Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tablet kanak-kanak malaysia

9 Tablet Untuk Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2024

Tablet yang terbaik ialah yang selamat dan interaktif untuk anak-anak.

Kanak-kanak sekarang lebih cenderung melakukan aktiviti secara digital dan ikuti perkembangan teknologi jadi tidak hairanlah kini terdapat tablet budak di pasaran.

Lagipun, pembelajaran mereka juga kini banyak menggunakan teknologi seperti komputer, telefon pintar dan tablet

Jadi ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menyediakan tablet terbaik untuk belajar dengan harga yang berbaloi.

Tapi sebelum nak beli tab untuk budak perlu lihat review juga untuk mengetahui kesesuaian tahap pembelajaran mereka. 

Bagi memudahkan kerja anda, jom lihat tab belajar terbaik untuk kanak-kanak.


Senarai 9 Tablet Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Tablet kana-kanak terbaik secara keseluruhan
HUAWEI MatePad SE
HUAWEI
tablet murah
mulai
RM999.00
Semak HUAWEI MatePad SE harga dibawah:
add_circle Ada fungsi perlindungan mata
add_circle Pembesar suara teknologi HUAWEI Histen 8.
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal
  • Chipset: Qualcomm® Snapdragon™ 680
  • OS: HarmonyOS 3
  • Storage: 64GB, 128GB
  • Skrin: 10.4-inci, FHD+ 2000 × 1200

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan sistem pembesar suara yang lebih advance, tablet ini boleh meluaskan bunyi sekeliling dan mempertingkatkan suara manusia, jadi kanak-kanak boleh mendengar panggilan, movie serta pengajaran secara online dengan lebih jelas.

Ciri-ciri:

Mempunyai skrin 2k yang direka khas dengan persijilan TUV Rheiland Low Blue Light dan Flicker Free untuk melindungi mata kanak-kanak daripada cahaya biru dan berkedip serta menyesuaikan mereka dengan tahap kecerahan mengikut masa nyata.

Tambah lagi, ibu bapa boleh menetapkan masa, pengurusan aplikasi, tahap kecerahan dan isyarat untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih menyeronokkan dan selamat.

Tablet ini sangat ringan, tahan lasak dan selesa untuk digenggam oleh anak tersayang.

Review:

"Tablet ni boleh share dengan anak buat tengok YouTube dan main kids game. Yang penting original from Huawei. Kualiti skrin pun bagus tak sakit mata, sesuai untuk anak."

Tablet kanak-kanak dengan WiFi
Lenovo Tab M7 TB-7305X
Lenovo
Lenovo Tab M7 TB-7305X
mulai
RM499.00
Semak Lenovo Tab M7 TB-7305X harga dibawah:
add_circle Kualiti paparan skrin terbaik
add_circle Ringan dan kecil untuk dipegang
add_circle Menyokong microSD
remove_circle Storage terhad
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Mediatek MT8166 (Wi-Fi), Mediatek MT8766 (LTE)
  • OS: Android 11 (Go edition)
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 7.0-inch, 600 x 1024

Lenovo Tab M7 generasi ketiga ini menawarkan dua versi iaitu yang menyokong Wi-Fi sahaja dan juga versi LTE. 

Kedua-duanya menggunakan chipset yang berbeza, tetapi chipset yang digunakan adalah entry-level quad-core yang dibina khas untuk tab.

Disebabkan ianya chipset entry-level, jadi prestasi tab ini dikatakan biasa sahaja. 

Tab dari Lenovo ini mempunyai storan dalaman 32GB sahaja dan 2GB RAM menjadikan tab ini agak terhad.

Dari segi sistem operasi, menggunakan Android 11 Go Edition membuatkannya amat mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak. 

Walaupun storan dalaman terhad, tetapi anda boleh menambahnya sehingga 128GB melalui slot microSD. 

Untuk bateri, generasi ketiga ini mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik daripada generasi terdahulu. 

