FHD18 Sep 2026
Acer Nitro V 15 ANV15-41-R0DZRM3,979Skrin 165HzR5-6600H, RTX 3050 6GB, 8GB/512GB18 Sep 2026
Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1RM3,799Jenama dipercayaiBateri tahan lama, bunyi jelas18 Sep 2026
Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6RM3,469Paling murah dengan RTXRTX 3050 4GB, 8GB/512GB18 Sep 2026
MSI Prestige 15 A11SBRM2,550Kerja kreatifKamera HD, skrin terang18 Sep 2026
HP Probook 445 G7RM2,999Pelajar/kerjaKeyboard kalis air, bateri 6 jam18 Sep 2026
Huawei Matebook D15RM1,529Paling ringan dibawaBezel-less screen, ringan18 Sep 2026

Pilihan keseluruhan terbaik: HP Victus 15-fa1300nr

HP Victus 15-fa1300nr Gaming Laptop
GPU paling kuat 1 daripada 9
HP Victus 15-fa1300nr Gaming Laptop
HP
Dari RM3,999
RTX 4050 6GB, GPU paling kuat dalam senarai ini
144Hz FHD, licin untuk esports
Hampir mencecah had RM4,000
1 lagi
i5-12450H + 8GB RAM + 512GB SSD

HP Victus 15-fa1300nr membawa RTX 4050 6GB, satu-satunya dalam senarai ini dengan GPU sekuat ini pada harga bawah RM4,000.

Digabungkan dengan skrin 144Hz FHD dan i5-12450H, ia mampu handle game AAA terkini pada setting lebih tinggi berbanding pilihan lain dalam senarai ini.

Harganya hampir mencecah had RM4,000, jadi ini pilihan jika anda mahukan prestasi maksimum dalam bajet ini, bukan yang paling jimat.

Price
RM3,999

Terbaik keseimbangan harga-prestasi: Asus TUF Gaming F15 FX506L

ASUS TUF Gaming F15 FX506L
Keseimbangan harga-prestasi 2 daripada 9
Asus TUF Gaming F15 FX506L
Partnership with Asus
Dari RM3,299
Visual skrin terang dan jelas
Mudah dibawa ke mana saja
Ruang memori kecil
  • CPU : Intel® Core™ i5-10300H 4 Cores Processor
  • Grafik : Nvidia GeForce GTX1650  
  • Memori : 8GB 
  • Storage : 512GB NVMe PCie SSD  
  • Skrin : 15.6” FHD 
  • Berat : 2.2kg

Laptop Asus terkenal di pasaran kerana harganya mampu milik buat laptop konvensional tapi kini, sedang bersaing dengan laptop gaming terkenal kerana mempunyai kelebihan tertentu.

Mungkin nak bawa desktop gaming agak sukar dan jika bermain game di smartphone, skrin pula kecil. Jadi, laptop Asus TUF gaming adalah saiz dan berat yang sesuai untuk dibawa ke mana saja jika anda seorang kaki game.

Secara jujurnya storage yang ada pada laptop gaming Asus ini sebenarnya agak kecil tapi anda boleh menaik taraf (upgrade) pada kad SSD dan HDD. 

Berita baik lain pula, kaki game boleh bermain apa saja jenis game menggunakan laptop ini kerana CPU dan papan kekunci selesa dan sesuai digunakan untuk bermain game.

Tapi, jangan ingat laptop Asus TUF F15 gaming hanya khas bermain game saja, sebenarnya boleh untuk melakukan editing video, gambar serta boleh membuat kerja-kerja pejabat yang menggunakan software Microsoft, Excel dan lain-lain.

Price
RM3,299

Terbaik CPU paling laju: ASUS TUF Gaming A15 FA506N-CGHN777WS

ASUS TUF Gaming A15 FA506N Laptop
CPU paling laju 3 daripada 9
ASUS TUF Gaming A15 FA506N-CGHN777WS
ASUS
Dari RM3,869
Ryzen 7 8845HS, CPU paling laju dalam senarai ini
RTX 3050, 144Hz FHD
8GB RAM sahaja pada harga ini
1 lagi
Termasuk Office + M365 dalam pembelian

ASUS TUF Gaming A15 dengan Ryzen 7 8845HS ialah CPU paling laju dalam senarai ini, sesuai jika anda juga buat kerja berat seperti streaming atau multitasking semasa bermain.

RTX 3050 dan skrin 144Hz memastikan gameplay tetap licin, dan pembelian ini turut termasuk Office + M365.

8GB RAM sahaja pada harga ini adalah satu-satunya kelemahan berbanding CPU yang ditawarkan.

Price
RM3,869

Terbaik skrin 165Hz: Acer Nitro V 15 ANV15-41-R0DZ

Acer Nitro V 15 ANV15-41-R0DZ Gaming Laptop
Skrin 165Hz 4 daripada 9
Acer Nitro V 15 ANV15-41-R0DZ
Acer
Dari RM3,979
RTX 3050 6GB, skrin 165Hz paling laju dalam senarai ini
R5-6600H, 8GB RAM, 512GB SSD
Sangat hampir dengan had RM4,000
1 lagi
24 unit terjual, rating 4.9

Acer Nitro V 15 ANV15-41-R0DZ menawarkan skrin 165Hz, kadar refresh paling tinggi dalam senarai ini, sesuai untuk peminat esports yang mahukan gameplay paling licin.