Jadi, sekiranya anda mahu tab yang terkini untuk budak, boleh dapatkan Lenovo Tab M7 generasi ketiga ini

Tablet kanak-kanak untuk gaming
Huawei MatePad T 10s
Huawei
Huawei MatePad T 10s
mulai
RM999.00
Semak Huawei MatePad T 10s harga dibawah:
add_circle Ringan, hanya 450 gram
add_circle Mempunyai fungsi App Management & Screen Time Management
add_circle Ada fungsi perlindungan mata
remove_circle Kualiti kamera sederhana
remove_circle Tidak mempunyai flash
  • Chipset: Kirin 710A (14 nm)
  • OS: Android 10
  • Storage: 32GB, 64GB
  • Skrin: 10.1-inci, 1920 x 1200

Tablet model ini pula mempunyai pelbagai jenis fungsi yang boleh membantu ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak mereka. 

Antaranya ibu  bapa boleh mengawal akses kanak-kanak terhadap sesuatu aplikasi dan boleh dipantau melalui App Management manakala tempoh screen time anak-anak juga boleh dihadkan.

Selain itu, tablet ini mempunyai TUV Rheinland yang akan melindungi mata daripada paparan cahaya biru dari skrin yang dapat merosakkan mata. 

Waktu malam pula, pengguna boleh menukar cahaya skrin kepada mod gelap. 

Paling best, ia juga boleh digunakan untuk seisi keluarga kerana turut disertakan dengan mod eBook jika ibu atau ayah mahu membaca bahan bacaan dalam talian. 

Tablet terbaik kanak-kanak autisme
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
Lenovo
Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
mulai
RM789.00
Semak Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus harga dibawah:
add_circle Skrin Full HD yang cantik
add_circle Reka bentuk yang selesa untuk dipegang
remove_circle Saiz RAM yang kecil
  • Chipset: MT6762 Helio P22T / Octa-core 
  • OS: Android 10
  • Storage: 64GB
  • Skrin: 10.3 inci, 1280 x 1920

Lenovo Tab M10 Plus antara tablet terbaik untuk dijadikan gajet buat anak-anak austisme kerana dilengkapi dengan chipset Helio P22T dan RAM 4GB memberi kelancaran setiap penggunaan.

Dari segi sistem operasi Android 10 pula sangat elok kerana mempunyai pelbagai aplikasi interaktif bersesuaian. 

Malah, ibu bapa tidak perlu risau tentang had tontonan, boleh dikawal dengan mod pengawalan yang telah diset didalam sistem Android ini. 

Saiz bateri 5100 mAh cukup berbaloi dengan penggunaan selama 8 jam tanpa pengecasan yang kerap. 

Secara keseluruhanya, model tablet Lenovo ini serasi buat kanak-kanak autisme dengan ciri-ciri kid friendly, sistem keselamatan Face Unlock dan saiz tablet yang cukup memuaskan.

Tablet kanak-kanak dengan skrin besar
Samsung Galaxy Tab A8
Samsung
Samsung Galaxy Tab A8
mulai
RM599.00
Semak Samsung Galaxy Tab A8 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Hadir dengan 4 speaker
add_circle Pengecasan pantas
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • Chipset: Unisoc Tiger T618
  • OS: Android 11, One UI 3
  • Storage: 32GB, 128GB
  • Skrin: 10.5-inch

Samsung Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin bersaiz 10.5 inci menjadikan mudah untuk para guru yang mahu menggunakan tablet bagi sesi PDPR. 

Dari segi kuasa pemprosesannya, cipset Unisoc Tiger T618 standard mampu untuk menjalankan tugasan multitasking dengan lancar dan tepat.

Mungkin tidak mempunyai kuasa pemprosesan yang luar biasa, tapi tablet bajet ini memadai untuk melakukan tugas harian.

Sistem operasi One UI 3 berasaskan Android 11 juga mampu berfungsi dengan lancar dalam menjalankan tugas harian.

Malah, turut menawarkan feature yang sesuai dengan cara penggunaan anda.