RTX 3050 6GB dan R5-6600H memberikan prestasi yang kukuh, dengan 24 unit terjual dan rating 4.9 daripada pembeli lain.

Harganya sangat hampir dengan had RM4,000, jadi bandingkan dengan HP Victus jika GPU lebih penting daripada refresh rate untuk anda.

Price
RM3,979

Terbaik jenama dipercayai: Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1

Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1
Jenama dipercayai 5 daripada 9
Acer Nitro 5 AN515-55-52Z1
Partnership with Acer
Dari RM3,799
Bateri tahan lama
Sistem bunyi yang lebih jelas
Berat berbanding laptop Acer yang lain
  • CPU : Intel® Core™ i5-10300H Processor 
  • Grafik : Nvidia® GeForce® GTX1650  Ti 
  • Memori : 8GB 
  • Storage : 512GB NVMe PCie 
  • Skrin : 15.6” FHD  
  • Berat : 2.3kg

Bagi yang sudah biasa dengan laptop gaming dari Acer pasti kurang teruja melihat reka bentuk Acer Nitro 5 ini kerana lebih kurang sama dengan yang sebelum. 

Cuma tak dapat dinafikan, reka bentuk laptop dari Acer memang stylo dan wujud aura gaming.

Acer Nitro 5 merupakan laptop gaming bajet tetapi tetap mempunyai kualiti yang baik kerana penggunaan CPU, Intel® Core™ i5-10300H yang membuatkan laptop ini lancar ketika bermain game.

Bahagian kamera hadapan pula berkualiti HD dan speaker dari laptop Acer Nitro 5 ini pula bagus.

Manakala, bahagian skrin visual pula sangat terang dan jelas cuma agak kurang terang apabila sudut skrin laptop berubah ke arah atas dan ke bawah.

Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi dengan lebih terperinci.

Price
RM3,799

Paling murah dengan RTX: Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6

Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6 Gaming Laptop
Paling murah dengan RTX 6 daripada 9
Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6 Gaming Laptop
Acer
Dari RM3,469
RTX 3050 4GB, cukup untuk kebanyakan game AAA setting sederhana
8GB RAM + 512GB SSD
8GB RAM agak minimum untuk multitasking berat
1 lagi
Jenama besar, waranti rasmi Acer

Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6 ialah pilihan paling murah dalam senarai ini yang masih membawa GPU dedicated sebenar, RTX 3050 4GB.

Sesuai untuk game AAA pada setting sederhana, atau esports pada setting tinggi, tanpa perlu bayar lebih untuk GPU yang lebih kuat daripada keperluan anda.

8GB RAM agak minimum jika anda suka multitask semasa bermain, tetapi cukup untuk kebanyakan game single-player.

Price
RM3,469

Terbaik untuk kerja kreatif: MSI Prestige 15 A11SB

MSI Prestige 15 A11SB
Untuk kerja kreatif 7 daripada 9
MSI Prestige 15 A11SB
Partnership with MSI
Dari RM2,550
Kamera berkualiti HD
Visual skrin yang terang
Ruang memori kecil
1 lagi
Mempunyai pelbagai jenis warna
  • CPU : Intel® Core™ i5-1135G7 Processor
  • Grafik : Nvidia GeForce MX450 
  • Memori : 2GB 
  • Storage : 512GB NVMe PCle SSD 
  • Skrin : 15.6” FHD
  • Berat : 1.6kg

Laptop MSI selalu menjadi bualan banyak pihak kerana kelancarannya ketika gamers bermain game. Ini kerana dilengkapi dengan unit pemprosesan yang berkapasiti besar sekaligus dapat elak masalah lagging. 

Dengan keluasan skrin 15.6” berdefinis tinggi, anda dapat bermain game dengan puas dan kad grafik yang digunakan pada laptop ini sesuai untuk memuat turun pelbagai jenis aplikasi game.

Malangnya, memori laptop ini tidak besar berbanding laptop gaming yang lain dimana 8GB saja. Sepatutnya laptop gaming 16GB tapi jangan risau, masih boleh digunakan untuk gaming.

Melihat pada keupayaan laptop ini untuk membuat kerja-kerja editing, menonton movie atau drama memang bagus dan sesuai kerana CPU digunakan jenis intel Core 15.

Memang harga sedikit mahal berbanding laptop lain tapi kualiti yang diberikan sangat memuaskan.