Hadir dengan tawaran RAM 3GB dan 4GB, dan juga saiz storan dalaman 32GB dan 128GB, anda boleh memilih saiz yang bersesuaian dengan keperluan anda. 

Tablet kanak-kanak untuk melukis
iPad mini (6th Generation)
Apple
iPad mini (6th Generation)
mulai
RM2,299.00
Semak iPad mini (6th Generation) harga dibawah:
add_circle Reka bentu premium
add_circle Menyokong 5g
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada headphone jack
  • Chipset: Apple A15 Bionic
  • OS: iPadOS 15
  • Storage: 64GB, 256GB
  • Skrin: 8.3-inch

Produk dari Apple memang tidak dinafikan merupakan antara yang terbaik di pasaran dan merupakan tab pada kelas atasan.

iPad Mini 6th Generation ini memiliki saiz kecil yang sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Dengan cip A15 Bionic, kini masih merupakan cip terbaik dari Apple. 

Antara kelebihan yang ada pada tab ini, dapat menjalankan aktiviti melukis dengan efisien dan menyeronokkan.

Tambah lagi, anak anda boleh mengambil nota, memberi komen pada dokumen atau menconteng idea-idea terbaik dengan Apple Pencil (generasi kedua) yang boleh dicas tanpa wayar.

Untuk keselamatan, anda perlu memasang casing yang tahan lasak untuk kegunaan kanak-kanak. 

Tablet kanak-kanak belajar
Kindle Fire HD 10 Kids Pro
Kindle
Kindle Fire HD 10 Kids Pro
mulai
RM2,068.00
Semak Kindle Fire HD 10 Kids Pro harga dibawah:
add_circle Kebolehan menapis kandungan
add_circle Storan boleh ditingkatkan
add_circle Terdapat bantuan AI
remove_circle Tidak sesuai untuk kegunaan pejabat
  • Chipset: Mediatek MT8183
  • OS: Fire OS
  • Storage: 32GB-1TB
  • Skrin: 10.1 inches

Secara teknikalnya, anda boleh berikan apa-apa tablet sahaja kepada anak-anak anda, tetapi Amazon Fire HD 10 Kids Pro antara yang paling sesuai dan selamat untuk tujuan pembelajaran.

Selain kelebihan seperti paparan skrin beresolusi tinggi dan storan boleh naik taraf, fokus utamanya adalah untuk kegunaan kanak-kanak.  

Perkara ini boleh dilihat daripada kandungan Kids+ yang dipilih dengan teliti.  

Di samping itu, pelayar web boleh menapis kandungan tidak sesuai dan membenarkan ibu bapa menambah atau menghalang laman web tertentu pada bila-bila masa.

Dengan bantuan AI Alexa, anda juga boleh menghentikan video, memainkan muzik, membuka aplikasi dan memaparkan status cuaca pada peranti tanpa perlu memegangnya. 

Tablet murah untuk kanak-kanak
XGODY Kids Tablet
XGODY
XGODY Kids Tablet
mulai
RM229.00
Semak XGODY Kids Tablet harga dibawah:
add_circle Ada parental control
add_circle Kamera depan & belakang
add_circle Menggunakan sistem operasi Android 12
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Quad Core Processor
  • OS: Android 12 OS
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 7-inch, 1024x600 pixels

Tablet kanak-kanak terbaru dari XGODY, peranti yang memukau direka khas untuk kegunaan harian anak anda.

Dilengkapi dengan Aplikasi Kanak-Kanak IWAWA yang disahkan GMS, tablet ini menggabungkan ciri-ciri hiburan dan pendidikan yang lengkap.

Paparan 7 inci, dengan ciri sentuhan berganda dan resolusi 1024x600, memberikan warna yang hidup dan jelas dari semua sudut. 

Dengan RAM 3GB dan storan dalaman yang mencukupi sebanyak 32GB, serta dikuasakan oleh sistem Android 12.0 terkini, tablet ini menawarkan pengalaman yang lebih pantas dan lancar.

Keselamatan adalah yang utama, dan tablet kami memastikannya dengan kawalan ibu bapa (parental control) yang mudah digunakan. 