Price
RM2,550

Terbaik untuk pelajar/kerja: HP Probook 445 G7

HP Probook 445 G7 Gaming Laptop
Untuk pelajar dan kerja 8 daripada 9
HP Probook 445 G7
Partnership with HP
Dari RM2,999
Keyboard kalis air
Bateri tahan sehingga 6 jam
RAM kecil
  • CPU : AMD Ryzen 5 4500U APU 
  • Grafik : AMD Radeon® Vega 6 
  • Memori : 4GB  
  • Storage : 256GB m.2 SSD  
  • Skrin : 14.0” HD  
  • Berat : mulai 1.6kg

HP Probook 445 G7 mempunyai RAM yang kecil iaitu 4GB tapi CPU yang digunakan AMD Ryzen 4 4500 membuatkan sepanjang anda bermain game tidak lagging dan banyak software bersaiz besar boleh disokong.

Baterinya pula dapat bertahan sehingga 6 jam tanpa perlu cas sambil bermain game. Berat yang dimiliki pula memudahkan anda bawa ke mana saja kerana tak sampai 2kg pun.

Menariknya lagi, bahagian papan kekunci HP Probook 445 G7 ini kalis air tapi bukan bermakna anda boleh masuk laptop dalam kolam, laut atau sungai.

Bahagian lubang port terdapat lebih 5 jenis iaitu USB 3.1 Gen 1, USB Type-C, stereo (microphone and headphone), HDMI, AC Power dan RJ-45.

Price
RM2,999

Paling ringan dibawa: Huawei Matebook D15

Paling ringan dibawa 9 daripada 9
Huawei Matebook D15
Partnership with Huawei
Dari RM1,529.10
Bezel-less screen yang minimal
Kamera Webcam yang terletak pada barisan FN
Jangka hayat bateri singkat
  • CPU : AMD Ryzen™ 5 3500U Mobile Processor  
  • Grafik : AMD Radeon® Vega 8  
  • Memori : 8GB  
  • Storage : 512GB + 1TB  
  • Skrin : 15.6” HD  
  • Berat : 1.53kg

Laptop gaming Huawei Matebook D15 direka khas dengan sistem privasi yang tinggi kerana banyak security dan privasi yang tersorok. 

Melihat dari luaran, pasti ada yang beranggapan laptop ini tidak mempunyai kamera tapi sebenarnya kamera hadapan HP Matebook terletak sedikit tersorok di antara butang F6 dan F7.

Seterusnya, laptop ini mempunyai fingerprint scanner pada bahagian power button. Maximum fingerprint adalah sebanyak 10 cap jari pengesahan.

Bahagian sisi pula terdapat beberapa port. Antaranya USB-A 3.0, USB-A 2.0, USB-C, HDMI dan juga headset dan microphone.

Menariknya lagi, laptop Huawei ini boleh dihubungkan dengan telefon pintar Huawei jadi memudahkan segala pindaan apa-apa data.

Namun, laptop dari Huawei ini disyorkan untuk bermain game ringan saja kerana jika game berat, akan ada sedikit lagging.

Selain daripada bermain game, laptop ini juga sesuai untuk kerja-kerja pejabat seperti Excel atau Microsoft. Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi dengan lebih terperinci.

Price
RM1,529.10

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Setiap harga dalam senarai ini kami semak terus di penyenaraian Shopee Malaysia yang kami pautkan, bukan anggaran. Model yang sudah tidak dijual atau naik harga melebihi RM4,000 kami keluarkan terus daripada senarai.


Soalan Lazim

Apakah laptop gaming yang berharga di bawah RM3000?

Dalam senarai ini, Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6 (RM3,469 dengan RTX 3050) paling hampir dengan RM3,000. Untuk model tepat di bawah RM3,000 dengan GPU dedicated, semak semula penyenaraian Shopee dari semasa ke semasa kerana harga laptop gaming sering berubah dalam bajet ini.

Apakah terdapat laptop yang harganya di bawah RM1000?

Untuk laptop gaming dengan GPU dedicated (RTX/GTX), sukar dicari di bawah RM1,000 kerana kos komponen. Di bawah RM1,000, pilihan biasanya laptop pejabat asas tanpa GPU dedicated, sesuai untuk kerja ringan tetapi bukan untuk game AAA moden.

Apakah laptop gaming yang berharga di bawah RM2000?

Huawei Matebook D15 (RM1,529.10) dalam senarai ini adalah laptop paling murah, tetapi ia guna graf bersepadu AMD Radeon, bukan GPU dedicated, jadi sesuai untuk game ringan sahaja. Untuk RTX/GTX sebenar di bawah RM2,000, biasanya perlu cari unit refurbished atau terpakai.


Kesimpulan

Jika anda mahukan GPU paling kuat dalam bajet RM4,000, HP Victus 15-fa1300nr dengan RTX 4050 adalah pilihan terbaik.

Jika bajet anda lebih rendah dan hanya perlukan RTX asas untuk game sederhana, Acer Aspire 7 A715-59G-54Q6 pada RM3,469 adalah lebih berbaloi.

Untuk kerja kreatif seperti editing video di samping bermain game santai, MSI Prestige 15 A11SB lebih sesuai kerana skrin dan build quality yang lebih ke arah produktiviti.


Artikel berkaitan 

Lagi daripada ProductNation