Uruskan masa skrin, kawal akses kandungan, dan tetapkan tapisan laman web dan juga aplikasi.

Sesuai untuk kanak-kanak umur 3-14 tahun, tetapi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun perlukan pemantauan ibu bapa.

Tablet untuk-kanak kanak terbaru
Veidoo Kids Tablet
Veidoo
Veidoo Kids Tablet
mulai
RM255.00
Semak Veidoo Kids Tablet harga dibawah:
add_circle Menyokong micro SD
add_circle Ada parental control
add_circle Mudah dibawa dan ringan
remove_circle Perlu pengawasan ibu bapa untuk bawah 2 tahun
  • Chipset: 1.8GHz quad core processor
  • OS: Android 10.0
  • Storage: 32GB
  • Skrin: 7-inch, 1024x600 pixels

Tablet serbaguna ini dilengkapi dengan aplikasi Kanak-Kanak IWAWA yang disahkan GMS, menawarkan pelbagai kandungan pembelajaran yang menarik.

Tablet dengan ukuran skrin 7 inci ini juga menampilkan paparan sentuh 1024x600, memberikan warna yang hidup dari setiap sudut.

Dengan RAM 2GB dan storan dalaman 32GB, serta dikuasakan oleh sistem Android 10.0 terkini, ia berikan kecekapan dalam mengendalikan pelbagai aplikasi atau tugasan tanpa masalah.

Paling penting, ia dilengkapi parental control untuk anda mengawal kandungan yang dibenarkan sahaja dan juga tempoh masa penggunaan tablet.

Tablet ini turut dilengkapi dengan kamera 0.3MP di hadapan dan 2.0MP di belakang, membolehkan anak-anak anda merakam momen atau aktiviti mereka. 

Memang sesuai untuk dijadikan alat bantuan pendidikan bagi kumpulan umur 3-14 tahun.


Tips Pilih Tablet Untuk Kanak-kanak

  • Kualiti Skrin

Antara yang perlu dipertimbangkan semasa membeli tablet untuk kanak-kanak adalah kualiti paparan skrinnya. 

Sekiranya anda memilih peranti pada harga murah, kemungkinan kualiti paparan skrin tidak dapat menarik minat dan juga mempengaruhi kanak-kanak untuk menggunakan peranti tersebut. 

Jadi, kualiti paparan skrin perlu diambil kira demi mengelakkan tablet tersebut mudah rosak atau tidak digunakan.

  • Sistem Operasi

Selain itu, anda perlu juga melihat sistem operasi yang sesuai untuk kanak-kanak.

Antara Windows, iOS dan Android, masing-masing punya kelebihan.

Ini bergantung kepada interface, bilangan aplikasi dan program percuma, kebolehgunaan dan juga keselamatan terbaik untuk kanak-kanak. 

Setiap sistem mempunyai kelebihan dan kelemahan, jadi orang tua harus mempertimbangkan pilihan kanak-kanak.

  • Pemprosesan

Dari segi pemprosesan, anda perlu mencari tablet yang dilengkapi dengan pemproses kuat kerana semua permainan yang cerah dan menarik sangat memerlukan kuasa penjanaan yang tinggi. 

Tablet untuk kanak-kanak tanpa boleh bermain game tentu akan membosankan.

Selain digunakan untuk belajar, tidak lengkap rasanya sebuah tablet tanpa permainan video. 

  • Berat Tablet

Bagi orang dewasa berat tablet tidak begitu penting, tetapi untuk kanak-kanak ia perlu dipertimbangkan. 

Berat standard tablet ialah 500-600 gram, sesuai untuk kanak-kanak berumur 6-10 tahun. 

Bagi kanak-kanak yang kecil pula, disyorkan untuk mengambil peranti sehingga 300 gram.

Biar tablet tersebut mudah dipegang dan dibawa oleh kanak-kanak tersebut. 

Jom lihat cara pantau aktiviti anak pada peranti:


Artikel Berkaitan

End of Article